1.0
PENGENALAN
Tugasan kerja kursus pendek bagi
matapelajaran Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDU 3101) telah diberikan
oleh pensyarah pembimbing, Encik Nazamud-din Bin Haji Alias pada . Tugasan ini
telah dijalankan secara berkumpulan dan kumpulan kami terdiri daripada tiga orang
ahli iaitu Clemen Wong Kiin Yiing, Siti Mirani binti Che Rahim dan Amalina binti
Mohd Nawawi. Kami telah terpilih bagi memurnikan tajuk mengenai konsep modal
insan dan kerjaya guru sebagai ibadah serta mengapa perlunya guru untuk
memahami konsep tersebut.
Tujuan
utama pelaksanaan kerja kursus ini adalah bagi melengkapkan diri para guru
pelatih dengan pengetahuan tentang Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Guru di samping memahami pelbagai peranan dan tugas guru dalam
meningkatkan profesionalisme. Namun kefahaman dan penghayatan perlu
dititikberatkan agar apa yang dipelajari dan dihasilkan bukan sekadar menjadi
teori semata. Setiap ilmu dan kemahiran yang diperolehi secara langsung dan
tidak langsung melalui kerja kursus ini perlu diadaptasi ke dalam kehidupan
harian para guru pelatih.
Modal
insan dan kerjaya guru sebagai ibadah mempunyai kaitan yang rapat. Hal ini
kerana guru telah menggalas tugas mendidik masyarakat bagi melahirkan generasi
modal insan kelas pertama, dan segala usaha serta penat lelah mereka
diikhlaskan sepenuh hati tanpa meminta sebarang ganjaran. Perkara inilah akan
dihuraikan di sepanjang tugasan ini.
2.0 KONSEP
MODAL INSAN DAN KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH
2.1 MODAL
INSAN
MODAL
INSAN
|
BARAT
·
Lebih
kurang 100 tahun lepas
·
Pelopor
: Arthur Cecil Pigou, Jacob Mincer, Gary Becker
·
Menyerupai
konsep tenaga buruh Karl Marx
·
Mementingkan
pembangunan material
|
ISLAM
·
Lebih
kurang 1430 tahun dahulu
·
Al-Quran
dasar utama
·
Berfokus
kepada
·
Mementingkan
pembangunan Rabbaniah (ketuhanan)
·
Pembangunan
hati, akal dan jasmani
|
MODAL
INSAN DI MALAYSIA
|
Sekitar tahun 2006 Malaysia
dibawah pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
telah memberi penekanan kepada isu modal insan. Kamus Dewan (1997) mendefinisikan
modal sebagai menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan; manakala insan, kata
serapan Bahasa Arab membawa maksud manusia. Modal insan di sini dapat diertikan
sebagai potensi, kemahiran atau tenaga manusia sedia ada yang digunakan untuk
mencapai matlamat pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara.
2.1.1
MODAL INSAN DI BARAT
Menurut cendikiawan Barat, modal insan
ditakrifkan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan
kebolehan orang yang diguna pakai dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain,
mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara (Mohd Dzul Khairi Bin Mohd
Noor, 2007). Istilah modal insan atau human
capital pertama kali diutarakan oleh Arthur Cecil Pigou (1877 – 1959) dalam
A Study in Public Finance pada tahun
1928. Pembangunan modal insan di Barat amat ditekankan bagi memberi pulangan
kepada ekonomi negara. Secara mudahnya modal insan dibentuk di Barat demi untuk
keuntungan negara itu sendiri.
2.1.2
MODAL INSAN DALAM ISLAM
Menyoroti kembali sejarah perkembangan Islam,
jelas terlihat keruntuhan tamadun manusia yang mengalami keruntuhan. Masyarakat
Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam melalui pesuruh Allah, Muhammad bin
Abdullah merupakan satu masyarakat yang berhati binatang. Anak perempuan dikuburkan
hidup-hidup, arak dan judi menjadi teman seharian, isteri umpama barang
dagangan dan pelbagai senario negatif yang berlegar disekitar mereka. Wan Salim
Wan Mohammad Noor & Hamdan Mohd Hassan melalui Shaikh Abdullah bin Hassan
Mydin Abdullah & Issham bin Ismail mengatakan; “manusia di seluruh dunia
pada ketika itu dikuasai nafsu dan kepentingan diri yang ekstrim. Mereka karam
di dalam pandangan hidup kebendaan (materialisme) dan memakai undang-undang
rimba belantara”.
Dalam
dunia Islam sememangnya tiada istilah khusus untuk menerangkan modal insan.
Namun konsep pembangunan rijal
(generasi) dilihat menjurus ke arah pembangunan modal insan. Jika disingkap
kembali sejarah awal Islam, antara rijal
yang berjaya dibentuk oleh Rasulullah melalui bimbingan wahyu dari Allah
termasuklah Abu Bakar, Saidina Ali, Bilal bin Rabah dan Siti Khadijah. Kesemua
mereka sememangnya mempunyai personaliti yang sangat mantap dari segi jasmani
dan rohani. Rasulullah telah berjaya melahirkan generasi sebegini dengan
menerapkan ilmu ketuhanan sebagai asas utama hidup insan.
Lebih
1400 tahun yang lampau Islam telah mendahului mana-mana individu dalam usaha
membangunkan modal insan melaui wahyu-wahyu yang diturunkan kepada ‘guru
teragung’, Nabi Muhammad. Rasulullah s.a.w. membangunkan modal insan dengan
memberi keutamaan dan penekanan kepada pendidikan tauhid yang benar. Nabi
Muhammad menegaskan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan semua manusia baik
lelaki mahupun wanita. (Shaikh Abdullah bin Hassan Mydin Abdullah & Issham
bin Ismail). Islam hadir membawa sinar kebenaran kepada manusia. Penindasan dan
eksploitasi ke atas wanita mula dipadam. Islam cuba membangunkan modal insan
yang baik dan berguna di duni adan akhirat.
2.1.3
MODAL INSAN DI MALAYSIA
Namun di Malaysia istilah modal insan ini telah
disesuaikan dengan suasana dan penerimaan masyarakat. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi
pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,
bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Dalam erti kata lain, modal insan
adalah individu yang mampu menghadapi segala cabaran hidup, sentiasa berada
dalam keadaan bersedia untuk menerima sebarang tanggungjawab serta
menjalankannya dengan penuh dedikasi tanpa meninggalkan aspek akhlak dan moral.
2.1.3.1 MODAL
INSAN DAN WAWASAN 2020
Revolusi minda Dato’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi ini selaras dengan dasar Wawasan 2020 yang telah
diperkenalkan pada 1991 dalam Rancangan Malaysia Keenam. Bidang keilmuan atau pendidikan memainkan
peranan yang sangat penting dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Oleh
hal yang demikian pendidikan di Malaysia tidak hanya tertumpu kepada ilmu keduniaan
semata malah ilmu akhirat dan ilmu agama turut diberi penekanan. Hal ini telah
ditegaskan di bawah Wawasan 2020, cabaran keempat; membentuk sebuah masyarakat
yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur
(Mok Soon Sang, 2009).
Masyarakat
yang cuba ditonjolkan dalam cabaran keempat Wawasan 2020 ini seiring maknanya
dengan rangkai kata modal insan. Cabaran ini bukan mengimpikan masyarakat yang
hanya indah pada luarannya bahkan mensasarkan generasi yang gemilang dari dalam
dengan memberi penekanan kepada nilai keagamaan dan kerohanian.
2.1.3.2 MODAL
INSAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Salah satu dasar yang
telah digarap dalam Pembangunan Modal Insan (PMI) adalah menyediakan akses
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bertepatan dengan unsur
pertama Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berusaha mewujudkan suasana
pendidikan sepanjang hayat. Terdapat tiga peringkat pembelajaran formal di
Malaysia dalam usaha mewujudkan suasana pendidikan sepanjang hayat (Mok Soon
Sang, 2009):
i.
Pendidikan
asas di rumah dan tadika.
ii.
Pendidikan
di sekolah rendah dan sekolah menengah.
iii.
Pendidikan
selepas sekolah iaitu di maktab, institut pendidikan tinggi, tempat kerja,
komuniti tempatan, rumah persendirian, berbentuk teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK), kursus, seminar, forum dan maklumat media-massa.
Enam
daripada lapan teras dasar PMI bersangkutan dengan pendidikan. Hubung kait
antara keenam-enam teras berkenaan jika diperkukuhkan dengan komitmen dari
guru, ibu bapa dan masyarakat akan melahirkan modal insan kelas pertama. Ibnu Khaldun
dalam bukunya al-Muqaddimah telah menggarapkan seuntai kata; “kekuatan ilmu
bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah
memberi arah serta makna kepada manusia dan bangsa tersebut”. Tidak dapat
disangkal lagi betapa pentingnya ilmu dalam usaha membentuk dan membina modal
insan. Lapan teras dasar PMI tersebut adalah (Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat):
i.
Melaksanakan
penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan
supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;
ii.
Memperkasakan
sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia
yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
iii.
Melaksana
langkah bagi merapatkan jurang prestasi
antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti
pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
iv.
Membangunkan
universiti bertaraf antarabangsa dan
memastikan pendidikan dan latihan di
peringkat tertiari memenuhi keperluan
pasaran;
v.
Menyediakan
lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat;
vi.
Membangunkan
masyarakat inovatif dan kreatif,
yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta
memiliki kemampuan memperoleh dan
menggunakan pengetahuan;
vii.
Memperkukuhkan
perpaduan nasional dan
membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi
tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai
tradisi dan warisan; dan
viii.
Memperluaskan
dan memperkemaskan forum perbincangan dan
perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam
pembangunan modal insan.
2.1.3.3
MODAL INSAN DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN (PIPP)
Pendidikan sepanjang hayat yang dimaksudkan
bukan sekadar berlegar di sekitar bilik darjah dan subjek-subjek wajib di
sekolah tetapi ia merangkumi keseluruhan skop ilmu pengetahuan atau pendidikan
tidak formal. Ini termasuklah isu semasa, politik, kemahiran sosial dan
ekonomi. Pendidikan ekonomi
pada hakikatnya merupakan satu bidang yang sesuai untuk membangunkan modal
insan seperti yang disarankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
khususnya ciri-ciri modal insan seperti berupaya untuk berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru dan ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah-ubah (Toh Wah Seng, 2008).
Teras
strategik PIPP jelas menunjukkan sokongan kepada PMI. Fokus diarahkan pada
teras kedua PIPP iaitu membangunkan modal insan. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menjalankan tugas dalam menyediakan generasi muda Malaysia
dengan seluas-luas peluang bagi (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010);
i.
memperkembangkan
potensi diri,
ii.
melengkapkan
diri dengan pelbagai kemahiran serta
iii.
membentuk
ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya
dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia selari dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 KONSEP KERJAYA GURU SEBAGAI
IBADAH
2.2.1 KONSEP GURU
: MENGAPA MEMILIH KEGURUAN SEBAGAI PROFESYEN?
Rajah 2 : Faktor Pemilihan kerjaya guru
2.2.3.1
FAKTOR
PENGARUH KELUARGA TERUTAMA IBU BAPA
Rajah 3 : Pengaruh keluarga
Dorongan orang lain dalam kehidupan kita sedikit sebanyak memberi
kesan kepada pemilihan kerjaya. Diantara orang yang dianggap berpengaruh di
dalam kehidupan kita terdiri dari ibu bapa, anggota keluarga, guru, rakan
sebaya dan lain-lain. Pengaruh ibu bapa diperolehi dari didikan yang diberikan
sejak dari kecil dengan mempengaruhi pendapat dan nilai mereka. Ibu bapa adalah
orang yang pertama memindahkan kepada anak-anak segala warisan sosial,
kebudayaan dan nilai serta adat kebiasaan melalui pengalaman mereka. Secara
tidak langsung ibu bapa turut memainkan peranan di dalam membentuk minat
anak-anak mereka terhadap sesuatu perkara termasuklah di dalam soal memilih
pekerjaan. (Salehuddin & Mahadi, 2005).
Mengikut Margaret Mead (di dalam Canger, 1973), di dalam budaya
yang stabil biasanya anak-anak menghormati ibu bapa sebagai pembimbing mereka
kerana ibu bapa dianggap lebih matang dan mempunyai pengalaman yang lebih luas.
Malahan Morrison dan Mac Intyre (1970) mempunyai dapatan yang tidak berbeza dan
menegaskan bahawa ibu bapa yang bekerja sebagai guru boleh mempengaruhi secara
langsung anak-anak mereka untuk memilih profesion yang sama dan dapatan ini
menguatkan lagi kepentingan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Kajian yang
dilakukan oleh Fox (1961) menunjukkan seramai 75% daripada respondennya
menyatakan mereka dipengaruhi oleh guru mereka apabila membuat keputusan untuk
memilih pekerjaan.(Salehuddin & Mahadi, 2005).
2.2.3.2
FAKTOR PENGARUH GURU
Rajah 4 : Pengaruh guru
Pengaruh guru juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
di dalam kehidupan seseorang individu kerana dalam tempoh 11 tahun, seseorang
kanak-kanak itu membesar dalam persekitaran persekolahan. Kenyataan di atas
disokong oleh Jantzen (1981), yang menunjukkan adanya pengaruh guru dalam
pemilihan pekerjaan. Pengaruh guru juga mendapat tempat dalam keenam-enam
kajian Joseph & Green (1986). Pengaruh
guru tidak begitu menonjol dalam kajian yang pernah dibuat di Malaysia. Menurut
Obura (1974), pengaruh ibu bapa mengatasi pengaruh guru. Dapatan yang sama
diperolehi oleh Quek (1991) yang mendapati bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam mempengaruhi pilihan kerjaya dikalangan guru pelatih
teknikal. Menurutnya lagi, seramai 77.1% daripada sampelnya mengatakan bapa
merupakan ahli keluarga yang paling berpengaruh berbanding dengan 22.9% yang
menyatakan ibu juga mempunyai pengaruh di dalam hal ini. Manakala kajian yang
dibuat oleh Noran Fauziah Yaakub (1990), menunjukkan 74% daripada respondennya tidak
bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka dipengaruhi oleh guru mereka dan hanya
23% sahaja yang menyatakan mereka mendapat bimbingan daripada guru kerjaya
mereka. (Salehuddin & Mahadi, 2005).
2.2.3.3
FAKTOR MINAT
Rajah 5 : Faktor minat
Menurut Sufean ( 1993 ), minat merupakan
keghairahan atau kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Di mana
kerjaya ini tidak mempunyai kaitan langsung dalam campur tangan atau pengaruh
lain. Minat mampu mendorong seseorang itu memilih sesuatu perkara atau jurusan
lebih daripada yang lain. Minat adalah daya penggerak yang mendorong kita
supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Sesuatu perkara
akan dilakukan dengan baik dan sempurna jika individu yang melakukannya
berminat dalam perkara tersebut, tidak kira dalam aspek apa jua sekalipun
samada dalam aspek pekerjaan, aspek pengajaran dan pembelajaran ataupun
permainan. Semakin tinggi tahap minat terhadap sesuatu pekerjaan, prestasi
kerjaya akan meningkat. Minat dan kecenderungan menyebabkan seseorang itu lebih
aktif dalam bidang tertentu (Evans, 1965).
2.2.3.4
FAKTOR
PERIBADI
Rajah 6 : Faktor peribadi
Dalam banyak kajian yang telah
dibuat, faktor sukakan kanak-kanak dan faktor suka bergaul dengan remaja sering
menunjukkan adanya hubungan yang signifikan dengan keputusan seseorang memilih
kerjaya perguruan. Profesion keguruan sebenarnya menyediakan banyak peluang
untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dan seterusnya dapat memahami mereka
dengan lebih baik lagi. Oleh yang demikian, profesion memerlukan orang yang
benar-benar menyukai kanak-kanak kerana jika seseorang guru sukakan kanak-kanak
dan merasa seronok bergaul dengan kanak-kanak, maka akan wujudkan pengajaran
yang berkesan (Lasley, 1980). Seterusnya,
dapatan yang sama diperolehi oleh Jantzen (1981), yang telah membuat kajian di
antara tahun 1946-1979, Lau (1964), Lortie (1975) dan memetik fakta dari tesis
Noran Fauziah Yaakub (1988), yang menyatakan kajian yang dijalankan oleh
Persatuan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NEA) pada tahun 1967
menunjukkan 34% daripada 2316 orang guru yang menjadi responden menyatakan
mereka memilih profesion keguruan kerana ingin bekerja dengan golongan muda.
Begitu juga
dengan kajian yang dibuat oleh Wood (1978), menunjukkan sampel kajiannya
memberikan sebab yang sama sebagai pilihan pertama mereka memilih profesion
keguruan. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982),
mendapati diantara motif intrinsik yang mendorong seseorang memilih menjadi
guru ialah berminat terhadap kanak-kanak dan remaja.
Hayes (1990) telah menjalankan satu kajian ke atas mahasiswa
pendidikan disebuah universiti mengenai sebab-sebab mereka memilih profesion
keguruan. Hasil kajiannya menunjukkan kebanyakkan penuntut memasuki profesion
keguruan kerana ingin mengubah kehidupan kanak-kanak ke arah yang lebih
positif, diikuti oleh peluang untuk meluahkan daya kreatif, seterusnya sebab
sukakan kanak-kanak disamping dapat menanamkan sikap tanggungjawab terhadap
diri.
Seorang lagi pengkaji yang telah menggunakan penuntut kolej
sebagai sampel ialah Weiner et al. (1993). Beliau telah membuat kajian mengenai
sebab-sebab penuntut kolej memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka.
Beliau telah membandingkan diantara guru pelatih Harvard Graduate School of
Education dengan guru pelatih Urban College. Hasil kajiannya menunjukkan
terdapat tiga faktor utama yang dipilih oleh pelatih dari kedua-dua kolej
adalah sama. Di antara sebab mereka memilih profesion keguruan kerana terdapat
peluang untuk berkreatif, gembira bekerja dengan remaja dan ingin berkhidmat
dengan masyarakat. Dapatan kajian oleh Weiner et al. ini bersamaan dengan
penemuan oleh Adam (1982) dan Powel et al. (1993)
2.2.3.5
FAKTOR
JANTINA DAN PEMILIHAN KURSUS
Rajah 7 : Fakor jantina
Currie (1982) telah menyentuh mengenai pemilihan kerja
berdasarkan jantina. Dapatan dari kajiannya telah menunjukkan pola pemilihan
kerjaya penuntut-penuntut di Australia Barat lebih cenderung tergolong di dalam
pekerjaan yang secara tradisionalnya dipadankan dengan jantina. Di dapati
pekerjaan utama yang dipilih oleh penuntut wanita ialah bidang perguruan,
jururawat dan sebagai ahli terapi. Sementara penuntut lelaki pula lebih
meminati bidang perakaunan, kejuruteraan dan pilihan ketiga ialah perguruan.
Hasil terperinci kajiannya menunjukkan sebanyak 25.1% daripada penuntut wanita
telah memilih profesion keguruan berbanding dengan 10.1% daripada penuntut
lelaki yang memilih bidang yang sama.
Dapatan dari kajiannya juga menunjukkan bilangan guru wanita
adalah tiga kali ganda lebih ramai daripada bilangan guru lelaki di Australia
Barat. Kesan dari kajian ini menunjukkan bahawa profesion keguruan adalah
profesion yang boleh diidentifikasikan dengan kewanitaan. Keadaan yang hampir
sama juga telah berlaku dinegara kita. Kajian Abdul Raof Dalip (1989)
melaporkan bahawa di antara motif sampelnya memilih profesion keguruan sebagai
kerjaya mereka adalah kerana guru sesuai dan secocok untuk kaum wanita.
Kaum perempuan memilih profesion keguruan kerana faktor
fleksibiliti yang membolehkan wanita melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu
dan wanita berkerjaya dengan berkesan. Kesimpulannya, Profesion keguruan secara
tradisinya diterima sebagai profesion untuk wanita kerana ia membolehkan wanita
berjaya di dalam kerjayanya juga di dalam urusan rumahtangga dan keluarga. Di
samping ciri-ciri penting yang telah dibincangkan tadi, terdapat fakta kukuh
sebagaimana yang tersurat dalam buku panduan “Muslim Women’s Rights and
Responsibilities” keluaran Jabatan Perdana Menteri (1984) ada menerangkan
bahawa dari sudut pandangan Islam yang berbunyi wanita Islam perlu sedar bahawa
pekerjaan berbentuk pendidikan paling sesuai, secocok dengan naluri dan jasmani
mereka. Berdasarkan hakikat inilah bagi pengkaji sebarang kemusykilan
dan masalah tidak mungkin timbul jika bilangan guru perempuan melebihi kaum
lelaki malahan ianya akan memantapkan lagi prestasi dan imej profesion
keguruan.
Sesuai dengan hujah dan huraian Abd. Main (1993), beliau melihat
aspek pekerjaan wanita dari sudut pandangan Islam adalah lebih baik sekiranya
dengan kelulusan dan prasyarat yang sama dengan kaum lelaki tetapi kuota yang lebih
tinggi diberikan kepada kaum wanita Islam untuk menjadi guru.
2.2.2 DEFINISI DAN KONSEP GURU
Rajah 8
: Definisi guru
Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
‘guru’ ertinya seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan;
atau menyediakan
atau mengeluarkan bahan pelajaran
atau memeriksa jawapan yang dikembalikan
di, bagi atau melalui pusat pendidikan
jarak jauh dan termasuklah Guru Besar dan Pengetua.
Menurut Kamus
Dewan Edisi ke tiga, ‘guru’ bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Dalam bahasa
arab guru diistilahkan sebagai ‘mualim’ yang bermakna orang yang mengajarkan
ilmu. Dalam agama Hindu, guru merupakan
simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pemberi ilmu.
Seorang guru adalah pemandu spiritual / kejiwaan murid-muridnya. Dalam agama Buddha, guru adalah orang
yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Seorang murid memandang
gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva. Dalam agamaSikh, guru mempunyai
makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting
lagi, kerana salah satu inti ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap
ajaran sepuluh guru sikh. Hanya ada sepuluh guru dalam agama Sikh, dan guru
pertama, Guru Nanak Dev, adalah pendiri agama ini.
2.2.3 PERANAN
GURU
Rajah 9 : Peranan seorang guru
2.2.4 KONSEP IBADAH
Rajah 10 : Konsep ibadah
Ibadah secara bahasa
(etimologi) bererti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan menurut syara’
(terminologi), ibadah “ketaatan dan
kepatuhan yang harus disertai dengan perasaan kasih dan cinta kepada Allah SWT
disebabkan Dialah sahaja yang berhak menerima kasih dan cinta yang sebenarnya.
Rajah 11 : Keistimewaan kerjaya guru
2.2.5 KONSEP
KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH (PERSPEKTIF AGAMA)
Rajah 12 : Kerjaya guru dari perspektif lima agama
2.2.5.1 AGAMA ISLAM
Rajah 13 : Kerjaya guru dari perspektif Agama Islam
Menurut konsep perguruan dalam islam, pendidik atau guru
merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru
merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama Islam. Guru juga
dikelaskan sebagai:
a) Al-mu'allim iaitu menyampaikan ilmu yang benar
b) Al-murabbi iaitu menjayakan proses tarbiah
c) Al-mu'addib iaitu mengajarkan adab dan budi pekerti
d) Al-mursyid iaitu membentuk kepimpinan insan
e) Al-mudarris iaitu menitipkan pelajaran dan kemahiran
f) Qudwatun hasanah iaitu memberi contoh yang baik
Di samping itu,
guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka
bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan,
kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar
dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap
sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan
menjadi keberkatan kepada pelajar. Wahyu yang diturunkan dalam Surah al-‘Alaq,
menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.
Ilmu membentuk
keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu
diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat
mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu
ketuhanan. Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing
pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru
hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah
Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan. Guru juga
mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan
prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan memperkasakan
agama, akal, nyawa, keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam
menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang
dan akan datang. Tokoh guru dalam Islam adalah
nabi Muhammad S.A.W.
Rajah 14 : Ringkasan mengenai Nabi Muhammad
|
·
Nama beliau adalah Muhammad
(570-632)
·
Dilahirkan di Mekkah.
·
Dikenali sebagai Al-Amin
kerana sifatnya yang sangat jujur dan boleh dipercayai
·
Mula berkhutbah di Mekkah pada
610 TM, berdakwah tentang keesaan Allah, keperluan moral dan akhlak serta
mementingkan hak sama rata antara orang miskin dan kaya.
·
Nabi Muhammad menerima wahyu
ketika berumur 40 tahun, ketika berada di Gua Hira’.
·
Seorang yang sangat
bertanggunjawab, mengajarkan tentang ilmu agama kepada orang-orang kafir,
sabar dan tabah dalam menghadapi tentangan daripada penduduk Mekah.
|
Tokoh : Nabi Muhammad S.A.W
|
2.2.5.2 AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang
paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin
yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah Rahib atau
disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja
tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut
Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu,
murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma,
iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan.
Rahib dan rahib
perempuan Buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu
yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai
sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk
wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib
perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin
Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.
2.2.5.3 AGAMA HINDU
Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar
oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang mulia dan
dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki
sosial masyarakat Hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.
Murid-murid
amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan
agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik, sosial
dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan
fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan
kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa
untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru
sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka,
lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.
2.2.5.4 AGAMA SIKH
Menurut agama sikh, guru merupakan
jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion
perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama Sikh. Guru
Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam
rantaian 10 orang guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind
Singh.
Guru merupakan
orang yang sangat penting dalam masyarakat Sikh kerana mereka dianggap sebagai
pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid–muridnya.
Mereka juga mempunyai budi pekerti yang baik dan ramah tamah. Oleh itu,
murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah
yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan
kebanaran.
2.2.5.5 AGAMA
KRISTIAN
Agama Kristian merupakan agama yang
yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri,
Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk
mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi
nasihat kepada anak–anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang
baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible.
Guru sebagai
seorang pemimpin dan menjadi role model
kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi
ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan
seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak
murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama.
Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan
kita akan sentiasa dilihatNya. dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan
membalas kebaikan kita tersebut.
2.2.6 PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH
Rajah 15 : Pandangan dan pendapat ahli falsafah
2.2.6.1 ESSENSIALISME
Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938).
Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah :
1. Thomas Briggs.
2. Frederick Breed.
3. Isaac L. Kandel.
Menurut
falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan
berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai tradisional masyarakat.
Manakala pendapat Brickman (1958) ahli-ahli essensialisme meletakkan guru di
tengah-tengah (pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam
pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga
seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat.
Guru memainkan
peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan
dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat
terus menerus. (James B. Conant dan Hyman George Rickover) Guru juga harus
mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas
sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran dan
denda.
2.2.6.2 PROGRESIVISME
Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada
pertengahan tahun 1920-an. Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan
kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John Dewey.
Menurut
falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam membantu
pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam
persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan
persekitaran yang baik dan selesa.
2.2.6.3 REKONSTRUKTIVISME
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang
dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri.
Pelopor utama ialah George S. Counts(1899- 1974) dan Harold O. Rugg(1886-
1960). Kedua-duanya ialah penyokong pragmatisme John Dewey.
Menurut
falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan, tetapi
berperanan untuk menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Hal ini
dapat membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri
sendiri. Di samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para
pelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran yang
baik di mana manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri
mereka.
2.2.6.4 EKSISTENSIALISME
Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab
Humanis. Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987) .
Menurut
falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha untuk
mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba
menghilangkan sifat-sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan
kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru,
kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang
guru hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang
diingini.
Di samping itu,
falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan pelajar seperti mana
dia menilai dirinya sendiri. Hal ini memberikan kebaikan kepada guru dan
murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain.
2.2.7 KONSEP
KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH ZAMAN YUNANI
Rajah 16 : Ahli fal safah Yunani
Sejarah telah
mencatatkan bahawa kebanyakan amalan pendidikan kita sekarang sebenarnya telah
wujud sejak beberapa abad yang lalu. Mengikut Noran Fauziah Yaakob dan Mahdzan
Ayob (1990) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Guru Dan Perguruan’, dalam
kehidupan manusia yang terawal, orang-orang Yunani memang terkenal dengan ahli-ahli falsafahnya
yang memberi sumbangan yang besar kepada pendidikan. Falsafah mereka itu telah
dipelajari oleh berbagai-bagai bangsa di dunia termasuk orang-orang Arab yang
beragama Islam.
Terdapat 3
orang ahli falsafah Yunani yang telah mempengaruhi pemikiran mengenai
pendidikan dalam tamadun manusia. Mereka ialah Socrates (469-399 S.M), Plato
(427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322 S.M.).
2.2.7.1
SOCRATES
Rajah 17 : Peribadi Socrates
Rajah 18 : Sumbangan Socrates
Socrates
mempercayai bahawa pendidikan dan masyarakat adalah berhubung rapat. Sekiranya pendidikan
berjaya dan dapat melahirkan warganegara yang baik, maka masyarakat akan
menjadi kuat serta kukuh. Sebaliknya, pendidikan yang lemah akan mewujudkan
masyarakat yang lemah, iaitu masyarakat yang mudah dijatuhkan oleh unsur-unsur
negatif yang terdapat dalam sistem pendidikan yang lemah. Beliau telah
memperkenalkan kaedah “soal jawab” yang kemudian dipanggil kaedah Socrates.
Kaedah ini telah wujud sejak 2500 tahun yang lampau di Kota Athens, Yunani
(Greece). Pada masa itu Socrates sering mengadakan sesi soal jawab dengan warga
Athens. Beliau sering mengemukakan soalan untuk mencari kebenaran.
Sebagai
pendidik, Socrates mahukan satu masyarakat yang terdiri daripada warganegara
yang baik. Mewujudkan masyarakat yang baik menjadi tema utama dalam sesi-sesi
perbincangan yang diadakan oleh Socrates. Apa yang disarankan oleh Socrates
tidak berbeza dengan apa yang terdapat dalam pelbagai kurikulum di seluruh
dunia pada hari ini. Tidak kira sama ada penyampaian ilmu dibuat secara
demokratik atau propaganda, tujuan akhir setiap negara ialah untuk mendapatkan
warganegara yang setia kepada tanah tumpah darah mereka sendiri.
2.2.7.2
PLATO
Plato adalah
salah seorang daripada murid Socrates
yang sudah terpengaruh dengan gurunya. Selepas kematian Socrates yang begitu tragis,
Plato meninggalkan bandar Athens untuk pergi belajar di sebuah tempat di luar
Athens. Beliau hanya pulang semula ke Athens setelah sekian lama di perantauan
untuk mempopularkan idea-idea Socrates dan membentuk prinsip-prinsip negara
yang unggul.
Sebagai anak muda, Plato merupakan
seorang yang idealis. Beliau mempercayai bahawa tujuan pendidikan untuk
membentuk manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negaranya. Sekiranya
negara telah dibentuk dengan
sempurna,
negara akan menjadi negara yang unggul atau utopia. Falsafah Plato
terkandung
dalam bukunya yang bertajuk The Rebublic
dan Laws. Plato kemudian membuka sebuah sekolah yang dinamakan Akademia.
Pelajar-pelajar dari seluruh dunia
datang belajar dengannya. Menurut Plato, pendidikan tidak berlaku hanya dalam
Akademia sahaja tetapi dalam semua persekitaran yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Oleh kerana
Plato melihat pendidikan sebagai memenuhi keperluan negara, maka adalah wajar
sekolah diletakkan di bawah kerajaan yang memerintah. Beliau juga mempercayai
bahawa semua kanak-kanak hendaklah diberikan pendidikan yang cukup dan
perhatian hendaklah diberikan kepada perbezaan individu yang terdapat dalam
kalangan kanak-kanak. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat belajar mengikut
kebolehan masing-masing. Kebolehan setiap individu akan dibentuk ke peringkat
maksimum supaya apabila tamat persekolahan nanti, para pelajar dapat berkhidmat
kepada negara mereka.
Rajah 19 : Plato
2.2.7.3
ARISTOTLE
Aristotle
dianggap sebagai seorang guru yang paling penting kepada perkembangan mengenai
pendidikan. Aristotle merupakan murid kepada Plato yang telah menghabiskan masa
selama 20 tahun belajar dan mengajar di Akademia. Beliau mempunyai dua
kepercayaan mengenai dunia pendidikan. Pertama, pendidikan adalah penting bagi
mengekalkan masyarakat dan hanya pemerintah mengelola pendidikan
warganegaranya. Kedua, beliau mempercayai bahawa setiap orang harus mempelajari
satu teras ilmu yang menjadi pendidikan asas
bagi semua orang.
Selepas
kematian Plato, Aristotle diminta oleh Raja Philip II dari Macedonia untuk
mendidik anaknya Iskandar Dzulkarnain. Aristotle mengajar anaknya selama tiga
tahun. Setelah selesai tugasnya di Mecedonia, Aristotle kembali ke Athens dan
menubuhkan sebuah universiti sains bernama Lyceum. Di universiti inilah
bermulanya keraja-kerja asas bagi bidang sains yang dikenali ramai pada hari
ini iaitu, Boilogi, Zoologi dan Botani. Dengan bantuan Raja Iskandar
Dzulkarnain, spesimen dari seluruh dunia diperoleh dan dihantar ke Lyceum untuk
dikaji dan dianalisis.
Rajah 20 : Sumbangan dan riwayat hidup Aristotle
2.2.8 PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM
ZAMAN PERTENGAHAN
Antara tokoh-tokoh Islam yamg terkemuka semasa zaman
Islam adalah Ibnu Rush, Al-Ghazzali, Ibn Khaldun. Mereka bukan sahaja terkemuka
dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang telologi, undang-undang Islam
dan reformis agama.
2.2.8.1
AL GHAZALI
Rajah 21 : Biodata al-Ghazali
Al–Ghazzali berpendapat bahawa proses pendidikan
hendaklah merangkumi aspek aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak
yang mulia, berani dan hormat- menghormati. Beliau menegaskan pendidikan ialah
sifat murni dan harun kongruen dengan versi Al-Quran yang suci. Mengikut beliau
pedagogi adalah berkaitan rapat dengan proses manusia yang implikasinya ialah
proses pendidikan hanya dapat diamalkan melalui sikap rendah diri, penumpuan
perhatian, mendengar dengan teliti dan kolaborasi antara individu. Beliau juga
berpendapat pendidikan adalah satu proses logikal, bermula dari aspek hidup
yang mudah kepada aspek hidup yang kompleks. Guru harus memainkan peranan
sebagai contoh teladan dan menyokong pelajar mereka untuk mengisikan keperluan
dan perkembangan potensi mereka secara menyeluruh.
2.2.8.2
IBNU RUSH
(1126-1198)
Ibnu Rush ialah
ahli falsafah Spanish-Arab , saintis,pakar jurisprudens yang dikenali sebagai
Averroes dalam bahasa Latin.
Seperti
Al-Ghazali, Ibnu Rush mengkaji falsafah Aristotle dan menggunakan hasil
kajiannya menyelesaikan konflik antara pemikiran dengan kepercayaan. Mengikut
beliau pemikiran dan kepercayaan adalah sepadan di antara satu sama lain, boleh
ditemui m,elaliu logi Aristotle tetapi ai juga boleh didedahkan melalui kiasan
yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.
Sinteksis
pemikiran Yunani dan Islam oleh Ibnu Rush banyak mempengaruhi ahli teologi
Kristian terutamanya Thomas Aquinasyang juga menggunakan logik Aristotle untuk
membukti percayaan agama Kristian. Usaha Ibnu Rush mensintesis agama dengan
falsafah adalah difahamkan oleh ramai penganut Katolik Roman sebagai doktrin “
kebenaran bilangan berganda”.
2.2.8.3
IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun
juga merupakan ahli falsafah Spanish-Arab , ahli Sejarah, politik dan
jurisprudens. Beliau dilahirkan di Tunis. Sumbangan beliau ialah penulisan buku
kitab Al-Ibar (sejarah global) yang mengandungi kronologis secara terperinci
tentang sejarah kehidupan Arab dan Barbes di Afrika Utara.
Ibnu khaldun
menghubungkaitkan kebangkitan masyarakat manusia kepada kesesuaian keadaan
geografikal dan iklimnya dan akibatnya mewujudkan kontrak sosial antara
kumpulan strata yang sering berkonflik., demi berjanji hidup bersama secara
kolaperatif dan kolaborasi.
Mengikut ibnu
khaldun, kepaduan sosial adalah kerana kuasa agama dan dikuatkuasakan oleh
pemerintah autokratik. Bagaimanapun, beliau berpendapat absolutisme walaupun membawa kemakmuran tetapi akhirnya menjadi
kuasa kejam, merosot dan digulingkan. Proses kitaran dinamik ini diteruskan
selama tiga generasi yang mana beliau menyifatkan hukum sosial dan fizikal. MOK
SONG SANG (2008).
2.2.9 PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR
2.2.9.1
MAHATMA GANDHI
(1986-1948)
Gandhi
merupakan negarawan, pemimpin politik dan rakyat spiritual India. Beliau di
gelar nama Mahatma (great soul) dan
arkitek Merdeka. Gandhi pula seorang ahli falsafah dan mengamal satyagraha, iaitu tindakan bukan
kekejaman yang konstruktif terhadap
penindasan.
Asas pemikiran
Gandhi adalah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk kitab Injil, Civil
Disobedience Thoureau, dan yang paling penting ialah falsafah kasih sayang
universal dan penentangan pasif terhadap kejahatan yang diutarakan oleh
Tolstoy, seorang penulis di Russia yang terkemal dengan bukunya berjudul War and Peace.
Gandhi percayai
hidup manusia adalah sebahagian di dalam semesta yang mengandungi satya (kebenaran). Implikasinya ialah
setiap insan harus saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Percayaan
Gandhi yang utama adalah amalan prinsip ahimsa,iaitu
tidak membawa kecederaan serta memberi hormat kepada semua insan termasuk
haiwan. Dengan mensintesis kedua-dua falsafah dan kepercayaan, Gandhi
merangkumi konsepnya dalam satyagraha, iaitu
kebenaran, tekad dan tabah untuk mencapai swary,iaitu
perintah diri di bawah swadeshi,
Gandhi menggalakkan rakyat India memakai khadi
seperti yang dibuat dan dipakai setiap hari olehnya, dan memulaukan pakaian
dari kilang British.
Gandhi mengamal
falsafah hidup asetikisme dengan
menolak nikmat fizikal dan kebendaan mewah. Beliau berpendapat menyimpan harta
persendirian telah melanggar prinsip kesepaduan humaniti. Oleh itu, beliau
menggalakkan koperasi dan kehidupan komununal, iaitu sebagai satu keluarga dalam
komuniti mereka. Di samping itu, beliau menentang sistem kasta dan mencabarnya
dengan memanggil harijan sebagai
kanak-kanak Tuhan.
Gandhi berusaha
mencegah pepecahan India di antara penganut Hindu dan umat Islam, tetapi tidak
berjaya. Selepas India mencapai merdeka pada tahun 1947, dan pada tahun
berikutnya Gandhi dibunuh oleh Hindu fanatik yang sangsi Gandhi menggalakkan
Islam di India.
2.2.9.2
RABINDRANATH
TAGORE (1861-1941)
Merupakan
seorang ahli falsafah, penyair dan pelukis dari India, mentafsirkan pendidikan
sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran
sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan , seperti aspek fizikal,
intelek, moral kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan
harus menjadi satu proses yang berhidup, dinamik, serta realistik, iaitu tidak
semata-mata terikat kepada buku tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah
orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas,
tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk
berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta perpandangan jauh dengan sikap
internasionalisme yang positif.
Jadual berikut
direkodkan peristiwa-peristiwa penting dalam riwayat Tagore :
Tahun
|
Peristiwa penting
|
1861
|
Lahir di Calcutta, India
|
1877
|
Mengerbitkan koleksi puisi
|
1878
|
Belajar di sekolah United Kingdom
mengkaji undang di Universiti College, London.
|
1880
|
Balik ke India tanpa ijazah
|
1913
|
Dianugerahkan hadiah Nobel dalam
Sastera
|
1921
|
Membina Institude For Rural
Construction untuk penduduk luar bandar belajar dengan percuma.
|
1927
|
Melawat Asia Tenggara termasuk
Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, sambil menulis dan menghasilkan Karya
Jetri
|
1941
|
Meninggal
dunia.
|
Jadual 1 : Peristiwa-peristiwa penting riwayat Tagore
3
MENGAPA
GURU PERLU MEMAHAMI KONSEP INI
3.1 MODAL INSAN
Dalam
menapakkan kaki ke alam dunia tanpa sempadan masyarakat sebenarnya sedang
digula-gulakan dengan pelbagai jenis hiburan dan aktiviti yang meruntuhkan
nilai moral dan akhlak serta bercanggah dengan norma masyarakat di Malaysia.
Cabaran-cabaran inilah yang perlu dihadapi oleh seluruh rakyat dalam usaha
merealisasikan hasrat mantan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Perdana Menteri,
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Proses mencapai hasrat tersebut
memerlukan satu usaha yang jitu dari masyarakat secara amnya. Guru menjadi
qudwah hasanah (contoh teladan) bagi para pelajar terutamanya dalam konteks
pelajar sekolah rendah. Masyarakat Melayu sinonim dengan pepatah ‘guru kencing
berdiri, murid kencing berlari’. Pepatah lama bukan bicara tanpa akal, namun
tersirat seribu satu nasihat dan pedoman hidup. Begitu tinggi nilaian murid
terhadap guru. Oleh hal yang demikian wajarlah untuk seorang guru memahami
dengan saksama konsep modal insan. Ini kerana guru itulah nanti yang akan
menjadi acuan kepada proses pembangunan modal insan.
Tambahan
pula guru merupakan medium penghubung antara masyarakat dan pihak pentadbir
atasan seperti KPM dan kerajaan Malaysia. Justera wajar untuk seorang guru itu
mengetahui dan memahami setiap dasar baru dan lama yang diperkenalkan demi
meningkatkan mutu perkhidmatan dan taraf pendidikan negara. Sebelum disah
jawatan para guru telah melafazkan ikrar yang terkandung dalam Tatasusila
Profesion Keguruan (Mok Soon Sang, 2009):
“Kami,
guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu…”
3.2 GURU SEBAGAI IBADAH
Guru
tanpa mengira batas agama dan kaum wajar memahami konsep ini. Telah dijelaskan
terdahulu yang mana semua agama di dunia ini amat memandang mulia kerjaya
sebagai guru. Dalam aspek beragama, ibadah merupakan perkara utama dalam
penilaian peribadi individu. Kesempurnaan ibadah seseorang akan menyumbang
kepada penyempurnaan agamanya. Hal ini membawa individu tersebut untuk
bersungguh dalam beribadah.
Keralaan hati atau ikhlas amat
penting dalam usaha melaksanakan ibadah. Jika dikaji dari perspektif Islam,
amalan dan ibadah yang diterima di sisi Allah hanyalah amalan dari orang yang
ikhlas. Ikhlas bererti melaksanakan
taat semata-mata kerana Allah, tanpa memikirkan ganjaran manusia, ataupun
penghormatan, dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau
menolak sesuatu bencana keduniaan. Jika seseorang guru memahami dan berpegang
teguh dengan konsep kerjaya guru sebagai ibadah sudah pastinya dia akan
melaksanakan tugasnya dengan penuh keikhlasan. Satu madah yang cukup halus dari
Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali tentang ikhlas (Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM
Kampis, 2010);
“Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah
orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak
tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang
beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya
hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam
keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk.”
4
KESIMPULAN
Rajah 22 : Ringkasan Tugasan
|
MODAL
INSAN
|
UNSUR PERTAMA FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
|
TERAS KEDUA PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
|
CABARAN KEEMPAT WAWASAN 2020
|
AHLI FALSAFAH
|
Seorang guru itu, perlu memahami dan memainkan peranan sebagai
seorang guru. Mereka sepatutnya menganggap kerjaya ini sebagai satu ibadah
supaya dapat melaksanakan kerja dengan ikhlas, tekun dan sentiasa berusaha
untuk menjadi seorang penyampai ilmu yang baik bagi melahirkan insan-insan yang
bukan sahaja bijak dalam akademik malah cemerlang dari segi akhlak pada masa hadapan
bak kata pepatah Inggeris “generasi hari ini adalah pemimpin masa depan”. Inilah
yang disebut sebagai guru pembentuk modal insan yang cuba dilaksanakan oleh
kerajaan. Seorang guru juga haruslah
memiliki nilai dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai
keagamaan yang teguh dalam proses pembinaan negara bangsa. Memandangkan bidang
pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan
aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia.
Rajah 22 di atas
menunjukkan perkaitan yang rapat antara guru dan modal insan. Guru merupakan
salah satu indikator kepada tahap pendidikan yang akan diterapkan ke dalam diri
para pelajar. Di sinilah pentingnya guru memainkan peranan mereka mengikut
situasi agar para pelajar berjaya menyerlahkan bakat dan kebolehan terpendam.