Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Elit
Sekolah Kebangsaan Lawang
Tarikh :15
Ogos 2011
Hari :Isnin
Masa :3 Dan 4 (08.00-09.00
Pagi)
Tahun :4 Elit
Bil. Murid :18 Lelaki 24 Perempuan
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tema : Kesusasteraan
Tajuk : Buat Baik Dibalas Baik
Hasil pembelajaran
Fokus utama :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras
2 (i) : Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi
yang betul serta gaya yang sesuai.
9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota
daripada bahan yang didengar dan dibaca.
Aras 3 (i) : Membuat ringkasan
berkaitan teks yang dibaca.
Fokus Sampingan :
3.1 Menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
Aras 2 (ii)
Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa yang mudah
Objektif : Pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran :
1. Sekurang-kurangnya
75 peratus murid dapat melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul
setelah mendapat bimbingan daripada guru.
2. Murid-murid
dapat menulis dan menceritakan plot 5
daripada 7 rangkap syair tersebut.
3. Murid-murid
dapat menerangkan 4 daripada 5 nasihat
dan nilai murni berdasarkan pantun yang diberi setelah berbincang dengan
rakan-rakan.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Morfologi
–kata nama am
Pengisian Kurikulum :
a) Penerapan
ilmu : Moral
b) Penerapan
nilai : Baik hati
Semangat bermasyarakat
Rasional
c) Kemahiran
bernilai tambah (KBT) :
I.
Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan
mencari maklumat.
II.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
: Kemahiran membaca dan menginterpretasikan
isi.
III.
Pembelajaran Kontekstual : Mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid
IV.
Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan kinestatik, kecerdasan
intrapersonal, kecerdasan visual
linguistik.
Bahan bantu mengajar :
1. Buku
besar tajuk “Adi dan Atuk”.
2. Teks
pantun.
3. Teks
syair
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid
pernah menjadi penonton pertandingan syair dan pantun yang diadakan di sekolah
semasa bulan bahasa.
Masa / langkah
|
Isi pengajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set
induksi
5 minit
(08.00-08.05)
|
Buku besar tajuk
“Adi dan Atuk”
|
1.
Guru membawa buku besar
masuk ke kelas.
2.
Guru bertanya tentang apa
yang murid boleh lihat pada muka depan buku besar tersebut.
3.
Guru bersoal jawab dengan
murid
4.
Guru mengaitkan dengan isi
pengajaran.
|
BBM
:
buku besar
Kecerdasan
pelbagai :
Verbal linguistik
KB:
Kemahiran menginterpretasi maklumat.
KBKK
:
Menjana idea
|
Langkah
1
20 minit
(08.05-08.25)
|
Kemahiran
membaca
Guru meminta murid membaca pantun yang terdapat di
dalam buku besar.
Burung pipit di sawah padi,
dihalau
teruna bertubuh sasa,
ingatlah
pada orang berbudi, kenang olehmu sepanjang masa.
Anak
lembu di tepi bukit,
Berjalan
beriring berkawan-kawan,
Berbuat
baik walaupun sedikit,
Tetap
dikenang budimu tuan.
Ikan
keli ikan gelama,
Dimasak
lemak sedap dimakan,
Budi
yang luhur kita terima,
Haruskah
dibalas dengan kutukan?
Anak
haruan berkawan-kawan,
Masuk
ke kuala berenang-renang,
Pelik
sungguh dirimu tuan,
Orang
berbudi tidak dikenang.
|
1.
Guru meminta murid membaca
secara senyap pantun tersebut.
2.
Guru membimbing murid
untuk melafazkan pantun. Guru memperbetulkan sebutan dan intonasi mereka.
3.
Murid diminta untuk
membulatkan kata nama am yang terdapat dalam pantun.
4.
Guru bersoal jawab dengan
murid berdasarkan nasihat yang terdapat dalam pantun tersebut.
|
Objektif
:
(i)
BBM
:
Buku Besar Adi Dan Atuk
Kecerdasan
pelbagai :
Verbal Linguistik
KB
:
membaca
Nilai
: Semangat bermasyarakat.
|
Langkah
2
10 minit (08.25- 08.35)
|
Kemahiran
mendengar dan bertutur
Rangkap
1 :
Kita hendaklah mengenang budi orang yang berbudi dengan
kita.
Rangkap
2 :
Budi yang diberikan walaupun sedikit akan dikenang
orang.
Rangkap
3:
Kita tidak patut mengeji orang yang berbuat kebaikan
atau berbudi dengan kita
Rangkap
4 :
Orang yang tidak tahu mengenang budi akan diaggap oleh
masyarakat sebagai orang yang tidak normal.
|
1. Guru
meminta murid untuk menyatakan maksud setiap pantun.
2. Murid
mendengar penerangan guru tentang nasihat-nasihat yang terdapat dalam pantun
tersebut.
3. Guru
memberi penerangan tentang ciri-ciri pantun.
|
Objektif
:
(iii)
BBM
:
Teks Pantun Buku Besar
KB
:
mentafsir
Kecerdasan
pelbagai :
Verbal Linguistik
KBKK
:
Mengenalpasti
Menganalisis
Nilai
: Rasional
|
Langkah
3
20 minit
(08.35-
07.55)
|
Kemahiran
menulis
Rangkap
1 :
Sang Kerbau seekor haiwan yang baik hati.
Rangkap
2:
Sang buaya telah ditimpa batang kayu.
Rangkap
3 :
Sang Kerbau telah menyelamatkan Sang Buaya dengan
mengangkat batang kelapa.
Rangkap
4 :
Selepas itu, Sang Buaya menggigit kaki Sang Kerbau.
Rangkap
5 : Sang Kancil yang melihat berasa kasihan
terhadap Sang Kerbau.
Rangkap
6 :
Sang Kancil meminta Sang Kerbau dan Sang Buaya melakonkan
semula aksi Sang Kerbau menolong Sang Buaya.
Rangkap
7 :
Akhirnya, Sang Buaya ditinggalkan begitu sahaja selepas
Sang Kerbau meletakkan kayu di atas badanya semula.
|
1. Guru
mengedarkan teks syair kepada pelajar.
2. Guru
menyuruh pelajar berbincang dalam kumpulan 3-4 orang mengenai maksud setiap
rangkap syair yang terdapat di dalam teks.
3. Guru
meminta pelajar untuk menulis cerita berdasarkan
plot syair yang telah diberikan.
4. Guru meminta beberapa kumpulan untuk membaca
hasil perbincangan mereka mengenai plot cerita.
|
Objektif
:
(ii)
BBM
:
teks syair
Kecerdasan
pelbagai :
kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan kinestatik.
KB
:
kemahiran menulis
KBKK:
menjana idea
Nilai
: Baik hati
|
Langkah
4
5 minit (08.55-
09.00)
|
Penutup
Nyatakan nasihat yang dapat awak pelajari hari ini ?
-
Kita harus mengenang budi,
jangan jadi seperti Sang Buaya.
-
Kita seharusnya
mengelakkan diri sendiri daripada dianggap sebagai tidak mengenang budi
-
Kita harus menolong orang
yang dalam kesusahan seperti sang kerbau menolong buaya.
-
Kita harus bijak
menyelesaikan masalah. Seperti sang kancil.
|
1. Guru
bersoal jawab dengan murid tentang isi pengajaran hari tersebut.
|
Kecerdasan
pelbagai :
Verbal linguistik
Kemahiran interpersonal
Penyerapan
:
-
Berbudi kepada orang lain
-
Mengenang budi
-
Tolong- menolong
-
Bijak menyelesaikan
masalah.
|
Catatan Refleksi Guru
Pelatih :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Komen pensyarah :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Penilaian SWOT
Strength (Kekuatan)
|
Weakness (Kelemahan)
|
Oppurtunity (Peluang)
|
Threats (Ancaman)
|
Teori
Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983.
Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.
Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah
mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang
telah dikenal pasti adalah seperti dalam rajah 1. Menurut Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003), kecerdasan pelbagai adalah merupakan
potensi kecerdasan murid dengan gaya pembelajaran daripada guru sesuai dengan
minat dan kecenderungan untuk seseorang murid kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
4.0 Aktiviti-Aktiviti
Bagi Kecerdasan Pelbagai
4.1 Kecerdasan Visual
Menurut Donald D. Hoffman (1997), kecerdasan
visual adalah merupakan kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia
visual. Contoh aktiviti adalah seperti melukis, mengecat, skema warna, garis
rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual
secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
4.1.1
Aktiviti Kecerdasan Visual
Tajuk : Mari Melukis
Murid dikehendaki untuk melukis
bertemakan membuat corak dan rekaan. Anda boleh menghasilkan corak melalui
pelbagai teknik dan cara. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang
disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan
di alam sekeliling kita seperti:
1.
alam semulajadi seperti
bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
2.
bahan buatan manusia seperti
kerusi, meja, rumah, paku dan gunting
geometri seperti bulat, segitiga dan
segiempat;
3.
abjad rumi, tulisan jawi,
tulisan cina dan tamil serta angka; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti
wau, gasing dan keris.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah
untuk melatih murid mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual .
Mereka juga akan lebih peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Selain
itu, murid dapat menvisual secara
keseluruhan dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Aktiviti melukis ini
haruslah sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan
estetik. Penyampaian kandungan subjek melalui berbagai alat, bahan, teknik dan
cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang
bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri
murid-murid.
4.2
Kecerdasan Muzik
Menurut Nur
Amira Zulkifli (2010), muzik adalah suatu
kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian,
muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk
elemen bunyi. Kecerdasan muzik pula ialah kemampuan untuk menggemari,
mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Contoh aktivitinya adalah
seperti persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama
lagu.
4.2.1. Aktiviti
mendengar, menyanyi dan menari.
Tajuk aktiviti : Merdunya suara saya
Murid dikehendaki untuk mendengar video
nyanyian lagu kanak-kanak iaitu lagu “Bangau Oh Bangau”. Dengan bimbingan guru,
murid dikehendaki untuk mengunakan instrumental seperti kastenat, kerincing, tamburin dan menari mengikut
tempo lagu tersebut. Mereka akan menyayikan seri kata lagu tersebut secara
beramai-ramai.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah
untuk menjadikan muzik
dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi. Hal ini kerana, pergerakan dapat
menggambarkan perwatakan dan melahirkan imaginasi murid. Selain itu, murid
dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan. Aktiviti
ini dapat mempengaruhi perkembangan motor kasar dan halus murid-murid. Apabila
murid-murid bergerak mengikut temponya, tubuh badan mereka turut melakukan
pergerakan. Contohnya, apabila muzik dimainkan mereka akan menari secara
spontan. Tambahan pula, muzik merupakan bahasa seni. Melalui aktiviti ini,
perkembangan bahasa murid juga berkembang. Setiap lagu yang diperdengarkan
dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkataan, huruf dan suku kata . Kanak-kanak
juga akan mudah memahami frasa dan ayat melalui seni kata lagu.
4.3 Kecerdasan Kinestatik
Menurut
Hanson (2008), kecerdasan kinestatik
atau fizikal berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Kemampuan untuk menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan
perasaan. Contoh aktiviti yang boleh
dilaksanakan seperti tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti
jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.
4.3.1 Aktiviti Main Peranan
Tajuk : Tiru gaya saya
Main peranan merupakan lakonan
spontan yang tidak menggunakan skrip. Guru hanya menyediakan gambar atau
penerangan ringkas dan pelajar dikehendaki untuk memikirkan sendiri jalan
penyelesaian. Pelakon melakukan secara spontan setelah
diberi taklimat tentang apa yang dikehendaki dilakukan. Sebagai langkah
permulaan pelakon diberi 5 minit hingga 10 minit untuk berfikir dan
merancangkan peranan yang hendak dilakukan. Sambil sebahagian peserta mainkan
peranan, beberapa orang peserta lain diminta menjadi pemerhati dan mencatat
perkara-perkara yang penting untuk dijadikan bahan perbincangan dan analisis
kemudian kelak.
Setelah aktiviti ini dilakukan, akan disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta bersama rakan-rakan dan guru. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru. Menurut Prof. Fordham (2010), situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya. Persediaan yang harus dijalankan oleh seorang guru ialah menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan dan tempoh lakonan. Pelajar dikehendaki untuk melakonkan watak yang sesuai dengan suara yang jelas dengan bimbingan guru.
Setelah aktiviti ini dilakukan, akan disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta bersama rakan-rakan dan guru. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru. Menurut Prof. Fordham (2010), situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya. Persediaan yang harus dijalankan oleh seorang guru ialah menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan dan tempoh lakonan. Pelajar dikehendaki untuk melakonkan watak yang sesuai dengan suara yang jelas dengan bimbingan guru.
Tujuan aktiviti ini diadakan
adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk memikirkan jalan penyelesaian
masalah dengan cepat. Selain itu, kemahiran bertutur murid dapat ditingkatkan.
Murid juga dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik.
Murid-murid juga dapat menonjolkan dan memperkembangkan bakat lakonan mereka. Main
Peranan merupakan strategi yang mempunyai nilai unik yang membawa peserta ke
alam yang sebenarnya melalui peranan yang dilakukan. Ini memberi peluang kepada
peserta melihat nilai, perasaan, pemikiran dan tindakan orang lain. Di samping
itu, strategi juga menggalakkan situasi mengatasi masalah. Ini berlaku apabila
berbagai-bagai perkara yang boleh dilakukan dalam situasi yang berkonflik. Kelebihan aktiviti main
peranan adalah menggalakkan kreativiti, peserta berpeluang merasai situasi yang
sebenarnya. Guru juga dapat melihat sikap, pengetahuan dan kemahiran peserta
disamping mempertingkatkan kemahiran bersosial murid-murid. Aktiviti main
peranan juga merupakan satu sistem berkomunikasi berdasarkan aksi dan bukan
sahaja secara lisan. Peserta dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara
spontan kepada sesuatu situasi.
4.4
Kecerdasan Intrapersonal
Interpersonal adalah keupayaan untuk memahami
perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan sendiri. Kecerdasan intrapersonal
adalah berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap emosi
dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk
mendisipIinkan diri dan membentuk jati diri. Contoh aktiviti: Teknik
metakognisi, strategi pemikiran, proses emosi, menaakul, disiplin diri dan
amalan pemusatan.
4.4.1
Menulis Karangan Tentang Diri Sendiri
Tajuk : Cita-cita saya
Guru meminta murid untuk menyatakan cita-citanya apabila mereka dewasa
dan menyatakan sebab pilihannya itu. Kemudian guru menyuruh murid membuat
karangan mengenai cita-cita dan sebab pilihan mereka.
Melalui aktiviti ini, murid
berkebolehan untuk mementingkan
nilai murni, berpendirian, berminat dalam falsafah. Murid dapat mengenali diri
mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga dapat memotivasikan diri sendiri dan
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui pekerjaan yang
dipilih juga guru dapat memberikan peneguhan positif dengan menyatakan
pencapaian yang mereka harus capai sekarang supaya cita-cita mereka tercapai.
Murid juga mempunyai fokus dan hala tuju dan jalan yang jelas yang harus mereka
lalui supaya cita-cita mereka menjadi kenyataan.
4.5 Verbal linguistik
Verbal linguistik merupakan kemampuan
menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan
termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik
dan sempurna. Aktiviti yang mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah,
kecerdasan pelbagai ini ialah penulis kreatif, bacaan , dan permainan
perbedaharaan kata.
4.5.1
Penulisan Kreatif, Bacaan Dan Permainan
Perbendaharaan Kata
Tajuk
: Saya kreatif
Aktiviti
ini boleh dilaksanakan dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlansung. Pelajar diminta untuk menulis sajak, pantun, syair dan
cerita pendek atau membaca pelbagai bahan sastera dan bukan satera. Setelah
selesai, pelajar akan mendeklamasikan dan membaca hasil karya yang telah mereka
hasilkan. Mereka juga dikehendaki untuk mencari makna-makna perkataan yang
terdapat di dalam teks yang telah disediakan oleh guru. Tujuan aktiviti ini
diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang betul,
memilih perkataan yang betul sejajar dengan situasi dan dapat mengetahui gaya bahasa dan pengucapan
yang baik dan sempurna.
Tambahan
lagi, murid dapat membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan
sastera. Mereka juga dapat memberi pendapat tentang sesuatu penyataan yang
sedang dibaca. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan pengajaran yang
terdapat dalam pelbagai bahan bacaan.
Murid juga dapat membaca secara ekstensif. Sekiranya guru membahagikan
murid kepada beberapa kumpulan, murid-murid boleh bekerja secara kolaboratif menggunakan
Kamus Dewan bagi mencari makna perkataan-perkataan yang telah disenaraikan oleh
guru dalam teks. Oleh itu, murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan
boleh memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan dapat berkomunikasi dengan baik dan
sempurna.
3.0 Kemahiran Bernilai Tambah (Belajar Cara Belajar)
Rajah 2 :
Elemen-Elemen Belajar Cara Belajar
Sesi persekolahan yang terhad
membuatkan pelajar sukar memperoleh semua maklumat terkini. Mereka perlu
mencari sendiri untuk mendapat semua maklumat tersebut. Pendek kata belajar
sendiri. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (2003), belajar cara belajar
bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau
tanpa guru. Menurut R.M. Gagne di dalam Teori Pemprosesan Maklumat melalui buku
Perkembangan Kanak-Kanak, Mok Soong Sang (2009), dalam segala aktiviti
penyampaian isi pengajaran guru, bukan semua maklumat diterima oleh ingatan
sensori pelajar. Sesetengah maklumat, tidak akan diproses kerana berlalu
gangguan semasa penerimaan maklumat, maklumat yang kurang penting atau terlalu
rumit akan hilang sebagai lupaan. Oleh itu, para pelajar seharusnya, belajar
cara belajar agar semua isi pengajaran guru dapat difahami dan diingati dengan
baik.
3.0 Aktiviti-Aktiviti
Bagi Belajar Cara Belajar
3.1 Kemahiran Mengambil Nota
Menurut Dr Baharin Abu
(2007) , Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi
penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
Mencatat nota berlaku dalam semua
situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca
buku atau bahan lain. Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan
isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia
dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat
membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.
3.1.1
Aktiviti Mengambil Nota
Tajuk :
Cari isi penting.
Guru memberikan satu contoh karangan bertajuk “Faktor-Faktor Berlakunya Gejala Sosial Dalam
Kalangan Remaja” kepada setiap orang pelajar. Pelajar dikehendaki mencari isi
penting yang terdapat di dalam karangan tersebut. Guru meminta pelajar untuk
mempersembahkan isi penting yang telah diperolehi dalam bentuk grafik contohnya
carta aliran dan peta minda. Objektif pembelajaran ini adalah untuk, membimbing
pelajar mengenalpasti isi penting yang terdapat dalam sesuatu bahan bacaan.
Pelajar juga dapat membuat rumusan tentang isi keseluruhan teks yang telah
dibaca dengan mudah. Selain itu, guru dapat melatih murid
menguasai
teknik mengeluarkan kata kunci daripada bahan bacaan.
Murid dapat membaca dan cuba meringkaskan bahan bacaan dengan menggunakan ayat
sendiri . Guru memastikan ada ruangan di antara nota supaya murid boleh menulis
maklumat tambahan atau melakukan sebarang perubahan. Guru mewajibkan pelajar
untuk menulis sumber asal maklumat contohnya seperti nama penulis, tajuk, tahun
terbitan dan muka surat supaya senang untuk murid merujuk maklumat tersebut
buat kali kedua. Guru juga menyuruh murid membaca semula nota selepas ditulis. Pelajar yang mahir dalam mengambil nota
berupaya untuk membuat nota sendiri tanpa bantuan guru.
3.2
Kemahiran Mengingat
Ab.
Fatah Hasan (1994), menyatakan bahawa mengingat adalah proses yang dilakukan berulang-ulang tanpa
jemu. Proses ini akan melekatkan maklumat pada sel-sel otak. Ini kerana
maklumat yang diterima tidak diulang semula akan hilang dalam masa 24 jam. Mengingat
ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria
dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat
kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku
selepas beberapa jam.
3.2.1
Aktiviti Kemahiran Mengingat
Tajuk :
Cuba Ingat Betul-Betul
Aktiviti menguji kemampuan ingatan dengan menyoal dan menjawab. Guru
memberikan nota ringkas kepada pelajar selepas akhir pengajaran sesuatu bab.
Dalam masa setengah jam pelajar dikehendaki untuk menghafal dan mengingati nota
tersebut. Selepas 30 minit, semua pelajar diminta untuk berdiri. Guru akan
bersoal jawab dengan pelajar di dalam kelas berdasarkan nota yang telah
diberikan oleh guru. Pelajar akan menjawab tanpa merujuk nota tersebut. Pelajar
yang berjaya menjawab soalan guru dibenarkan duduk.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat
dan menghafal murid-murid. Guru juga dapat melakukan ulangkaji bersama
murid-murid semasa bersoal jawab. Guru juga boleh menguji kefahaman murid-murid di akhir setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, kemahiran
belajar tidak lengkap jika murid-murid tidak melalui proses mengingat. Segala
fakta hendaklah disimpan dalam ingatan jangka panjang agar tidak lupa untuk
dikeluarkan apabila diperlukan nanti. Guru juga boleh mencadangkan murid-murid
beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik menginga. Antaranya
ialah :
1.0 Menggunakan Kaedah akrostik
Menggunakan kepala
huruf fakta membentuk ayat. Contoh: Jenis Kata:
Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
|
Kata
Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana
|
2.0 Menggunakan kaedah bunyi
seakan
Lemak, Vitamin,
Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, Karbohidrat
|
Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin
Karat
|
3.0 Menggunakan teknik
pembahagian nombor
Bahagikan nombor yang
hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
(654320789)
|
654…..320……789
|
4.0 Praktikkan penggunaan
sistem irama
Tukarkan ayat
atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk
irama. Pilih lagu yang
paling kamu gemari. Ingatan
menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
5.0 Praktikkan penggunaan
sistem gambar.
Gambarkan objek yang
ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal. Contohnya, kamu ingin mengingat
perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.
6.0 Menggunakan
kaedah akronim.
Menggabungkan huruf pangkal
untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia
|
RIMBA
|