Saturday, February 9, 2013

dream

alhamdulillah..
ana memang rasa nak share something la wat korang semua..ini drpda satu buku yg ana baca tentang akhirat ni..buku ni ana beli secara kebetulan je memandangkan masa dapat voucer buku thn lpas, ana ad lbihan voucer tu yg x thu nk beli ap2...so ana beli la buku ni...drpda buku ni ana rasa kalau la kita betul2 beriman dgn hari akhirat kan..kalau la semua faham betul2 erti beriman dgn hari akhirat kan bkn hnya sekadar melafazkan di mulut shj mesti sekarang ni tiada dah org cepat marah bila diuji, sakit hati dgn org, hasad dengki, umpat mengumpat, persaingan tuk jatuhkan sesiapa, perebutan pangkat dan harta dan kita akan sentiasa buta kebaikan kpd org...

kita x kan rasa susah bila mendapat apa musibah malah kita akan bersyukur dgn ujian n musibah tu dpt kafarah dosa-dosa kita yg lepas n segaligus membawa hati yg leka taat dan kembali kepada sang pencipta...dgn ujian jg boleh kembalikan jiwa kita kpd fitrah sbenar kejadian manusia...

skrg ni, ramai ank-ank muda yg suka sgt bergosip pasal org lain..just terfikir n tercari2 jwapan knapa Allah sgt benci pd org2 mcm ni?? sbb gosip ni sama dgn mengumpat. dan kdg terfikir jg knapa syatai jdikan mengumpat ni sesuatu yg manis...

alhamdulillah, ana dapat jawapan ini dr kakak usrah ana masa di politeknik suatu ketika dulu..

  • Ketahuilah bahawa mengumpat yang dilarang itu ialah menyebut perihal saudaramu dengan lisan,sebab dengan sebutan itu engkau dapat menyampaikan kekurangan-kekurangan saudaramu dan mendedahkan segala hal yang dibencinya kepada orang lain.
 
  • Lantaran itu,maka membuat sindiran itu samalah seperti berkata dengan berterus-terang,perbuatan pula samalah dengan perkataan,mengisyarat samalah dengan mengangguk,berkelip mata samalah dengan membisik-bisik,menulis samalah dengan menunjuk gerak laku.Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh engkau yang boleh menunjukkan kepada maksud dan tujuan ghibah atau mengumpat,maka ia dilarang dan dihukumkan haram.
 
  • Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."


  • Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abid Dunya:Salim bin Jabir berkata :

"Aku mendatangi Rasulullah S.A.W lalu aku berkata: "Ajarilah aku kebajikan yang akan aku mengambil manfaat daripadanya.Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: Janganlah engkau memandang hina sedikit pun akan perbuatan yang baik dan walaupun engkau menuangkan air dari timba engkau dalam bejana orang yang meminta minum.Dan bahawa engkau berjumpa dengan sahabat engkau dengan gembira dan baik.Dan jikalau ia membelakangi,maka janganlah engkau mengumpatnya."