4.0 Menghuraikan
langkah-langkah dalam pengajaran mengarang (kemahiran menulis) dengan
mengaplikasikan sama ada kaedah LEA (pengalaman bahasa) atau kaedah proses.
a) Kaedah LEA (pengalaman
bahasa)
Menurut buku Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah,
Aktiviti Bahasa, Jilid 7,Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada
pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid
akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya
sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras
yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.
Yahya Othman (2005) pula menyatakan, pengalaman
murid-murid membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan
sebagainya akan memudahkan mereka mengenali menulis sesuatu perkara berkaitan
dengan perkara berikut. Pada peringkat interpretasi dan inferens, pengetahuan
atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis.
Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang hendak
ditulis berkaitan dengan suatu bidang
yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau
pengetahuan tentang wayang kulit akan memudahkan mereka menulis mengenai tajuk
tersebut .
Langkah-langkah dalam
pengajaran mengarang mengaplikasikan kaedah LEA adalah :
(a) Beri sebanyak
mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang
dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman
orang lain. Contohnya, guru boleh mengadakan lawatan ke pusat sains Negara.
(b) tajuk karangan yang dipilih oleh guru untuk dibaca
oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.
(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar,
grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menulis dan
mendapatkan idea.
(d) Perbincangan mengenai isi-isi yang terdapat dalam
tajuk karangan perlu dijalankan sebelum aktiviti menulis.
Contoh aktiviti penulisan
yang melibatkan kaedah LEA adalah :
Tajuk
aktiviti : lawatan dan membuat laporan
Guru membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat
bersejarah, tempat-tempat pelancongan, badan-badan tertentu. Sebelum memulakan
lawatan itu, guru memberitahu para pelajar bahawa mereka dikehendaki memerhati
dan membuat catatan tentang lawatan itu. Selepas tamatnya lawatan, mereka
dikehendaki membuat satu laporan mengenai lawatan tersebut.
Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran
menulis. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambahkan pengalaman para pelajar,
bahkan dapat menimbulkan minat dan juga melatih murid membuat karangan jenis
laporan. Selain daripada penulisan laporan guru juga dapat mengadakan aktiviti lanjutan
di dalam kelas seperti menulis karangan tentang lawatan dan menulis karangan
cerita tentang pengalaman semasa lawatan.
b) Kaedah Proses
Menurut Hii Yek Ming, penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran penulisan
karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an.
Faridah Nazir & Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menerangkan bahawa pendekatan proses
berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu untuk
melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan
interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan,
menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.
Langkah-langkah dalam
pengajaran mengarang mengaplikasikan kaedah proses adalah :
Prapenulisan
1. Guru mengemukakan tajuk karangan.
2. Guru membantu
murid-murid menjana idea berdasarkan pengetahuan sedia ada.
3. Murid-murid digalakkan berinteraksi dengan rakan.
4. Murid-murid memilih bentuk karangan yang
sesuai.
5. Guru memberi
bimbingan agar murid-murid dapat menulis sesuatu yang berkaitan dengan tajuk
karangan secara pantas dan bebas.
6. Aktiviti sumbangsaran dijalankan.
7. Guru membimbing murid agar menyedari
tujuan karangan yang akan ditulis.
Penulisan , Konferensi, dan
penyemakan
1. Murid diminta
menulis idea yang ada dan guru membimbing murid supaya mereka membuat draf karangan yang jelas dan mudah dibaca.
2. Murid diminta menulis draf pertama dalam
jangka masa tertentu.
3. Murid memberi
maklum balas yang positif kepada draf karangan
pertama sebelum menulis draf kedua.
4. Guru memberi ulasan tentang kekuatan dan
kelemahan draf karangan.
5. Sesi konferansi dijalankan.
6. Murid menulis draf kedua.
7. Murid dibimbing untuk menyemak.
Contoh aktiviti penulisan
yang melibatkan kaedah proses adalah :
Tajuk
aktiviti : menulis skrip / dialog
Guru memberikan tajuk karangan kepada murid-murid iaitu
“masalah keruntuhan akhlak”. Guru berbincang dengan murid mengenai tajuk yang
telah diberikan. Pelajar dikehendaki untuk membaca surat khabar, majalah dan
sebagainya untuk membaca mengenai tajuk tersebut. Mereka kemudian berbincang mengenai
tajuk tersebut. Murid dikehendaki untuk menulis
idea yang ada dan guru
membimbing murid supaya mereka membuat draf karangan yang jelas dan mudah dibaca. Guru
memberi maklum balas mengenai draf karangan murid yang pertama sebelum murid
membuat draf kali dua. Murid menulis karangan dan guru menyemak karangan
murid-murid.
Kesimpulanya, pendekatan
proses dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka
masa panjang. Murid-murid lama-kelamaan akan memahami proses-proses yang
berlaku dalam mengarang iaitu daripada proses merancang, membuat deraf,
menyemak, menulis semula dan menyemak kembali sehingga selesai penulisan
karangan. Proses ini melibatkan masa yang lebih panjang untuk murid-murid
membiasakan diri mereka dalam menulis
karangan. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah tentu
proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik.
Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan
guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada
murid-murid.