kkbi pku 3102



1.0 Pengenalan kepada masalah bahasa dan komunikasi

Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa sebagai alat

perhubungan untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan

urusan kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan

orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah

fikiran, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu

pengetahuan serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita,

kerana bahasa melambangkan bangsa.

 

Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah. Pendidikan menjadi

wadah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan

penguasaan bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan

cabaran ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas

dibuktikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah

menengah. Aspek-aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti

dan kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan

setiap pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis

dengan baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu

selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

Bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Menurut Anuar (2008) menyatakan, The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”

 

Bahasa dan komunikasi merupakan satu proses yang kompleks dan menarik tetapi terdapat murid-murid yang dikatogorikan sebagai individu yang bermasalah di dalam penguasaan bahasa dan komunikasi. Murid-murid ini cuba mengelak untuk mengelakkan diri semasa sesi perbincangan di dalam kelas. Hal ini berpunca daripada banyak faktor iaitu  kelewatan bahasa, Aphasia dan gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD), murid ini biasanya mungkin tidak memahami arahan dan enggan bertanya untuk mendapatkan kepastian. Malahan mereka mungkin akan berasa malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru.

1.1 BAHASA

Definisi bahasa

Mengikut www.ums.edu.my, Chaer (1994:32) sepakat bahawa, “ Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang arbitrari yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerja sama, berkomunikasi, dan identiti diri”. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi . Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat . Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit . John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi . Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi  


Mengikut Siti Hajar Abdul Aziz (2000),ciri-ciri bahasa boleh dibahagikan kepada enam cabang, iaitu bahasa sebagai satu sistem, simbol, alat komunikasi, bersifat atbitrari, bersifat unik dan bersifat sejagat.

Bahasa sebagai satu sistem

Bahasa sebagai satu simbol bermaksud bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem ini pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan yang  tertentu sama ada dalam bentuk bunyi perkataan, susunan perkataan nahu atau struktur sintaksis. Dalam bahasa terdapat unit atau unsur yang telah  dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Namun demikian tidak semua susunan bahasa yang telah dicantumkan, memberi makna melainkan dengan mematuhi cara dan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa itu.

Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara berperaturan. Bentuk dan kedudukan kata dalam ayat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai satu sistem, bunyi dan berstruktur.

Bahasa sebagai satu simbol

Pada awalnya manusia menggunakan gambar atau objek tertentu  sebagai teknik untuk menerangkan sesuatu. Kemudian manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi secara sistematik disusun secara tersusun untuk menghasilkan perkataan dan seterusnya digunakan sebagai satu wakil untuk semua perkara yang dilakukan atau difikirkan oleh manusia. 

Bahasa juga dikatakan satu simbol insyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Dalam proses komunikasi tergambar hasrat penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara kepada pendengar. Dalam hal ini, semua insyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentu.

Bahasa sebagai alat komunikasi 

Melalui komunikasi manusia dapat menyampaikan semua yang dirasa, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain, mewarisi dan mempelajarari semua yang telah dipelajari oleh individu yang lebih terdahulu daripada mereka. Komunikasi merupakan satu bentuk tingkah laku sosial. Bahas sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu melalui tulisan dan lisan. Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh pendengar. Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam pemikiran mereka. Penggunaan bahasa sebagai komunikasi perlu menitikberatkan cirri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur, pendengar dan

Bahasa bersifat arbitrari

Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama.

Bahasa bersifat unik

Bahasa bersifat unik bermaksud, tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Bahasa bersifat unik juga boleh dikaitkan dengan bagaimana kita memperoleh sesuatu bahasa itu sendiri, iaitu bahasa bukan sesuatu yang kita warisi sebagaimana mewarisi sifat-sifat fizikal keluarga kita seperti warna kulit, mata, rambut, dan bentuk badan. Bahasa merupakan sesuatu yang kita perlu pelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli kerluarga dan masyarakat di sekeliling kita.

Bahasa bersifat sejagat

Sesuatu bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal. Sesuatu bahasa itu, boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Tiada peraturan yang melarang mana-mana insane yang ingin mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Bahas bersifat sejagat bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang. Hal ini kerana secara alamiah, bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dihasikan oleh alat artiklasi manusia. Alat-alat artikulasi yang terlibat semasa menbunyikan bahasa terdiri daripada rongga mulut, hidung, paru-paru, lidah lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain.

 

Bahasa bersifat bervariasi

 Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Kepelbagaian ini boleh melibatkan cara dan gaya mengujarkannya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sinteksis bagi sesuatu variasi sesuatu bahasa itu. Bervariasi juga bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang k-diujarkan oleh sesuatu kumpulan penutur dan laras-laras bahasa yang digunakan dalam sesuatu bidang ilmu.

[A2] Fungsi bahasa


Rajah 1 : Fungsi Bahasa Mengikut Siti Hajar(2000) Dan Keraf (1984)


Rajah 2 : fungsi bahasa bagi kanak-kanak menurut Halliday (1973)

 

1.2 Definisi komunikasi

Istilah komunikasi berasal dari kata Latin, “Communicare” atau “Communis” yang berarti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Beberapa definisi komunikasi adalah:

·         Komunikasi adalah kegiatan pengoperan lambang yang mengandung arti/makna yang perlu

dipahami bersama oleh pihak yang terlibat dalam kegiatan komunikasi (Astrid).

·         Komunikasi adalah kegiatan perilaku atau kegiatan penyampaian pesan atau informasi tentang

fikiran atau perasaan (Roben.J.G).

·         Komunikasi adalah sebagai pemindahan informasi dan pengertian dari satu orang ke orang lain

(Davis, 1981).

·         Komunikasi adalah berusaha untuk mengadakan persamaan dengan orang lain (Schram,W)  Jenis Komunikasi

 

 

Tujuan komunikasi

Hewitt (1981), menjabarkan tujuan penggunaan proses komunikasi secara spesifik sebagai berikut:


1. Mempelajari atau mengajarkan sesuatu
2. Mempengaruhi perilaku seseorang

3. Mengungkapkan perasaan

4. Menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain
5. Berhubungan dengan orang lain
6. Menyelesaian sebuah masalah
7. Mencapai sebuah tujuan
8. Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik
9. Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain

 

3.3 Jenis komunikasi

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk menciptakan atau meningkatkan fahaman hubungan  antara manusia atau kelompok
Jenis komunikasi terdiri dari:


1. Komunikasi verbal dengan kata-kata
2. Komunikasi non verbal disebut dengan bahasa tubuh

 

Komunikasi Verbal mencakup aspek-aspek seperti berikut ;

1.    Pemilihan kata. Komunikasi tidak akan efektif apabila pesanan yang  disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat difahami, oleh sebab itu, pemilihan sesuatu kata sangat penting dalam berkomunikasi.

2.    Kecepatan atau kelajuan. Komunikasi akan lebih efektif apabila kecepatan bicara dapat  diatur dengan baik, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

3.    Intonasi suara. Ia akan mempengaruhi makna mesej secara dramatik sehingga mesej yang disampaikan menjadi berlainan maknanya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza-beza. 

4.    Singkat dan jelas. Komunikasi akan lebih efektif apabila disampaikan secara singkat dan jelas. Malah pendengar boleh memahami dengan mudah dan jelas.

5.    waktu yang tepat. Apabila seseorang bersedia untuk berkomunikasi, ertinya orang yang menyampaikan dan orang yang mendengar dapat menyediakan waktu untuk mendengar atau memperhatikan apa yang disampaikan serta memahami mesej yang ingin disampaikan.

2. Komunikasi Non Verbal

Komunikasi non verbal adalah penyampaian mesej tanpa kata-kata dan komunikasi non verbal memberikan erti pada komunikasi verbal. Contoh komunikasi non verbal adalah :

 

1.    Ekspresi wajah

Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah adalah cerminan  suasana emosi seseorang.

2.    Kedudukan mata  merupakan  alamiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan kontak mata semasa berinterakasi atau semasa bersoal jawab kita dapat menghargai lawan bicara dan melihat kemahuan pendengar dan pendengar bukan hanya sekadar mendengar sahaja.

3.    Kedudukan  tubuh dan gaya berjalan. Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Postur tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatan seseorang.

4.    Suara  juga merupakan komunikasi non verbal. Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan fikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi.

 

 Definisi Pertuturan

Mengikut definisi kamus dewan bahasa dan pustaka online, pertuturan mempunyai beberapa definisi. Pertuturan boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, atau apa yang dicakapkan, bahasa sesuatu negara atau sekumpulan negara, ataupun dialek tersendiri sesuatu wilayah atau tempat.

1.4 Bagaimana definisi, kepentingan dan fungsi bahasa, komunikasi dan pertuturan ini berlaku dalam persekitaran sebenar (sekolah /umum).

Bahasa ialah alat komunikasi dan alat perhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Tanpa bahasa kita hanya boleh berhubung melalui badan iaitu menggunakan jari, tangan, kerlipan mata, senyuman, tangisan dan sebagainya. Walau apapun yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi ianya mestilah yang boleh diterima umum khususnya oleh komuniti bahasa tersebut. Selain komuniti setiap alat yang digunakan mestilah bermakna dan difahami oleh pengguna tersebut.

Secara umumnya kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan bertutur. Bagi kanak-kanak bahasa berfungsi untuk merangsang pendengaran, sama ada dari segi fizikal, intelek atau emosi lebih daripada fungsinya sebagai alat komunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain, Siti Hajar (2000). Halliday (1973) melihat fungsi bahasa dari sudut keperluan kanak-kanak adalah untuk keperluan personal dan sosial. Menurut beliau, kanak-kanak menggunakan bahasa untuk memenuhi keperluan materialnya. Contohnya kanak-kanak tersebut membeli makan di kantin sekolah. Semasa membeli dia berkomunikasi dan bertutur dengan penjual di kantin bagi mendapatkan makanan yang diingini. Kanak-kanak juga bertutur untuk mengendalikan atau mengarahkan orang lain. Contohnya seorang ketua kelas di dalam kelasnya akan memberi arahan kepada rakan-rakannya apabila loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat untuk membaca doa. Selain itu, pelajar juga akan berbahasa untuk mengekalkan dan menghasilkan hubungan sosial. Mereka juga berkomunikasi funginya untuk bermain dan berimaginasi. Para pelajar juga berkomunikasi untuk melahirkan penyataan, cadangan dan saranan.  Sealin itu, Leech (1974) menyatakan fungsi bahasa adalah untuk menyampaikan informasi dan ekspresif. Kanak-kanak berkomunikasi untuk bertanya soalan kepada guru untuk mendapatkan info dan maklumat tentang sesuatu pelajaran yang kurang difahaminya. Mereka juga melahirkan perasaan dan perwatakan mereka dengan menggunakan bahasa.

Manakala para guru iaitu golongan dewasa dapat memenuhi fungsi bahasa lebih daripada seorang kanak-kanak atau pelajar. Para guru berkomunikasi untuk mengungkapkan idea, memberi cadangan dan teguran iaitu untuk menceritakan pengalaman penutur berdasarkan dunia sebenar. Mereka juga berkomunikasi untuk mengukuhkan dan mengekalkan hubungan sosial dan peranan sosial. Selain itu mereka  juga berkomunikasi sebagai fungsi tekstual. Iaitu menggunakan bahasa untuk memperlengkapkan hubungan antara diri sendiri dengan situasi persekitaran bahasa itu digunakan. Selain itu, fungsi bahasa secara pragmatiknya bagi orang dewasa untuk beramal ibadah. Orang dewasa bukan sahaja menggunakan bahasa untuk bersosial tetapi juga dalam hubungannya dengan tuhan. Hal ini bermakna dari segi agama bahasa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.

 1.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi 

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Faktor Genetik Atau Baka

Menurut Mok Soon Sang (2009), Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

Faktor Persekitaran

Model Ekologi Bronfenbrenner mengklasifikasikan peringkat-peringkat

persekitaran yang mempengaruhi individu kepada peringkat-peringkat berikut:

Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem dan Makrosistem.

 

1.    Mikrosistem: Merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada

aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Bagi

kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan

dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang berlaku di pusat asuhan, Tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Tetapi turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakatnya. Interaksi di antara dua individu di dalam

 

2.    Mesosistem: Terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan

dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan

rakan sebaya. Bronfenbrenner percaya bahawa lapisan ini mempunyai

hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat dengan

sokongan dan kestabilan mikrosistem.

 

3.    Eksosistem: Ia merupakan konteks di mana kanak-kanak atau remaja adalah

bukan terletak di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

 

4.    Makrosistem: Ia adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung di

dalam mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usahakan. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

 

5.     Kronosistem yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau

konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Contoh: Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya (Paikoff & Brooks-Gunn, 1991; Steinberg, 1996).


Rajah 1 : Interaksi Elemen-Elemen Dalam Lima Sistem Ekologiikal Beasaskan Teori Ekologi Bronfenbunner


Menurut Mok Soon Sang (2009), Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.

Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Oleh itu, ibu bapa yang dapat menguasai bahasa dengan baik dapat melahirkan anak yang dapat menguasai bahasa dengan  baik. Hal ini kerana sesetengah ahli bahasa berpendapat kecerdikan dan kepandaian ibu bapa juga turut diwarisi kepada anak yang dilahirkan.

Di samping faktor baka, Menurut Mok Soon Sang (2009),  faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah juga mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya;

·     Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan intelek yang sihat.

·     Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dan  dengan sempurna.

·     Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini juga turut berkembang. Mereka mampu untuk berkomunikasi dan bertutur dengan baik semasa bergaul dengan rakan sebaya.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, bahasa dan sosialnya.

[A3] 

 

 

 

 

Bahagian B(Dapatan kajian)

 

2.1 Temuramah Bersama Guru Pemulihan ,Puan Norzilawati bt Hashim.

 

Saya                   : Assalamualaikum

Pn. Norzilawati : Waalaikumussalam

Saya                   : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa untuk saya adakan satu

temuramah bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

Pn. Norzilawati : Ya, boleh.Silakan duduk.

Saya                     Bolehkah cikgu jelaskan apa yang cikgu boleh katakan berkaitan   dengan istilah masalah bahasa ?

Pn. Norzilawati : Masalah bahasa ini pada pendapat saya merangkumi masalah pelajar

Dalam komunikasi dan kegagalan mereka dalam membaca dan menulis dengan betul. Kalau pelajar pemulihan mereka boleh, membaca dan menulis tetapi mereka tidak  faham apa yang mereka baca (tidak boleh menaakul)

Saya                     :Apakah masalah –masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?

Pn norzilawati    :Kalau pelajar pemulihan, masalah bahasa yang sering mereka hadapi adalah kadang-kadang mereka boleh membaca tetapi tidak boleh menulis perkataan. Mereka juga terpengaruh dengan dialek Kelantan.

Saya                     :Bagaimanakah cara untuk membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?

Pn. Norzilawati   :Saya lebih menekankan kaedah belajar sambil bermain. Sepertimana

yang kita sedia maklum, sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas tidak boleh terlalu serius dan terikat dengan sistem dalam kelas. Sesi P&P seharusnya lebih tidak formal. Tambahan pula, diadakan juga kem bestari yang bermula dari pagi hingga petang, khusus untuk para pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Para guru akan menjadi mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.

Saya                     :Biasanya berapa kali dalam setahun program ini diadakan ?

Pn. Norzilawati   :Tahun lepas merupakan peristis kepada program ini. Program ini akan

                              diadakan pada setiap tahun dalam 3 kali setahun.

Saya                     :Sampai di sini sahaja temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat dengan saya. Assalamualaikum

Pn. Norzilawati :sama-sama dan waalaikumussalam.

 

2.2 Temubual Bersama Puan Nor Azliza Bt Jusoh (Guru Prasekolah)

 

Saya                   : Assalamualaikum

Pn. Nor              : Waalaikumussalam

Saya                   : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa untuk saya adakan satu

temuramah bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

Pn. Nor               :Ya, boleh. saya akan luangkan sedikit masa untuk adik siti mirani .                   Silakan duduk.

Saya                   :Bolehkan cikgu jelaskan apa yang cikgu boleh dikatakan berkaitan      dengan istilah masalah bahasa ?

Pn. Nor             :Masalah bahasa ini pada pendapat saya, biasanya kanak-kanak yang    tidak dapat bercakap dengan sebutan yang jelas dan lancar. Biasanya mereka masih gagap dan pelat. Mereka juga susah untuk memahami sesuatu perkataan dan ayat.

Saya                     :Apakah masalah –masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?

Pn nor                  :Biasanya yang disebut masalah-masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dia keliru dengan huruf p dan d, kadangkala tertukar dengan huruf m dan n. kadangkala kanak-kanak tidak dapat menyebut dengan betul dan jelas contohnya huruf h.

Saya                     :Bagaimanakah cara untuk membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?

Pn. Nor                :Biasannya saya mengadakan pelbagai aktiviti di dalam kelas contohnya mencari huruf tersembunyi, aktiviti yang menarik dan mudah untuk mereka mengingati huruf. Sistem belajar ini dipanggil belajar sambil bermain.  

Saya                     :Sampai di sini sahaja temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat dengan saya. Assalamualaikum

Pn. Nor                :sama-sama dan waalaikumussalam.

 

 

2.3 Temuramah Bersama Pembantu Pengurusan Murid, Puan Norhazila Bt Jaafar.

 

Saya                   : Assalamualaikum

Pn. Ila                 : Waalaikumussalam

Saya                   : Bolehkah kakak luangkan sedikit masa untuk saya adakan satu

temuramah bersama kakak  tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

Pn. Ila                 : Ya, boleh. Silakan duduk.

Saya                   : Bolehkan kakak jelaskan apa yang cikgu boleh dikatakan berkaitan         dengan istilah masalah bahasa ?

Pn. Ila                  :Masalah bahasa ini pada pendapat saya, penggunaan bahasa yang silap contohnya bahasa rojak dan bahasa dialek Kelantan.

Saya                     :Apakah masalah –masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?

Pn. Ila                   :Biasanya yang disebut masalah-masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah telor (pelat) dan menggunakan bahasa yang tidak betul serta gagap.

Saya                     :Bagaimanakah cara untuk membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?

Pn. Ila                   :Biasannya saya menggunakan bahasa yang betul. Saya juga menyebut sesuatu benda dengan menggunakan bahasa melayu standart. Kalau mereka tersilap, saya akan menegur dengan menggunakan cara yang baik.

Saya                     :Sampai di sini sahaja temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat dengan saya.  Assalamualaikum

Pn.Ila                    :Waalaikumussalam.

 

2.4 Temubual Bersama Penolong Kanan Pentadbiran,MD Sohaimi Bin Che Musa

 

Saya                   : Assalamualaikum

En Sohaimi      : Waalaikumussalam

Saya                   : Bolehkah cikgu luangkan sedikit masa untuk saya adakan satu

temuramah bersama cikgu tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

En Sohaimi       : Ya, boleh.Silakan duduk.

Saya                     bolehkan cikgu jelaskan apa yang cikgu boleh dikatakan berkaitan dengan istilah masalah bahasa ?

En Sohaimi       : Masalah bahasa ini pada pendapat saya adalah kecacatan atau

perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan dan tulisan. Contohnya, masalah bahasa adalah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, gagal menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata.

Saya                     :Apakah masalah –masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?

En Sohaimi         :Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak secara khusus adalah mereka gagal mengingat kembali perkataan, menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak, memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna menggunakan ayat yang betul dan lengkap, meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
dan gagal memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain

Saya                     :Bagaimanakah cara untuk membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?

En Sohaimi     : Apabila mengajar bahasa, guru hendaklah menggunakan beberapa

teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah mengajar mengikut urutan perkembangan bahasa normal kanak-kanak. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.Kemudian, guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. Akhir sekali, gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus.

Saya                     :Sampai di sini sahaja temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat dengan saya. Assalamualaikum

En Sohaimi       :Sama-sama dan waalaikumussalam.

 

2.5 Temuramah Bersama Pembantu Tadbir Am Rendah (PAR), En. Nik Mohd Nazir Bin Nik Mohd Salleh .

 

Saya                   : Assalamualaikum

En. Nik               : Waalaikumussalam

Saya                   : Bolehkah tuan luangkan sedikit masa untuk saya adakan satu

temuramah bersama tuan tentang masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

En. Nik                :Ya, boleh. Tetapi saya tidaklah berapa tahu tentang isu ini.  InsyaAllah saya akan menjawab melalui pemerhatian saya terhadap anak-anak saya.Silakan duduk.

Saya                    : Bolehkan tuan jelaskan apa yang tuan boleh dikatakan berkaitan       dengan istilah masalah bahasa ?

En. Nik              :Masalah bahasa ini pada pendapat saya,menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan secara tulisan dengan menggunakan bahasa Melayu yang tidak standart dan kosa kata yang kurang.

Saya                     :Apakah masalah –masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak?

En. Nik                 :Biasanya masalah bahasa yang di hadapi oleh anak-anak saya ialah kosa kata yang kurang, pemahaman yang kurang dan terpengaruh dengan loghat Kelantan.

Saya                     :Bagaimanakah cara untuk membantu kanak-kanak menghadapi masalah tersebut ?

En. Nik                 :Biasannya saya menggunakan bahasa yang betul apabila bagi menggantikan perkataandan kata yang salah dalam komunikasi.

Saya                     :Sampai di sini sahaja temuramah kita, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat dengan saya. Assalamualaikum

En. Nik                :Waalaikumussalam.

 

Bahagian C (Laporan )

3.1Kaitan maklum balas tersebut dengan istilah masalah bahasa.

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami
dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan
pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”

Hal ini bertepatan dengan pendapat para guru dan staf yang telah saya jalankan temubual. Contohnya,Puan Norzilawati, En. Nik Mohd Nazir, Puan Nor Azliza. Beliau, menyatakan pendapatnya tentang masalah bahasa dan komunikasi dari aspek kelemahan dalam keupayaan pelajar untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Puan Norhazila pula menyatakan pendapatnya tentang penggunaan bahasa yang silap dalam kalangan kanak-kanak terutama penggunaan bahasa rojak dan bahasa dialek Kelantan. En Mohd Sohaimi  pula menyatakan masalah bahasa secara menyeluruh, meliputi semua aspek yang iaitu,dari aspek, makna, ayat, pemahaman dan penggunaan tatabahasa yang betul.

 

 

3.2 Sejauhmanakah, pemahaman pandangan tersebut menyamai definisi dan konsep yang dibincangkan dalam kuliah.

Berdasarkan definisi masalah bahasa dan pandangan-pandangan para guru dan staf di

atas, masalah-masalah yang dihadapi  oleh kanak-kanak adalah  dari segi aspek

berikut;

 

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam

bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan  menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”. Hal ini dijelaskan oleh  Puan Nor Azliza dimana beliau menyatakan bahawa kanak-kanak keliru dengan huruf p dan

d, kadangkala tertukar dengan huruf m dan n. kadangkala kanak-kanak tidak dapat

menyebut dengan betul dan jelas contohnya huruf h.

 

 

 

ii. Morfologi


Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tatabahasa yang salah. Hai lini dijelaskan oleh Encik Sohaimi dimana beliau menyatakan bahawa kanak-kanak sering gagal memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna menggunakan ayat yang betul dan lengkap.

iii.Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.


iv.Semantik


Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.
Hal ini diljelaskan oleh Encik Nik Mohd Nazar  dimana beliau berkata “masalah bahasa ini pada pendapat saya,menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan secara tulisan dengan menggunakan bahasa melayu yang tidak standart dan kosa kata yang kurang.”


v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

3.3 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Menurut Mook Song Sang (2009)Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.


ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal
Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan
Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.


v. Terangkan apa yang orang lain lakukan
Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.Hal ini juga turut dijelaskan oleh Encik Sohaimi.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya. Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.



 

 

 

 

 

 

 

Bahagian D (refleksi individu)

Setelah menjalankan kajian ini saya dapati bahawa, bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Mengikut  “The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982)” telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut; Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).” Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan proses auditori pusat, Reed. V.R., (1994).

Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Kirk, Gallgher, & Annastasiow, (1993), selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.

Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

Sebagai seorang guru kita seharusnya, mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dengan kaedah yang betul. Antaranya adalah, mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Guru juga seharusnya,menunjukkan contoh yang betul untuk digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

 

           

 


 [A1]Keseluruhannya baik
Isis kandungan meliputi aspek yang dibncangkan
Persembahan grafik menarik
Banyakkan citation dari jurnal
Senaraikan bahan rujukan buku jurnal ikut sistem aPa
 [A2]Bahagian boleh dibuat secara grafik dengan ambil subtajuk sahaja
 [A3]Bahagian ini doleh diringkaskan dan dipadatkan dan boleh dimasukkan ke dalam perenggan terdahaulu di atas