1.0 Pengenalan kepada masalah bahasa dan
komunikasi
Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa
sebagai alat
perhubungan
untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan
urusan
kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan
orang
lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah
fikiran,
pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu
pengetahuan
serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita,
kerana
bahasa melambangkan bangsa.
Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah.
Pendidikan menjadi
wadah
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan
penguasaan
bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan
cabaran
ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas
dibuktikan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Aspek-aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti
dan
kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan
setiap
pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dengan
baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu
selari
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Bahasa adalah
merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa
akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Menurut Anuar (2008)
menyatakan, The National Information Center for Children and Youth with
Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”
The American Speech-Language-Hearing
Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa
yang lebih perinci seperti berikut;
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”
Bahasa
dan komunikasi merupakan satu proses yang kompleks dan menarik tetapi terdapat
murid-murid yang dikatogorikan sebagai individu yang bermasalah di dalam
penguasaan bahasa dan komunikasi. Murid-murid ini cuba mengelak untuk
mengelakkan diri semasa sesi perbincangan di dalam kelas. Hal ini berpunca
daripada banyak faktor iaitu kelewatan
bahasa, Aphasia dan gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing
disorders /CAPD), murid ini biasanya mungkin tidak memahami arahan dan enggan
bertanya untuk mendapatkan kepastian. Malahan mereka mungkin akan berasa malu
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru.
1.1 BAHASA
Definisi bahasa
Mengikut
www.ums.edu.my, Chaer
(1994:32) sepakat bahawa, “ Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang arbitrari
yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerja sama,
berkomunikasi, dan identiti diri”. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi . Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal
abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat . Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi
behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit . John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang
merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi . Bloch dan Trager mendefinisikan
bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota
masyarakat untuk berkomunikasi
Mengikut Siti Hajar
Abdul Aziz (2000),ciri-ciri bahasa boleh dibahagikan kepada enam cabang, iaitu
bahasa sebagai satu sistem, simbol, alat komunikasi, bersifat atbitrari,
bersifat unik dan bersifat sejagat.
Bahasa sebagai satu sistem
Bahasa sebagai satu
simbol bermaksud bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau
dituliskan. Sistem ini pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap bahasa mempunyai
susunan yang tertentu sama ada dalam
bentuk bunyi perkataan, susunan perkataan nahu atau struktur sintaksis. Dalam
bahasa terdapat unit atau unsur yang telah
dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Namun
demikian tidak semua susunan bahasa yang telah dicantumkan, memberi makna
melainkan dengan mematuhi cara dan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa
itu.
Bahasa sebagai satu
sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan
yang lain dalam ayat adalah secara berperaturan. Bentuk dan kedudukan kata
dalam ayat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai satu
sistem, bunyi dan berstruktur.
Bahasa sebagai satu simbol
Pada awalnya manusia
menggunakan gambar atau objek tertentu
sebagai teknik untuk menerangkan sesuatu. Kemudian manusia menggunakan
kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi secara sistematik disusun secara tersusun
untuk menghasilkan perkataan dan seterusnya digunakan sebagai satu wakil untuk
semua perkara yang dilakukan atau difikirkan oleh manusia.
Bahasa juga dikatakan
satu simbol insyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam
proses interaksi. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan
atau atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Dalam proses
komunikasi tergambar hasrat penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau
perkara kepada pendengar. Dalam hal ini, semua insyarat dihantar melalui
saluran komunikasi yang tertentu.
Bahasa sebagai alat komunikasi
Melalui komunikasi
manusia dapat menyampaikan semua yang dirasa, difikirkan dan diketahui oleh
mereka kepada orang lain, mewarisi dan mempelajarari semua yang telah
dipelajari oleh individu yang lebih terdahulu daripada mereka. Komunikasi
merupakan satu bentuk tingkah laku sosial. Bahas sebagai alat komunikasi boleh
berlaku dalam dua cara iaitu melalui tulisan dan lisan. Komunikasi lisan
bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami
oleh pendengar. Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan dan
menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea
atau perkara yang terkandung dalam pemikiran mereka. Penggunaan bahasa sebagai
komunikasi perlu menitikberatkan cirri-ciri konteks komunikasi yang terdiri
daripada penutur, pendengar dan
Bahasa bersifat arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak
semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan
benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita
dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk
kepada benda yang sama.
Bahasa bersifat unik
Bahasa bersifat unik bermaksud, tiap-tiap
bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan
huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.
Bahasa bersifat unik juga boleh dikaitkan dengan bagaimana kita memperoleh
sesuatu bahasa itu sendiri, iaitu bahasa bukan sesuatu yang kita warisi
sebagaimana mewarisi sifat-sifat fizikal keluarga kita seperti warna kulit,
mata, rambut, dan bentuk badan. Bahasa merupakan sesuatu yang kita perlu
pelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli kerluarga dan masyarakat
di sekeliling kita.
Bahasa bersifat sejagat
Sesuatu bahasa itu mempunyai sifat sejagat
atau universal. Sesuatu bahasa itu, boleh dituturkan dan dipelajari oleh
sesiapa sahaja di dunia ini. Tiada peraturan yang melarang mana-mana insane
yang ingin mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Bahas
bersifat sejagat bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan
oleh semua orang. Hal ini kerana secara alamiah, bahasa terdiri daripada
bunyi-bunyi bahasa yang dihasikan oleh alat artiklasi manusia. Alat-alat
artikulasi yang terlibat semasa menbunyikan bahasa terdiri daripada rongga
mulut, hidung, paru-paru, lidah lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain.
Bahasa bersifat bervariasi
Bahasa
bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu.
Kepelbagaian ini boleh melibatkan cara dan gaya mengujarkannya, istilah-istilah
khusus yang digunakan dan struktur sinteksis bagi sesuatu variasi sesuatu
bahasa itu. Bervariasi juga bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai
dialek yang k-diujarkan oleh sesuatu kumpulan penutur dan laras-laras bahasa
yang digunakan dalam sesuatu bidang ilmu.
[A2] Fungsi bahasa
Rajah
1 : Fungsi Bahasa Mengikut Siti Hajar(2000) Dan Keraf (1984)
Rajah 2 :
fungsi bahasa bagi kanak-kanak menurut Halliday (1973)
1.2 Definisi komunikasi
Istilah komunikasi berasal dari kata Latin, “Communicare”
atau “Communis” yang berarti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita
berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang
disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Beberapa definisi
komunikasi adalah:
·
Komunikasi
adalah kegiatan pengoperan lambang yang mengandung arti/makna yang perlu
dipahami bersama oleh pihak yang terlibat dalam kegiatan
komunikasi (Astrid).
·
Komunikasi
adalah kegiatan perilaku atau kegiatan penyampaian pesan atau informasi tentang
fikiran atau perasaan (Roben.J.G).
·
Komunikasi
adalah sebagai pemindahan informasi dan pengertian dari satu orang ke orang
lain
(Davis, 1981).
·
Komunikasi
adalah berusaha untuk mengadakan persamaan dengan orang lain (Schram,W) Jenis Komunikasi
Tujuan komunikasi
Hewitt
(1981), menjabarkan tujuan penggunaan proses komunikasi secara spesifik sebagai
berikut:
1. Mempelajari atau mengajarkan sesuatu
2. Mempengaruhi perilaku seseorang
3. Mengungkapkan perasaan
4. Menjelaskan perilaku sendiri atau
perilaku orang lain
5. Berhubungan dengan orang lain
6. Menyelesaian sebuah masalah
7. Mencapai sebuah tujuan
8. Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik
9. Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain
5. Berhubungan dengan orang lain
6. Menyelesaian sebuah masalah
7. Mencapai sebuah tujuan
8. Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik
9. Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain
3.3 Jenis komunikasi
Pada dasarnya komunikasi digunakan
untuk menciptakan atau meningkatkan fahaman hubungan antara manusia atau kelompok
Jenis komunikasi terdiri dari:
Jenis komunikasi terdiri dari:
1. Komunikasi verbal dengan kata-kata
2. Komunikasi non verbal disebut dengan bahasa tubuh
Komunikasi Verbal mencakup
aspek-aspek seperti berikut ;
1.
Pemilihan
kata. Komunikasi tidak akan efektif apabila pesanan yang disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat
difahami, oleh sebab itu, pemilihan sesuatu kata sangat penting dalam
berkomunikasi.
2.
Kecepatan
atau kelajuan. Komunikasi akan lebih efektif apabila kecepatan bicara
dapat diatur dengan baik, tidak terlalu
cepat atau terlalu lambat.
3.
Intonasi
suara. Ia akan mempengaruhi makna mesej secara dramatik sehingga mesej yang
disampaikan menjadi berlainan maknanya apabila diucapkan dengan intonasi suara
yang berbeza-beza.
4.
Singkat
dan jelas. Komunikasi akan lebih efektif apabila disampaikan secara singkat dan
jelas. Malah pendengar boleh memahami dengan mudah dan jelas.
5.
waktu
yang tepat. Apabila seseorang bersedia untuk berkomunikasi, ertinya orang yang
menyampaikan dan orang yang mendengar dapat menyediakan waktu untuk mendengar
atau memperhatikan apa yang disampaikan serta memahami mesej yang ingin
disampaikan.
2.
Komunikasi Non Verbal
Komunikasi
non verbal adalah penyampaian mesej tanpa kata-kata dan komunikasi non verbal
memberikan erti pada komunikasi verbal. Contoh komunikasi non verbal adalah :
1.
Ekspresi
wajah
Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana
ekspresi wajah adalah cerminan suasana
emosi seseorang.
2.
Kedudukan
mata merupakan alamiah untuk berkomunikasi. Dengan
mengadakan kontak mata semasa berinterakasi atau semasa bersoal jawab kita
dapat menghargai lawan bicara dan melihat kemahuan pendengar dan pendengar bukan
hanya sekadar mendengar sahaja.
3.
Kedudukan tubuh dan gaya berjalan. Cara seseorang
berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Postur
tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatan
seseorang.
4.
Suara juga merupakan komunikasi non verbal.
Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan
fikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi.
Definisi Pertuturan
Mengikut
definisi kamus dewan bahasa dan pustaka online, pertuturan
mempunyai beberapa definisi. Pertuturan boleh
bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, atau apa yang dicakapkan, bahasa
sesuatu negara atau sekumpulan negara, ataupun dialek tersendiri sesuatu
wilayah atau tempat.
1.4 Bagaimana definisi, kepentingan dan
fungsi bahasa, komunikasi dan pertuturan ini berlaku dalam persekitaran sebenar
(sekolah /umum).
Bahasa
ialah alat komunikasi dan alat perhubungan antara manusia dengan manusia yang
lain. Tanpa bahasa kita hanya boleh berhubung melalui badan iaitu menggunakan
jari, tangan, kerlipan mata, senyuman, tangisan dan sebagainya. Walau apapun
yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi ianya mestilah yang boleh
diterima umum khususnya oleh komuniti bahasa tersebut. Selain komuniti setiap
alat yang digunakan mestilah bermakna dan difahami oleh pengguna tersebut.
Secara
umumnya kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan bertutur. Bagi
kanak-kanak bahasa berfungsi untuk merangsang pendengaran, sama ada dari segi
fizikal, intelek atau emosi lebih daripada fungsinya sebagai alat komunikasi
antara seseorang dengan seseorang yang lain, Siti Hajar (2000). Halliday (1973)
melihat fungsi bahasa dari sudut keperluan kanak-kanak adalah untuk keperluan
personal dan sosial. Menurut beliau, kanak-kanak menggunakan bahasa untuk
memenuhi keperluan materialnya. Contohnya kanak-kanak tersebut membeli makan di
kantin sekolah. Semasa membeli dia berkomunikasi dan bertutur dengan penjual di
kantin bagi mendapatkan makanan yang diingini. Kanak-kanak juga bertutur untuk
mengendalikan atau mengarahkan orang lain. Contohnya seorang ketua kelas di
dalam kelasnya akan memberi arahan kepada rakan-rakannya apabila loceng
berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat untuk membaca doa. Selain
itu, pelajar juga akan berbahasa untuk mengekalkan dan menghasilkan hubungan sosial.
Mereka juga berkomunikasi funginya untuk bermain dan berimaginasi. Para pelajar
juga berkomunikasi untuk melahirkan penyataan, cadangan dan saranan. Sealin itu, Leech (1974) menyatakan fungsi
bahasa adalah untuk menyampaikan informasi dan ekspresif. Kanak-kanak
berkomunikasi untuk bertanya soalan kepada guru untuk mendapatkan info dan
maklumat tentang sesuatu pelajaran yang kurang difahaminya. Mereka juga
melahirkan perasaan dan perwatakan mereka dengan menggunakan bahasa.
Manakala
para guru iaitu golongan dewasa dapat memenuhi fungsi bahasa lebih daripada
seorang kanak-kanak atau pelajar. Para guru berkomunikasi untuk mengungkapkan
idea, memberi cadangan dan teguran iaitu untuk menceritakan pengalaman penutur
berdasarkan dunia sebenar. Mereka juga berkomunikasi untuk mengukuhkan dan
mengekalkan hubungan sosial dan peranan sosial. Selain itu mereka juga berkomunikasi sebagai fungsi tekstual.
Iaitu menggunakan bahasa untuk memperlengkapkan hubungan antara diri sendiri
dengan situasi persekitaran bahasa itu digunakan. Selain itu, fungsi bahasa
secara pragmatiknya bagi orang dewasa untuk beramal ibadah. Orang dewasa bukan
sahaja menggunakan bahasa untuk bersosial tetapi juga dalam hubungannya dengan
tuhan. Hal ini bermakna dari segi agama bahasa juga memainkan peranan yang
tidak kurang pentingnya.
1.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi
oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan
ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri
seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan
melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita
sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan
dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri
perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu.
Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat
pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan
sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang
individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan
persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia
dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.
Faktor Genetik Atau Baka
Menurut Mok Soon Sang (2009),
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di
lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang
didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut
kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa
gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman
sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot
yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya,
proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan
menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan
dilahirkan pada masa kelak.
Berdasarkan huraian di atas, gen
merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta
sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia
dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal,
mental dan emosi.
Faktor Persekitaran
Model
Ekologi Bronfenbrenner mengklasifikasikan peringkat-peringkat
persekitaran
yang mempengaruhi individu kepada peringkat-peringkat berikut:
Mikrosistem,
Mesosistem, Eksosistem dan Makrosistem.
1.
Mikrosistem: Merupakan lapisan
persekitaran dalaman yang merujuk kepada
aktiviti
dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Bagi
kebanyakan
kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan
dengan
keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih
kompleks seperti yang berlaku di pusat asuhan, Tadika, pergaulan rakan sebaya
dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak
tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem
semata-mata. Tetapi turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya
sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakatnya. Interaksi
di antara dua individu di dalam
2.
Mesosistem: Terletak di lapisan
kedua yang merujuk kepada hubungan
dalaman di
kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan
rakan
sebaya. Bronfenbrenner percaya bahawa lapisan ini mempunyai
hubungan
yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat dengan
sokongan
dan kestabilan mikrosistem.
3.
Eksosistem: Ia merupakan konteks
di mana kanak-kanak atau remaja adalah
bukan
terletak di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi
perkembangan mereka.
4.
Makrosistem: Ia adalah konteks
budaya atau kelas sosial yang terkandung di
dalam
mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Ia adalah ideologi yang benar-benar
luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut
dianggap pada mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usahakan. Dengan ini,
di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap
satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.
5.
Kronosistem
yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau
konteks
perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya.
Contoh: Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja
boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya (Paikoff
& Brooks-Gunn, 1991; Steinberg, 1996).
Rajah 1 : Interaksi Elemen-Elemen Dalam Lima Sistem
Ekologiikal Beasaskan Teori Ekologi Bronfenbunner
Menurut
Mok Soon Sang (2009), Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890),
Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi
pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Oleh itu, ibu bapa yang dapat
menguasai bahasa dengan baik dapat melahirkan anak yang dapat menguasai bahasa
dengan baik. Hal ini kerana sesetengah
ahli bahasa berpendapat kecerdikan dan kepandaian ibu bapa juga turut diwarisi
kepada anak yang dilahirkan.
Di
samping faktor baka, Menurut Mok Soon Sang (2009), faktor persekitaran seperti keluarga, rakan
sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber
teknologi, guru dan sekolah juga mempengaruhi perkembangan individu dalam
setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi
keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur
institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah,
makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum,
perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan
perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya;
·
Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah
rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan
intelek yang sihat.
·
Makanan berzat dan seimbang akan
membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dan dengan sempurna.
·
Status sosio-ekonomi keluarga yang
baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke
tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat
dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Pengaruh
rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul
dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
potensinya ke tahap optimum. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini juga turut
berkembang. Mereka mampu untuk berkomunikasi dan bertutur dengan baik semasa
bergaul dengan rakan sebaya.
Perkembangan
individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang
terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat
yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah,
iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa
pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan
kadar perkembangan kognitif, bahasa dan sosialnya.
Bahagian
B(Dapatan kajian)
2.1 Temuramah
Bersama Guru Pemulihan ,Puan Norzilawati bt Hashim.
Saya : Assalamualaikum
Pn. Norzilawati : Waalaikumussalam
Saya : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa
untuk saya adakan satu
temuramah
bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
Pn. Norzilawati : Ya,
boleh.Silakan duduk.
Saya Bolehkah cikgu jelaskan apa yang cikgu boleh
katakan berkaitan dengan istilah
masalah bahasa ?
Pn. Norzilawati : Masalah
bahasa ini pada pendapat saya merangkumi masalah pelajar
Dalam komunikasi dan kegagalan mereka dalam membaca dan
menulis dengan betul. Kalau pelajar pemulihan mereka boleh, membaca dan menulis
tetapi mereka tidak faham apa yang
mereka baca (tidak boleh menaakul)
Saya :Apakah masalah –masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?
Pn norzilawati :Kalau pelajar pemulihan, masalah bahasa yang
sering mereka hadapi adalah kadang-kadang mereka boleh membaca tetapi tidak
boleh menulis perkataan. Mereka juga terpengaruh dengan dialek Kelantan.
Saya :Bagaimanakah cara untuk
membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?
Pn. Norzilawati :Saya lebih menekankan kaedah belajar sambil
bermain. Sepertimana
yang kita sedia maklum, sesi pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas tidak boleh terlalu serius dan terikat dengan sistem dalam kelas.
Sesi P&P seharusnya lebih tidak formal. Tambahan pula, diadakan juga kem
bestari yang bermula dari pagi hingga petang, khusus untuk para pelajar untuk
menguasai kemahiran membaca. Para guru akan menjadi mentor kepada
pelajar-pelajar tersebut.
Saya :Biasanya berapa kali dalam
setahun program ini diadakan ?
Pn. Norzilawati :Tahun lepas merupakan peristis kepada
program ini. Program ini akan
diadakan pada
setiap tahun dalam 3 kali setahun.
Saya :Sampai di sini sahaja
temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat
dengan saya. Assalamualaikum
Pn. Norzilawati
:sama-sama dan waalaikumussalam.
2.2 Temubual Bersama
Puan Nor Azliza Bt Jusoh (Guru Prasekolah)
Saya : Assalamualaikum
Pn. Nor
: Waalaikumussalam
Saya : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa
untuk saya adakan satu
temuramah
bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
Pn. Nor :Ya, boleh. saya akan luangkan
sedikit masa untuk adik siti mirani .
Silakan duduk.
Saya :Bolehkan cikgu jelaskan apa
yang cikgu boleh dikatakan berkaitan
dengan istilah masalah bahasa ?
Pn. Nor :Masalah bahasa ini pada pendapat
saya, biasanya kanak-kanak yang tidak
dapat bercakap dengan sebutan yang jelas dan lancar. Biasanya mereka masih
gagap dan pelat. Mereka juga susah untuk memahami sesuatu perkataan dan ayat.
Saya :Apakah masalah –masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?
Pn nor :Biasanya yang disebut
masalah-masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dia keliru dengan
huruf p dan d, kadangkala tertukar dengan huruf m dan n. kadangkala kanak-kanak
tidak dapat menyebut dengan betul dan jelas contohnya huruf h.
Saya :Bagaimanakah cara untuk
membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?
Pn. Nor :Biasannya saya mengadakan
pelbagai aktiviti di dalam kelas contohnya mencari huruf tersembunyi, aktiviti
yang menarik dan mudah untuk mereka mengingati huruf. Sistem belajar ini
dipanggil belajar sambil bermain.
Saya :Sampai di sini sahaja
temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat
dengan saya. Assalamualaikum
Pn. Nor :sama-sama dan waalaikumussalam.
2.3 Temuramah Bersama
Pembantu Pengurusan Murid, Puan Norhazila Bt Jaafar.
Saya : Assalamualaikum
Pn. Ila
: Waalaikumussalam
Saya : Bolehkah kakak luangkan sedikit masa
untuk saya adakan satu
temuramah
bersama kakak tentang masalah bahasa dan
komunikasi kanak-kanak.
Pn. Ila : Ya, boleh. Silakan duduk.
Saya : Bolehkan kakak jelaskan apa yang cikgu boleh
dikatakan berkaitan dengan istilah masalah bahasa ?
Pn. Ila :Masalah bahasa ini pada
pendapat saya, penggunaan bahasa yang silap contohnya bahasa rojak dan bahasa
dialek Kelantan.
Saya :Apakah masalah –masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?
Pn. Ila :Biasanya yang disebut
masalah-masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah telor (pelat) dan
menggunakan bahasa yang tidak betul serta gagap.
Saya :Bagaimanakah cara untuk
membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?
Pn. Ila :Biasannya saya menggunakan
bahasa yang betul. Saya juga menyebut sesuatu benda dengan menggunakan bahasa
melayu standart. Kalau mereka tersilap, saya akan menegur dengan menggunakan
cara yang baik.
Saya :Sampai di sini sahaja
temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat
dengan saya. Assalamualaikum
Pn.Ila :Waalaikumussalam.
2.4 Temubual Bersama
Penolong Kanan Pentadbiran,MD Sohaimi Bin Che Musa
Saya : Assalamualaikum
En Sohaimi : Waalaikumussalam
Saya : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa
untuk saya adakan satu
temuramah
bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
En Sohaimi : Ya, boleh.Silakan duduk.
Saya bolehkan cikgu jelaskan apa yang cikgu boleh
dikatakan berkaitan dengan istilah masalah bahasa ?
En Sohaimi : Masalah bahasa ini pada pendapat saya adalah kecacatan atau
perkembangan pemahaman
yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan dan
tulisan. Contohnya, masalah bahasa adalah penggunaan perkataan dan maknanya
yang kurang sesuai, gagal menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang
sesuai, kurang perbendaharaan kata.
Saya :Apakah masalah –masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?
En Sohaimi :Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak
secara khusus adalah mereka gagal mengingat kembali perkataan, menyatakan
perkara atau bentuk yang abstrak, memahami perkataan yang mempunyai pelbagai
makna menggunakan ayat yang betul dan lengkap, meminta penjelasan untuk mesej
yang kurang difahami
dan gagal memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
dan gagal memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
Saya :Bagaimanakah cara untuk
membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?
En Sohaimi : Apabila mengajar bahasa, guru
hendaklah menggunakan beberapa
teknik pengajaran yang
khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara
pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah
penguasaan bahasa mereka adalah mengajar mengikut urutan perkembangan bahasa
normal kanak-kanak. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa
kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.Kemudian, guna strategi pengajaran
yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Kanak-kanak mesti
dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah
merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa
yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. Akhir
sekali, gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran
bahasa yang khusus.
Saya :Sampai di sini sahaja
temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat
dengan saya. Assalamualaikum
En Sohaimi :Sama-sama
dan waalaikumussalam.
2.5 Temuramah Bersama
Pembantu Tadbir Am Rendah (PAR), En. Nik Mohd Nazir Bin Nik Mohd Salleh .
Saya : Assalamualaikum
En. Nik
: Waalaikumussalam
Saya : Bolehkah tuan luangkan sedikit masa untuk
saya adakan satu
temuramah
bersama tuan tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
En. Nik :Ya, boleh. Tetapi saya tidaklah berapa tahu
tentang isu ini. InsyaAllah saya akan
menjawab melalui pemerhatian saya terhadap anak-anak saya.Silakan duduk.
Saya : Bolehkan tuan jelaskan apa yang tuan boleh dikatakan
berkaitan dengan istilah masalah
bahasa ?
En. Nik :Masalah
bahasa ini pada pendapat saya,menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan secara
tulisan dengan menggunakan bahasa Melayu yang tidak standart dan kosa kata yang
kurang.
Saya :Apakah masalah –masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?
En. Nik :Biasanya masalah bahasa yang
di hadapi oleh anak-anak saya ialah kosa kata yang kurang, pemahaman yang
kurang dan terpengaruh dengan loghat Kelantan.
Saya :Bagaimanakah cara untuk
membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?
En. Nik :Biasannya saya menggunakan
bahasa yang betul apabila bagi menggantikan perkataandan kata yang salah dalam
komunikasi.
Saya :Sampai di sini sahaja
temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat
dengan saya. Assalamualaikum
En.
Nik :Waalaikumussalam.
Bahagian C (Laporan )
3.1Kaitan
maklum balas tersebut dengan istilah masalah bahasa.
The National Information Center for
Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah
bahasa sebagai;
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami
dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”
The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan
pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami
dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”
The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan
pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”
Hal ini bertepatan dengan pendapat para guru dan staf yang
telah saya jalankan temubual. Contohnya,Puan
Norzilawati, En. Nik Mohd Nazir, Puan Nor Azliza. Beliau, menyatakan
pendapatnya tentang masalah bahasa dan komunikasi dari aspek kelemahan dalam keupayaan pelajar
untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama
ada secara verbal dan bukan verbal. Puan Norhazila pula
menyatakan pendapatnya tentang penggunaan bahasa yang silap dalam kalangan
kanak-kanak terutama penggunaan bahasa rojak dan bahasa dialek Kelantan. En
Mohd Sohaimi pula menyatakan masalah
bahasa secara menyeluruh, meliputi semua aspek yang iaitu,dari aspek, makna,
ayat, pemahaman dan penggunaan tatabahasa yang betul.
3.2 Sejauhmanakah,
pemahaman pandangan tersebut menyamai definisi dan konsep yang dibincangkan
dalam kuliah.
Berdasarkan definisi masalah bahasa dan pandangan-pandangan
para guru dan staf di
atas, masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dari segi aspek
berikut;
i. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan
menghadapi masalah dalam
bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti
“nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”. Hal ini dijelaskan oleh Puan Nor Azliza dimana beliau menyatakan
bahawa kanak-kanak keliru dengan huruf p dan
d, kadangkala tertukar
dengan huruf m dan n. kadangkala kanak-kanak tidak dapat
menyebut dengan betul
dan jelas contohnya huruf h.
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tatabahasa yang salah. Hai lini dijelaskan oleh Encik Sohaimi dimana beliau menyatakan bahawa kanak-kanak sering gagal memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna menggunakan ayat yang betul dan lengkap.
iii.Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
iv.Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan. Hal ini diljelaskan oleh Encik Nik Mohd Nazar dimana beliau berkata “masalah bahasa ini pada pendapat saya,menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan secara tulisan dengan menggunakan bahasa melayu yang tidak standart dan kosa kata yang kurang.”
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.
3.3 Intervensi Pengajaran Bahasa
Kanak-kanak yang dikenal pasti
menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan
segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Dalam merangka
intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah
pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. Apabila mengajar bahasa
kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak guru hendaklah menggunakan beberapa
teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak
tersebut. Menurut Mook Song Sang (2009)Di antara intervensi pengajaran bahasa
yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa
mereka adalah seperti berikut:
i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.
i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.
ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal
Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.
iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.
iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan
Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.
v. Terangkan apa yang orang lain lakukan
Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.
vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.Hal ini juga turut dijelaskan oleh Encik Sohaimi.
vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya. Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.
Bahagian D (refleksi individu)
Setelah
menjalankan kajian ini saya dapati bahawa, bahasa adalah merupakan alat untuk
manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan
keberkesanan komunikasi seseorang. Mengikut
“The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982)” telah
memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti
berikut; Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang
menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).” Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan proses auditori pusat, Reed. V.R., (1994).
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).” Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan proses auditori pusat, Reed. V.R., (1994).
Kemahiran
bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Kirk, Gallgher, & Annastasiow, (1993), selain bermasalah
menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya,
terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah
dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh dipandang ringan
kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan
gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa
tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan
mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah
ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.
Sebagai
mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh
diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap
ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah
berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu
bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga
kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak
mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu
kebiasaan dan sukar dipulihkan.
Sebagai
seorang guru kita seharusnya, mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak dengan kaedah yang betul. Antaranya adalah, mengajar
bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Guna strategi
pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru.
Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Guru
juga seharusnya,menunjukkan contoh yang betul untuk digunakan supaya
kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis
misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau
menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. Aktiviti harian
kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain
itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema
pengajaran bahasa.
[A1]Keseluruhannya baik
Isis kandungan meliputi aspek yang
dibncangkan
Persembahan grafik menarik
Banyakkan citation dari jurnal
Senaraikan bahan rujukan buku jurnal
ikut sistem aPa
[A2]Bahagian boleh dibuat secara grafik dengan ambil subtajuk sahaja
[A3]Bahagian ini doleh diringkaskan dan dipadatkan dan boleh dimasukkan
ke dalam perenggan terdahaulu di atas