1.0 PENGENALAN
Program
Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Pra
Perkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang
seragam bagi semua program latihan perguruan pra perkhidmatan di Institut
Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru
ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan
BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia
dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model
kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Penghayatan
yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji
serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan
hasrat negara.
2.0 MATLAMAT
Program
ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan.
3.0 OBJEKTIF
Melalui Program BIG ini pelajar dapat
mencapai objektif berikut:
·
Menerapkan
semangat kekitaan dalam kalangan guru-guru pelatih.
·
Membina
hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat
·
Mendedahkan
guru-guru pelatih kepada pelbagai persekitaran masyarakat atau komuniti.
·
Memberi
kesedaran kepada para guru pelatih supaya lebih peka kepada realiti
persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.
·
Meningkatkan
dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
masyarakat.
·
Memupuk
kesedaran berbakti secara sukarela kepada masyarakat.
4.0 JADUAL PELAKSANAAN
Jadual Pelaksanaan Program Perkhemahan II dan Kembara Sosial
HARI
|
0800 - 0930
|
1000 -1200
|
1200 - 1400
|
1400 - 1500
|
1500 - 1730
|
|
13.09.2012
Khamis
|
Perjalanan ke SMK Padawan
|
Taklimat & Penyerahan Anak Angkat
|
Merarau
|
Sepetang Bersama Keluarga Angkat
|
Kerja Amali / Aktiviti Kemasyarakatan
|
|
|
||||||
14.09.2012
Jumaat
|
0700 - 0730
|
0730 - 1000
|
1000 - 1030
|
1030 - 1200
|
1200 - 1400
|
1400 - 1700
|
Minum Pagi
|
Khidmat Sosial
|
Minum Rehat
|
Khidmat Sosial
|
Merarau
|
Khidmat Sosial
|
|
|
||||||
15.09.2012
Sabtu
|
0700 - 0730
|
0730 - 1000
|
1000 - 1030
|
1030 - 1200
|
1200 - 1300
|
1300 - 1430
|
Minum Pagi
|
Khidmat Sosial
|
Minum Rehat
|
Majlis Penangguhan BIG
|
Merarau
|
Perjalanan Balik Ke IPGKBL
|
5.0
Kandungan (Sebelum Selepas Dan Semasa)
1.1 Sebelum
BIG
Sebelum
berlangsungnya program Bina Insan Guru, pelbagai persiapan telah dibuat supaya
segala kelengkapan dan keperluan semasa program tersebut berjalan lancar.
Beberapa perjumpaan di antara kelas yang terlibat telah diadakan bagi
bermesyuarat dan membincangkan hala tuju program ini serta membahagikan tugasan
kepada setiap peserta. Berikut ialah butiran perjumpaan atau taklimat yang
telah diadakan sebelum program Bina Insan Guru:
·
Perjumpaan Pertama
Sebelum program Bina Insan Guru
bermula, semua pelajar PISMP Semester 4 dikehendaki berkumpul di TAZA bagi
perjumpaan pertama bersama dengan Encik Michael Tarang. Perjumpaan tersebut
diadakan pada pukul 3.00 petang. Semasa perjumpaan tersebut, beliau telah
memberi penerangan tentang program BIG yang bakal melibatkan pelajar semester
4. Kami akan terlibat dengan program BIG yang berunsurkan aktiviti
kemasyarakatan iaitu program anak angkat. Sebanyak tiga buah tempat telah
dipilih untuk melaksanakan program ini iaitu di sekitar Kuching. Kumpulan PISMP
Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas telah dipilih untuk
melaksanakan program tersebut di Kampung Belimbing dan kampung Praya. Kami
dimaklumkan bahawa program tersebut akan berlangsung iaitu selama 3 hari 2 malam.
Oleh itu, semua pelajar dinasihati dan dikehendaki mengaturkan perjumpaan kelas
yang seterusnya mengikut kumpulan BIG bagi memastikan program ini dapat
berjalan lancar dan sistematik. Perjumpaan ini ditangguhkan pada pukul 5
petang.
·
Perjumpaan Kedua
Perjumpaan kedua yang
melibatkan ketiga-tiga kumpulan iaitu PISMP
Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas telah diadakan pada pukul 10.00 pagi di dalam
sebuah kelas. Perjumpaan ini bertujuan untuk perlantikan ahli jawatankuasa
program bagi menguruskan perjalanan program BIG ini. Setelah perbincangan
dibuat, satu AJK baru telah ditubuhkan yang melibatkan AJK tertinggi dan AJK
Biro. Setiap pelajar telah dipilih berdasarkan undian dan persetujuan daripada
semua pihak. Setelah sebulat suara dan kata sepakat yang dikeluarkan, maka
terbentuklah satu carta organisasi seperti yang terdapat dalam lampiran buku
program.
Setiap jawatan mempunyai tugas
masing-masing yang perlu dilaksanakan dalam masa 2 minggu sebelum BIG bermula. Ahli jawatankuasa
tertinggi seperti pengerusi dan setiausaha memainkan peranan yang penting
kerana perlu menyiapkan kertas kerja dalam masa yang singkat. Begitu juga
dengan bendahari kerana perlu menyiapkan laporan kewangan dan memungut sejumlah
wang yang agak banyak bagi setiap seorang untuk menampung kos makanan.
Tugas-tugas ahli jawatankuasa lain adalah mengikut bidang masing-masing.
·
Perjumpaan ketiga
Perjumpaan buat kali ketiga sekali lagi diadakan yang turut melibatkan
ketiga-tiga kelas. Perjumpaan ini diadakan di dewan kuliah B IPG Kampus Batu
Lintang pada pukul 3.30 petang. Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah bagi
membuat semakan terakhir persiapan sebelum tibanya hari BIG bersama-sama dengan
semua AJK yang terlibat. Encik michael tarang membahagikan semula keluarga
angkat dan adik beradik kami. Kami dimaklumkan tentang tentatif program,
pakaian, pengangkutan dan sebagainya. Encik michael tarang telah bagi
menyampaikan amanah dan nasihat terakhir
daripada beliau. Kami berasa sangat kecewa dan sedih kerana beliau tidak dapat
bersama-sama kami semasa BIG kali ini. Beliau menasihatkan kami supaya mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan dan dapat mengikuti program BIG dengan jayanya.
1.2 Semasa
BIG
Semasa Program Bina Insan Guru dijalankan
PERKARA
|
CATATAN
|
Hari Pertama (khamis, 13 SEPTEMBER 2012)
© Pada hari pertama, semua
peserta Bina Insan Guru telah berkumpul di hadapan TAZA pada pukul 7.30 pagi
bersama barang keperluan peribadi dan peralatan penting yang akan dibawa
bersama. Peserta BIG telah mendengar taklimat penting daripada Encik Michael
Tarang sebelum bertolak ke Kampung Belimbing. Segala aktiviti dan penginapan
akan dijalankan di SMK Padawan. Pelajar telah bertolak dari IPGKBL pada pukul
8.45 pagi dengan menaiki sebuah bas IPG Pada pukul 11.00 pagi, kami tiba di
tempat yang dituju. Pada pukul 1.30
tengah hari, semua peserta berkumpul bagi menikmati makan tengah hari. Kami
dihidangkan dengan makanan yang cukup lazat iaitu nasi tomato. Selesai sahaja
menjamu selera, peserta berkumpul untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar
secara berjemaah.
© Pada pukul 7 malam, para
peserta berjumpa dengan keluarga angkat masing-
© Terdapat 17 buah keluarga angkat yang
bersetuju menerima kami sebagai anak angkat. Setiap keluarga memperoleh dua atau
tiga orang peserta sebagai anak angkat.
© Saya bersama dengan Azeera,
Hazwani dan Syakira telah mendapat ibu angkat yang diberi nama Puan Rohana bt
Sali.
© Peserta telah membawa sedikit
buah tangan kepada keluarga angkat mereka seperti beras, teh, biskut dan
lain-lain. Peserta BIG akan bersama-sama dengan keluarga angkat mereka dari
pukul 7 malam sehingga pukul 9.30 malam.
© Segala aktiviti yang akan
dilakukan adalah bergantung kepada keluarga angkat tersebut. Saya sempat
menolong ibu yang kami pabggil umi menjual di kantin sekolah.
|
|
Hari Kedua (14
SEPTEMBER 2012)
©
Menyiapakan
mural dengan mewarna mural yang telah dilukis oleh cikgu di sekolah SMKL
bersama rakan-rakan.
©
solat
berjemaah bersama rakan-rakan
©
kami
juga turut membersihkan kawasan perkhemahan sekolah tersebut.
©
pada
sebelah petang kami mengangkut tanah
untuk diletakkan di pokok-pokok bunga.
©
Pada
sebelah malam pula, kami tidur di dalam surau sekolah.
|
|
Hari terakhir (15 SEPTEMBER 2012)
© Pada pukul 8.00 pagi, para
peserta berkumpul di dewan makan SMKP. Encik ooi selaku Penyelaras Projek
telah memberi ucapan dan ketua kampung peraya telah menyerahkan semula
peserta kepada pihak sekolah.
© Semua peserta makan
beramai-ramai dan kami mengemas barang untuk pulang ke IPGKBL
© Kami bertolak pulang pada
pukul 10 pagi dan tiba di IPGKBL pada pukul 12 tengahari.
|
|
Selepas Program Bina Insan Guru
PERKARA
|
CATATAN
|
©
Selepas
program BIG berlangsung, setiap peserta dikehendaki menyiapkan laporan
program khidmat masyarakat untuk dinilai. Segala aktiviti yang telah
dilakukan sempena program ini telah memberi impak yang mendalam kepada diri
setiap peserta.
©
Kami
menghantar laporan pada 2012-09-20.
|
|
6.0
Refleksi Kendiri
Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan telah
memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang
positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang
dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan
kesan yang mendalam dalam diri saya ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan
khidmat masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat membentuk diri saya ke arah
melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial
dan intelek.
Aktiviti keluarga nagkat pula adalah
berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Aktiviti ini telah mendedahkan kami
kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam hubungan sosial.
Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui
komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah. Komunikasi yang baik
akan menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan yang lain. Saya sedar sebagai
seorang bakal guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan mempertingkatkan
kemahiran komunikasi kerana tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan
dengan masyarakat.
Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru pada kali
ini dapat maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan peserta yang lain.
Hal ini kerana satu aktiviti yang agak mencabar telah terpaksa dilalui oleh
peserta adalah mentyiapkan kerja-kerja membersihkan kawasan perkhemahan,
mengagkat tanah di tengah panas yang terik. Aktiviti ini berjaya menguji
ketahanan fizikal dan dengan semangat yang kental saya dapat menyiapakn kerja
Walaupun badan terasa kepenatan dan terdapat sedikit luka-luka akibat terkena
batu tetapi saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini menyedarkan saya supaya
sentiasa bersedia untuk menerima segala cabaran dan menempuhinya dengan sebaik
mungkin apabila ditempatkan di kawasan pedalaman nanti. .
Seterusnya, aktiviti kembara sosial pula yang melibatkan keluarga angkat
telah memberi peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan masyarakat di
kampung ini dengan lebih dekat. Program BIG kali ini telah memberi pengalaman
yang begitu berharga kepada peserta kerana dapat menghayati kehidupan sebagai
anak angkat dan meneroka sebuah kehidupan keluarga di kawasan pedalaman. Sikap
prihatin dan baik hati penduduk kampung berjaya menambat hati peserta BIG untuk
merasa nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang diberikan untuk bersama
dengan keluarga angkat sangat singkat telah membataskan hubungan yang lebih
erat dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, program ini ternyata mampu membina
kemahiran komunikasi dan membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru yang
cemerlang di masa hadapan.
Bagi saya pengalaman BIG kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana
saya dapat berinteraksi dan bergaul dengan pelajar-pelajar SMKD semasa menolong
umi menjual nasi dan air di kantin. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran interaksi sosial dalam diri saya sebagai seorang bakal
guru yang merupakan aspek terpenting bagi menjadi guru yang dikenali ramai. Oleh itu, saya seharusnya
sentiasa bijak dalam bergaul dengan sesiapa sahaja iaitu pandai mengambil hati
orang lain supaya orang dapat menerima kita seadanya. Sebagai seorang guru,
sifat mesra terhadap sesiapa sahaja seharusnya ada dalam diri walaupun dengan
orang yang tidak dikenali. Perasaan malu dan rendah diri harus disingkirkan
bagi memberi keyakinan kepada diri. Program BIG ini jelaslah dapat meningkatkan
kemahiran sosial seseorang bakal guru.
Selain itu, program ini mengajar saya dalam mempertingkatkan kemahiran yang
ada seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan. Kemahiran mengurus diri dan masa
sangat penting supaya kita menghargai setiap saat yang berlalu dalam kehidupan.
Contohnya, program ini mengajar saya untuk sentiasa menepati masa dan mestilah
bersedia dari awal untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Kemahiran
kepimpinan juga dapat diperolehi ketika menguruskan sesuatu aktiviti dan rasa
bertanggungjawab wujud dalam diri saya dan peserta. Ia penting kerana guru
merupakan pemimpin kepada pelajar dan sifat kepimpinan perlu ada bagi setiap
bakal guru.
Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui program tersebut.
Antaranya ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan
sayang-menyanyangi. Nilai mementingkan diri sendiri tidak harus dimiliki kerana
sudah menjadi lumrah kita hidup bermasyarakat dan bukannya hidup bersendirian.
Kesemua nilai tersebut akan membuatkan diri saya menjadi lebih prihatin
terhadap persekitaran seperti dapat meringankan tangan untuk membantu orang
lain, sentiasa bertimbang rasa dalam setiap perkara dan tidak suka melakukan
pergaduhan.
Program ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang penghayatan konsep
kerja sebagai ibadah. Hal ini kerana melalui program khidmat masyarakat yang
telah dilakukan dapat melatih diri untuk menyumbang sesuatu secara ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Aktiviti ini sangat bersesuaian kepada
bakal-bakal guru untuk melatih mereka bekerja menyampaikan ilmu dengan sebaik
mungkin kepada semua pelajar tanpa memilih kasih dan juga tanpa mengharapkan
wang semata-mata.
Di samping itu, program ini telah berjaya meningkatkan tahap kecerdasan
emosi saya kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bijak mengawal emosi
dalam setiap perkara. Sebagai contoh, emosi sabar perlu dimiliki ketika
berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dan halangan yang menimpa. Emosi
sedih juga harus dikawal ketika kita ditimpa sebarang musibah supaya orang lain
tidak menilai diri kita adalah lemah. Oleh itu, saya percaya program ini telah
banyak membentuk emosi saya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk diri
saya dalam membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri sendiri, orang lain
dan alam sekeliling.
7.0 Penilaian Kendiri
Kekuatan
Kekuatan program Bina Insan Guru pada kali ini ialah bergantung kepada
tenaga pensyarah pembimbing dan jurulatih yang banyak membantu dalam menjayakan
program ini terutama Encik Michael Tarang. Selain itu, peserta yang terdiri
daripada tiga kelas iaitu Pemulihan Dan Pendidikan Khasa dan Kaian Sosial mempunyai kebolehan dan kecekapan
masing-masing dalam menguruskan program ini. Kerjasama antara peserta yang
diberikan sangat berkesan dalam menjayakan program ini. Selain itu, aktiviti
yang diatur pula sangat berkesan dalam memberikan input dan manfaat kepada
peserta.
Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenal pasti
ialah sikap peserta yang kadang kala lambat dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Hal ini menyebabkan perjalanan aktiviti menjadi seperti yang tidak dirancang.
Selain itu, masa yang singkat bersama keluarga angkat telah membataskan segala
aktiviti untuk dilakukan dalam masa yang panjang bersama-sama. Masa untuk
berkenalan juga agak singkat menyebabkan hubungan yang lebih erat sukar untuk
diwujudkan.
Peluang
Pelajar perlu bijak memanfaatkan peluang yang ada contohnya ketika
bersama-sama dengan keluarga angkat bagi menimba pengalaman dan ilmu baru
terhadap kehidupan masyarakat di kampung tersebut.
Halangan
Beberapa halangan yang telah menyebabkan sebahagian aktiviti tergendala
sebagaimana yang telah dirancang seperti keadaan cuaca dan keselamatan..
Cadangan
Penambahbaikkan
Antara cadangan penambahbaikkan
adalah seperti berikut:
·
Semoga program BIG di masa akan datang dapat dilakukan di
tempat yang lebih mencabar bagi menguji kemampuan peserta.
·
Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur
dan tersusun supaya perjalanan program berjalan lancar.
·
Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai
perjalanan aktiviti supaya dapat bersedia lebih awal.
·
Peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta
dapat mematuhinya setiap masa.
8.0 Penutup
Sebagai kesimpulan, program Bina Insan Guru Fasa 4
berjaya dilaksanakan hasil daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan
sebelum program dan pelaksaan semasa program berlangsung. Semoga setiap pelajar
dapat menghayati dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan
dapat mengukuhkan keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki
etika keguruan dalam diri setiap bakal guru. Hal ini selaras dengan hasrat
negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia. Pelajar juga seharusnya
sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan
negara tercinta.
Selain
itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya
lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat memberi
manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan dapat
membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis
dalam menghasilkan sesuatu perkara.
Akhir
kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru dapat diteruskan di
masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat yang berguna
kepada pelajar. Inilah peluang bagi peserta untuk beramal dengan menyumbang
khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan. Diharapkan semoga
semua bakal guru sudah terbina insannya selepas mengikuti program
tersebut.