refleksi Bina Insan Guru 2 (part 2)


2.0       PENGENALAN


            Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diridan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

 

3.0       MATLAMAT

            Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

4.0       OBJEKTIF

·         Mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai Etiket Sosial & Moral Profesional yang menjadi pegangan seorang pendidik dalam menjalankan tugas seharian.

·         Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG).

·         Membina kualiti peribadi dan professional sebagai guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat.

·         Meningkatkan tanggungjawab guru dalam member perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan pendidikan Negara.

·         Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai pentingnya bersikap positif serta peka terhadap persekitaran dan komuniti dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.

 

 

 

 

 

5.0 Jadual Perlaksanaan BIG Siri 2

Tarikh : 12.Ogos.2011      

Masa
Aktiviti
2.00 petang
*      Semua guru pelatih PISMP Ambilan Jan 2011 berkumpul dan mengambil tempat di TAZA.
2.10 petang
*      Taklimat ringkas oleh En Michael Tarang Jelaming, Pegawai Pengurusan Bina Insan Guru, IPGKBL.
2.30 petang
*      Ceramah “Etiket Sosial & Moral Profesional” oleh En Mahmud ( wakil Pn Hamsiah Abdullah Masni, Timbalan Pengarah, IPGKBL).
4.30 petang
*      Penyampaian cenderamata kepada penceramah.
*      Nyanyian Ibu Pertiwiku dan lagu IPG KBL.
5.00 petang
*      Bersurai.

 

 

 

 

 

6.0  Kandungan (sebelum, selepas dan semasa BIG siri 2)

Sebelum Bina Insan Guru Siri 2
ü  Kami mendapat surat pemberitahuan mengenai program yang akan dilakukan pada hujung minggu nanti.
ü  Kami juga mendapat serba sedikit makluman tentang masa dan tempat berkumpul melalui ketua kumpulan.
Semasa Bina Insan Guru Siri 2
ü  Kami mendengar penerangan daripada En. Michael Tarang Jelaming tentang pembinaan portfolio. Kami juga turut membahagikan tugas masing-masing
ü  Mendengar taklimat mengenai tugas-tugas yang akan dilakukan nanti.
Selepas Bina Insan Guru Siri 2
ü  Membuat refleksi individu
ü  Mengumpulkan gambar-gambar tentang aktiviti yang telah dijalankan.
ü  Berbincang dengan rakan-rakan tentang cara pembinaan portfolio.
ü  Menghantar portfolio

 

 

 

7.0 refleksi kendiri

Tajuk Ceramah : Etiket Sosial Dan Moral Profesional

Penceramah : En. Mahmud Bin Jusoh

Tujuan utama ceramah ini diadakan supaya semua guru pelatih dapat memperkembangkan diri dan mendapat ilmu dan input yang berguna tentang etiket sosial dan moral professional pada masa hadapan. Pada mulanya En Mahmud memperkenalkan kami dengan definisi etika. Kata Etika berasal dari bahasa Yunani Ethos, yang berarti karakter. Etika adalah satu set kepercayaan, standart, atau pemikiran yang suatu individu, kelompok atau masyarakat. Semua individu bertanggungjawab kepada masyarakat ke atas setiap tindakan dan tingkah laku mereka. Moral merupakan persoalan yang praktikal. namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Banyak informasi dan maklumat yang berguna saya perolehi semasa menyertai sesi ceramah ini. Antaranya ialah, agama sebagai satu panduan hidup. Sebagai seorang manusia kita seharusnya mempunyai sifat tawaduk, iaitu sifat merendah diri , tidak sombong dan sentiasa bersangka baik pada masyarakat di sekeliling kita. Kedua, sebagai seorang guru saya seharusnya, menampilkan penampilan yang selesa dan disenangi oleh orang lain. Penampilan ini bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian tetapi merangkumi segala aspek lain. Antaranya ialah, cara bekomunikasi dengan orang lain, cara berhubung. Saya juga dinasihatkan oleh En. Mahmud untuk mendidik diri supaya sentiasa kemas kerana yang paling penting dalam sesebuah komunikasi adalah pandangan dan persersi pertama oaring lain terhadap diri kita.

Melalui ceramah ini juga, saya turut didedahkan dengan prinsip-prinsip hidup yang paling utama menurut En. Mahmud iaitu yang tua dihormati, yang sebaya disantuni dan yang muda kita sayangi. Jika prinsip menjadi pegangan setiap guru pelatih, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia. Disamping itu, kita juga haruslah sentiasa menghormati orang lain, barulah orang lain akan menghormati kita. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menghadiri ceramah ini kerana saya juga turut didedahkan serba sedikit tentang tatacara perbualan sosial. Prinsip utama dalam tatacara perbualan sosial adalah berhenti, lihat, dengar dan seterusnya bercakap. Sebagai seorang bakal guru saya sepatutnya mendengar semua rintihan murid-murid, kemudian melihat aspek-aspek yang saya boleh bantu dan seterusnya membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan saya. Begitulah juga dalam aspek bersosial dengan rakan-rakan dan orang yang lebih tua. Saya sepatutnya banyak mendengar daripada berbicara. Mendengar juga adalah satu kaedah yang menjadikan orang senang dengan kita. Oleh itu, saya sepatutnya menjadi seorang pendengar yang baik.

Kepentingan ceramah ini kepada saya adalah, saya didedahkan dengan prinsip-prinsip dan tatacara yang betul dalam sesebuah pergaulan sosial. En. Mahmud menyarankan kami semua agar mempunya “satu hari satu kawan”. Saya dan rakan-rakan sepatutnya sentiasa berfikiran terbuka. Sentiasa berkeinginan untuk berkawan dengan orang lain. Saya juga disarankan agar melestarikan perhubungan supaya sentiasa berkekalan. Saya juga belajar satu kaedah perkenalan sosial, iaitu cara untuk memperkenalkan orang lain. En. Mahmud menyatakan bahawa orang yang diperkenalkan hendaklah memandang orang yang menerima perkenalan. Tetapi, jangan terlalu lama. Selain itu, jika berjabat tangan saya seharusnya tidak terlalu lekas untuk menarik tangan seolah-olah kita jijik dengan tangan orang tersebut. barulah saya tahu, cara sebenar tentang tatacara perkenalan.

Tambahan pula, saya juga mendapat maklumat berguna mengenai tatacara perbualan sosial. En. Mahmud menasihatkan kami agar tidak menjadi seperti seorang  jurujual yang hanya bercakap tanpa berfikir. Semasa perbualan sosial juga kami seharusnya, menjaga adap dan kesopanan iaitu menjaga kawalan mata, menjaga kebersihan diri agar mudah untuk didekati oleh orang lain, dan memahami bahasa badan yang orang lain tunjukkan semasa berbual. Contohnya, sekiranya orang tersebut hanya menjawab ya atau tidak  itu bermaksud orang tersebut tidak suka topik perbincangan yang sedang kita bualkan. Saya juga dinasihatkan untuk menjadi seorang yang peramah. Sentiasa bercakap dengan orang yang berada di sebelah kiri dan kanan kita walau dimana saja kita berada. Cikgu juga menyarankan kami agar mengelakkan daripada berbual mengenai topik yang menyentuh hal-hal peribadi, agama dan politik yang boleh menjejaskan emosi seseorang individu. Topik-topik perbualan yang sesuai dalam sesuatu tatacara perbualan sosial adalah muzik, makanan, buku dan hobi seperti berkebun.

Selain itu, saya juga didedahkan tentang tatatertib semasa makan. Antara info-info berguna yangh saya perolehi adalah duduk dengan betul, badan tegap dan rapat ke meja. Jangan berlumba-lumba dengan kawan untuk mengambilk makanan. Ambil minuman dan letak sebelah kanan, manakala makanan pejal diletakkan di sebelah kiri. Dilarang sama sekali untuk menghirup sup dan jangan pulang selagi tetamu kehormat pulang. Hormati majlis dengan tidak berbual-bual kosong dan membuat bising semasa majlis sedang berlansung. Saya juga seharusnya datang lebih awal ke sesuatu majlis iaitu datang lebih awal 10 hingga 20 minit sebelum majlis bermula. Hal ini akan menjadikan majlis berjalan dengan lancer. Pengerusi majlis juga dapat merancang majlis dengan lebih baik. Saya juga digalakkan untuk sentiasa memastikan talifon bimbit berada dalam mode senyap agar tidak menggangu majlis yang sedang berlansung.

Pengajaran yang saya perolehi semasa sesi ceramah ini adalah, prinsip-prinsip etika yang  menyumbang dalam membuat keputusan yang lebih bijak dalam kehidupan seharian dan mendidik diri agar menjadi seorang guru yang profesional pada masa hadapan. Berdasarkan prinsip ini individu mempunyai tanggungjawab seperti, memupuk kepercayaan, memperbaiki moral diri dan berusaha tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermanfaat, menghormati keputusan dan menghargai orang lain, berlaku adil, amanah dan jujur dan sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan. Kini barulah saya benar-benar fahami definisi dan maksud etika dan mengamalkan etika keguruan yang betul untuk meningkatkan imej diri sebagai pendidik yang profesional, komited, amanah dan mempunyai integriti yang tinggi.

 

8.0 PENUTUP

Saya berpendapat, ceramah yang dijalankan adalah sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang sesi ceramah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.