BAHAGIAN A
1.0 PENGHARGAAN
Bismillahhirahmanirahim
Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan
Ar-Rahman semoga dilimpahkan rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan
yang kekal berpanjangan dan salam sejahtera. Selawat dan salam buat Nabi
Muhammad S.A.W, Rasul junjungan pembawa sinar kegemerlapan, sahabat-sahabatnya
dan seluruh pewaris pembawa kebenaran.
Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan
ditujukan kepada encik Yusof Malie
selaku penyelia sekaligus pembimbing dan murabbi yang melimpahkan selautan ilmu
untuk penyiapan tugasan kerja kursus pendek ini di atas didikan, bimbingan
daripada beliau.
Sejuta penghargaan juga atas segala nasihat
dan tunjuk ajar yang mendewasakan dan mengenal diri selaku insan di bumi
bertuah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Lawang. Sekalung ucapan terima
kasih juga kepada para pensyarah dan guru-guru yang menjadi penilai atas
kesediaan berkongsi ilmu dan kepakaran.
Tidak lupa penghargaan buat keseluruhan
pensyarah yang mengajar dan memberikan curahan ilmu tanpa batasan dalam semua
bidang yang dicurahkan. Juga tidak lupa buat semua kakak-kakak dan abang-abang
guru pelatih yang bersedia meluangkan masa dalam membantu menyiapkan
penyelidikan ini. Keseluruhan warga PISMP Pemulihan (Bahasa Melayu) Januari
2011 yang banyak memberi galakkan dan melibatkan diri sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
Terima kasih tidak terhingga dan semoga
segala bantuan dan pertolongan yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh
Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan rahmat dan
keberkatan di dunia dan akhirat. Akhir sekali, kemaafan jua dipohon atas segala
kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan. Salam hormat dan ribuan terima kasih
BAHAGIAN B
2.0
PENGENALAN
Program pemulihan khas telah dilaksanakan
oleh KPM semenjak tahun 60an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M). Definisi program pemulihan khas iaitu satu
program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang
khusus.
Definisi murid pemulihan khas iaitu
murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M di sebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif. Buku Panduan Am KBSR (1982) mendefinisikan
pemulihan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk
murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai
sesuatu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Matlamat ialah memastikan murid
tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M. Objektif penubuhan kelas pemulihan khas
adalah supaya pelajar dapat mengusai kemahiran asas 3M. para pelajar juga meneruskan pembelajaran di
kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pelajaran.
Saya telah menjalankan satu kajian
terhadap seorang pelajar pemulihan di Sekolah Kebangsaan Lawang, Kelantan.
Pelajar ini dimasukkan ke kelas pemulihan kerana beliau gagal dalam menguasai
KIA2M. Beliau telah berada di dalam kelas pemulihan selama 1 tahun 3 bulan. Hal
ini kerana beliau telah dicalonkan oleh guru kelasnya iaitu Puan Hayati binti
Mat iaitu guru kelas 3 Bestari sejak dari darjah 2 lagi. Nama beliau adalah
Abdul Zulkarnain atau selesa dipanggil dengan gelaran Abdul.
Sekarang Abdul masih belajar di
kelas pemulihan dan masih tidak tahu membaca dan mengira. Masalah beliau yang
utama adalah beliau gagal menguasai kedua-dua kemahiran iaitu membaca dan
mengira. Beliau boleh menulis tetapi tidak pandai membaca. Beliau seorang yang
aktif di sekolah dan banyak mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan dan
permainan.
2.1 DEFINISI PELAJAR
PEMULIHAN
Rajah 1 : Definisi Pelajar Pemulihan
2.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Pemulihan Khas
a) Emosi dan tingkah laku
· Perasaan risau dan rendah diri
· Perasaan sedih atau hiba atau duka
· Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap
pelajaran
· Perasaan takut akan perkara-perkara baru
· Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan
dan suka melawan
b) Sosial
· Gelisah
dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
· Murid-murid lain benci kepadanya
· Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau mengigit jari
· Selalu tidak hadir ke sekolah dengan
berbagai-bagai alasan
· Berbohong dan kadang-kadang mencuri
c) Kesediaan belajar.
· Belum bersedia untuk belajar
· Perbendaharaan kata kurang
· Lemah Pemahaman
· Kurang percaya terhadap diri sendiri
d)
Kesihatan
· Lemah lembut badan serta kurang zat
makanan
· Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang
· Tumpuan perhatian terhad
· Lemah gerak motor kasar dan halus
· Kesihatan terganggu seperti selalu sakit
terlalu lama dan teruk
e) Pengamatan
· Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan
turutan
· Lemah pendengaran bunyi
· Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
· Lambat mengkelaskan benda/ nombor
· Kesukaran mengkaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru
· Tidak dapat menyelesaikan masalah
· Sukar ambil bahagian dalam permainan dan
tidak faham undang-undang
· Sukar buat kenyataan am
· Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
· Lemah pergerakan dan perbuatan
· Lemah daya pemikiran
· Tidak boleh mengingati kembali
2.3 Laporan pemerhatian terhadap ciri-ciri Abdul
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap
adik Abdul, saya dapat mengelaskan kriteria-kriteria masalah
yang ada pada adik Abdul berpandukan
sikap dan tingkahlakunya semasa berada di kelas dan di luar kelas.Yang pertama
dari aspek pengamatan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Tiga pengamatan boleh
didefinisikan sebagai kefahaman terhadap
sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses
dalam mental. Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapati dia mengalami masalah pengamatan,
jenis penglihatan yang mana dia tidak boleh mengingati sesuatu mengikut susunan
benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat. Buktinya, di dalam satu latihan
yang diberikan, adik Abdul tidak dapat memadankan konsonan di awal perkataan
dengan gambar yang sesuai.
Yang kedua, dari aspek emosi dan
tingkah laku adik Abdul. Dari kaca mata saya,personaliti adik Abdul boleh dikategorikan sebagai seorang yang
introvert. Menurut Murnford (1986) Introvert ialah orang mempunyai sikap yang
serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi sosial, mereka tidak
banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang
lain sahaja. Semasa di dalam kelas, adik Abdul merupakan seorang yang pasif dan tidak suka berinteraksi bergaul dengan
orang lain terutama denga orang yang tidak dikenalinya.Kesediaan untuk belajar
bagi adik Abdul agak lewat, jika
dibandingkan dengan murid lain. Dan pengajaran diberi sebelum berlakunya
kesediaan. Kesediaan adik Abdul dikesan
menerusi kurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta kefahamannya terhadap
sesuatu perkara adalah amat lemah. Misalnya, adik Abdul sukar memahami arahan yang berbentuk kompleks.
Selain itu adik Abdul sering tidak
datang ke sekolah. Mengikut buku daftar kehadiran murid, adik Abdul Cuma datang
2 hari ke sekolah iaitu pada 21 Mac dan 23 Mac sahaja sepanjang tempoh seminggu
pemerhatian yang saya lakukan di sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat
untuk menghadirkan diri ke sekolah. Semasa
waktu rehat pula, saya dapat perhatikan, adik Abdul sering melepak di belakang
bangunan dan jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih
gemar bersendiri.
2.4 Masalah Pelajar Pemulihan
Kanak-kanak Pemulihan Khas merupakan pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan
oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu
kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai
pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat
persekolahan dengan mereka, Jabatan Pendidikan Khas, KPM,(2003).
Oleh
itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah
pembelajaran yang berterusan ini. Menurut Ee Ah Meng (1990), pendidikan
pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan
pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk
membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Kanak-kanak
yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada
murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran.
Antaranya ialah :
- Mereka
yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta
kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai
kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan
yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks
disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
- Pertuturan
yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran
dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
- Lemah
dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali,
tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam
sekeliling.
- Kurang keyakinan diri kerana
dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan
bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
- Gagal dalam ujian atau
peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah
pada peringkat awal lagi
- Ketidakbolehan belajar sesuatu
dalam masa yang terhad
- Darjah kecerdasan yang rendah
apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
- Ibu bapa yang kurang
mementingkan pendidikan
- Ibu bapa yang mempunyai
pendidikan yang rendah, miskin, bilangan adik beradik yang ramai
- Kemudahan asas di rumah,
contohnya bilangan bilik yang kurang dan terpaksa berkongsi dengan adik
beradik yang lain.
- Kurang bahan bacaan dan bahan
ilmiah di rumah.
Menurut Mook Soon Sang (2009), murid-murid
pemulihan ini juga dianggap sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja
normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh
dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label
pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan
yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan
sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada
peringkat persekolahan.
3.1 PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Proses kognitif melibatkan
urat saraf dan otak, maka perkembang kedua-dua perkara ini mempunyai hubungan
yang rapat dengan proses kognitif. Menurut Atan Long (1978), kebolehan untuk
menguruskan proses kognitif terletak pada darjah kecerdasan yang dipunyai oleh
seseorang. Orang yang cerdas otaknya dapat menggunakan ransangan dari alam
sekeliling dengan lebih berkesan dan dapat menguruskan maklumat yang
diterimanya untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah dengan
cara yang lebih cepat dan cekap jika dibandingkan dengan orang yang kurang cerdas
otaknya.
Menurut Rohani Abdullah
(2008), kecerdasan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran
kanak-kanak. Kanak-kanak yang lebih cerdas lebih mudah belajar dan menguasai
kemahiran dan pengetahuan. Kecerdasan boleh diukur dengan menggunakan ujian
kecerdasan yang disediakan oleh ahli-ahli psikologi. Daripada ukuran yang
dibuat, kecerdasan seseorang akan ditunjukkan oleh darjah kecerdasan. Antara
ujian kecerdasan yang boleh digunakan untuk mengukur darjah kecerdasan adalah
seperti Good Enough Test, Stanfort Binnet Intelligent Test, Wrestler
Intelligent Scale For Children.
Semasa melaksanakan PBS saya telah melakukan
ujian ke atas seorang pelajar pemulihan yang bernama Abdul. Beliau merupakan
pelajar darjah 3 Bestari. Abdul diminta
untuk melukis gambar manusia pada sehelai kertas. Penilaian terhadap lukisan
akan ditandakan pada borang skor. Pada borang skor tersebut terdapat 49 aspek
yang diberi perhatian. Analisis perkembangan kognitif kanak-kanak dikira dengan
menggunakan formula seperti di bawah :
DK = UA × 100
UH
DK= darjah kecerdasan
UA= umur kecerdasan
UH= umur hayat
Rajah 3 : Skala Darjah Kecerdasan
Keputusan yang telah saya jalankan ke atas
Abdul adalah seperti di bawah :
Rajah 4 : Gambar Yang Telah Dilukis Oleh Abdul
Pada borang skor tersebut terdapat 49 aspek
yang diberi perhatian,Abdul telah mendapat 22 bilangan yang betul. Ini
bermakna, mengikut sukatan julat bagi jumlah skor yang betul umur akal Abdul
adalah 8 tahun. Pengiraan bagi darjah kecerdasan Abdul ialah seperti di bawah :
DK = 8 × 100 = 88.89
9
*88.89 di dalam skala darjah kecerdasan bawah
100 dan di tahap bawah
Umur
akal adik Abdul agak ketinggalan berbanding orang lain yang sama umur dengannya.
Tetapi dia masih boleh didik dan diasuh dengan latih tubi untuk menjadi seorang
pelajar yang berjaya menguasai kemahira membaca , menulis dan mengira.
3.2 PERKEMBANGAN
BAHASA
Murid pemulihan sering kali
atau kerap menulis dan membaca dengan
cara terbalik, ketetapan jarak huruf yang tidak seragam, mencampur-adukkan
huruf besar dengan huruf kecil dan tulisan terlalu buruk sehingga tidak boleh
dibaca . Kesukaran-kesukaran pengamatan pendengaran, penglihatan, masalah
keselarasan motor mata dan tangan atau gangguan emosi serta kurang mendapat
pengalaman pra tulisan boleh mempengaruhi kesukaran dalam penulisan
seseorang murid. Inilah masalah yang dihadapi oleh Abdul.
Rajah 5 : Contoh Hasil
Tulisan Adik Abdul Yang Telah Dianalisis
Menurut
guru pemulihan Abdul dapat dipulihkan dengan kaedah penulisan dan pembacaan
yang sistematik dan menarik .Biasanya Puan Norzilawati selaku guru pemulihan
akan menggunakan kaedah permainan agar
dapat menghilangkan perasaan bosan. Dia juga cuba mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan bersama Abdul .
Cara pengajaran pemulihan
khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan di dalam kelas biasa. Biasanya
murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan pengajaran secara
individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti,
Puan Norzilawati mengambil kira aspek kebolehan, kesediaan dan kemampuan
murid itu. Dengan itu proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih
efektif dan bermakna kepada murid itu. Seterusnya, Puan Norzilawati harus menyediakan
aktiviti yang dapat memberi maklum balas dengan segera supaya murid dapat
mengetahui sama ada mereka telah membuat kesalahan atau tidak.
Kesimpulannya setelah membuat
pemerhatian terhadap perkembangan bahasa yang telah dijalankan ke atas
Abdul keseluruhan didapati murid ini ;
1.
Masih keliru tidak dapat mengenal abjad secara turutan
2. Tidak
pasti dengan penggunaan vokal.
3. Tidak
mahir dalam membentuk perkataan.
4. Tidak
faham dan tidak boleh mengadunkan bunyi suku kata tertutup dngan betul.
5. Masih
keliru dengan huruf konsonan ng.
6. Lemah
dalam perbendaharaan kata.
7.
Kelemahan dalam ejaan dan tulisan.
Berikut ialah perkataan
yang dibaca oleh guru supaya Abdul mengeja dan menulis di atas sehelai kertas .
Bil Perkataan
1.
Ali
- itu
2.
Cuka - baru
3.
Kalau - hantu
4.
Talam - simpan
5.
Kemarau - halau
Perkataan tersebut
berdasarkan penggunaan vokal suku kata terbuka, tertutup, kemahiran dari aras
mudah ke aras sukar . Keputusannya, Abdul amat sukar mengeja dengan betul
perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan–gabungan
2 atau 3 suku kata. Dia keliru menggunakan huruf ‘b’ ditulis huruf ‘d’ ,
huruf ‘m’ pula dituis huruf ‘n’,huruf ‘I’ kecil ditulis dengan huruf besar dan
huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.Tulisannya pula kurang memuaskan
iaitu boleh dibaca tetapi berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Abdul
menghadapi masalah yang teruk dalam membaca dan menulis .
Berdasarkan
daripada keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah
dijalankan pada 12 Januari 2011 , Abdul telah berjaya menjawab hampir semua
soalan tetapi masih tidak mahir dalam menulis. Rekod kemajuannya, dia mendapat
22 markah daripada 66 markah keseluruhan. Manakala menurut guru pelajaran
Bahasa Melayu, Puan Hayati , markah keputusan Ujian Formatif Bahasa Melayu,
Abdul adalah yang terendah di dalam kelasnya . Dari keputusan yang
diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Abdul adalah lemah namun telah banyak
peningkatan dalam aspek perkembangan bahasa. Namun begitu, dia masih mempunyai
asas yang lemah dalam mengusai kemahiran berbahasa.
Menurut Ferdinand de
Saussure (1993), kelemahan para pelajar yang lambat dalam pembelajaran adalah kerana
kelemahan dan kekurangan pengajaran guru di sekolah. Selain faktor-faktor
yang telah diperkatakan terdahulu
kelemahan Abdul dalam pembelajaran Bahasa Melayu mungkin boleh diandaikan
kepada kelemahan dan kekurangan pengajaran guru di sekolah . Faktor ini
sekiranya berlaku akan secara langsung melemahkan pembelajaran seseorang murid
seperti Abdul. Di dalam kelas Abdul pula ditempatkan dalam kumpulan D iaitu
kumpulan yang kurang berkebolehan. Kumpulan tersebut pula mengandungi 7 orang
murid dan kesemuanya dimasukkan ke dalam kelas pemulihan .
Tumpuan
semasa mata pelajaran Bahasa Melayu, Abdul dan kawan-kawannya kurang
bermotivasi. Setiap hari semasa pelajaran Bahasa Melayu Abdul masuk ke kelas
pemulihan, dia akan terus ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang diajar di dalam kelas sebenarnya. Semasa ujian penilaian
yang lepas Abdul mendapat gred D di dalam matapelajaran bahasa Melayunya.
Impaknya, Abdul memang diserahkan bulat-bulat kepada guru pemulihan yang cuma
mengajar kemahiran asas Bahasa Melayu sahaja .Selain itu kemudahan pembelajaran
bahasa agak terbatas namun mencukupi untuk digunakan di dalam kelas itu sahaja.
Kesimpulannya
dari tinjauan dan Ujian Diagnostik yang dijalankan, saya telah telah mendapat gambaran secara am prestasi dan
kemajuan pencapaian Bahasa Melayu. Berdasarkan hasil perbincangan ringkas
dengan guru kelas dan guru pemulihan saya didapati bahawa, kelemahan Abdul
adalah ;
1.Keseluruhan pelajarannya
adalah lemah
2.Pelajaran paling lemah
ialah Bahasa Melayu .Selain mendapat gred D di dalam peperiksaan malah
pertuturannya dan tidak menggunakan bahasa yang betul kerana dipengaruhi oleh
dialek kelantan .Tulisannya agak baik, tidak terlalu buruk .
3.Selalu salah menyalin
perkataan –perkataan dari papan hitam.
4. Kurang mengenali dan
menggunakan tanda baca kecuali noktah.
Sememangnya Abdul perlu
dipulihkan segera dan mendapat perhatian dari semua pihak sekolah ,ibu bapa,
penjaga dan dedikasi guru yang peka terhadap masalah yang dihadapi.
3.3 PERKEMBANGAN
SOSIAL
Oleh kerana kehidupan
berkelompok penting dalam kehidupan murid seharian, adalah penting untuk mereka
mempunyai kemahiran bersosial. Dari kaca
mata saya, personaliti adik Abdul
boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Mengikut Mok Soon Sang (2009),
introvert ialah orang mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di
dalam interaksi sosial, mereka tidak banyak bercakap dan banyak masanya
ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas,
adik Abdul merupakan seorang yang
pasif dan tidak suka berinterkasi bergaul dengan orang lain terutama denga
orang yang tidak dikenalinya.
Selain
itu adik Abdul sering tidak datang ke sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat
untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Semasa waktu rehat pula, adik Abdul sering melepak di belakang bangunan dan
jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih gemar
bersendiri.
Melalui
pemerhatian saya juga adik Abdul mudah marah. Dia suka memberontak dan sering
melawan apa yang disuruh oleh guru. Puan Norzilawati memberitahu bahawa dia
tidak akan tidak terlalu tegas dan memaksa Abdul kerana dia khuatir Abdul tidak
akan menghadirkan diri ke kelas pemulihan. Di sekolah dia seorang yang aktif
dalam bola sepak. Menurut PK KO, Puan Khadijah, Abdul sangat berminat dengan
permainan bola sepak. Tetapi dia tidak bergaul dengan pelajar lain. Semasa
bermain bola sepak bersama rakan pada waktu petang, dia tidak duduk
bersama-sama rakan yang lain. Dia hanya duduk di tepi padang dan apabila guru
menyuruh dia bermain, barulah dia akan bermain. Pada pandangan saya Abdul
mempunyai potensi dan bakat dalam permainan bola sepak. Semasa pemerhatian saya
ketika waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dia aktif dalam sukan tetapi
tidak pandai bergaul dengan orang di sekeliling.
Saya juga turut bertanya dengan rakan sekelasnya mengapa
dia tidak berkawan dengan Abdul. Jawapan mereka adalah, mereka sukar
berkomunikasi dengan Abdul. Apabila mereka cuba bertanya, Abdul hanya menjawab
sepatah dua kata sahaja. Dia tidak banyak bercakap dan pendiam. Dia juga boleh
marah dengan cepat dan mereka takut untuk berkawan dengannya.
Semasa didalam kelas pemulihan saya perhatikan Abdul sudah mula petah berbicara terutama
dengan guru pemulihan. Dia mula bercerita tentang sesuatu. Contohnya, Puan Norzilawati
menunjukkan kad untuk dibaca beramai-ramai. Setelah mengeja suku kata kvk+kv
(han+tu), dia bercerita berdekatan dengan rumahnya terdapat hantu pocong. Ini
membuktikan bahawa, Abdul bukanlah seorang yang tidak boleh bergaul tetapi
kurang berbicara. Dia hanya bercakap dengan orang yang benar-benar memahaminya
sahaja.
Dia juga kurang bersosial kerana perasaan malu dan tidak
ada keyakinan diri. memandangkan dia merupakan golongan yang miskin dan dia
selalu mendapat keputusan yang tercorot di dalam kelas. Dia berasa rendah diri
dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ujian sosial
sosio-metrik yang telah dilaksanakan dalam kelas pemulihan khas
Sosio metrik ialah satu prosedur menjangka pola interaksi
antara ahli kelompok dengan menggunakan beberapa soalan tentang bentuk hubungan
sosial. Ujian ini bertujuan untuk
memilih, melihat ciri kepimpinan yang dipilih, penerimaan sosial dan
bantuan pembelajaran.
Kelas : Pemulihan darjah tiga
|
Siapakah
rakan yang paling anda suka di dalam kelas ?
|
Siapakah
rakan yang paling anda percaya ?
|
Siapakah yang
paling anda tidak suka ?
|
Amirah
binti Ahmed
|
Zulkifli
|
Abdul
|
Saiful nizam
|
Saiful nizam
bin Yahya
|
Fahmi
|
Zulkifli
|
Fahmi
|
Zulkifli bin
Hasyim
|
Amirah
|
Zara Izzati
|
Abdul
|
Siti Umairah
binti Che Seman.
|
Zara Izzati
|
Zulkifli
|
Abdul
|
ZULKIFLI
|
UMAIRAH
|
ABDUL
|
ZARA IZZATI
|
FAHMI
|
SAIFUL NIZAM
|
AMIRAH
|
Rajah 7 : Keputusan Ujian Sosiometrik
Petunjuk
|
Paling Suka
|
|
Paling percaya
|
|
Paling tidak suka
|
Mengikut ujian sosimetrik yang telah dijalankan, di dalam
kelas pemulihan darjah tiga, Zulkifli merupakan pelajar tumpuan di dalam kelas
kerana pelajar ini merupakan pelajar yang paling ramai disukai dan dipercayai
oleh rakan-rakannya. Daripada pemerhatian saya, Zulkifli adalah seorang pelajar
yang peramah dan ketua kelas bagi kelas pemulihan darjah tiga. Mengikut guru
pemulihan, Zulkifli juga merupakan pelajar yang paling tinggi prestasinya
berbanding pelajar lain. Abdul pula merupakan pelajar yang tidak disukai oleh
Umairah dan Zulkifli. Adik Abdul tidak disukai oleh mereka kerana dia seorang
yang pendiam dan cepat marah. Walaubagaimanapun, Abdul masih mendapat
kepercayaan daripada Amirah. Amirah paling percaya Abdul kerana Abdul boleh
menyimpan rahsia orang lain. Kesimpulannya, mengikut pemerhatian saya, biasanya
pelajar yang aktif di dalam kelas disukai oleh pelajar lain. Manakala, pelajar
yang pasif di dalam kelas tidak disukai oleh pelajar lain.
Melalui ujian ini, para guru dapat merapatkan jurang
sosial antara pelajar di dalam kelas tersebut. Setelah berbincang dengan guru
pemulihan, menurut beliau, kedudukan Abdul di dalam kelas sepatutnya berada
berdekatan dengan Zulkifli dan Umairah. Kedudukan mejanya juga haruslah berada
di barisan paling hadapan supaya guru dapat memantau semua tugasannya di dalam
kelas dengan mudah. Adik Abdul juga dapat bertanya kepada guru semua
keraguannya tentang pelajaran dengan senang. Akhirnya, beliau akan menjadi
pelajar tumpuan dan dapat mengurangkan rasa rendah diri dan menjadi seorang
pelajar yang aktif di dalam kelas.
3.4 PERKEMBANGAN FIZIKAL
Adik Abdul adalah seorang pelajar yang sihat. Beliau
tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Dia juga seorang pelajar yang aktif
dan banyak menyertai pertandingan semasa sukaneka tahunan sekolah. Beliau
adalah salah seorang ahli Rumah Sukan Bendahara iaitu rumah Merah. Beliau
bergiat aktif dalam permainan bola sepak di sekolah.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia ,di URL, moh.gov.my, BMI (Body
Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi
menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong
dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit dan tidak sihat. Manakala berat badan unggul akan membuat anda
kelihatan segak, rasa sihat dan bertenaga, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selepas membuat pengiraan indeks jisim tubuh adik Abdul di dapati seorang yang
sihat dan cergas. BMI beliau berada di tahap berat badan unggul.
Formula
mengira berat badan ideal adik Abdul :
Indeks Jisim Tubuh
(BMI) = Berat tubuh badan (kg) bahagi
Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)
Indeks Jisim Tubuh
(BMI) =34(kg)
1.3x1.3(m)
= 20.12
Panduan pengiraan BMI
|
|
Kurang dari < 20 =
|
Kurang berat badan
|
20 hingga 25 =
|
Berat badan unggul
|
25 hingga 30 =
|
Berlebihan berat badan
|
Lebih dari > 30 =
|
Obesiti
|
Rajah 8 : Panduan
Pengiraan BMI
3.5
PERKEMBANGAN EMOSI
Mengikut Daniel Goleman,
dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan
dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta
ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Menurut Rohani Abdullah
(2008), pelajar pemulihan biasanya mudah bosan, tidak menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran dan suka mengganggu pelajar lain supaya mendapat
perhatian yang lebih daripada para guru. Sepanjang pemerhatian saya ke atas
perkembangan emosi pelajar-pelajar di kelas pemulihan berdasarkan tingkah laku
mereka di dalam kelas. Saya dapati bahawa mereka memang menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru pada awalnya. Namun lama kelamaan mereka mula melihat ke
luar tingkap atau bermain-main di dalam kelas. Hal ini kerana emosi pelajar
pemulihan tidak stabil. Mereka mudah berasa bosan dan tidak menumpukan
perhatian. Mereka biasanya mengikut arahan yang diberi oleh guru namun gemar
bergurau di dalam kelas.
Menurut Sigmund Freud
(1856-1939) di dalam buku Mook Song Sang (2009), salah satu ciri helah diri
yang termasuk di dalam teori perkembangan sisio-emosi adalah agrasi. Agrasi
adalah tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.
Melalui pemerhatian saya, terdapat seorang pelajar di dalam kelas ini yang
selalu mengacau ketenteraman kelas. Menurut guru pemulihan, pelajar ini adalah
pelajar yang nakal dan selalunya perlu di beri perhatian. Dia mudah memberontak
kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang. Ibu bapanya telah meninggal dan
dia hanya tinggal denagan datuknya di sini. Beliau tinggal di kawasan pedalaman
dan atuknya pula merupakan golongan yang buta huruf. Oleh itu, dia suka
mengacau orang lain kerana dia mahukan perhatian daripada orang lain.
Terdapat juga pelajar yang
mudah tersinggung seperti adik Abdul. Semasa guru
memarahinya kerana tidak menyiapkan
kerja rumah, air wajahnya kelihatan merah padam. Dia seolah-olah mahu menangis. Menurut guru
pemulihan di dalam kelas dia jarang menasihati Abdul di hadapan rakan-rakannya
yang lain kerana dia khuatir Abdul akan
menangis. Adik Abdul juga selalu risau dan rendah diri.
Dia juga sering bersedih. Perasaan hiba dan duka seolah-olah sering
terlakar di wajahnya.Selain itu, dia turut cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. Menurut
Mook Soon Sang (2009), dari segi aspek perkembangan emosi seorang kanak-kanak
biasanya mengalami perasaan takut apabila menghadapi suasana baru dan hanya
bergaul dengan saudara mara yang sama umur dan suka bermain sendiri. Melalui
pemerhatian saya, adik Abdul seorang yang takut untuk mencuba dan takut akan perkara-perkara baru. Contohnya
apabila guru menyuruhnya menjawab soalan yang telah cikgu pancarkan melalui
LCD di komputer ribanya, dia kelihatan
gelisah dan resah untuk menyentuh tetikus dan menjawab soalan tersebut. Walaupun
adik Abdul seorang yang agak pendiam, namun dia seorang yang sangat degil. Dia
tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan cakap.
4.0 Perbezaan antara murid
pemulihan dengan murid normal.
Murid pemulihan
|
Perbezaan
|
Murid
biasa
|
·
Kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa
·
Kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan
untuk membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang
perkara-perkara yang abstrak
|
Definisi
|
Kanak-kanak berkebolehan
menerima
pendidikan biasa,
berkemampuan
membuat
keputusan
serta boleh
menerima dan
menerima
perkara-perkara
yang abstrak.
|
·
Gelisah dan tidak selesa dengan guru atau
rakan
·
Kurang berinteraksi dengan orang lain
·
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan
pelbagai alas an
·
Selalu menangis dan enggan masuk kelas
·
Selalu bergerak dan menganggu kawan
|
Sosial
|
Dapat berkomunikasi dengan orang lain
dan memberi alasan yang sesuai apabila menghadapi masalah
|
·
Perasaan rendah diri
·
Cepat bosan dan mudah jemu
·
Takut dengan perkara baru
·
Degil dan tidak patuh kepada arahan
·
Pasif
·
Malas
|
Emosi dan tingkah laku
|
Berkebolehan mengawal emosi diri iaitu
tidak terlalu rendah diri dan boleh menerima sesuatu yang baru, berfikir
secara positif, menerima pandangan orang lain dan patuh kepada arahan
|
·
Lemah tubuh badan
·
Kurang zat makanan
·
Tumbesaran tubuh yang tidak seimbang
·
Masalah tumpuan perhatian atau pendengaran
·
Selalu sakit
·
Kurang menjaga kebersihan diri
|
Fizikal
|
·
Tubuh badan yang sihat
·
Tumpuan perhatian yang lebih
·
Pergerakan motor kasar dan motor halus yang
normal
·
Kebersihan diri dijaga
|
·
Kesukaran menghubungkan pelajaran yang lama
dengan pelajaran yang baru
·
Tidak dapat menyelesaikan masalah
·
Keliru tentang konsep
·
Tidak dapat mengenal dengan baik perbezaan
bentuk, saiz, warna dan turutan.
Good
Enough Test yang telah dijalankan
kepada pelajar kelas pemulihan .
Keputusannya,
pelajar ini mendapat 88.89 darjah kecerdasan.
|
Kognitif
|
·
Boleh menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari
·
Dapat menyelesaikan masalah dengan cara
yang bijak
·
Dapat membezakan anrata bentuk, saiz, warna
dan turutan.
Good Enough Test yang telah dijalankan kepada pelajar aliran
perdana.
Keputusannya, pelajar ini mendapat 100
darjah kecerdasan
|
·
Tidak boleh membaca, menulis dan mengira
dengan baik
·
Tulisan yang kurang cantik
·
Jarak tulisan yang tidak seimbang
·
Lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran
berbahasa
|
Bahasa
|
·
Boleh menguasai kemahiran 3M dengan baik
·
Tulisan yang cantik dan boleh dibaca
·
Jarak tulisan yang seimbang
·
Mahir menguasai sesuatu kemahiran
berbahasa.
|
5.0 REFLEKSI
Setelah
menjalankan kajian ini saya dapati bahawa, murid-murid pemulihan ini juga
dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan
sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh
kecacatan. Menurut Chua Tee Tee (1992), kadangkala kanak-kanak pemulihan ini
diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan
taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata
rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid
pada peringkat persekolahan.
Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke
dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru
dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri,
kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun
akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid
pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan
yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul
semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang
diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.
Saya
sebagai seorang guru, perkara yang saya akan lakukan sekiranya mempunyai murid
seperti ini adalah berusaha untuk membimbing pelajar dengan memberi latihan bermula dari kemahiran asas
yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada
hari itu seperti yang telah dinyatakan oleh Koh Boh Boon di dalam bukunya yang
bertajuk Pendidikan Khas Dan Pemulihan.
Kenyataannya, saya perhatikan murid-murid
pemulihan khas juga boleh berjaya seiring dengan pelajar aliran perdana. Sesungguhnya
murid-murid pemulihan boleh dididik dengan sempurna sekalipun mereka telah
dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka saya
sedar, tanggungjawab seseorang pendidik adalah perlu bagi membantu mengatasi
permasalahan murid pemulihan. Saya juga akan memberikan mereka sepenuh
perhatian dan kasih sayang. Hal ini demikian kerana, kadang-kadang mereka tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian yang
cukup. Selain daripada itu, para ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan
peranan dan bertanggungjawab dalam pengendalian proses pembelajaran supaya
murid pemulihan mendapat input yang bermanfaat. Pihak sekolah juga seharusnya
tidak hanya mementingkan aspek akademik pelajar kelas perdana, tetapi haruslah
juga mengambil kira prestasi akademik pelajar pemulihan khas.
Guru-guru
lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri dengan aktif dalam proses membantu
murid pemulihan. Menurut Chua Tee Tee (1992), guru pemulihan perlu kreatif
untuk mengaplikasi bahan pengajaran agar dapat membantu murid mengatasi
masalah. Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan
tergesa-gesa, tindakan akan menyebabkan keciciran berlaku. Seharusnya guru
perlu menitikberatkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Contohnya,
kemahiran membina ayat dengan betul dan menulis dengan betul.Terdapat
alasan guru yang mengatakan murid pemulihan lemah, tidak bermotivasi dan kelas
yang padat menyebabkan guru tersebut mengabaikan aspek pengajaran yang
berkesan. Sehubungan dengan itu,jika murid pemulihan mendapat perhatian dan
tindakan susulan yang sewajarnya, maka masalah keciciran dalam pelajaran akan
dapat diatasi.
RUJUKAN
1.
A.E Tansley Dan Gulliford
(1974), Shaping The Education Of Slow Learner. London.Routledge & Kegan
Paul.
2.
Atan Long (1978), Peranan
Dan Tugas Gurun Pemulihan Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
3.
Chua Tee Tee (1992),
Pendidikan Khas Dan Pemulihan Bacaan Asas,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
4.
Daniel Goleman (1997),
Diagnostic And Remedial Teaching. New York, Appleton-Century-Crofts.
5.
Ee Ah Meng (1990), Pedagogi
Satu Pendekatan Berpesepadu, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
6.
Ferdinand De Saussure
(1993), Pengantar Linguistik Umum, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8.
Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2000), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
9.
Kementerian Pendidikan
(1982), Buku Panduan Am Kbsr. Kuala Lumpur
10. Kementerian
Pendidikan (1984), Buku Panduan Program Pemulihan Kbsr (Untuk Tahap Satu),
Kuala Lumpur.
11. Koh
Boh Boon (1992), Pendidikan Khas Dan Pemulihan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
13. Mok
Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak, Perak, Penerbit Multimediasdn Bhd
14. M.R. Clought (1975), Remedial Education : Objective And Techniques.London.Ward Lock
International.
15. Murnford (1986), Corrective And Remedial
Teaching. Boston : Houghton Mifflin
16. National
Associationfor Remedial Education (Nare), (1977), Great Britian. Widlake Ed.
17. MELAYARI
INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL: http://www.upkkl.com/index.php/pemulihan/ciri-pemulihan
18. MELAYARI
INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL : http://pemulihansrimelor.blogspot.com/2009/03/mengenali-program-pemulihan-khas.html
19. MELAYARI INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL ; http://skpaka2.com/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=62