2.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula
diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai
tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan
perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula
diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di bawah kelolaan dan
kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diridan role model kepada masyarakat, maka guru harus
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Penghayatan
yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji
serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan
hasrat negara.
3.0 MATLAMAT
Program ini merupakan salah satu
usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan mental dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan.
4.0 OBJEKTIF
·
Mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai
Etiket Sosial & Moral Profesional yang menjadi pegangan seorang pendidik
dalam menjalankan tugas seharian.
·
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG).
·
Membina kualiti peribadi dan professional
sebagai guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan
masyarakat.
·
Meningkatkan tanggungjawab guru dalam member
perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan
pendidikan Negara.
·
Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar
mengenai pentingnya bersikap positif serta peka terhadap persekitaran dan
komuniti dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.
Tarikh : 12.Ogos.2011
Masa
|
Aktiviti
|
2.00 petang
|
Semua guru pelatih
PISMP Ambilan Jan 2011 berkumpul dan mengambil tempat di TAZA.
|
2.10 petang
|
Taklimat ringkas
oleh En Michael Tarang Jelaming, Pegawai Pengurusan Bina Insan Guru, IPGKBL.
|
2.30 petang
|
Ceramah “Etiket
Sosial & Moral Profesional” oleh En Mahmud ( wakil Pn Hamsiah Abdullah
Masni, Timbalan Pengarah, IPGKBL).
|
4.30 petang
|
Penyampaian
cenderamata kepada penceramah.
Nyanyian Ibu
Pertiwiku dan lagu IPG KBL.
|
5.00 petang
|
Bersurai.
|
6.0 Kandungan (sebelum, selepas dan semasa BIG
siri 2)
Sebelum Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Kami mendapat surat pemberitahuan mengenai
program yang akan dilakukan pada hujung minggu nanti.
|
ü Kami juga mendapat serba sedikit makluman
tentang masa dan tempat berkumpul melalui ketua kumpulan.
|
Semasa Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Kami mendengar penerangan daripada En.
Michael Tarang Jelaming tentang pembinaan portfolio. Kami juga turut
membahagikan tugas masing-masing
|
ü Mendengar taklimat mengenai tugas-tugas
yang akan dilakukan nanti.
|
Selepas Bina Insan Guru Siri 2
|
|
ü Membuat refleksi individu
ü Mengumpulkan gambar-gambar tentang aktiviti
yang telah dijalankan.
ü Berbincang dengan rakan-rakan tentang cara
pembinaan portfolio.
|
ü Menghantar portfolio
|
7.0 refleksi kendiri
Tajuk Ceramah : Etiket Sosial Dan Moral Profesional
Penceramah
: En. Mahmud Bin Jusoh
Tujuan utama ceramah ini
diadakan supaya semua guru pelatih dapat memperkembangkan diri dan mendapat
ilmu dan input yang berguna tentang etiket sosial dan moral professional pada
masa hadapan. Pada mulanya En Mahmud memperkenalkan kami dengan definisi etika.
Kata Etika berasal dari bahasa Yunani Ethos, yang berarti karakter.
Etika adalah satu set kepercayaan, standart, atau pemikiran yang suatu
individu, kelompok atau masyarakat. Semua individu bertanggungjawab kepada
masyarakat ke atas setiap tindakan dan tingkah laku mereka. Moral merupakan
persoalan yang praktikal. namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral.
Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan
dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.
Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk
individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Banyak informasi dan maklumat yang berguna
saya perolehi semasa menyertai sesi ceramah ini. Antaranya ialah, agama sebagai
satu panduan hidup. Sebagai seorang manusia kita seharusnya mempunyai sifat
tawaduk, iaitu sifat merendah diri , tidak sombong dan sentiasa bersangka baik
pada masyarakat di sekeliling kita. Kedua, sebagai seorang guru saya seharusnya,
menampilkan penampilan yang selesa dan disenangi oleh orang lain. Penampilan
ini bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian tetapi merangkumi segala aspek
lain. Antaranya ialah, cara bekomunikasi dengan orang lain, cara berhubung.
Saya juga dinasihatkan oleh En. Mahmud untuk mendidik diri supaya sentiasa
kemas kerana yang paling penting dalam sesebuah komunikasi adalah pandangan dan
persersi pertama oaring lain terhadap diri kita.
Melalui ceramah ini juga, saya turut
didedahkan dengan prinsip-prinsip hidup yang paling utama menurut En. Mahmud
iaitu yang tua dihormati, yang sebaya disantuni dan yang muda kita sayangi.
Jika prinsip menjadi pegangan setiap guru pelatih, pasti kehidupan kita akan
lebih bahagia. Disamping itu, kita juga haruslah sentiasa menghormati orang
lain, barulah orang lain akan menghormati kita. Saya berasa sangat bersyukur
kerana dapat menghadiri ceramah ini kerana saya juga turut didedahkan serba
sedikit tentang tatacara perbualan sosial. Prinsip utama dalam tatacara
perbualan sosial adalah berhenti, lihat, dengar dan seterusnya bercakap.
Sebagai seorang bakal guru saya sepatutnya mendengar semua rintihan
murid-murid, kemudian melihat aspek-aspek yang saya boleh bantu dan seterusnya
membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan saya. Begitulah juga dalam aspek
bersosial dengan rakan-rakan dan orang yang lebih tua. Saya sepatutnya banyak
mendengar daripada berbicara. Mendengar juga adalah satu kaedah yang menjadikan
orang senang dengan kita. Oleh itu, saya sepatutnya menjadi seorang pendengar
yang baik.
Kepentingan ceramah ini kepada saya adalah,
saya didedahkan dengan prinsip-prinsip dan tatacara yang betul dalam sesebuah
pergaulan sosial. En. Mahmud menyarankan kami semua agar mempunya “satu hari
satu kawan”. Saya dan rakan-rakan sepatutnya sentiasa berfikiran terbuka.
Sentiasa berkeinginan untuk berkawan dengan orang lain. Saya juga disarankan
agar melestarikan perhubungan supaya sentiasa berkekalan. Saya juga belajar
satu kaedah perkenalan sosial, iaitu cara untuk memperkenalkan orang lain. En.
Mahmud menyatakan bahawa orang yang diperkenalkan hendaklah memandang orang
yang menerima perkenalan. Tetapi, jangan terlalu lama. Selain itu, jika
berjabat tangan saya seharusnya tidak terlalu lekas untuk menarik tangan
seolah-olah kita jijik dengan tangan orang tersebut. barulah saya tahu, cara
sebenar tentang tatacara perkenalan.
Tambahan pula, saya juga mendapat maklumat
berguna mengenai tatacara perbualan sosial. En. Mahmud menasihatkan kami agar
tidak menjadi seperti seorang jurujual
yang hanya bercakap tanpa berfikir. Semasa perbualan sosial juga kami
seharusnya, menjaga adap dan kesopanan iaitu menjaga kawalan mata, menjaga
kebersihan diri agar mudah untuk didekati oleh orang lain, dan memahami bahasa
badan yang orang lain tunjukkan semasa berbual. Contohnya, sekiranya orang
tersebut hanya menjawab ya atau tidak itu bermaksud orang tersebut tidak suka topik
perbincangan yang sedang kita bualkan. Saya juga dinasihatkan untuk menjadi seorang
yang peramah. Sentiasa bercakap dengan orang yang berada di sebelah kiri dan
kanan kita walau dimana saja kita berada. Cikgu juga menyarankan kami agar
mengelakkan daripada berbual mengenai topik yang menyentuh hal-hal peribadi,
agama dan politik yang boleh menjejaskan emosi seseorang individu. Topik-topik
perbualan yang sesuai dalam sesuatu tatacara perbualan sosial adalah muzik,
makanan, buku dan hobi seperti berkebun.
Selain itu, saya juga didedahkan tentang
tatatertib semasa makan. Antara info-info berguna yangh saya perolehi adalah
duduk dengan betul, badan tegap dan rapat ke meja. Jangan berlumba-lumba dengan
kawan untuk mengambilk makanan. Ambil minuman dan letak sebelah kanan, manakala
makanan pejal diletakkan di sebelah kiri. Dilarang sama sekali untuk menghirup
sup dan jangan pulang selagi tetamu kehormat pulang. Hormati majlis dengan
tidak berbual-bual kosong dan membuat bising semasa majlis sedang berlansung.
Saya juga seharusnya datang lebih awal ke sesuatu majlis iaitu datang lebih
awal 10 hingga 20 minit sebelum majlis bermula. Hal ini akan menjadikan majlis
berjalan dengan lancer. Pengerusi majlis juga dapat merancang majlis dengan
lebih baik. Saya juga digalakkan untuk sentiasa memastikan talifon bimbit
berada dalam mode senyap agar tidak menggangu majlis yang sedang berlansung.
Pengajaran yang saya
perolehi semasa sesi ceramah ini adalah, prinsip-prinsip etika
yang menyumbang dalam membuat keputusan
yang lebih bijak dalam kehidupan seharian dan mendidik diri agar menjadi
seorang guru yang profesional pada masa hadapan. Berdasarkan prinsip ini
individu mempunyai tanggungjawab seperti, memupuk kepercayaan, memperbaiki
moral diri dan berusaha tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermanfaat,
menghormati keputusan dan menghargai orang lain, berlaku adil, amanah dan jujur
dan sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan. Kini barulah saya
benar-benar fahami definisi dan maksud etika dan mengamalkan etika keguruan
yang betul untuk meningkatkan imej diri sebagai pendidik yang profesional, komited,
amanah dan mempunyai integriti yang tinggi.
8.0 PENUTUP
Saya berpendapat, ceramah yang dijalankan adalah sangat
sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani,
kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan
kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal
guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan ilmu yang bermanfaat sepanjang sesi ceramah ini. Saya berjanji akan
mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan
juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.