refleksi Bina Insan Guru 4 (kembara sosial & anak angkat)


1.0       PENGENALAN


            Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

 

2.0       MATLAMAT

            Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0       OBJEKTIF

Melalui Program BIG ini pelajar dapat mencapai objektif berikut:

·         Menerapkan semangat kekitaan dalam kalangan guru-guru pelatih.

·         Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat

·         Mendedahkan guru-guru pelatih kepada pelbagai persekitaran masyarakat atau komuniti.

·         Memberi kesedaran kepada para guru pelatih supaya lebih peka kepada realiti persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

·         Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

·         Memupuk kesedaran berbakti secara sukarela kepada masyarakat.

 

 

 

4.0       JADUAL PELAKSANAAN

Jadual Pelaksanaan Program Perkhemahan II dan Kembara Sosial

 

HARI
0800 - 0930
1000 -1200
1200 - 1400
1400 - 1500
1500 - 1730
13.09.2012
Khamis
Perjalanan ke SMK Padawan
Taklimat & Penyerahan Anak Angkat
Merarau
Sepetang Bersama Keluarga Angkat
Kerja Amali / Aktiviti Kemasyarakatan
 
14.09.2012
Jumaat
0700 - 0730
0730 - 1000
1000 - 1030
1030 - 1200
1200 - 1400
1400 - 1700
Minum Pagi
Khidmat Sosial
Minum Rehat
Khidmat Sosial
Merarau
Khidmat Sosial
 
15.09.2012
Sabtu
0700 - 0730
0730 - 1000
1000 - 1030
1030 - 1200
1200 - 1300
1300 - 1430
Minum Pagi
Khidmat Sosial
Minum Rehat
Majlis Penangguhan BIG
Merarau
Perjalanan Balik Ke IPGKBL

 

 

5.0 Kandungan (Sebelum Selepas Dan Semasa)

1.1 Sebelum BIG

 

Sebelum berlangsungnya program Bina Insan Guru, pelbagai persiapan telah dibuat supaya segala kelengkapan dan keperluan semasa program tersebut berjalan lancar. Beberapa perjumpaan di antara kelas yang terlibat telah diadakan bagi bermesyuarat dan membincangkan hala tuju program ini serta membahagikan tugasan kepada setiap peserta. Berikut ialah butiran perjumpaan atau taklimat yang telah diadakan sebelum program Bina Insan Guru:

 

·         Perjumpaan Pertama

 

Sebelum program Bina Insan Guru bermula, semua pelajar PISMP Semester 4 dikehendaki berkumpul di TAZA bagi perjumpaan pertama bersama dengan Encik Michael Tarang. Perjumpaan tersebut diadakan pada pukul 3.00 petang. Semasa perjumpaan tersebut, beliau telah memberi penerangan tentang program BIG yang bakal melibatkan pelajar semester 4. Kami akan terlibat dengan program BIG yang berunsurkan aktiviti kemasyarakatan iaitu program anak angkat. Sebanyak tiga buah tempat telah dipilih untuk melaksanakan program ini iaitu di sekitar Kuching. Kumpulan PISMP Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas telah dipilih untuk melaksanakan program tersebut di Kampung Belimbing dan kampung Praya. Kami dimaklumkan bahawa program tersebut akan berlangsung iaitu selama 3 hari 2 malam. Oleh itu, semua pelajar dinasihati dan dikehendaki mengaturkan perjumpaan kelas yang seterusnya mengikut kumpulan BIG bagi memastikan program ini dapat berjalan lancar dan sistematik. Perjumpaan ini ditangguhkan pada pukul 5 petang.

 

 

 

·         Perjumpaan Kedua

 

            Perjumpaan kedua yang melibatkan ketiga-tiga kumpulan  iaitu PISMP Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas  telah diadakan pada pukul 10.00 pagi di dalam sebuah kelas. Perjumpaan ini bertujuan untuk perlantikan ahli jawatankuasa program bagi menguruskan perjalanan program BIG ini. Setelah perbincangan dibuat, satu AJK baru telah ditubuhkan yang melibatkan AJK tertinggi dan AJK Biro. Setiap pelajar telah dipilih berdasarkan undian dan persetujuan daripada semua pihak. Setelah sebulat suara dan kata sepakat yang dikeluarkan, maka terbentuklah satu carta organisasi seperti yang terdapat dalam lampiran buku program.

            Setiap jawatan mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan dalam masa 2 minggu sebelum BIG bermula. Ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan setiausaha memainkan peranan yang penting kerana perlu menyiapkan kertas kerja dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan bendahari kerana perlu menyiapkan laporan kewangan dan memungut sejumlah wang yang agak banyak bagi setiap seorang untuk menampung kos makanan. Tugas-tugas ahli jawatankuasa lain adalah mengikut bidang masing-masing. 

·         Perjumpaan ketiga

 

            Perjumpaan buat kali ketiga  sekali lagi diadakan yang turut melibatkan ketiga-tiga kelas. Perjumpaan ini diadakan di dewan kuliah B IPG Kampus Batu Lintang pada pukul 3.30 petang. Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah bagi membuat semakan terakhir persiapan sebelum tibanya hari BIG bersama-sama dengan semua AJK yang terlibat. Encik michael tarang membahagikan semula keluarga angkat dan adik beradik kami. Kami dimaklumkan tentang tentatif program, pakaian, pengangkutan dan sebagainya. Encik michael tarang telah bagi menyampaikan  amanah dan nasihat terakhir daripada beliau. Kami berasa sangat kecewa dan sedih kerana beliau tidak dapat bersama-sama kami semasa BIG kali ini. Beliau menasihatkan kami supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan dapat mengikuti program BIG dengan jayanya.

     

1.2 Semasa BIG

*      Semasa Program Bina Insan Guru dijalankan

PERKARA
CATATAN
 
Hari Pertama (khamis, 13 SEPTEMBER 2012)
©      Pada hari pertama, semua peserta Bina Insan Guru telah berkumpul di hadapan TAZA pada pukul 7.30 pagi bersama barang keperluan peribadi dan peralatan penting yang akan dibawa bersama. Peserta BIG telah mendengar taklimat penting daripada Encik Michael Tarang sebelum bertolak ke Kampung Belimbing. Segala aktiviti dan penginapan akan dijalankan di SMK Padawan. Pelajar telah bertolak dari IPGKBL pada pukul 8.45 pagi dengan menaiki sebuah bas IPG Pada pukul 11.00 pagi, kami tiba di tempat yang dituju.  Pada pukul 1.30 tengah hari, semua peserta berkumpul bagi menikmati makan tengah hari. Kami dihidangkan dengan makanan yang cukup lazat iaitu nasi tomato. Selesai sahaja menjamu selera, peserta berkumpul untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar secara berjemaah.
 
©      Pada pukul 7 malam, para peserta berjumpa dengan keluarga angkat masing-
 
©       Terdapat 17 buah keluarga angkat yang bersetuju menerima kami sebagai anak angkat. Setiap keluarga memperoleh dua atau tiga orang peserta sebagai anak angkat.
 
©      Saya bersama dengan Azeera, Hazwani dan Syakira telah mendapat ibu angkat yang diberi nama Puan Rohana bt Sali.
 
©      Peserta telah membawa sedikit buah tangan kepada keluarga angkat mereka seperti beras, teh, biskut dan lain-lain. Peserta BIG akan bersama-sama dengan keluarga angkat mereka dari pukul 7 malam sehingga pukul 9.30 malam.
 
©      Segala aktiviti yang akan dilakukan adalah bergantung kepada keluarga angkat tersebut. Saya sempat menolong ibu yang kami pabggil umi menjual di kantin sekolah.
 
 
*       
 
Hari Kedua  (14 SEPTEMBER 2012)
©      Menyiapakan mural dengan mewarna mural yang telah dilukis oleh cikgu di sekolah SMKL bersama rakan-rakan.
©      solat berjemaah bersama rakan-rakan
©      kami juga turut membersihkan kawasan perkhemahan sekolah tersebut.
©      pada sebelah petang kami mengangkut  tanah untuk diletakkan di pokok-pokok bunga.
©      Pada sebelah malam pula, kami tidur di dalam surau sekolah.
 
 
Hari terakhir (15 SEPTEMBER 2012)
©      Pada pukul 8.00 pagi, para peserta berkumpul di dewan makan SMKP. Encik ooi selaku Penyelaras Projek telah memberi ucapan dan ketua kampung peraya telah menyerahkan semula peserta kepada pihak sekolah.
©      Semua peserta makan beramai-ramai dan kami mengemas barang untuk pulang ke IPGKBL
©      Kami bertolak pulang pada pukul 10 pagi dan tiba di IPGKBL pada pukul 12 tengahari.
 

 

*      Selepas Program Bina Insan Guru

PERKARA
CATATAN
 
©      Selepas program BIG berlangsung, setiap peserta dikehendaki menyiapkan laporan program khidmat masyarakat untuk dinilai. Segala aktiviti yang telah dilakukan sempena program ini telah memberi impak yang mendalam kepada diri setiap peserta.
©      Kami menghantar laporan pada 2012-09-20.
 
 
 
 

 

6.0 Refleksi Kendiri             

Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan khidmat masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat membentuk diri saya ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Aktiviti keluarga nagkat  pula adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Aktiviti ini telah mendedahkan kami kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam hubungan sosial. Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah. Komunikasi yang baik akan menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan yang lain. Saya sedar sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru pada kali ini dapat maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan peserta yang lain. Hal ini kerana satu aktiviti yang agak mencabar telah terpaksa dilalui oleh peserta adalah mentyiapkan kerja-kerja membersihkan kawasan perkhemahan, mengagkat tanah di tengah panas yang terik. Aktiviti ini berjaya menguji ketahanan fizikal dan dengan semangat yang kental saya dapat menyiapakn kerja Walaupun badan terasa kepenatan dan terdapat sedikit luka-luka akibat terkena batu tetapi saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini menyedarkan saya supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala cabaran dan menempuhinya dengan sebaik mungkin apabila ditempatkan di kawasan pedalaman nanti. .

Seterusnya, aktiviti kembara sosial pula yang melibatkan keluarga angkat telah memberi peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan masyarakat di kampung ini dengan lebih dekat. Program BIG kali ini telah memberi pengalaman yang begitu berharga kepada peserta kerana dapat menghayati kehidupan sebagai anak angkat dan meneroka sebuah kehidupan keluarga di kawasan pedalaman. Sikap prihatin dan baik hati penduduk kampung berjaya menambat hati peserta BIG untuk merasa nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang diberikan untuk bersama dengan keluarga angkat sangat singkat telah membataskan hubungan yang lebih erat dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, program ini ternyata mampu membina kemahiran komunikasi dan membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru yang cemerlang di masa hadapan.

Bagi saya pengalaman BIG kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana saya dapat berinteraksi dan bergaul dengan pelajar-pelajar SMKD semasa menolong umi menjual nasi dan air di kantin. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran interaksi sosial dalam diri saya sebagai seorang bakal guru yang merupakan aspek terpenting bagi menjadi guru yang  dikenali ramai. Oleh itu, saya seharusnya sentiasa bijak dalam bergaul dengan sesiapa sahaja iaitu pandai mengambil hati orang lain supaya orang dapat menerima kita seadanya. Sebagai seorang guru, sifat mesra terhadap sesiapa sahaja seharusnya ada dalam diri walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Perasaan malu dan rendah diri harus disingkirkan bagi memberi keyakinan kepada diri. Program BIG ini jelaslah dapat meningkatkan kemahiran sosial seseorang bakal guru.

Selain itu, program ini mengajar saya dalam mempertingkatkan kemahiran yang ada seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan. Kemahiran mengurus diri dan masa sangat penting supaya kita menghargai setiap saat yang berlalu dalam kehidupan. Contohnya, program ini mengajar saya untuk sentiasa menepati masa dan mestilah bersedia dari awal untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Kemahiran kepimpinan juga dapat diperolehi ketika menguruskan sesuatu aktiviti dan rasa bertanggungjawab wujud dalam diri saya dan peserta. Ia penting kerana guru merupakan pemimpin kepada pelajar dan sifat kepimpinan perlu ada bagi setiap bakal guru.

Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui program tersebut. Antaranya ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sayang-menyanyangi. Nilai mementingkan diri sendiri tidak harus dimiliki kerana sudah menjadi lumrah kita hidup bermasyarakat dan bukannya hidup bersendirian. Kesemua nilai tersebut akan membuatkan diri saya menjadi lebih prihatin terhadap persekitaran seperti dapat meringankan tangan untuk membantu orang lain, sentiasa bertimbang rasa dalam setiap perkara dan tidak suka melakukan pergaduhan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang penghayatan konsep kerja sebagai ibadah. Hal ini kerana melalui program khidmat masyarakat yang telah dilakukan dapat melatih diri untuk menyumbang sesuatu secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Aktiviti ini sangat bersesuaian kepada bakal-bakal guru untuk melatih mereka bekerja menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada semua pelajar tanpa memilih kasih dan juga tanpa mengharapkan wang semata-mata.

Di samping itu, program ini telah berjaya meningkatkan tahap kecerdasan emosi saya kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bijak mengawal emosi dalam setiap perkara. Sebagai contoh, emosi sabar perlu dimiliki ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dan halangan yang menimpa. Emosi sedih juga harus dikawal ketika kita ditimpa sebarang musibah supaya orang lain tidak menilai diri kita adalah lemah. Oleh itu, saya percaya program ini telah banyak membentuk emosi saya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk diri saya dalam membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling.

7.0 Penilaian Kendiri

Kekuatan

Kekuatan program Bina Insan Guru pada kali ini ialah bergantung kepada tenaga pensyarah pembimbing dan jurulatih yang banyak membantu dalam menjayakan program ini terutama Encik Michael Tarang. Selain itu, peserta yang terdiri daripada tiga kelas iaitu Pemulihan Dan Pendidikan Khasa dan Kaian Sosial  mempunyai kebolehan dan kecekapan masing-masing dalam menguruskan program ini. Kerjasama antara peserta yang diberikan sangat berkesan dalam menjayakan program ini. Selain itu, aktiviti yang diatur pula sangat berkesan dalam memberikan input dan manfaat kepada peserta.

Kelemahan

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap peserta yang kadang kala lambat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini menyebabkan perjalanan aktiviti menjadi seperti yang tidak dirancang. Selain itu, masa yang singkat bersama keluarga angkat telah membataskan segala aktiviti untuk dilakukan dalam masa yang panjang bersama-sama. Masa untuk berkenalan juga agak singkat menyebabkan hubungan yang lebih erat sukar untuk diwujudkan.

Peluang

Pelajar perlu bijak memanfaatkan peluang yang ada contohnya ketika bersama-sama dengan keluarga angkat bagi menimba pengalaman dan ilmu baru terhadap kehidupan masyarakat di kampung tersebut.

Halangan

Beberapa halangan yang telah menyebabkan sebahagian aktiviti tergendala sebagaimana yang telah dirancang seperti keadaan cuaca dan keselamatan..

Cadangan Penambahbaikkan

Antara cadangan penambahbaikkan adalah seperti berikut:

·         Semoga program BIG di masa akan datang dapat dilakukan di tempat yang lebih mencabar bagi menguji kemampuan peserta.

·         Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan tersusun supaya perjalanan program berjalan lancar.

·         Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti supaya dapat bersedia lebih awal.

·         Peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat mematuhinya setiap masa.

8.0 Penutup

Sebagai kesimpulan, program Bina Insan Guru Fasa 4 berjaya dilaksanakan hasil daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan semasa program berlangsung. Semoga setiap pelajar dapat menghayati dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki etika keguruan dalam diri setiap bakal guru. Hal ini selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia. Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.

            Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu perkara.

            Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru dapat diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kepada pelajar. Inilah peluang bagi peserta untuk beramal dengan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan. Diharapkan semoga semua bakal guru sudah terbina insannya selepas mengikuti program tersebut.