kkbi pkp3107


1.0 Pengenalan

Saya telah menjalankan satu kajian terhadap seorang pelajar pemulihan di Sekolah Kebangsaan Gual Jedok bagi mengumpul maklumat, mengenalpasti masalah kemahiran menulis, strategi bagi membantu masalah berkenaan dan membina bahan intervensi untuk membantu murid tersebut. Pelajar ini dimasukkan ke kelas pemulihan kerana beliau gagal dalam menguasai  LINUS. Beliau telah berada di dalam kelas pemulihan selama 1 tahun 3 bulan. Hal ini kerana beliau telah dicalonkan oleh guru kelasnya iaitu Puan Hayati binti Mat iaitu guru kelas 3  Bestari sejak dari darjah 2 lagi. Nama beliau adalah Abdul Zulkarnain atau selesa dipanggil dengan gelaran Abdul.

Sekarang Abdul masih belajar di kelas pemulihan dan masih tidak tahu membaca dan menulis. Masalah beliau yang utama adalah beliau gagal menguasai kedua-dua kemahiran iaitu membaca dan menulis.

Kajian saya bermula apabila saya menyemak borang pencalonan adik Abdul semasa dia dimasukkan ke kelas pemulihan. Abdul adalah seorang anak  yatim dan ibunya pula adalah guru di SKGJ.  Saya juga menyemak Ujian Diagnostik (UD) Bahasa Melayu Abdul dan saya dapati Abdul menghadapi masalah tidak mengenali huruf. Dia sering tertukar huruf-huruf yang dibaca dan Abdul boleh mengeja suku kata KV dan perkataan KV+KV tetapi tidak dapat membaca dan menulis perkataan yang diejanya dengan baik.

 

1.1  Laporan Pemerhatian Terhadap Ciri-Ciri Adik Abdul Dan Masalah Kemahiran Menulis

 

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapat mengelaskan kriteria-kriteria masalah kesukaran dalam kemahiran menulis yang ada pada adik Abdul berpandukan kepada cara menulis dan latar belakang keluarganya.

Adik Abdul dilahirkan dalam keluarga yang sosioekonomi yang rendah. Jadi pada pemerhatian saya, adik Abdul tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk menulis. Selain itu, adik Abdul tidak mendapat pendedahan awal mengenai kemahiran menulis dan membaca. Hal ini kerana, menurut puan Hayati beliau tidak hadir ke prasekolah atau tadika semasa berumur enam tahun. Hal ini menyebabkan perkembangan  bahasa beliau dalam menguasai kemahiran menulis agak ketinggalan berbanding murid-murid arus perdana.

Selain itu, melalui pemerhatian saya posisi dan kedudukan Abdul semasa menulis agak berbeza daripada murid lain. Dia sering menulis dengan kepalanya di atas meja. Cara dia memegang pensel juga salah. Hal ini kerana dia memegang pensel dengan menggenggam pensel dengan menggunakan lima jari.

            Dari aspek pengamatan pula. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Tiga pengamatan boleh didefinisikan sebagai  kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Adik Abdul mempunyai masalah dalam deskriminasi objek. Dia sering tertukar huruf-huruf dan tidak dapat membezakan huruf-huruf dengan baik. Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapati dia mengalami masalah pengamatan jenis penglihatan yang mana dia tidak boleh  mengingati sesuatu mengikut susunan benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat. Buktinya, di dalam satu latihan yang diberikan, adik Abdul tidak dapat memadankan konsonan di awal perkataan dengan gambar yang sesuai. Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p – q, 6 – 9 ).

Yang kedua, dari aspek emosi dan tingkah laku adik Abdul. Dari kaca mata saya, personaliti adik Abdul boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Menurut Murnford (1986), introvert ialah orang mempunyai  sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi sosial, mereka  tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas, adik Abdul merupakan seorang yang pasif dan tidak suka berinteraksi bergaul dengan orang lain terutama denga orang yang tidak dikenalinya. Kesediaan untuk belajar bagi adik Abdul agak lewat, jika dibandingkan dengan murid lain. Dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. Kesediaan adik Abdul dikesan menerusi kurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta kefahamannya terhadap sesuatu perkara adalah amat lemah. Misalnya, adik Abdul sukar memahami arahan yang berbentuk kompleks.

 

Selain itu adik Abdul sering tidak datang ke sekolah. Mengikut buku daftar kehadiran murid, adik Abdul Cuma datang 3 hari ke sekolah iaitu pada 12, 13 dan 15 Ogos  sahaja sepanjang tempoh seminggu pemerhatian yang saya lakukan di sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat untuk  menghadirkan diri ke sekolah. Semasa waktu rehat pula, saya dapat perhatikan, adik  Abdul sering melepak di belakang bangunan dan jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih gemar bersendiri.

 

1.2 Konsep Menulis,.

 

Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun demikian, terdapat  istilah yang lebih khusus digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis, penyair, penterjemah dan sebagainya.

Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti  menzahirkan  apa-apa  yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks  yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa lisan memandangkan terdapat ciri  yang tidak sama antara kedua-duanya.

Konsep  menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid  menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.

1.3  Definisi kemahiran menulis

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik  bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat  yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran  menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan  yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Menurut Don Byrne, menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.


Menurut Koh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting. Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..

Menurut Ishak Haron, beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis.

 

1.4  Peranan Tulisan

Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat  melahirkan idea,  fikiran serta perasaan dengan baik,  pantas dan cekap. Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk  membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta  matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa  kini.  Kelima,  untuk  menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk  puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

 


Rajah 1 : Peringkat Kemahiran Menulis

1.5 Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Peringkat   pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat  pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.  Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta  koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,  mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

 

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.  Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

 

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

· Membina ayat.

· Mengarang cerita.

· Mengarang pantun, sajak, teka-teki

· Menulis surat kiriman.

· Lain-lain yang berkaitan.

 

1.6 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

·         Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

·         Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

·         Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan

·          Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

·          Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

·         Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

·         Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

·         Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

·         Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

·         Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

·         Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

·         Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

·         Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

·         Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

·         Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

1.7 Strategi dan cara Pemulihan Masalah Tulisan dan  Latihan-Latihan Pratulisan.

Menurut  Chua Tee Tee (1992), jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu  tulisan huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu  lebih mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan, mudah dituliskan dan memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat  keindividualan dalam menulis mudah dilihat.

Ee Ah Meng (1990), menyatakan Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan adalah keseragaman, persambungan, irama dan pergerakan yang tetap. Dalam keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan murid membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan, perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama lain.

Melalui irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak. Jenis kemahiran yang terakhir ialah pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran tersebut amat penting dalam kemahiran menulis.

Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut :

·         Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain

·         Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya  boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

·          Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

·          Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

·         Pergerakan tangan dan jari

Murid disuruh memegang pensil dengan semua jari  mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu  supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke  kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota  tangan harus dihayun bukan setakat tapak tangan sahaja. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus  berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari  telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah iaitu jari hantu di kedudukanyang betul.

·         Memegang alat tulis pelbagai jenis dan saiz

Posisikan pensil pada lekukan  jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari. Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil. Pastikan posisi genggaman pensil benar saat menorehkan pensilnya diatas kertas. untuk mengajar murid memegang pensil dengan tepat . Perhatikan  posisi  tubuh kanak-kanak  tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat membantunya  menggenggam pensil dengan betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan adalah seperti berikut :

· Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.

· Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

· Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

· Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.

· Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

 

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

 

1.8  Tujuan Kemahiran Menulis

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan  fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka juga  berupaya mengembangkan daya  cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi  kemahiran menulis yang perlu dicapai ialah :

·         Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.

·         Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.

·         Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.

·         Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran  dan  perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

·         Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .

·         Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.

·         Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

·         Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri komunkasi, iaitu :

·         Ekspresif

Penulis menulis  untuk  tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan  sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

·         Pemujukan

Menulis untuk  tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.

·         Informatif

Menulis untuk tujuan informatif  merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca.

·         Kesusasteraan

Menulis untuk  tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gayabahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan.  Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca, menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.

 Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid  mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

 

1.9 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:  

1.    Aspek fizikal, 

2.    Aspek pembelajaran,

3.    Aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang  untuk  belajar, keadaan  tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru. 

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:

(1) Pengamatan dan masalah pendengaran

(2) Pengamatan dan masalah penglihatan

(3) Kesukaran memahami konsep

(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah utama yang berpunca daripada  pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan’d’. Masalah ini bukan disebabkan  oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain itu,  masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran adalah:

a. Pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

b. Pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi

c. Pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk

d.Pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja

e. Secretory otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaran

·         Pengamatan dan masalah penglihatan

 Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p – q, 6 – 9 ). Manakala  masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan adalah seperti:

a.Hypermetrophia atau rabun jauh

b.Myopi atau rabun dekat

c.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas

d.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan

e.Juling

·         Kesukaran memahami kosep.

Masalah yang  dihadapi  adalah seperti keliru dengan  huruf besar dan huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan tulisan  tangan.

·         Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.

 

2.0  Instrumen yang digunakan bagi melakukan diagnosis terhadap masalah kemahiran menulis Abdul Zulkarnain.

Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji (Ee Ah Meng, 1990) Contohnya adalah pemerhatian (video-tapping), nota guru dan komen, kerja pelajar, refleksi pelajar dan kerja pelajar, jurnal pelajar, ujian, tinjauan soal selidik, temuduga (audio tape).

Pemerhatian

Aktiviti pemerhatian dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang dialami oleh murid tersebut dari aspek kemahiran menulis. Saya telah membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri Abdul. Tambahan pula saya juga turut membuat pemerhatian terhadap cara Abdul memegang pensel dan menyalin tulisan guru di dalam kelas. Selain itu, saya juga turut melihat rekod kerja hasil penulisan Abdul di dalam buku latihannya.

 

Temubual / soal selidik

Ee Ah Meng (1990),  menyatakan bahawa terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka. Koh Boh Boon (1992), juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Temubual dan soal selidik dijalankan secara tidak formal sahaja supaya murid tidak berasa tertekan untuk menjawab soalan yang dikemukakan semasa temubual dan soal selidik dijalankan. Temubual dan soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan data-data yang meliputi maklumat latar belakang murid dan perkembangan diri murid dari semasa ke semasa. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya menjalankan temubual bersama guru LINUS dan guru pemulihan di sekolah ini. Saya juga semapat bertanya secara tidak lansung kepada guru kelas Abdul tentang prestasinya dan sikapnya di dalam kelas.

 

Senarai semak

Senarai semak digunakan untuk mengenalpasti dimana kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Senarai semak ini telah dibuat secara berperingkat mengikut peringkat yang telah dilaksanakan. Saya telah menyediakan satu senarai semak komponen kemahiran menulis sebelum ke sekolah kebangsaan Gual Jedok. Senarai semak ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan adik Abdul di dalam kemahiran menulis. Senarai semak ini saya letakkan di bahagian lampiran.

 

Bahan

Penggunaan bahan amat penting dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dari aspek kemahiran menulis. Saya menggunakan dua jenia bahan iaitu lembaran kerja dan juga alat bantu mengajar berbantukan komputer. Saya menggunakan perisian power point dan memasukkan suara dan animasi yang bergerak dan boleh menarik minat adik Abdul untuk belajar dan menguasai kemahiran menulis.

 

2.1  Masalah Kemahiran Menulis Yang Dihadapi Oleh Abdul Zulkarnain

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                Rajah 2 : Masalah kemahiran menulis

a) Guru membaca perkataan dan murid tulis. 

Berikut ialah perkataan yang dibaca oleh guru supaya Abdul mengeja dan menulis di atas sehelai kertas .

Bil Perkataan

1.    Ali  - itu

2.    Cuka  - baru

3.    Kalau  - hantu

4.    Talam  - simpan

5.    Kemarau  - halau

            Perkataan tersebut berdasarkan penggunaan vokal suku kata terbuka, tertutup, kemahiran dari aras mudah ke aras sukar . Keputusannya, Abdul amat sukar menulis dengan betul perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan–gabungan 2 atau 3 suku kata. Dia keliru menggunakan huruf ‘b’  ditulis huruf ‘d’ , huruf ‘m’ pula dituis huruf ‘n’,huruf ‘I’ kecil ditulis dengan huruf besar dan huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.Tulisannya pula kurang memuaskan iaitu boleh dibaca tetapi berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Abdul menghadapi masalah yang teruk dalam membaca dan menulis .

Perkataan
Kesalahan
Kemarau dan halau
sukar menullis dengan betul perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan–gabungan 2 atau 3 suku kata.
 
·         Baru ditulis daru
·         Simpan ditulis sinpan
·         Talam ditulis taLam  dan Kalau ditulis kaLau
keliru menggunakan huruf
·         ‘b’  ditulis huruf ‘d’ ,
·         huruf ‘m’ pula ditulis huruf ‘n’
·         huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.
Menulis di atas kertas yang tiada garisan, tulisan Abdul naik dari bawah ke atas.
Tulisannya berbagai bentuk saiz

                        Jadual 1  : Kesalahan dalam penulisan adik Abdul

            Berdasarkan daripada keputusan  Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah dijalankan pada 12 Januari 2011 , Abdul telah berjaya menjawab hampir semua soalan tetapi masih tidak mahir dalam menulis. Rekod kemajuannya, dia mendapat 22 markah daripada 66 markah keseluruhan. Manakala menurut guru  pelajaran Bahasa Melayu, Puan Hayati , markah keputusan  Ujian Formatif Bahasa Melayu, Abdul adalah yang terendah di dalam kelasnya . Dari keputusan yang diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Abdul adalah lemah namun telah banyak peningkatan dalam aspek perkembangan bahasa. Namun begitu, dia masih mempunyai asas yang lemah dalam mengusai kemahiran berbahasa.

 

 

b) Guru memberikan teks dan murid menyalin

Contoh teks suku kata
Catatan  (kesalahan menyalin teks)
Ini lori
-
Ini lori bapa
‘Bapa’ ditulis ‘dapa’
Lori bapa biru
‘Bapa’ ditulis ‘baba’
Bapa baru beli lori
‘Beli’ ditulis ‘deli’
Saya suka lori bapa
-
Bapa bawa lori baja
‘Baja’ ditulis ‘baju’

Jadual 2  : Contoh Teks Suku Kata Yang Telah disalin  Oleh Abdul

c ) Guru menyuruh murid menulis karangan bertajuk “saya”

Setelah menyemak karangan yang telah dibuat oleh adik Abdul dia  tidak menggunakan bahasa yang betul dalam penulisan kerana dipengaruhi oleh dialek Kelantan dan kurang mengenali dan menggunakan tanda baca  kecuali noktah. Berikut adalah beberapa perkataan dalam bahasa Kelantan yang telah ditulis di dalam karangan Abdul.

Ayat yang telah ditulis
Kesalahan
Saya suka make coklat.
Make dalam bahasa Kelantan bermaksud ‘makan’
Umur saya 9 tahun 2 bule.
‘Bule’ dalam dialek Kelantan bermaksud ‘bulan’
Saya duk di kapung lawang.
·         ‘Duk’ dalam dialek Kelantan bermaksud tinggal
·         ‘Kapung’ dalam dialek Kelantan bermaksud kampung.

 

     Jadual 3 : Kesalahan penggunaan bahasa Kelantan dalam karangan Abdul

 

 

Ayat yang telah ditulis
Kesalahan tatabahasa
Umur saya 9 tahun 2 bule !
Penggunaan tanda seru
Saya duk, di kapung lawang
Penggunaan tanda koma

 

Jadual 4 : Kesalahan penggunaan tatabahasa Kelantan dalam karangan Abdul

 

2.2 Strategi bagi mengatasi masalah kemahiran menulis mengenal dan menulis abjad

 

Bagi mencapai objektif ini, saya telah merancang satu program bimbingan individu dalam tempoh saya menjalani  Pengalaman berasaskan sekolah di SKGJ dengan bantuan guru pemulihan sekolah tersebut iaitu Puan Hayati. Saya memperuntukkan masa selama tiga jam dalam setiap sesi untuk pelaksanaan program bimbingan ini. Ini bertujuan untuk memberi peluang agar Abdul dapat menumpukan perhatian dan belajar asas-asas untuk mengenal abjad. Program ini diadakan dalam bilik pemulihan khas dan dijalankan secara individu dan murid-murid pemulihan lain

tidak terlibat. Guru besar juga turut memberi kebenaran kepada saya untuk bersama Abdul sehingga tugasan saya selesai. Secara umumnya, aktiviti yang saya laksanakan terbahagi kepada tiga fasa :

 

Fasa pertama (kemahiran pramenulis)

·         Aktiviti Koordinasi Mata dan Tangan / Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

·         Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan:Lembaran kerja, benda maujud (cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid:

Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan .

 Aktiviti seterusnya adalah seperti di bawah

·         Melukis semula gambar yang diberi.

·         Melukis huruf-huruf di awan.

·         Menyambung titik-titik.

Fasa kedua ( peringkat mekanis)

 

1.    Memperkenalkan abjad kecil dan besar seperti di bawah dan mengulanginya :

Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww  Xx Yy  Zz.

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak dan kertas garis tiga.

1.    Pada peringkat ini saya menekankan cara memegang pensel yang betul iaitu posisikan pensil pada lekukan  jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari. Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil. Pastikan posisi genggaman pensil betul saat menorehkan pensil diatas kertas. Saya juga memastikan posisi  tubuh Abdul  tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat membantunya  menggenggam pensil dengan betul.

2.    Abdul menulis abjad yang betul seperti yang ditunjukkan pada rajah 3 dan 4 yang terdiri daripada abjad dan arahan pergerakan berikut.

A: tarik, tarik, tolak

B: tarik, separuh bulat, separuh bulat

C: separuh bulat


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Rajah 3 : Mengajar cara penulisan huruf besar yang betul




 

Rajah 4 : Mengajar cara penulisan huruf kecil  yang betul

  1. Isi tempat kosong dengan suku kata yang betul berdasarkan gambar.
  2. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul.
  3. Salin semula ayat ringkas yang diberi oleh guru.

 

Fasa ketiga (peringkat pelahiran)

 

Di fasa ketiga saya telah membuat persembahan power point dan menggunakan kaedah pelbagai deria VAKT.  Kaedah VAKT adalah kaedah yang mengunakan kaedah VAKT (visual, auditori, kinestatik, tektil)

Antara langkah-langkah yang  saya gunakan untuk adik Abdul belajar huruf melalui kaedah VAKt, murid perlu :

1.    Melihat huruf  (visual )

2.    Mendengar guru menyebut huruf (Audio)

3.    Menyebut huruf (Audio)

4.    Mendengar huruf yang disebut  dengan perkataan dan bunyi (Audio)

5.    Merasa pergerakan otot semasa membuat surihan (Kinestatik)

6.    Merasa permukaan huruf dgn hujung jari (Tektil)

7.    Melihat pergerakan tangan membuat huruf-huruf dengan menggunakan tali (visual)

Antara aktiviti yang terkandung dalam persembahan power point tersebut adalah :

  1. Mengisi tempat  kosong dalam karangan  yang disediakan.
  2. Lengkapkan cerita di bawah, kemudian tulis semula dalam bentuk perenggan
  3. Membaca cerita.

 

2.3 Kelebihan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dan Kaedah Pelbagai Deria Dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Bagi Adik Abdul.

Semasa menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini, adik  Abdul yang pada kebiasaannya malas dan tidak berminat untuk belajar menjadi tekun untuk belajar. Saya berasa sangat seronok dan saya berpendapat jika guru pemulihan dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran mereka, pastinya minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan belajar akan meningkat. 

Selain itu, alat bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan alat bantu mengajar atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Yahya Othman ,2005).  Bahan bantu mengajar  yang saya gunakan di dalam tugasan ini  terbahagi kepada dua, iaitu bahan elektronik dan bukan elektronik. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan oleh  adalah komputer, LCD projector, powerpoint dan kertas lembaran kerja. Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk membuat dan membina sendiri bahan bantu mengajar dalam tugasan ini. Saya telah menyediakan interaktif power point, dimana murid hanya perlu klik pada pautan yang telah disediakan untuk mendengar lagu dan melihat teks bacaan. pantun.

Namun, saya rasa sedih kerana masa yang tidak mencukupi. Hanya empat hari sahaja bersama Abdul dan saya tidak dapat membantunya untuk menguasai kemahiran menulis sehingga mahir. Tetapi, Puan Hayati memberitahu beliau akan sentiasa  membuat latih tubi kepada adik Abdul memandangkan kekangan masa yang hanya seminggu yang saya gunakan untuk melaksanakan intervensi kepada adik Abdul tidak mencukupi. Saya sanyat berterima kasih kepada puan Hayati, kerana bagi saya latih tubi perlu dilaksanakan bagi meningkatkan daya ingatan Abdul dan membantu Abdul menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Tambahan pula, mengenalpasti persekitaran pembelajaran dan memahami bagaimana pelajar belajar akan membantu guru untuk memudahkan pembelajaran dan merancang kurikulum yang dapat mencapai hasil pembelajaran (Salhah Abdullah , 2009).  Faktor yang perlu ditekankan adalah bagaimana pelajar belajar dan minat mereka. Seperti yang dikatakan oleh Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman ( 2011), mengetahui bagaimana pelajar belajar merupakan aspek pedagogi yang penting dan membantu bukan sahaja memperbaiki kemahiran pembelajaran pelajar tetapi juga memperbaiki pengajaran guru. Justeru, pendekatan pembelajaran perlu dipertimbangkan  dalam reka bentuk kurikulum serta sistem penilaian yang diaplikasikan untuk mata pelajaran bahasa melayu. Sebaik-baiknya, perlaksanaan kurikulum adalah selaras dengan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pembelajaran pelajar yang dapat memberi hasil pembelajaran yang cemerlang.

Menurut puan Hayati selaku guru pembimbing saya, terdapat banyak kebaikan yang dapat diperolehi dalam menggunakan kaedah VAK dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap adik Abdul antaranya  adalah meningkatkan tumpuan Abdul terhadap tugasan menulis,  meningkatkan kesedaran kendiri, memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi, meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan, meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran, membina tingkah laku positif, membina keseronokan dan membantu adik Abdul memahami dan mengingati huruf dan dapat membezakan huruf-huruf.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKP3108  ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru pemulihan yang berkualiti bagi membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Namun, tidak saya nafikan bahawa saya telah melalui pelbagai masalah semasa menyediakan kerja kursus ini, namun  syukurlah, segalanya berjaya dilakukan dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada  Dr. Rozana dan guru pemulihan SKGJ yang tidak jemu membantu, mendidik dan mengajar  saya  serta semua sahabat-sahabat yang sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.