Soalan 1 : Menjelaskan kemahiran
menulis dan masalah tulisan.
1.0 Latar
Belakang Kemahiran Menulis
Tulisan adalah bahasa yang bertulis
dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan
bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan
bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang
individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui
butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia
bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan
buah fikiran seseorang itu.
Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan
dan begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada
yang membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil
penulisan untuk dibaca.
Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca
bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak
atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya
mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika
masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka
juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh
menulis sebelum dia tahu membaca.
Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta
dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta bertujuan untuk mendirikan asas menulis
yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.
Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman,
perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan
pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat moden
khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.
Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam
menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis
secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Kemahiran menulis
secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat
menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan
untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis.
Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga
iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat
makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan
otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan
pramenulis, mampu memahami dan
mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul,
mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut
digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis
untuk pelahiran.
Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di
sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu tulisan huruf cap dan tulisan
sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu lebih mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat
mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah dituliskan dan memudah kanak-kanak
membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung pula adalah lebih cepat
dituliskan, di samping sifat keindividualan dalam menulis mudah dilihat.
Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan
adalah keseragaman, persambungan, irama dan pergerakan yang tetap. Dalam
keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan murid membentuk
huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan, perkataan
hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama
lain. Melalui irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu
kesatuan dan bukan berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang
sama apabila ditulis dengan banyak. Jenis kemahiran yang terakhir ialah
pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke atas atau ke
bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi matang
dia akan menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua
kemahiran-kemahiran tersebut amat penting dalam Pendidikan Disleksia.
Pendidikan
Disleksia mempunyai beberapa komponen yang harus diambil kira dalam mengajar
murid-murid yang mempunyai masalah disleksia iaitu kemahiran membaca, kemahiran
menulis, kemahiran mengira, kemahiran lisan dan juga kemahiran ejaan (Monica
McGuire, 2003). Kemahiran Menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam
satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan
rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran
secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Seperti
yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa
yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran
dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna
serta dijadikan alat komunikasi. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
seseorang murid menulis perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui
tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang
(Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis
akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang
lebih tinggi (Monica McGuire, 2003).
1.1 Konsep Menulis.
Kemahiran menulis
adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam
kehidupan manusia pada hari ini. Mereka
yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau pengarang.
Namun demikian, terdapat istilah yang
lebih khusus digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan
seperti novelis, jurnalis, penyair, penterjemah dan sebagainya.
Perkataan
menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan
kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau
fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada
aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan
agar terhasil teks yang dapat dibaca dan
seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna
dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara
bahasa tulisan dengan bahasa lisan memandangkan terdapat ciri yang tidak sama antara kedua-duanya.
Konsep
menulis di sekolah merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran medium sesuatu
bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol
yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada
mengilustrasi seperti melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks
seperti pita audio.
1.2 Definisi kemahiran menulis
Tulisan
ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea
(Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna
serta dijadikan alat komunikasi.
Kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat
serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kemahiran menulis sangat penting kerana
ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid
untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima
pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses
memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan menggunakan
perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan
reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
Menurut Yahya Othman,
kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem
dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience dan
gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara
lebih menyeluruh.
Menurut
Don Byrne,
menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses
mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan
pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.
Menurut Koh Boh Boon,
menulis merupakan satu aspek yang penting. Sebahagian besar kegiatan belajar
memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan
kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..
Menurut
Ishak Haron, beliau
berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam
menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran
penulisan secara mekanis.
1.3 Peranan Tulisan
Peranan tulisan adalah untuk
mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Seterusnya, untuk
membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan
ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam
satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan,
menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai
memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah
sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kelima,
untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif
seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan
jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri,
bahkan juga seluruh insan umumnya.
Ada dua
jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.
Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah
kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran
menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid
dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran
penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran
mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.
1.4
Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis
Peringkat
pengajaran menulis terbahagi kepada
tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas
(peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis
huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam
tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan
pramenulis, mampu memahami dan
mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul,
mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut
digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis
untuk pelahiran.
Pra tulisan merupakan satu peringkat
yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan
lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas
permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan
dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat
pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari
serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut:
· Melakukan
latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
·
Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
·
Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke
bawah dan lain-lain.
·
Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Tulisan
Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses
pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara
duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang
patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran
dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada
permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati
memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang
garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
·
Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
·
Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
·
Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
Tulisan
Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat
tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
·
Membina ayat.
·
Mengarang cerita.
·
Mengarang pantun, sajak, teka-teki
·
Menulis surat kiriman.
·
Lain-lain yang berkaitan.
1.5
Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan
·
Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan
lain.
·
Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
·
Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau
di antara perkataan dengan perkataan
·
Bentuk-bentuk
huruf yang tidak jelas / tepat / betul
·
Menulis tanpa
mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
·
Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
·
Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
·
Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan )
yang sepatutnya.
·
Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau
imbuhan.
·
Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang
ditentukan.
·
Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
·
Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
·
Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
·
Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
·
Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang
betul.
1.6 Tujuan Kemahiran Menulis
Gerak
kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan
pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan
membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea,
hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas
dan berkesan.
Kemahiran
menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai
bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka juga berupaya mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk
menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi
kemahiran menulis yang perlu dicapai
ialah :
·
Mendirikan asas menulis yang
kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.
·
Membolehkan kanak-kanak
mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat
difahami oleh pembaca.
·
Membolehkan kanak-kanak mengulang
kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan
membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.
·
Menulis membolehkan
kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk
tulisan.
·
Menyuburkan minat suka
menulis atau mengarang .
·
Meluaskan pengetahuan dalam
perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.
·
Menyediakankanak-kanak untuk
menghadapi peperiksaan
·
Melahirkan idea dan
menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan dan lain-lain) untuk
merangsang pembelajaran.
Secara
umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri
komunkasi, iaitu :
·
Ekspresif
Penulis menulis untuk tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak
begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan,
pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah
seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.
·
Pemujukan
Menulis untuk tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus
untuk memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan
sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan
keinginan serta emosi pembaca.
·
Informatif
Menulis
untuk tujuan informatif merujuk kepada
penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada
pembaca.
·
Kesusasteraan
Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri
stilistik, iaitu gayabahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa
digunakan, termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan
karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan. Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih
daripada sesuatu tujuan. Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan
membangkitkan perasaan sedih pembaca, menzahirkan perasaan dan menggunakan
bahasa secara imaginatif.
Tujuan menulis atau mengarang di sekolah
adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji
kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu,
menguji fikiran, pendapat dan idea murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana
pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran ini juga dapat merangsang dan
memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat memberi peluang kepada
murid untuk menerokai penulisan bahasa.
1.7
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan
Masalah
tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia
adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat
dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
1. Aspek
fizikal,
2. Aspek
pembelajaran,
3. Aspek
pengamatan.
Punca
masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan
anggota, kesihatan yang sering
terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang untuk belajar,
keadaan tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada
ibu bapa, keluarga serta guru.
Aspek
pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke
alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat
kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan;
alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan
murid terutama pada peringkat pra
menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan
guru kurang elok untuk dicontohi
murid.
Punca masalah tulisan yang
disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:
(1) Pengamatan dan
masalah pendengaran
(2) Pengamatan dan
masalah penglihatan
(3) Kesukaran
memahami konsep
(4) Kesukaran dalam
koordinasi mata-tangan.
Masalah utama yang berpunca
daripada pengamatan pendengaran adalah
kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan’d’. Masalah ini
bukan disebabkan oleh kecacatan yang
dialami oleh pelajar. Selain itu, masalah
pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan
kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat
pendengaran adalah:
a.
Pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah
b.
Pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi
c.
Pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk
d.Pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja
e. Secretory
otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat
getaran
·
Pengamatan dan masalah
penglihatan
Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti
kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk,
masalah pembalikan huruf, keliru
dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p –
q, 6 – 9 ). Manakala masalah penglihatan
pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh.
Antara masalah penglihatan adalah
seperti:
a.Hypermetrophia
atau rabun jauh
b.Myopi
atau rabun dekat
c.Astigmatisma,
iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas
d.Strabismus,
iaitu melihat dengan sebelah mata, dan
e.Juling
·
Kesukaran memahami kosep.
Masalah
yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga
mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru
dengan bentuk abjad atau nombor bercetak
dengan tulisan tangan.
·
Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.
Masalah
yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan
adalah seperti tidak dapat
menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan
betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat
dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan
kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika
buku terlalu dekat kedudukannya,
pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.