Pengenalan
Islam Hadhari bukanlah suatu ajaran
baru di dalam Islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan
relealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk
diikuti oleh umat islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Islam hadharu member penekanan
kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu
peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar dan member fokus kepada
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal
pembangunan Insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya,
sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sama ada dari aspek jasmani
dan rohani.
Penjenamaan Islam Hadhari diharap
dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka
minda segar masyarakat non-muslim
agar dapat memahami agama Islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis
dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim
terhadap Islam.
Islam Hadhari sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan
kepada kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan
rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun
umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya berasaskan kepada prinsip
'Siasah Syar'iyyah' dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan kelima-lima
Maqasid As-Syariah : Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal,
menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian
keturunan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B Dato'
Seri Abdullah Ahmad Badawi kini ialah dengan menjadikan pendekatan Islam
Hadhari sebagai keutamaan (aulawiyat) di dalam pengurusan dan pembangunan
negara.
Islam Hadhari adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental. Asas dan fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan pembinaan Tamadun
Islam.
“ Kita memerlukan keteguhan
iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam
Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang
lebih besar, di dunia dan di akhirat”.
(
Petikan ucaoan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’Seri Abdullah haji Ahmad
badawi dalam perhimpunan Agong UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala
umpur pada 23 September 2004)
Definisi Islam Hadhari
Kalimah Islam dan hadhari secara asasnya adalah ambilan
dari perkataan bahasa Arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari
Bahasa Melayu. Perkataan asalnya adalah ,al-Islam
al-hadhari, atau disebut juga sebagai ‘Civilizational
Islam’.
Dari
segi istilah, perkataan Hadhari membawa maksud seperti berikut:
i.
Yang bertamadun atau
ii.
Islam yang menekankan aspek
tamadun
iii.
Dalam bahasa Inggeris
dikenali sebagai ‘Civilitional Islam’
iv.
Dalam bahasa Arab dikenali
sebagai ‘al-Islam al-Hadhari’
Manakala
takrif Islam hadhari secara lengkap ialah:
‘
Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif
tamadun Islam’.
Sebagai
takrif di atas, ia bermaksud;
a) Pendekatan
islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding
pendekatan islam secara juzi’e (terpisah-pisah) seperti islam bersifat politik
(al-Islam al- Siyasi)
b) Islam
Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa focus kepada kehidupan untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat,
dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identity,
jati diri serta penjajahan pemikiran.
c) Pendekatan
Islam hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun.
Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah
merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (JAKIM,2005:10)
Visi dan misi
Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan
sendiri”.
Konsepnya ialah negara mempunyai
masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta
tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang
berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
Misi Islam hadhari adalah
“Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang”
(JAKIM,2005:11-14)
Objektif
Objektif Islam
Hadhari adalah;
(a) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatankekuatan berikut;
(a) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatankekuatan berikut;
·
Spiritual (rohani)
·
Akhlak
·
Intelektual
·
Material
·
Mampu berdikari
·
Berdaya saing
·
Melihat ke hadapan
·
Inovatif
(b)
Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal
dan damai (JAKIM, 2005: 15).
Konsep Islam Hadhari
Di dalam menjelaskan tentang konsep Islam hadhari, konsep
pertama telah menekankan aspek pembangunan yang membawa kea rah pembinaan
peradaban. Peradaban bermaksud yang berasaskan acuan Malaysia bersumberkan
al-Quran dan as-Sunnah. Manakal yang berlawanan akan disesuaikan selagi mana ia
tidak bertentangan dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
Konsep Islam Hadhari turut menekankan pembangunan modal
insane sama ada melalui material dan spiritual. Penggunaan modal insane yang
maksimum adalah selaras dengan tuntutan syariat yang turut diperjelaskan dalam
amalan solat secara berjemaah yang menjadi pemangkin ajaran Islam dari aspek
spiritual dan material.
Konsep islam Hadhari juga menekankan kepada usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas-asasfundamental yang terkandung dalam
al-Quran dan Hadith yang menjadi teras pembinaan tamadun Islam. Tafsiran ikhlas
ke atas Islam Hadhari akan membantu meningkatkan kekuatan ummah dari asas-asas
akidah selain menjunjung kesucian ajaran itu sendiri. Ini secara tidak langsung
meningkatkan keyakinan terhadap tuntutan ajaran yang sebenar. Malah ia turut
berperanan mengkesampingkan pemikiran dan unsure tahyul dan khurafat.
Konsep Islam Hadhari cuba menekankan usaha kerajaan
melindungi kesucian ajaran Islam dan menangani gejala kegelinciran akidah
(faith) semasa menghadapi cabaran dan reality semasa. Sebagai kerajaan yang
bertanggungjawab terhadap kesucian agama, unsure-unsru negatif menerusi agama
perlu dihindari sejak dari awal lagi. Dengan kerajaan yang kukuh dari pelbagai
aspek, ia dapat membantu mengoptimumkan pengambilan peluang kea rah pintu
ijtihad yang masih terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan
bentuk coraj pembangunan mengikut masa dan tempat. Antaranya;
a) Aspek
pembangunan prasana dan ekonomi
b) Pembangunan
manusia melalui program pendidikan yang komprehensif dan dilengkapi dengan
program pembanguan rohani supaya nilai-nilai murni Islam dijadikan cara hidup
(JAKIM,2004:3-7)
Menurut Prof. Datuk Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid, konsep
islam hadhari merupakan sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar
dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang iaitu ‘perubahan yang
menyeluruh’ (AL-ISLAM, Januari 2005; 15-16)
Perubahan menyeluruh dikaitkan dengan kegagalan umat
Islam sedunia dalam mencapai kemajuan yang sepatutnya sebagaimana yang disebut
menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Perubahan ini sangat penting bagi
merealisasikan kehendak Islam sebenar.
Keperluan prinsip MAQASID
AL-SYARIAH
Selaras dengan konsep hidup sebagai
pengabdian diri terhadap Allah (‘Abid) dan konsep kerja sebagai ibadar, manusia
sebagai khlifah Allah (Khalifatullah fit Ardh) dan kewajipan mencapai kekuatan
dalam semua bidang kehidupan.
Sehubungan itu, prinsip Maqasid al-Syariah(dalam mazhab
Syafi’e disebut sebagai (al-Kulliyatul Khamis) adalah berkaitan seperti
berikut; (JAKIM, 2004:11-12)
a) Menjaga,memartabatkan
dan memperkasakan agama
b) Menjaga,
memartabatkan dan memperkasakan nyawa
c) Menjaga,
memartabatkan dan memperkasakan akal
d) Menjaga,
memartabatkan dan memperkasakan keturunan
e) Menjaga,
memartabatkna dan memperkasakan harta.
Segala usaha kearah ini perlu dirancang. Segala betuk
pemikran yang mengelirukan dan tidak sesuai dengan ajaran Islam sebenar perlu
dikikis agar jati diri umat daoat dibentuk. Perubahan sikap memerlukan umat
berijtihad dan berjihad ke arahnya. Contohnya: konsep Jihad perlu ditafsir
secara meluas meliputi aspek kehidupan menusia seperti menguasai ilmu, sains dan
teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktivit ekonomi dan sebagainya.
Kegagalan umat Islam memahami konsep
jihad secara meluas akan mengakibatkan kegagalan kebangkitan islam seluruhnya.
Kelemahan dan kelewatan pemahaman Surah al-Fiil sebagai contoh, mengakibtakan
masyarakat Barat lebih terkehadapan menghasilkan peralatan atau kelengkapan
ketenteraan mencakupi era kontemporari.
Pemahaman Islam hadhari
Usaha kea rah memahami isi kandung Islam Hadhari perlu
menjurus kepada semua pihak menerusi pelbagai saluran. Umpamanya;
a) Peningkatan
Kualiti (Itqan) dalam semua urusan
b) Usaha-usaha
Ijtihad yang berterusan
c) Penghayatan
dan mewarisi ketamdunan global (Rahmatun Lil’alamin)
d) Semangat
Ukhwah Islamiah (Brotherhood) disemarakkan bagi menghasilkan jaringan social
yang berkesan
e) Pembudayaan
nilai-nilai positif yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Contoh:
pembudayaan social yang berkesan
f) Keseimbangan
antara ilmu agama dan secular. Banyak ayat al-Quran yang menyentuh soal
penguasaan sains dan teknologi sedangkan ianya dianggap ilmu secular
Rasional Islam Hadhari
Diperkenalkan
Terdapat
dua aspek utama mengapa Islam Hadhari diperkenalkan iaitu dari sudut dalaman
dan luaran (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM 2005;153-154)
Aspek
dalaman
ü Kefahaman
ajaran Islam secara serpihan
ü Kepelbagaian
Kumpulan
ü Kesan
konspirasi politik dunia barat
Aspek
luaran
ü Cabaran
globlisasi
ü Isu
terrorisme ditujukan kepada Islam
ü Membendung
tradisionalisme dan Fundamentalisme
ü Cabaran
fahaman kebendaan dan hedonisme.
Prinsip Islam Hadhari
Islam
Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
Rajah 1: Prinsip Islam
Hadhari
Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang dikemaskini
supaya pendekatannya tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada
mana-mana pihak, memandangkan kompisisi rakyat yang berbilang agama dan kaun di
dalam negara. Prinsip-prinsip ini boleh dijadikan garis panduan bagi
negara-negara Islam yang lain yang ingin mempelajari dan memahami Islam Hadhari
yang dilaksanakan di Malaysia.
Pendekatan prinsip ini bertujuan untuk memperkasa umat
Islam agar berupaya menhadapi cabaran dunia semasa selain berupaya menangkis
segala tomohan dan salah faham terhadap ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu,
warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam
dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan
masyarakat Malaysia.
Selaras dengan prinsip islam hadhari, perubahan minda
umat memerlukan satu tindakan menyeluruh, secara drastic, secara sistematik dan
tidak bersifat sector atau partisan. Ia juga memerlukan satu perubahan
tasawur(pandangan global/ world view)
seluruh masyarakat.
1) Keimanan
dan Ketaqwaan Kepada Ilahi (Allah/God)
Amatlah penting umat Islam memahami islam sebagai sistem
kehidupan yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidup/ Islam The Way Of Life). Islam bukan satu ritual semata-mata
kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangakn asas kejadian
manusia sendiri dari dua unsure (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan
dengan seadil-adilnya.
Justeru itu, Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi
kehidupan sama ada kehidupan duniawi (dunia0 dan persiapan ukhrawi (akhirat / judgement day). Ini turut disebut
menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28), ayat 77 yang bermaksud:
“ Dan tuntutlah
dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahaladan
kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan
dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemikiran nikmat-Nya yang
melipah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Oleh
itu, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dijadikan teras oegangan dan rujukan.
Gabungan beberapa unsure yang terdiri dari akidah (kepercayaan/ faith),
syariah(perundangan / legislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah
teras perancangan pembangunan insane dan pengurusan sistem untuk mencapai umat
yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman
Allah SWT dalam surah al-A’raaf (7) ayat (96) yang bermaksud:
“ Dan (tuhan berfirman
lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami
akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,
dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(Rasul Kami), lalu kami timpakan
mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka usahakan.”
Pada
prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar
Islam terbahagi kepada dua iaitu:
Rajah
2: Prinsip Penentuan
Ini
ditegaskan di dalam firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Tiada
ada paksaan dalam agama (Islam)”
Dan
dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.
Akidah yang dikehendaki adalah menurut Ahli Sunnah Wal
Jama’ah bukan semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli
dengan ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan( as-Syeikh Muhammad bin
Slaih al-‘Uthaymin, 2004:21)
Gabungan
ketiga-tiga unsure di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala
perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar terutamanya dari aspek
kelahiran dan kepercayaan tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa di
kalangan umat Islam.
Sebagai balasan pelaksanaan menurut Islam yang hakiki,
maka Allah akan member balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu
sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah Ta’ala;
I.
Maka
barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun,
nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa yang melakukan
kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihatnya-Nya (dalam
surah amalnya)
(Surah
Az-Zalalah(99):7-8)
II.
Dan
(Tuhan berfirman lagi): kalau sekiranya penduduk negari itu beriman serta
bertaqwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langitnya dan bumi tetapi mendustakan (Rasul
Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka
telah usahakan.
(Surah al-A’raf(7):96)
Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia
sebagai negara islam tidak menghalang agam-agama lain diamalkan dan dihormati
dengan seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11
perlembagaan negara yang member kebebasan beragama ke atas rakyat (Perlembagaan
Malaysia, 200 : Bahagian Kedua Perkara 11 dan fasa 4).
2) Kerajaan
Adil dan Amanah
Prof.Dr Hamka menyebut, “Adil itu ialah meletakkan
sesuatu kene pada tempatnya.” Ini bermakna adil adalah member hak kepada yang
berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Ini sesuai
dengan firman Allah S.W.T dalam surah an-nahl(16) ayat 90 yang bermaksud:
“ sesungguhnya Allah
menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar serta kezaliman. Ia mangajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya.”
Pelaksanaan keadialn tidak melihat pada keturunan, warna
kulit, bangsa, keduduka, miskin,kaya atau perbezaan agama. Ini turut disebut menerusi
beberapa kategori;
i.
Firman Allah Ta’ala dalam
surah al-Ma’idah(5) ayat 8 yang bermaksud:
“Dan
jangan sesekali kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu keoada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiap jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir dengan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
ii.
Sabda Rasulullah SAW
“sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong
tangannya.”
iii.
Peristiwa Saidina Umar
ketika manjadi amiral Mukminin yang telah menghukum anak beliau sendiri dengan
hukuman sebat 100 rotan (dan wafat) akibat melakukan zina dengan seorang
perempuan yahudi.
iv.
Peristiwa Saidina Ali ketika
menjadi khlifah Islam pernah kehilangan baju besinya yang ditanggalkan dalam
suatu peperangan dan ditemui oleh seorang lelaki yahudi lalu mengambil dan
mendakwa baju tersebut menjadi miliknya. Dalam penghakiman yang telah dilakukan
di mahkamah Islam, hakim(Zaid bin Thabit) telah member peluang kemenangan
pendakwaan kepada seorang yahudi tersebut walaupun Saidina Ali adalah seorang
khlifah dan sahabatnya.
Manakala
amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang
diletakkan ke atasnya. Ini turut dirakamkan menerusi;
i.
Firman Allah ta’ala dalam
surah an-Nisa (4) ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT
menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan
(suruhan-Nya) itu member pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”
ii.
Sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Ahmad;
“ Dan tidak beriman bagi seseorang
yang tidak amanah.”
Selain itu, Islam Hadhari menekankan
amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada
semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros
dan perbelanjaan berhemah) akan melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati
Allah SWT. Ini ditegaskan dalam surah Saba’(34) ayat 15 yang bermaksud seperti
berikut:
“ Demi sesungguhnya, adalah
bagi penduduk Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurkaan Allah) yang terdapat
di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur).
Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampong mereka). (lalu
dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepada-Nya: (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan
makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.
3) Rakyat
Berjiwa Merdeka
Pendekatan Islam Hadhari menekankan
aspek rakyat yang berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insane yang
tidak member kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada
Rasul-Nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari-Nya adalah dilarang terutama
dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Sebuah hadis ada menyebut: Tidak ada ketaatan bagi seseorang yang
melakukan? Melibatkan perkara maksiat kepada Allah. Ketaatan hanya ada dalam
perkara yang makruf (baik) sahaja.
Jika merdeka mampu memberi aspirasi
kepada individu untuk melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif. Manakal
masyarakat yang berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta
progresif. Idea-idea bernas ini mampu memartabatkan diri, keluarga,masyarakat
dan negara ke mercu yang diredhai Allah. Sebaliknya, jiwa yang terjajah akan
meletakkan bangsa dan negaranya di bawah tahap sebenar. Kesan yang ketara ialah
mereka sentiasa berada di takuk yang lama dan tidak sanggup terdedah dengan
kemajuan dan persaingan.
Masyarakat yang berjiwa merdeka akan
berusaha mengembeling tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang
dan etika dengan menjadikanya sebagai landasan masyarakat Islam Hadhari yang
berfikiran terbuka dan memiliki sifat tasamuh (bertimbang rasa) yang penuh
dengan kebijaksanaan. Masyarakat berjiwa merdeka juga tidak akan dijajag dengan
tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan
dengan semangat islam hadhari dalam erti kata sebenar.
4) Penguasaan
Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan satu tuntutan utama di mana galakan
menuntut ilmu telah bermula sejak nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan
ini diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasulullah SAW menerusi
surah al-Alaq (96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memangkinkan umat Islam menakluki
dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Ini telah terbukti
dengan kekuatan Islam menyaingi tamadun-tamadun dunia silam dengan sekelip
mata.
Penguasaan ilmu menyebabkan umat
Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan
khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu
pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa
kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh matap dan diperkasakan dengan
penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (ilmu wahyu) sehingga mampu menjana
Islam suatu masa dahulu. Mereka menjadi pencetus perkembangan tamadun ilmu di
dunia barat.
Ketinggian kedudukan masyarakat
berilmu pengetahuan turut dirakamkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam
surah al.Mujadaah (58) ayat 911) yang bermkasud:
“ Dan Allah mengangkat
kedudukan orang-orang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa
yang kamu lakukan.”
5) Pembangunan
ekonomi seimbang dan komprehensif
Sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama.
Melalui sector ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan
pesat. Atas faktor ini, ekonomi adalah sebahagian dari kesempurnaan Islan.
Sebuah hadis turut menekankan tentang kepentingannya menerusi sabda baginda: “ tangan di atas (member) lebih baik dari
tangan yang di bawah (meminta-minta).”
(Hadis
Qudsi)
Atas dasar ini, ekonomi dalam ajaran
islam bukanlah satu entiti yang bersingan dari tuntutan agama, malah ia saling
berkait dengan unsure-unsur ritual Islam itu sendiri. Ia menjad punca kepada
ketenagan beribadat dan beramal seperti bersedekah, membayar zakat dan
sebagainya.
Usaha ini turut dibuktikan oleh
rasulullah SAW ketika berhijrah ke madinah. Baginda berusaha menjadikan Madinah
sebagi pusat perniagaan terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Malah seorang
sahabat Muhajjirin dari Makkah bernama Abdul Rahman bin ‘Auf, apabila telah
dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Saad bin al-Rabi’ al-Ansari telah
menolak pemberian separuh dari harta saudaranya. Bahkan beliau meminta
ditunjukkan pasar utuk beliau berniaga. Beliau telah memperolehi keuntungan
yang lumayan hasil usahanya itu.
Pembangunan ekonomi dalam Islam
perlu seimbang yang mana harta adalah hak milik Allah secara mutlak. Manusia
hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya itu. Justeru itu,
soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil
rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT. Segala perolehan harta
akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT di hari akhirat (judgement day) nanti.
Atas saya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan harta
yang mendatangkan keraguan. Hadis Nabi jelas menekankan persoalan ini menerusi
sabda baginda: sesungguhnya sesuatu yang
halal adalah jelas dan sesuatu yang haram itu adalah jelas: Di antara keduanya
terdapat perkara yang syubahat (meragukan).
Oleh itu, sikap malas, sambil lewa
dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus kelemahan institusi social dan
memalukan agama. Ismail al-Faruqi menyebut bahawa tindakan ekonomi merupakan
luahan rasa kerohanian Islam. Kaum muslimin perlu menyakinkan diri dengan
kenyataan ini, bukan seperti agama Kristian yang mengasingkan gereja dengan
kerjaan. Islam menekankan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuati ummah dan
kekukuhan kerajaan menjamin keutuhan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuatu ummah
dan kekukuhan merupakan tunggak dalam Islam.
Sistem ekonominya islam menolak
sebaranf unsure-unsur ketidakadilan, malah Islam memerangi dari pelbagai sudut.
Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme. Al-Quran
mengumpanakan pengamal riba sebagai yang dirasuk syaitan menerusi firman Allah
SW;
a) “ Orang-orang yang memakan (mengambil) riba
itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan (devil) dengan terhoyang-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.”
(al-Baqarah
(2): 274)
b)
“ Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi)
saki-baki riba ( yang masih ada pada orang yang terhutang ) itu, jika benar
kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kami juga melakukan (perintah
mengenai larangan riba itu) maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari
Allah dan Rasulnya-Nya (akibatnya kamu tidak menemui selamat)”
(al-Baqarah
92): 278-279)
6) Kehidupan
berkualiti
Kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai kerdhaan Allah
( mardhatillah). Manakala kehiduoan yang oenuh dengan kemewahan, kegembiraan,
aman damai tetapi di murkai Allah, Islam mengaggapnya sebagai kehidupan yang
tidak berkualiti. Sebenarnya kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan
bukannya manusia. Sehubungan itu, manusia perlu membezakan kehidupan yang
berasaskan akal fikiran manusia semata-mata dengam kehidupan menurut perintah
Allah (Pusat pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005:161)
Keadaan ini daripada pemikiran
manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan iklah,
memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih
cetek, pendidikan yang masih banyak kadangkala serta faktor persekitaran yang
masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan
berkualiti yang sebenar.
Justeru itu, fahaman yang berasaskan
sekularisme lebih memntingkan kehidupan dengan kemewahan material semata-mata
dan kehidupan serta kelengkapan prasarana yang mewah. Bahkan, ia dijadikan
ukuran kedudukan seseorang di dalam menterjemahkan paras kualiti kehidupan
seseorang. Keadaan seperti ini akan menjadikan pemikiran manusia semakin jumud
dan bersifat rigid dalam menentukan kualiti hidup seseorang manusia sehingga
melabelkan seseorang itu dengan tafsiran berasaskan kemewahan hidup. Kesannya,
wujud pelbagai kelas manusia dari setinggi kemewahan sehinggan serendah-rendah
kemiskinan selain manusia terpaksa berlumba-lumba mengejar kemewahan
sepertimana ditafsirkan menerusi kapitalisme.
Terdapat juga fahaman yang
menekankan kehidupan berkualiti adalah hasil pelaksanaan ritual yang
keterlaluan sehinggan menganggap dunia yang abadi (syurga/ heaven) adalah
bermala ibadat sahajatanpa menjejaskan tumpuan. Ini boleh mendorong seseorang
menjadi malas dan tidak produktif dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan
islam mengajurkan umatnya agar berusaha sedaya upaya mencari dan memperolehi
kehidupan yang berkualiti. Ini bertentangan dengan nilai-nilai dan amaran yang
dikemukakan oleh Allah SWT menerusi firman_Nya dalam surah al-Qasas (28) ayat
77 yang bermaksud:
“ Dan tuntutlah dengan harta
kekayaan yang tekah dikurnakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari
akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bimu; sesungguhnya Allah tidak
suka keada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Kehidupan berkualiti turut disebut
di dalam firman Allah yang lain, antaranya dalam surah al-‘Asr (103) ayat 1-3
yang bermaksud:
“ Demi masa. Sesungguhnya
manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal
soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Orang yang benar-benar beriman tidak
akan membuat hidupnya murung dan mundur. Malah akan berusaha menjadikan diri
mereka maju dan kehadapan dari segenap aspek sama ada spirituak, material dan
jasmani. Tambahan lagi, kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari
melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan,bahkan mencadangakn perlakuan yang seimbang
antara kekayaan dunia dan akhirat. Ia selaras dengan cadangan Allah di dalam
al-Quran.
7) Pembelaan
Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Dalam mendokong prinsip Islam hadhari,
kedudukan dan pembelaan hak ke atas golongan tetap dijungjung. Hak kemuliaan
insane di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah yang telah
disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam Islam tanpa diskriminasi
walaupun berbeza dari segi agama.
Jalinan hak
dalam Islam hadhari turut disokong menerusi undang-undang dan perlembagaan
negara. Al-Quran telah merakamkan tentang penjagaan hak di atas menerusi firman
Allah SWT dalam surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:
“ Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu
(bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat Mengetahui
lagi amat mendalam Pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Kesan dari
ayat di atas juga menyebabkan jaminan pemerintah ke atas golongan minority
termasuk wanita juga. Kedudukan wanita disanjung dan diberi hak yang
sewajarnya. Perkara ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan tentang
kebebasan hak asasi (Perlembagaan Persekutuan, 2000:Bahagian Kedua, perkara 8)
Kekuatan
kedudukan golongan minority juga turut disebut oleh khlifah Islam pertama;
Saidina Abu Bakar as-Siddiq di Balai bani Sa’adah tatkala beliau diangkat
menjadi khlifah Islam yang sedutannya adalah seperti berikut;
“ Ketahuilah
sesungguhnya orang-orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku
kerana aku akan member hak kepada mereka dan orang-orang yang kuat di sisi kamu
adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil hak dari mereka.”
Dalam satu peperangan Saidina Ali yang
ketika itu menjadi khalifah islam keempat, baginda telah menanggalkan baju
perangnya untuk memudahkan baginda merawat tentera Islam yang tercedera selain
menimbang kesan peperangan tersebut. Malangnya, baju besi tersebut ditemui oleh
seorang yahudi lalu membawanya pulang. Tatkala baginda melewati perkampungan
yahudi, baginda ternampak baju besinya itu di rumah yahudi tersebut lalu
mendakwa haknya tetapi dinafikan oleh Yahudi tersebut. Kes ini telah dibawa ke
muka pengadilan dan diadili oleh Zaid bin Tsabit. Selepas ,mendengar hujah
kedua-dua pihak, maka Zaid bin Tsbait member hak kepada Yahudi tersebut dan
Khalifah terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Maka, baginda mengucapkan
tahniah kepada yahudi tersebut di atas kemenagan beliau. Akhirnya, yahudi
tersebut memulangkan baju besi tersebut kepada Saidina Ali secara suka rela
selepas melihat keadilan hak yang beliau telah terima dari pemerintahan
Kerajaan Islam.
Di dalam
beberapa siri peperangan jihad umat Islam meisalnya, golongan wanita yang
dilihat lemah turut memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila
menyertai pasukan tentera Islam dengan member sokongan moral dan rawatan ke
atas tentera yang cedera di medan pertempuran.
Wanita dalam
Islam Hadhari adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalaman dirinya
dan dapat menangkis dalah faham yang mengangap bahawa mereka adalah kalangan
yang memiliki sudut pandangan yang jelas tentang hubungan silang gender dan
mampu bekerjasama dengan sesiapa saja secara penuh profesionalisme (Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM,2005:162)
Wanita dalam Islam Hadhari amat
menggalakkan pendidkan berterusan sesuai dengan slogan ‘Pendidikan Sepanjang
Hayat’. Wanita tidak diketepikan dari arus pembangunan malah dijadikan daya
saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam
arus perdana. Kemampuan ini menjadi mercu tanda pembangunan personaliti.
8) keutuhan budaya dan moral
Islam Hadhari sepeti yang telah
dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigm
kea rah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam. Namun, is bersifat menurut
acuan Malaysian agar ia lebih dinamik.
Ini tidaklah bermaksud menerima
pakai dialog peradaban secara total,bahkan ia menjadi titik tolak ke arah
ketamadunan yang bersesuain dengan budaya dan akhlak rakyat Malaysia sendiri.
Tambahkan pula,acuan yang dibina adalah hasil gabung-jalinantara kaum dan
budaya rakyat Malaysia .
Dalam menetapkan budaya menurut
acuan tersendiri,Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja
berperlembangaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem
pemerintahannya.Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap
sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan.Namun begitu ada
perubahan dari sebuah kerajaan tetapi banyak didahului dengan pertukaran
pemerintah,bukannya sistem dana budaya (Mohd Taib Othman dan A. Aziz
Deraman,200:69-70).
Kedatangan ajaran Islam turut
memainkan peranan utam keutuhan budaya dan moral masyarakat Melayu di peringkat
awal lebih terselah.Hal ini sejajar dengan Islam sebagai ‘ad-Din’.Perdewaan dan
kepercayaan anismisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengalaman ajaran
Islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambahkan nilai budaya
persekitarandan diasimilasi secara perlahan-lahan dalam masyarakat (Mohd Taib
Othman dan A. Aziz Deraman,2000 :69-71). Sebagaicontoh, semangat
perkaumanberjaya diubah kepada semangat ‘Malaysia Boleh’ melalui ajaran Islam
yang sebenar.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu
memberi impak yang besar sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun.
Perubahan ini dilihat sebagai ‘Melayu Baru’ melibatkan perubahan dalaman dan
rupa bentuk luaran. Ia boleh diistilahkan sebagai perubahan dalaman dari
kepercayaan kepada animisme, Hinddu-Buddha dan yang bersifat khayalan, kepada
kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan
dalil nyata (Pusat PengajianIslam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 77). Maka
Islam Hadhari adalah hasil manifestasi bersifat gloal menurut acuan Negara agar
Islamisasi terus disemadi ke dalam iwa dan diserlahkan dengan perbuatan dan amalan
yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenar.
Dalam meneruskan agenda udaya dan
moral,Islam Hadhari berusaha menekatkan semangat jati diri Malaysia
untukmenepis segala amalan dan budaya Barat yang mula menular ke dalam jiwa
masyarakatnya.Manakala segala perkara baru yang bersesuaian dan menepati
matlama budaya dan moral masyarakat Malaysia adalah diterima dengan
berhati-hati.
9)Pemuliharan Alam Semulajadi
Dalam memupuk pemuliharaan alam
semulajadi,Islam menekankan peri pentingnya masyarakat memahami Huquq al-‘Alam
(Hak-hak Alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak di atas
adalah adalah dilarang sama sekali.
Ini memandangkan secara fitrah , ala
mini ada permulaan dan pesti akan menemui penamatnya. Ia dikira sebagai
sunnatullah yang tidak boleh ditolak, samaseperti api membakar, bulan
menerangai malam dan sebagainya (Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad,2001 : Unit
2).Manakala manusia sebagai pemengang amanh (khalifah fi al-Ardh) arus
memelihara dan berusaha memanjangkan hayat alam kerana tanpa alam,manusia tidak
mampu meneruskan kehidupan dan zuriat keturunan akan turut terhapus. Tegasnya,
manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.
Hasildari usaha di atas, manusia
terus hidup dan mampu meneruskan peradapan selain eko-sistem termasuk flora dan
fauna terjamin.Pembanggunan yang merosakkan eko-sisitem harus diminimakan
serendah yang perlu, bukannya pembanggunan yang berpaksikan faktor ekonomi
sehingga menjejaskan alam sekitar.Melalui pembudayaan ini, keindahan dkeindahan
dan keunikan alam semulajadiboleh dinikmati dan sterusnya membuktikan keagungan
dan kewujudan Tuhan Maha Pencipta (Allah/God).
Dengan kesedaran manusia yang tinggi
terhadap an
alam,
secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap hubungan Allah,
manusia denagn alam. Antaraya ialah:
a) Kekuasaan
adalah Hak milik Allah.
b) Kelemahan
manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan
c) Pencipta
Alam untuk manusia
d) Keperluan
penjaga Alam.
Kesedaran di kalangan manusia dapat membantu usaha-usaha
pihak kerajaan,badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menangani
kelemahan dan pemantauan terhadap golongan yang kurang siakp tamadunnya.Ini
secara tidak langsung meringankan beban tugas yang digalas oleh pihak Jabatan
Alam Sekitar (JAS).Dalam menjamin kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat,
Malaysia telah berusaha dan menandatangani dua deklarasi yang melibat alam
sekitar iaitu:
a) Deklarasi
Rio D Janeirio pada 1993
b) Protokol
Kyoto pada 1997
Selain itu juga, Malaysia melalui ASEAN telah berusaha
gigih memastikan Negara-negara ASEAN bebas dari memilki dan menjalankan
aktiviti senjata nuclear.Ini turut berkaitan dengan pencemaranalam sekitar dan
persaingan persenjataan (ketenteraan) yang boleh merosakkan ASEAN, malah
keindahan dan kehijauan kepulauan Nusantara.Tambahan lagi,Malaysia turut
mengadakan Deklarasi Langkawi bagi menjaminkeutuhan dan pembangunan selaras
dengan kehendak alam.
Usaha yang dijalankan ini tidak sekadar perjanjian di atas kertas, malah Perdana
Menteri turut menggariskan prinsip penjagaan alam sekitar di dalam agenda
pentadbirannya menerusi Islam Hadhari.Ini adalah lambing komitment untuk
meneruskan wadah penjagaan alam sehingga ke tahap maksima.
Manakala
pembanggunan berasaskan sains dan teknologi yang berteraskan agama dan nilai
budaya turut digiatkan dengan konsep mesra alam bagi menjamin keperluan dan
kesejahteraan rakyat tidak diabaikan,bahkan dijamin sepenuhnya. Setiap
penyelidikan dipantau dan hasilnya dikongsi secara bersama berasaskan semangat
menang-menang (win-win situasion) antara manusia dan alam.
10)
Kekuatan Pertahanan
Islam Hadhari melihat bahawa
pertahanan bukanlahisu sehala yang hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan
dan kekuatan teknologi persenjataan, malah Islam Hadhari turut memfokuskan
terhadap kekuatn diri, jati diri, fizikal dan spiritual.Ini bermakna Islam
Hadhari malihat aspek pertahanan dari perspektif yang lebih luas maksudnya.
Kekuatan persenjataan semata- mata
tidak cukup bagi memepertahankan Negara,jika aspek pertahanan jati diri
diabaikan.Antara sebab kejatuhan Kerajaan Uthmaniah di Turki dan Kerajaan
Melaka pada 1511 Masehi sebagai contoh,adalah hasil kelemahan semangat
spiritual dan diri. Allah SWT turut berfirman dalam surah al-Anfal (8)ayat 60
yang bermaksud :
“Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)segala jenis kekuatan
yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia
,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya ;sedangkan
allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.”
Islam Hadhari turut memfokuskan
pertahanan secara konversional.Jika ditinjau kekuatan surah al-Fiil,jelas
mendesak kekuatan pertahanan perlu
dititik-beratkan. Negara Barat telah melihat kekuatan tentera bergajah
pimpinan Abrahah berjaya dijinakkan oleh pasukan burung Ababil yang begitu kecil. Proses dan taktik
peperangan burung Ababil itu telah
diterjemahkan dalambntuk kontemporari di mana burung tersebut diterjemahkan
menjadi jet-jet pejuang yang berkuasa di udara,kaki burung yang membawa batu
dari Neraka Sijil diterjemah sebagai pembawa peluru dan bomberkuasa tinggi (smart bomb)serta mata burung ababil itu
diterjemahkan sebagai ketepatan teknologi canggih termasuk satelit yang mampu
memfokuskan beberapa kali ganda dari mata kasar manusia .
Perubahan persekitaran global turut
menuntut umat islam agar bersedia menghadapi segala kemungkina sejak awal
lagi.atas dasar ini,Islam Hadhari turut memberi perhatian utama dengan
melengkapkan serta menguasai kelengkapan pertahanan ke tahap yang diperlukan
.Usaha kerajaan Malaysia melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia iaitu Measat-1
dan Measat-2 adalah memenuhi sebahagian keperluan pertahanan, selain usaha
jangka masa panjang negara dengan meghantar rakyat Malaysia pertama;Dr.Sheikh
Muszaphar Shukor menyertai misi aeroangkasa dan berada di orbit selama 7 hari
pada tahun 2007 kelak dengan kerjasama kerajaan Rusia.
Menurut Hassan Mohd Noor di
dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Disember 2006,kejayaan pelancaran Satelit
Asia Timur Malaysia Ketiga iaitu Measat-3 dengan menggunakan roket Proton
Breeze-M di Kazakhstan pada 12 Disember 2006 (jam 7:28:43 pagi waktu Malaysia
)dan memasuki orbit sembilan jam kemudian baru-baru ini, menyerlahkan hasrat
dan usaha murni negara bersaing secara sihat dalam aspek pertahanan
telekomunikasi.
Beliau menambah,Measat-3 dibina oleh
Boeing Satellite Systems International Inc.Satelit ini telah direka bentuk
dengan objektif untuk menyediakan tranmisi satelit serba guna yang paling
berkuasa dan paling berpontesi dari segi komersial.Dengan satelit terbaru ini
capaian liputannya melebihi 100 negara mawakili lebih 70 peratus daripada
jumlah penduduk dunia.Keseluruhan projek
Measat-3 melibatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion di mana perbelanjaan
sebanyak USD 220 juta adalah untuk pembinaan satelit.
Ia menyediakan tansponde berkuasa
tinggi 24 jalur C dan 24 jalur Ku dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur
lebar dengan tempoh hayat 15 tahu .Perkhidmatan di Asia,Australia,Asia
Barat,Eropah Timur dan Afrika menggunakan jalur C.Jalur Ku Measat-3 pula menyediakan opsyen perkhidmatan
berkuasa tinggi dan fleksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah (Direct
to Home)seperti televisyen satelit di Malaysia,Indonesia dan Asia
Selatan.Apabila Measat-3 beroperasi,ia mampu meningkatka lebih banyak aplikasi
penyiaran intensif jalur lebar yang lebih canggih seperti High Definition
Television (HDTV)dan video on Demand (VOD).(Hassan Mohd Noor,14 Disember 2006
:10)
Kejayan Malaysia akan membuka
mata-mata negara-negara Islam lain untuk berusaha dan berdaya maju bagi
mempertahan negara dan umah Islam dari sebarang bentuk penindasan dan keganasan
oleh pihak yang sentisa mahu memeras ugut dan mengaut keuntungan hasil dari
titik peluh rakya negara ersabut melalui kekuatan pertahanan.
ISLAM HADHARI DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN.
Islam adalah agama yang syumul (komprehensif)yang
mengambil perhatian dalam semua aspek kehidupan manusia. Pembangunan Islam
meletakkan manusia sebagai paksi utma, tidak seperti pembangunan model Barat
yang menjadikan ekonomi sebagai focus.
Paradigma Pembangunan Islam.
Islam adalah agama yang komprehensif merangkumi semua
aspek kehidupan, tidak dibatasi oleh perbezaan bangsa atau kaum,
kewarganegaraan atau warna kulit. Islam berasaskan kepada pengitiraf Tuahn Yang
Satu dan jugakepatuhan manusia kepada iradah (Kemhuan) dan Hidayah (Petunjuk).
Oleh itu, misi manusia di atas muka bumi ini ialah mengabdikan diri kepada
Tuhan yang menjadi menjadi matlamat hidup ini. Oleh sebab Islam bersifat
komprehensif, maka ibadah dalam Islam juga bersifat komprehensif. Ibadah dalam Islam merangkumi
aspek kerohanian dan aspek fizikal selagi ia selaras dengan peraturan Allah
s.w.t. Justeru, syarat utama agar
usaha-usaha pembangunan diterima sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. ialah
keselarasan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Alah s.w.t. Pembangunan kerohanian dan material tidak
boleh dipisahkan.
Asas Falsafah Pembangunan
Islam.
Asas
falsafah Islam mengandungi lia unsur-unsur
penting iaitu tawheed uluhiyyah,tawheed rububiyyah,khilafah,tazkiyyah
an-nafs dan al-falah.
1.Tawheed Uluhiyyah.
Tawheed
Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam
ini adalah hak kepunyaanNya.Dalam hubungan ini, ala mini adalah ciptaan Allah
s.w.t dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan(al-quran,3;191,38;27 dan
23;15).setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat .Inilah yang memberi maksud dan
kepentingan kewujudan di dalam maya ini,dan manusia adalah sebahagian daripada
alam ini.Manusia perlu menyedari bahawa semua sumber yang ada di dalam alam
semesta ini adalah hak kepunyaan Allah s.w.t .Justeru ,alam tidak boleh
digunakan sewenang –wenang dan sesuka hati untuk kepentingan diri semata-mata
.Manusia hanyalah pemegang amanah
sumber-sumber ini dan mereka perlu memastikan sumber-sumber ini dan mereka
perlu memastikan sumber-sumber ini dimanfaatkan bersama oleh manusia.
2.Tawheed Rububiyyah.
Tawheed
Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki
kepada manusia dan membingbing orang –orang yang beriman kepada Nya ke arah
kejayaan. Dalam usaha-usaha pembangunan,manusia perlu menyedari bahawa mereka
wajib berusaha dan berserah (berdoa)kepada tuhan untuk mencapai matlamat
pembanggunan.Sikap berserah semata-mata (Qadariyyah)merupakan sifat yang tidak
baik.Manakala sifat yang sebaiknya pula,iaitu percaya semata-mata kepada usaha
manusia(Jabbariyyah)dianggap tidak adil kepada Penciptanya.
3.Khalifah
Manusia
adalah khalifah atau duta Allah s.w.t .di atas muka bumi ini
(al-Quran,2:30,6:165,35:39,38:28 dan 57:7).Manusia telah dianugerahkan oleh
tuhan dengansemua cirri-ciri kerohanian dan metal,di samping sumber-sumber material untuk membolehkan
manusia untuk melaksanakan tugas dengan
berkesan.Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi
kebebasan,dan keupayaan berfikir dan memberi sebab ,untuk memilih antara betul
dan salah ,adil atau tidak adil,dan untuk merubah keadaan
hidupnya,masyarakatnya dan juga
perjalanan sejarah,sekiranya dia mahu .Manusia secara tabiinya bersifat baik
dan mulia(al-Quran,15:29,30:30 dan 95:4).Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat
ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada di hadapan sekiranya menerima
pendidikan serta bimbingan yang betul dan diberi galakan .Oleh sebab manusia
sifatnya adalah baik,manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi
ia berada atau menghampiri sifat dalamnya .Manusia juga akan berasa tidak
gembira dan kecewa apabila ia menyelewang daripada fitrah tersebut (Jaafar
Sheikh Idris ,1977).
Sumber yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t kepada alam ini tidak terbatas. Tetapi ia mencukupi untuk memberi
kesejahyeraan kepada ‘berkesan’dan ‘adil’ .Manusia bebas untuk memilih antara
pelbagai kegunaan sumber –sumber ini. Namun oleh sebab bukan hanya seorang
sahaja khalifah di atas muka bumi ini,malah terdapat jutaan khalifah lain yang
merupakan saudara-saudara sesama mereka
,maka satu daripada ujian sebenarnya ialah dalam penggunaan sumber-sumber yang
telah dikurniakan oleh tuhan dengan sebaik munkin,iaitu secara ‘efisen’dan’adil’
agar kesejahteraan semua penghuni alam ini terjamin .Ini akan terlaksana hanya
jika sumber-sumber kurniaan Allah s.w.t digunakan secara bertanggungjawap dan
dalam batasan yang telah ditetapkan oleh Allah sw.t.
Konsep tawheed dan khalifah secara
tabiinya bertentengan dengan konsep ‘lahir berdosa ‘ atau ‘bidak-bidak catur
sejarah ‘atau ‘tabula rasa ‘atau ‘dihukum dengan kebebasan;
(i)
Berbeza Daripada Konsep
Manusia ‘lahir berdosa’
Mengapakah
harus tuhan yang maha agung ,yang maha Mengasihani mencipta manusia sebagai
seorang yang ‘dilahir berdosa ‘?Benarkah seperti yang ditegaskan oleh Immanuel Kant, “cara
yang sanat aneh untuk memahami sebab merebaknya kejahatan moral dan terus
berlaku dalam dalam sejarah manusia adalah untuk membayangkan ianya berasal
daripada bapa menerusi warisan” (Boutin M 1985).Idea tentang ‘dosa asal’
memberi gambaran bahawa dosa secara genetik dipindahkan dan setiap manusia
dilahirkan ke dunia ini dipengaruhi oleh kegagalan atau dosa orang
lain.Lebih-lebih lagi sekiranya ‘penyelamat’
atau ‘saviour’ didatangkan untuk ‘mengkifarahkan’’dosa asal’ yang tidak
dilakunya , mengapakah ia datang lewat dalam searah dan bukan pada awal ,seawal
kemunculan manusia pertama dia atas muka bumi ini ?Kalaulah manusia ‘dilahirkan
berdosa ‘bagaimanakah ia boleh dipertanggungjawapkan ke atas perbuatan
mrminareka?
Oleh sebab itu ,konsep ‘dosa asal
‘bertentangan secara langsung dengan tanggungjawap perseorangan untuk semua
perbuatan manusia seperti yang ditegaskan oleh al-quran (6:164,17:15,35:18,39:7
dan 53:38).Konsep seperti itu,bak kata Lewis
“menyebabkan bahaya besar dengan memperlecehkan sifat kebertanggungjawap
,kerana kesalahan kolektif bukan merupakan kesalahan khusus seseorang “(Lewis
,H.D 1985).Konsep ‘dosa warisan’ juga bertentengan dengan sifat tuhan yang Maha
Mengasihani,ungkapan yang paling kerap diulang –ulang oleh orang Islam
sepanjang hayatnya .Konsep manusia yang terdapat dalam ajaran Islam sangat
bertentangan dengan konsep –konsep Barat ,termasuk kepercayaan tentang sifat
semulajadi manusia dalam pandangan Kristian .
(ii)Berbeza Dengan Bidak-Bidak Di
Papan Catur
Begitu
juga dengan konsep –konsep ‘bidak-bidak di papan catur’ atau ‘tabula rasa ‘
yang diserapkan ke dalam kebanyakan teori Barat tentang sifat semula jadi
manusia menjadikan manusia ini terlalu kerdil dan tidak penting dengan
menafikan kewujudan ruh yang abadi ,mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mampu
memandu nasib diri dengan mempengaruhi kuasa-kuasa di sekelilingnya .Semua
teori ini mengatakanbahawa minda manusia ini seperti papan batu lembut ;yang
masih lembut dan boleh dibentuk oleh apa jua daya- daya luar ,seterusnya
akan meniggalkan kesan ke
atasnya.Manusia,menurut pandangan ini,adalah pasif dan terkapai-kapai ;mereka
hidup tanpa misi perjuangan .Kehidupan mereka dipengaruhi oleh kuasa material
sejarah (pendapat karl Marx ),atau dikawal oleh psikologi (Sigmund Freund),atau
instink (Lorenz) dan alam sekitar (Pavlov,Watson,Skinner dan lain –lain).Ini
melahirkan satu rumusan ,selaras dengan Skinner,bahawa “kebebasan individu
adalah satu mitos”(Skinner ,B.F.1974).Fahaman Determinisme(penentuan )tidak
selaras dengan tanggungjawap manusia (Hook,S,1958,morganbesser,S and
walsh,J,1962).Fahaman Determinisme bukan sahaja merendahkan martabat manusia
tetapi turut menolak tanggungjawap manusia ke atas keadaan yang ada ,dan juga
untuk ketidakefisenan dan ketidak adilan pengagihan dan penyebaran
sumber-sumber .
Determinisme juga membawa maksud
bahawa keadaan hidup manusia tidak boleh berubah sekiranya kuasa-kuasa fizikal
,struktur sosial dan keadaan kehidupan material berubah.Tetapi siapakah
yang akan merubah semua ini sekiranya
manusia ini bersifat pasif dan kehidupan mereka ditetukan dan dikawal
?Lebih-lebih lagi ,kalaulah kehidupan manusia ini ditentukan ,maka ‘alienasi’
juga meruapakan sebahagian daripadanya dan golongan bourgeoisie mahupun
proletariat tidak boleh dipertanggungjawapkan .Oleh itu ,mengapa golongan
bourgeoisie harus dipersalahkan kerana menyebabkan alienasi golongan pekerja
atau pun menggalakkan golongan pekerja untuk memberontak?
(iii)Berbeza Dengan Existentialisme
Jean Paul Satre
Pandangan
existentialisme Satre bertentangan dengan konsep determinisme.Oleh sebab tidak
ada tuan,maka manusia ‘dihukum untuk bebas ‘maksudnya tiada had kebebasan yang
diberikan kepada manusia (Satre 1957).Setiap aspek kehidupan mental manusia
adalah disengajakan ,dipilih sendiri dan menjadi tanggungjawapnya sendiri.
(iv)Perbezaan Dengan Konsep-konsep
Lain
Konsep
Khalifah ,berbeza dengan konsep-konsep yang telah dinyatakan .Konsep khilafah
mengangkat darjat yang tinggi dalam alam semesta ini(al-quran,17;10)dan
memberikan kepada manusia ,sama ada lelaki atau pun perempuan ,tujuan dan nilai
hidup .
Konsep khalifah menyebabkan beberapa
implikasi .Antara implikasi tersebut ialah:
Rajah 3: Implikasi Pertama
Rajah 4: Implikasi kedua
Matlamat Syariah Dalam
Konteks Pembangunan
Rajah
5 : Matlamat Syariah Dalam Konteks Pembangunan
Konsep Islam Hadhari
Pendahuluan
Islam
merupakan Islam adalah Ad-Deen iaitu ´suatu cara hidup yang syumul
bertunjangkan agama´. Namun begitu, tidak semua umat islam menjadikan agamanya
sebagai cara hidup yang komprehensif. Sejak kewujudan nabi pertama lagi, iaitu
nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir. Islam diiktiraf oleh Allah s.w.t.
sebagai agama addin yang perakuinya untuk dipraktikkan oleh manusia menerusi
firmanNya dalam ayat 19 yang bermaksud :
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah
Islam”
Kedudukan
perlembagaan Malaysia juga meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Menyedari hakikat ini, setiap warganegara wajar memahami Islam khususnya
menerusi pendekatan semasa yang dipanggil Islam Hadhari.
Islam Berkembang Di Atas
Paksi Yang Tetap
Islam
telah mantap di setiap zaman namun umat Islam wajar menyedari perubahan yang
memerlukan suatu pendekatan yang tersendiri sesuai untuk menghadapi cabaran
semasa. Pendekatan Islam sememangnya dinamik kerana epistomolinya mantap iaitu
al-Quran dan al-Sunnah. Sumber ini menjelaskan tentang :
1. Perkara-perkara
yang telah berlaku sebagai teladan seperti umat-umat terdahulu yang telah
dimusnahkan akibat kedegilan mereka terhadap perintah Allah s.w.t. seperti kaun
Thamud, Aad dan lain-lain.
2. Perkara-perkara
yang sedang berlaku seperti fenomena alam yang boleh dijadikan sebagai
penyelidikan bagi menginsafkan manusia tentang kehebatan Allah s.w.t.
3. Perkara-perkara
yang akan berlaku sebagai suatu persediaan untuk manusia agar tidak
terperangkap dengan godaan syaitan yang menjadi musuh manusia sejak awal lagi
untuk memusnahkan fungsi dan amanah sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi
ini.
Oleh
yang demikian manusia khususnya umat Islam jika menghayati sumber Islam ini
akan melahirkan suatu sifat yang membangun atau dinamik iaitu dinamik di dalam
minda dan tintakan atau dinamik di dalam aspek spiritual dan fizikal. Dinamik
inilah yang menghasilkan persediaan–persediaan yang kental untuk melihat dan
mengatasi cabaran sebagai khalifah Allah s.w.t.pada hari ini dan masa depan.
Seterusnya, perasaan dinamik boleh melahirkan umat Islam yang mempunyai budaya
kental yang mampu melihat masalah dan cabaran masa depan serta mampu mencari
penawarnya pada masa sekarang dan masa depan . ini yang boleh diistilahkan
sebagai hadhari yang berasaskan perkataan hadhara bererti hadir.
Perbezaan hadhari dan
tamadun
Sebahagian sarjana ketika membicarakan pengertian hadarah
dan tamadun ada yang melihat ianya sama dan ada yang melihat ianya berbeza.
Pada dasarnya, tidak ada perbezaan yang jelas antara keduanya membicarakan
aspek rohani dan fizikal secara serentak (Mustafa, 1994). Walau bagaimanapun,
setengah sarjana cuba membezakan antara masa iaitu ia melibatkan masa sekarang
atau masa hadapan. Untuk itu ada pandangan yang melihat kewajaran perkataan hadharah
itu diguna pakai bagi tujuan persiapan masa depan. Menurut Dr. Ahmed Sidqi
al-Dajani sekalipun perkataan tamadun dan hadharah itu sama tetapi baginya
perkataan hadharah lebih wajar digunakan untuk membayangkan persiapan masa
hadapan(al-Dajani,2004).
Untuk itu ungkapan Islam hadhari lebih membayangkan satu
konsep persiapan manusia atau warganegara khusus umat Islam untuk menghadapi
cabaran masa depan dalam segenap bidang sesuai dengan Islam yang bersifat
syumul. Malah bukan hanya melihat cabaran dan risiko untuk kehidupan bernegara
atau berantarabangsa yang Berjaya di dunia ini tetapi juga kesinambungan
kejayaan bagi kehidupan di akhirat yang disebut al-falah. Oleh itu halatuju
yang awal ialah kepada Allah s.w.t. yang dilafazkan dalam kalimah syahadat oleh
orang-orang Islam. Halatuju yang akhirnya juga mestilah di dalam ruang lingkup
yang sama iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-An’am ayat
162 bermaksud :
“katakanlah
: sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
Inilah konsep pembangunan yang
sememangnya wujud di dalam Islam itu sendiri namun ianya tidak menghasilkan
makna yang sewajarnya jika hanya dilafazkan. Islam Hadhari bukan hanya
menghitung kehebatan Islam pada masa lampau tanpa menggerakkan jiwa untuk untuk
mengatasi masalah umat lainatau sentiasa bergantung kepada umat yang lain untuk
menyelesaikan masalah. Memang sewajarnya berinteraksi itu digalakkan dalamIslam
dengan tujuan untuk menambahkan idea dan bertukar-tukar pendapat bagi
pembangunan insan bukannya sekadar meraih simpati umat lain misalnya kita
benar-benar malu apabila orang Islam terpaksa merayu kepada orang kafir untuk
mengembalikan keamanan atau untuk mengatasi kebuluran (Mahathir 2003)
Islam memperkukuhkan minda
dan jasad
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan manusia
dengan dua unsure iaitu unsure rohani dan fizikal. Untuk menjadikan manusia itu
seimbang kedua-dua unsure ini sewajarnya diperkasakan dengan bekalan yang secukupnya.
Untuk itu, pendekatan Islam hadhari mestilah mengambil kira ketahanan rohani
dan jasmani. Kekuatan minda umat wajar untuk ditingkatkan dengan mencanagkan
kepada masyarakat tentang kelebihan budaya iqra’ atau membaca, budaya ilmu,
pendidikan seumur hidup, masyarakat penyantun dan penyayang, menghargai masa,
menghormati orang yang lebih tua, menghormati pemimpin dan sebagainya
menggantikan budaya lepak, budaya kuning dan lain-lain yang menghakis
sifat-sifat kemanusiaan dan jati diri umat.
Bagi menggalakkan rakyat supaya rajin membaca buku-buku
intelek, rebet cukai terhadap pembelian buku-buku khususnya yang bersifat
ilmiah wajar ditingkatkan bukan sekadar RM 500 tetapi RM1000 hingga 2000
setahun.
Bagi mengukuhkan masayarakat penyayang “dana khas masayarakat
penyayang” di masjid dan surau wajar diwujudkan untuk meningkatkan perasaan
kemanusiaan yang tinggi bagi menolong golongan yang memerlukan seperti pesakit
jantung dan lain-lain pesakit yang memerlukan. Sebagai contohnya kerajaan telah
menggerakkan ahli-ahli MERCY untuk memainkan peranan mempromosikan hal ini bagi
tujuan kemanusiaan dalamlah Negara kita.
Aspek rohani paling asas yang wajar dititikberatkan adalah :
I.
Menjelaskan salah faham
terhadap Islam
Islam
sebagai addin yang suci sewajarnya dibersihkan daripada sebarang kekarutan dan
kesesatan serta salah faham yang menghasilakan salah laku . kekeliruan ini
menghasilkan pelbagai jenayah, rasuah
dan gejala sosial walaupu taraf hidup dari segi material bertambah baik. Ada
golongan yang terlalu longgar dan ada golongan yang terlalu ekstrim dan ada
pula yang terlalu rigid sehingga tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat dalam
perkara-perkara bersifat fleksibel (Abu Irdak, 2004).
II.
Menjelaskan kefahaman bagi
mengelakkan salah tindakan
Hasil
salah faham menimbulkan salah laku dan kesannya ialah kemunduran umat Islam.
Ianya ketara menerusi masalah jenayah dan keruntuhan akhlak. Dari segi
pencapaian sains, ekonomi, teknologi dan lain-lain uamat Islam masih jauh
ketinggalan. Untuk itu, tahap pendidikan , tahap ekonomi, perniagaan dan
korporat wajar digembling dari masa ke semasa kerana kelemahan yang agak ketara
(Abu Irdak, 2004).
Kemantapan aspek fizikal
Rajah
6 : Kemantapan Aspek Fizikal
Kemantapan aspek fizikal
Penggunaan
teknologi sewajarnya dimanfaatkan khususnya bagi tujuan memudahkan satu-satu
urusan seperti meningkatkan kecekapan sistem kaunter khususnya di
institusi-institusi kewangan Islam. Perkara-perkara negative yang wujud
menerusi sistem teknologi baru seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk
peraduan memerlukan fatwa bagi mengelakkan penyalahgunaan. Antara
perkara-perkara yang wajar dititikberatkan. Antara perkara-perkara yang wajar
dititikberatkan ialah meningkatkan pertahanan dan keamanan, pembangunan ekonomi
dalam pelbagai sektor, bidang perkhidmatan dan kemudahan untuk rakyat. (Wan
Zahid, 2001)
1.
Kemantapan
dan keterampiran tenaga manusia
Bagi
mewujudkan kekuatan kuasa pemerintahan memerlukan tenaga kepimpinan yang
berwibawa, pakar dan mempunyai integriti yang tinggi. Bagi membangunkan
kekuatan ekonomi, kita memerlukan tenaga koprat, usahawab dan peniaga yang
bersemangat kental, berketrampilan dan
berdaya saing. Kemakmuran dan keamanan negara pada hakikatnya ditentukan oleh
manusia yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. sesungguhnya
pembangunan manusia adalah teras kepada pembangunan Islam hadhari (Pahrol,
2004)
2.
Kekuatan
politik yang stabil
Sultah
atau kekuasaan adalah syarat yang membolehkan kerajaan sesebuah negara
memimpin, mengurus dan mentadbir dengan berkesan. Dengan adanya kuasa
kepimpinan yang berwibawa maka visi, misi, matlamat dan objektif yang
terancang, berjangka masa dan mempunyai sasaran yang tepat seperti Wawasan 2020
dapat dibentuk dan dilaksanakan. Kuasa perundangan, eksekutif dan legislative
yang mantap dan dijamin oleh perlembagaan serta mempunyai autoriti tidak akan
dipertikaikan lagi. Kuasa yang ada pada kerajaan wajar diperkukuh dengan sikap positif pada
pemimpinnya. Sikap inilah kemudiannya menjadi role model kepada rakyat yang
sekaligus diterjemahkan menerusi bidang kepimpinan masing-masing. (Abu Irdak,
2004)
3.
Pertahanan
dan keamanan dalam negeri
Menurut
al-Mawardi (1990) di dalam kutab al-Ahkam al-Sultaniyyah, antaranya
perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam ialah :
“Memberi
perlindungan kepada rakyat dan mempertahankan kesucian (diri, haerata benda dan
agama)supaya rakyat dapat menjalankan kehidupan dan bergerak ke seluruh pelusuk
Negara dengan merasa aman dari sebarang pencerobohan ke atas diri dan harta benda
mereka…, mengawal sempadan Negara dengan menyediakan pasukan tentera yang kuat,
yang mampu mempertahankan negara dan mengusir penceroboh.”
Kedua-dua
kewajipan ini dilaksanakan melalui penubuhan pasukan polis yang cekap dan
terlatih bagi mengawal keamanan dalam negeri dan angkatan tentera yang kuat
dilengkapi dengan senjata-senjata moden untuk mempertahankan Negara daripada
serangan dan pencerobohan musuh. Menyediakan tentera termasuk dalam tugas jihd
peperangan (jihad qitali), seperti yang tersebut dalam kitab Fath Al-Muin (Aliy
Asad,1988) :
Di
dalam kitab Mughiniy al-Muhtaj (al-Syarbiniy, 1994) juga disebut :
“Kewajipan
fardu kifayah terlaksana dengan penempatan tentera yang terlatih oleh
pemerintah di sempadan-sempadan negara bagi menentang era kafir harbi (musuh
negara) juga dengan memperkuatkan benteng-benteng pertahanan dan melantik
pemerintah-pemerintah tentera. ”
Ini
adalah tuntutan al-Quran yang paling asas ke atas sesebuah negara Islam,
seperti yang tesebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“
Dan sediakan untuk menghadapi mereka apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan
pasukan berkuda (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggerunkan musuh Allah
s.w.t. dan musuh kamu. (Al-Anfal:
60)
Ayat
ini menuntut supaya umat Islam menyediakan pasukan tentera yang mampu
menggerunkan musuh. Ini bermakna, Negara wajib mempunyai pasukan tentera yang
lebih kuat daripada apa yang ada di Negara bukan Islam. Untuk memenuhi tuntutan
ini, Negara wajib menjadi Negara yang termaju dalam segenap bidang, memiliki
kekuatan ekonomi, kestabilan politik dan tidak berpecah belah. Oleh yang
demikian, rancangan kerajaan untuk menjadikan negara ini,sebuah negara yang
maju melalui ‘Wawasan 2020” adalah
merupakan matlamat yang wajib diusahakan. Ini adalah memandangkan tuntutan ini
hanya dapat dilaksanakan jika Negara Islam menjadi Negara yang termaju, kerana
telah terbukti bahawa Negara yang paling kuat pertahanannya seperti Amerika
Syarikat adalah merupakan Negara yang maju di dunia. Kenyataan ini, adalah berdasarkan
kepada suatu kaedah usul feqah yang berbunyi
:
“apa-apa
perkara yang tidak sempurna suatu tuntutan yang wajib melainkan dengan adanya
perkara itu, maka perkara tersebut wajib diadakan.”
4.
Pembangunan
ekonomi dalam pelbagai sektor
Keperluan
kepada harta benda dalam kehidupan muslim diberi perhatian yang berat dalam
nas-nas al-Quran dan Sunnah. Untuk berjihad umpamanya memerlukan harta seperti
yang tersebut dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“
Dan hendaklah kamu berjihad dengan harta benda kamu da diri kamu pada jalan
Allah s.w.t”
Malah
usaha-usaha mencari rezeki termasuk dalam jihad dengan pengertiannya yang lebih
luas seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“
Bukanlah jihad itu bahawa seseorang itu menetak dengan pedangnya dalam
perjuangannya pada jalan Allah s.w.t. Sesungguhnya dinamakan jihad juga orang
yang menanggung nafkah kedua-dua ibu bapanya dan nafkah anaknya, ia juga
termasuk dalam jihad dan sesiapa menyara diri tanpa meminta-meminta dengan
manusia lain maka ia termasuk dalam jihad” (Riwayat
Ibnu Asakir)
Adalah
jelas berdasarkan hadith ini usaha-usaha kerajaan bagi mewujudkan peluang
pekerjaan untuk rakyat adalah merupakan satu jihat mengikut pengertian hadith
Rasulullah s.a.w. semdiri.
5.
Bidang
perkhidmatan dan kemudahan rakyat
Usaha-usaha
kerajaan dalam membangunkan kedua-dua sektor
di atas untuk kemudahan rakyat adalah bagi memenuhi tuntutan dakwah
Islamiah seperti yang dapat difahami dari hadith-hadith dan perjalanan para
khalifahnya seperti berikut :
“sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan ubat.
Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya. Oleh itu, hendaklah kamu
berubat tetapi janganlah kamu berubat dengan benda yang haram.” (Riwayat Abu
Daud)
Hadith
ini menuntut pembangunan dalam sektor perkhidmatan kesihatan :
“Punca kebahagiaan anak Adam itu ada tiga perkara : perempuan yang baik,tempat yang baik dan kenderaan yang baik. Dan puca
kesengsaraan ank adam itu juga ada tiga perkara iaitu perempuan yang tidak
baik, tempat tinggal yang tidak baik dan kenderaan yang tidak baik.” (Riwayat
Ahmad)
Saidina
Umar bin Al-Khattab r.a berkata :
Demi
Allah s.w.t. jika seekor keldai tergelincir di Iraq, aku pasti berasa takut
akan disoal oleh Allah s.w.t. mengapa
aku tidak diperbetulkan jalan.”
Hadith
dan kata-kata Saidina Umar r.a. di atas menuntut penyediaan kemudahan
pengangkutan, sistem jalan raya yang baik dan juga kemudahan perumahan untuk
kebahagiaan rakyat.
6.
Bidang
kebajikan dan khidmat sosial
Usaha-usaha
membantu golongan yang memerlukan bantuan adalah sebahagian daripada matlamat
Dakwah Islamiah seperti yang dapat diperhatikan dalam hadith berikut :
“sesungguhnya
Allah s.w.t. berbuat baik kepada makhluk-Nya, maka hendaklah kamu berbuat baik
kepada sesame makhluk.” (Riwayat
Ibnu Ada)
“kemiskinan
hampir membawa kepada kekufuran” (Riwayat Abu Na’im)
“
berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang sakit dan
berusahalah membebaskan orang tawanan.” (Riwayat
Bukhari)
“orang
yang berusaha membantu golongan janda dan orang-orang miskin adalah orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t. bersembahyang tahajud pada waktu malam dan berpuasalah pada waktu
siang.” (Riwayat
Ahmad)
“sedekah
yang paling afdhal ialah bahawa kamu mengenyangkan makhluk bernyawa dan kelaparan.”
(Riwayat
al-Baihaqi)
Adalah
nyata daripada hadith-hadith bahawa usaha-usaha bagi membantu golongan miskin
dan mana-mana golongan yang memerlukan bantuan adalah merupakan sebahagian
daripada tuntutan Dakwah Islamiah yang penting sehingga Rasulullah s.a.w.
menyamakan dengan jihad pada jalan Allah s.w.t. qiyamullail dan ibadat puasa.
Sesiapa yang memperkecilkan usaha-usaha ini bermakna ia memperkecilkan Sunnah
Rasulullah s.a.w.
7.
Pembangunan
pendidikan dan ilmu pengetahuan
Anugerah
yang paling istimewa yang dikurniakan kepada manusia adalah ilmu. Oleh itu,
tidak hairanlah mengapa sewaktu Allah s.w.t. menjadikan manusia, Dia
melengkapinya dengan ilmu. Penekanan Al-Quran tentang pembelajaran menunjukkan
bahawa kemahuan manusia dalam bidang agama, ekonomi dan politik bergantung
krpada ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Apabila manusia tidak mahu mengikuti
perkembangan garis tindakan yang sebenarnya maka manusia akan hilang kedudukan
dan jatuh ke lembah kejahilan. Seterusnya manusia membuat tafsiran yang tidak
berilmiahmengenai kehidupan dan alam semesta yang bercanggah dengan ajaran
al-Quran ( Afzalur Rahman,1994).
Kejahilan
umat Islam tentang ilmu akan melahirkan peranan hina diri dari hasil penjajahan
Barat ke atas dunia Islam buat beberapa abad. Walaupun dari beberapa segi
kelihatan penjajahan ini sudah selesai , namun dari segi pemikiran dan pegangan
umat Islam masih mengalami penyakit rendah diri yang sangat berat. Hasilnya ini
menimbulkan perasaan terpegun terhadap kekuatan Barat sedangkan Islam mempunyai
khazanah ilmu yang berharga dan memerlukan kefahaman jitu dan mendalam
(Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, 1977)
Kefahaman
ulama tentang luasnya bidang ilmu pengetahuan yang dianjurkan oleh Islam ini
tidak terhad kepada ilmu syarak semata-mata, adalah berasaskan petunjuk
daripada Rasulullah s.w.a. dalam beberapa sabdanya, antara hadithnya berikut bermaksud :
“tuntutlah
ilmu sekalipun ia sampai ke negeri China kerana menuntut ilmu adalah fardhu
bagi setiap muslim.” (Riwayat
al-Baihaqi)
Arahan
menuntut ilmu sangat ke negeri China ini menunjukkan bahawa ilmu yang
dimaksudkan ialah ilmu-ilmu tentang kehidupan duniawi yang berfaedah dan
diperlukan oleh masyarakat Islam. Kefahaman ini sejajar dengan petunjuk
Rasulullah s.a.w. bahawa orang Islam yang terbaik ialah mereka yang member
perhatian kepada kedua-dua kehidupan dunia dan akhirat, seperti sabdanya :
“bukanlah
sebaik kamu orang yang mengetepikan kehidupan dunia kerana akhirat dan tidak
juga mengetepikan akhirat kerana kehidupan dunia, hinggalahia mengambil semua
dari dua kehidupan tersebut kerana dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat
dan janganlah kamu menjadi bebanan kepada orang lain. (Riwayat Ibnu Asakir)
Oleh
yang demikian, usaha kerajaan dalam memajukan sektor pendidikan dalam
pelbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan adalah bagi memenuhi salah satu aspek
penting bagi memenuhi salah satu aspek
bagi pembangunan Islam Hadhari. Bidang ini juga mempunyai kaitan rapat dengan
tuntutan membina negara yang kuat dari segi pertahanannya.
Islam hadhari bukanlah agama baru tetapi pendekatan cara
baru sesuai dengan arus globalisasi ini. Oleh yang demikian ianya boleh
didefinisikan sebagai satu pendekatan
baru bagi memantapkan fungsi manusia
yang sebenar sebagai khalifah Allah s.w.t. sesuai dengan kehidupan alaf baru
berteraskan dalil naqli (wahyu). Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin sewaktu merasmikan
seminar sains dan Islam menjelaskan
bahawa Islam hadhari mengungkapkan Malaysia sebagai satu Negara Islam,
penambahbaikan dasar dan penerapan nilai murni Islam, penyelesaian cabaran
semasa dan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Manhajnya pula menekankan
mengenai aspek ketamadunan di Malaysia. Sesuai dengan Islam yang tidak jumud ,
umat Islam sepatutnya berusaha keras, kreatif dan inovatif untuk sentiasa
memberbaiki diri dan membangunkan negara.