Tuesday, February 5, 2013

family activties during Muharram


ni abah n the gang punya kawah
time cuti hari tu, ad la kitorng satu family pergi dengr ceramah sal kelebihan bulan Muharram ni..jauh dlm hati mmg terfikir hebat bulannya ni, byk kelebihan dan kisah2 yg berlaku pada bulan ini..alhamdulillah, penceramahnya pula sgt arif dlm bacaan kitab dan dio menceritakan secara detail pasal bulan ni...smpat jg la ku titipkan beberapa catatan yg sempat aku tulis nota masa ceramah tu...
  • ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
  • Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
  • Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
    Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
selain drpda tu ad seorang kakak seniur jg berkonsi la kpd saya tentang empat bulan haram ni: tq ye kak fatihah =)
  • Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
  • Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
bg family sy lak, kitorang semua puasa hari ke-9 n 10 Muharram...lpas tu pda 15 Muharram kitorng adakan bekwoh kacau suro.ad 3 kawah semuanya..semua ahli keluarga berkumpul n kitorng adik beradik pack dlm 1 polistrn kecik tuk diagihkan kpd semua org2 kg...best sgt2...

 
panas sgt, nk buka mata pum x dapat...nangis2 asap msuk mata..hehe..
ni kawah kitorng adik bradik puan...sian k.tini kna kacau sore2..