1.0
PENGENALAN
Program
Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan
ini menekankan unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Model konseptual Pendidikan Guru yang
mengandungi elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan
dalam program ini.
Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan
di Institut Pendidikan Guru (KDPM/KPLI/KPLI-SR/KPLSPM) telah disediakan untuk
program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka
ditauliahkan dengan Diploma perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini
mengandungi tiga menu utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Pembinaan Insan Guru,
Pembangunan Insan guru serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru.
Tujuan
utama Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciri
–ciri insan yang berakhlak mulia dan
patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan
semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama
dan bertanggungjawab kepada pasukan. Disamping itu dapat meningkatkan
katahanan fizikal dan mental. Para guru pelatih juga dapat meningkatkan dan
menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat
dan meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan .
Akhirnya, dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian.
2.0 MATLAMAT
Program ini merupakan salah satu
usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan mental dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan.
3.0 OBJEKTIF
1)
Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela
kepada komuniti.
2)
Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan.
3)
Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan
komuniti setempat.
4)
Mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai
persekitaran komuniti
5)
Melatih pelajar-pelajar menjadi peka kepada
komuniti, persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan
komuniti.
Tarikh : 23.Julai.2011
Masa
|
Aktiviti
|
7.30 pagi
|
Para guru pelatih
yang terlibat berkumpul di hadapan Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA).
Taklimat ringkas
daripada Penyelaras Program BIG, Encik Michael Tarang Jelaming.
|
7.45 pagi
|
Tiba di Pra-sekolah
Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang.
Kehadiran para guru pelatih diambil. (Peralatan
yang diperlukan dibawa ke lokasi)
Para guru pelatih
yang terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian tugas
khidmat masyrakat yang pelu dilaksanakan.
|
8.15pagi
|
Para guru pelatih
melaksanakan tugasan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
Tugasan
dikategorikan kepada dua iaitu, aktiviti di luar dan di dalam.
Antara aktiviti
luar yang dilakukan oleh para guru pelatih adalah mencuci longkang,
mencabut/mencantas rumput,mencangkul tanah dan lain-lain.
Antara aktiviti
dalam yang dilaksanakan pula ialah seperti mengemas bilik darjah pra-sekolah,
mencuci tingkap, membersihkan bilik stor dan dapur dan sebagainya.
|
10.00pagi
|
Sarapan pagi
disediakan.
Para guru pelatih
berehat sebentar untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan.
|
11.00pagi
|
Para guru pelatih
mengemas sisa-sisa sarapan pagi bersama dan melaksanakan tugas masing-masing
semula.
|
1.30petang
|
Setelah siap
melaksanakan semua aktiviti-aktiviti tersebut, para guru pelatih mula
membersihkan lantai serta jalan tar yang kotor disebabkan sisa-sisa tanah di
prasekolah tersebut.
Aktiviti murai juga dilakukan oleh para guru pelatih.
|
2.00petang
|
.Para guru pelatih
mengemas dan membersihkan semua peralatan yang telah digunakan.
Semua peralatan
yang telah dibersihkan disimpan dengan
baik di tempat asal.
|
2.15petang
|
Semua guru pelatih
yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah.
Para guru pelatih
berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula.
Ucapan penghargaan
ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming.
|
2.30petang
|
Nyayian lagu
Negara Ku
IPG Batu Lintang
Ibu Pertiwiku
Bersurai
|
5.0 Kandungan (sebelum, selepas dan
semasa BIG siri 2)
Sebelum Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Kami mendapat surat pemberitahuan mengenai
program yang akan dilakukan pada hujung minggu nanti
|
ü Kami juga berbincang semasa sesi tutorial
bersama-sama tutor tentang baju yang seragam yang perlu dipakai pada hari
tersebut. Kami telah bersetuju untuk memakai baju T kelas yang berwarna biru.
ü Kami juga mendapat serba sedikit makluman
tentang masa dan tempat berkumpul melalui ketua kumpulan.
|
Semasa Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Kami mendengar penerangan daripada En.
Michael Tarang Jelaming tentang pembinaan portfolio. Kami juga turut
membahagikan ntugas masing-masing
|
ü
Mendengar taklimat
mengenai tugas-tugas yang akan dilakukan nanti.
|
Selepas Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Membuat refleksi individu
ü Mengumpulkan gambar-gambar tentang aktiviti
yang telah dijalankan.
ü Berbincang dengan rakan-rakan tentang cara
pembinaan portfolio.
|
ü Menghantar portfolio
|
6.0
REFLEKSI INDIVIDU (SITI
MIRANI BINTI CHE RAHIM)
Bina
Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap
penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut
pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati
diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi,
dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang
situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya
kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.
Pertama
kali menjejakkan kaki ke prasekolah IPGKBL meninjau kenangan silam semasa masih
bergelar seorang pelajar tadika. Sekolah ini sangat cantik dan berwarna-warni. Saya
dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas prasekolah bersama-sama guru-guru pelatih daripada kumpulan pengajian
lain dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini
(siri 1/ 2011), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PA/AQ dan KS Ambilan Jan 2011. Saya berasa sangat
seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh
kreatif dan bersemangat.
Dalam
membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap
bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas
seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang
guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan
terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang
guru perlulah sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalkan adab-adab yang
terpelihara.
Saya
sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman
dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga En.
Michael Tarang Jelaming yang banyak
membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Batu Lintang. Tanpa tutor
sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada Cik Florence Teo Tze
Chin dan Pn. Tay Meng Guat sebagai tutor kelas saya yang menjadi tonggak utama
penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas semasa menjalankan
aktiviti khidmat masyarakat bina insan
guru siri 2. Setiap aktiviti dalam Program Khidmat
Masyarakat yang telah di jalankan di prasekolah IPGKBL, telah
menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas
sebenar sebagai seorang guru kelas, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas
pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau
dalam kelas termasuk apkek kebersihan.
Sepanjang
program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru pelatih
yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan
prasekolah tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan,
dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu
membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi
dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama
guru dan pembantu prasekolah untuk membersihkan kawasan dalaman prasekolah
tersebut.
Saya
dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada guru dan pembantu prasekolah
sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk menghias
meja-meja di prasekolah tersebut, memenuhi sudut-sudut info yang masih kosong
dengan info-info yang bersesuaian untuk pelajar prasekolah. Kami juga
ditugaskan untuk mengemas bahagian dapur dan membersihkan semua rak-rak buku
dan menyusun semua alatan di dalam prasekolah dengan baik. Rakan-rakan lain
pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata dan membuat batas bagi menanm
pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi memindahkan tanah ke dalam
batas batu bata di sepanjang kawasan pagar prasekolah dan melakukan kerja
pembersihan longkang di sepanjang kawasan prasekolah tersebut.
Tiada
kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang
ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga
membersihkan tandas, mengelap tingkap, memotong rumput dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang
dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya,
saya rasa Program Bina Insan Guru ini
perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu
mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan
mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya
apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan
pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya
yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu.
Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.
Bagi
saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih
yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya
dapat belajar cara yang baik untuk
membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan
kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya
dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk
menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk
menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala ilmu
ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada
masa hadapan.
Saya
juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di prasekolah
kerana sebagai seorang guru pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru
prasekolah tersebut dan mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar
saya pada masa hadapan. Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam
kelas pemulihan sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), semasa berada di
prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat kemahiran asas
paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahira 3M dan dapat berada di
dalam kelas perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara nasihat yang saya
dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar para pelajar
dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar yang
saya perolehi pula adalah, kaedah belajar melalui bermain. Kaedah ini amat
berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini kerana, memang
fitrah seorang pelajar untuk bermain.
Selepas
menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam prasekolah tersebut, saya turut
membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah. Walaupun sangat
penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh
sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas
itu, kami makan bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca doa dan kami makan.
Saya sangat berterima kasih kepada semua tutor-tutor kumpulan, En. Michael
Tarang Jelaming dan semua warga prasekolah
yang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada
saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang
berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam
perhubungan sosial ketika bergaul dengan rakan-rakan kumpulan lain terutama guru
pelatih yang terdiri dari kaum adam. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya
meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan
mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan beberapa orang guru
pelatih yang sebelum ini kami hanya sekadar membalas senyuman sahaja.
Program
pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En. Michael Tarang Jelaming,
pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Batu Lintang. Semua
guru pelatih yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah.Para
guru pelatih berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan
penghargaan ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming diikuti nyanyian lagu
Negara Ku, IPG Batu Lintang dan Ibu Pertiwiku dan bersurai. Ucapan
terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Florence, tutor kumpulan kami yang bersama-sama
semasa program ini berlansung. Program seumpama ini harus dijalankan kerana
memberi banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Batu Lintang untuk
keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa hadapan. Program ini dapat mengeratkan sillaturrahim dan ukhuwah sesama
guru pelatih.
7.0 PENUTUP
Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang
program BIG ini adalah sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia
dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan
sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan
seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji
akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri
dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.