kkbi BMM 3117


Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Elit

Sekolah Kebangsaan Lawang

Tarikh                        :15 Ogos 2011

Hari                             :Isnin

Masa                          :3 Dan 4 (08.00-09.00 Pagi)

Tahun                                    :4 Elit

Bil. Murid                   :18 Lelaki 24 Perempuan

Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tema                         : Kesusasteraan

Tajuk                         : Buat Baik Dibalas Baik

Hasil pembelajaran

Fokus utama :

 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i) : Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.

            Aras 3 (i) : Membuat ringkasan berkaitan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan :

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata,  istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 

Aras 2 (ii) Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa yang mudah

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran :

1.    Sekurang-kurangnya 75 peratus murid dapat melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan daripada guru.

2.    Murid-murid dapat menulis dan menceritakan plot  5 daripada 7 rangkap  syair tersebut.

3.    Murid-murid dapat menerangkan  4 daripada 5 nasihat dan nilai murni berdasarkan pantun yang diberi setelah berbincang dengan rakan-rakan.

Sistem Bahasa : 

Tatabahasa : Morfologi –kata nama am

Pengisian Kurikulum :

a)    Penerapan ilmu : Moral

b)    Penerapan nilai : Baik hati

       Semangat bermasyarakat

       Rasional

 

c)    Kemahiran bernilai tambah (KBT) :

 

                      I.        Kemahiran Berfikir                          : Menjana idea dan mencari maklumat.

                    II.        Kemahiran Belajar Cara Belajar   : Kemahiran membaca dan menginterpretasikan isi.

                   III.        Pembelajaran Kontekstual             : Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid

                  IV.        Kecerdasan Pelbagai                      : Kecerdasan kinestatik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan visual  

                                                         linguistik.

Bahan bantu mengajar :

1.    Buku besar tajuk “Adi dan Atuk”.  

2.    Teks pantun.

3.    Teks syair

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah menjadi penonton pertandingan syair dan pantun yang diadakan di sekolah semasa bulan bahasa.

 

 

 

 

 

Masa / langkah
Isi pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set induksi
5 minit
(08.00-08.05)
Buku besar tajuk
“Adi dan Atuk”
 
1.    Guru membawa buku besar masuk ke kelas.
2.    Guru bertanya tentang apa yang murid boleh lihat pada muka depan buku besar tersebut.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid
4.    Guru mengaitkan dengan isi pengajaran.
 
BBM :
buku besar
Kecerdasan pelbagai :  
Verbal linguistik
KB:
Kemahiran menginterpretasi maklumat.
KBKK :
Menjana idea
Langkah 1
20  minit
(08.05-08.25)
Kemahiran membaca
Guru meminta murid membaca pantun yang terdapat di dalam buku besar.
 
 Burung pipit di sawah padi,
dihalau teruna bertubuh sasa,
ingatlah pada orang berbudi, kenang olehmu sepanjang masa.
 
 
Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan-kawan,
Berbuat baik walaupun sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.
 
Ikan keli ikan gelama,
Dimasak lemak sedap dimakan,
Budi yang luhur kita terima,
Haruskah dibalas dengan kutukan?
 
Anak haruan berkawan-kawan,
Masuk ke kuala berenang-renang,
Pelik sungguh dirimu tuan,
Orang berbudi tidak dikenang.
1.    Guru meminta murid membaca secara senyap pantun tersebut.
2.    Guru membimbing murid untuk melafazkan pantun. Guru memperbetulkan sebutan dan intonasi mereka.
3.    Murid diminta untuk membulatkan kata nama am yang terdapat dalam pantun.
 
4.    Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan nasihat yang terdapat dalam pantun tersebut.
 
 
 
Objektif :
(i)
BBM :
Buku Besar Adi Dan Atuk
Kecerdasan pelbagai :
Verbal Linguistik
KB :
membaca
Nilai : Semangat bermasyarakat.
 
 
 
Langkah 2
10 minit (08.25- 08.35)
Kemahiran mendengar dan bertutur
 
Rangkap 1 :
Kita hendaklah mengenang budi orang yang berbudi dengan kita.
 
Rangkap 2 :
Budi yang diberikan walaupun sedikit akan dikenang orang.
Rangkap 3:
Kita tidak patut mengeji orang yang berbuat kebaikan atau berbudi dengan kita
Rangkap 4 :
Orang yang tidak tahu mengenang budi akan diaggap oleh masyarakat sebagai orang yang tidak normal.
 
1.    Guru meminta murid untuk menyatakan maksud setiap pantun.
2.    Murid mendengar penerangan guru tentang nasihat-nasihat yang terdapat dalam pantun tersebut.
 
3.    Guru memberi penerangan tentang ciri-ciri pantun.
 
Objektif :
(iii)
BBM :
Teks Pantun Buku Besar
KB :
mentafsir
 
Kecerdasan pelbagai :
Verbal Linguistik
 
KBKK :
Mengenalpasti
Menganalisis
 
Nilai : Rasional
 
Langkah 3
20  minit
(08.35-
07.55)
Kemahiran menulis
 
Rangkap 1 :
Sang Kerbau seekor haiwan yang baik hati.
Rangkap 2:
Sang buaya telah ditimpa batang kayu.
 
 
Rangkap 3 :
Sang Kerbau telah menyelamatkan Sang Buaya dengan mengangkat batang kelapa.
Rangkap 4 :
Selepas itu, Sang Buaya menggigit kaki Sang Kerbau.
Rangkap 5 : Sang Kancil yang melihat berasa kasihan terhadap Sang Kerbau.
Rangkap 6 :
Sang Kancil meminta Sang Kerbau dan Sang Buaya melakonkan semula aksi Sang Kerbau menolong Sang Buaya.
Rangkap 7 :
Akhirnya, Sang Buaya ditinggalkan begitu sahaja selepas Sang Kerbau meletakkan kayu di atas badanya semula.
 
 
1.    Guru mengedarkan teks syair kepada pelajar.
2.    Guru menyuruh pelajar berbincang dalam kumpulan 3-4 orang mengenai maksud setiap rangkap syair yang terdapat di dalam teks.
3.    Guru meminta pelajar untuk menulis cerita berdasarkan
plot syair yang telah diberikan.
 
4.     Guru meminta beberapa kumpulan untuk membaca hasil perbincangan mereka mengenai plot cerita.
 
Objektif :
(ii)
BBM :
teks syair
Kecerdasan pelbagai :
kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan kinestatik.
KB :
kemahiran menulis
 
KBKK:
menjana idea
Nilai : Baik hati
 
 
 
Langkah 4
5 minit  (08.55- 09.00)
Penutup
Nyatakan nasihat yang dapat awak pelajari hari ini ?
-       Kita harus mengenang budi, jangan jadi seperti Sang Buaya.
-       Kita seharusnya mengelakkan diri sendiri daripada dianggap sebagai tidak mengenang budi
-       Kita harus menolong orang yang dalam kesusahan seperti sang kerbau menolong buaya.
-       Kita harus bijak menyelesaikan masalah. Seperti sang kancil. 
1.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pengajaran hari tersebut.
Kecerdasan pelbagai :
Verbal linguistik
Kemahiran interpersonal
Penyerapan :
-       Berbudi  kepada orang lain
-       Mengenang budi
-       Tolong- menolong
-       Bijak menyelesaikan masalah.
 

 

 

 

 

Catatan Refleksi Guru Pelatih :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Komen pensyarah :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 

 

Penilaian SWOT

Strength (Kekuatan)
 
 
 
 
Weakness (Kelemahan)
Oppurtunity (Peluang)
 
 
 
Threats (Ancaman)

 

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti dalam rajah 1. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003), kecerdasan pelbagai adalah merupakan potensi kecerdasan murid dengan gaya pembelajaran daripada guru sesuai dengan minat dan kecenderungan untuk seseorang murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

4.0 Aktiviti-Aktiviti Bagi Kecerdasan Pelbagai

4.1 Kecerdasan Visual

            Menurut Donald D. Hoffman (1997), kecerdasan visual adalah merupakan kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Contoh aktiviti adalah seperti melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 

4.1.1 Aktiviti Kecerdasan Visual

            Tajuk : Mari Melukis

Murid dikehendaki untuk melukis bertemakan membuat corak dan rekaan. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:

1.    alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

2.    bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting

geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;

3.    abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan

rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

 

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih murid mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual . Mereka juga akan lebih peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Selain itu, murid dapat  menvisual secara keseluruhan dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Aktiviti melukis ini haruslah sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri murid-murid.

 

4.2 Kecerdasan Muzik

Menurut Nur Amira Zulkifli (2010), muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Kecerdasan muzik pula ialah kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Contoh aktivitinya adalah seperti persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

 

4.2.1. Aktiviti mendengar, menyanyi dan menari.

Tajuk aktiviti  : Merdunya suara saya

Murid dikehendaki untuk mendengar video nyanyian lagu kanak-kanak iaitu lagu “Bangau Oh Bangau”. Dengan bimbingan guru, murid dikehendaki untuk mengunakan instrumental seperti kastenat, kerincing, tamburin dan menari mengikut tempo lagu tersebut. Mereka akan menyayikan seri kata lagu tersebut secara beramai-ramai. 

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menjadikan muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi. Hal ini kerana, pergerakan dapat menggambarkan perwatakan dan melahirkan imaginasi murid. Selain itu, murid dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan. Aktiviti ini dapat mempengaruhi perkembangan motor kasar dan halus murid-murid. Apabila murid-murid bergerak mengikut temponya, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan. Contohnya, apabila muzik dimainkan mereka akan menari secara spontan. Tambahan pula, muzik merupakan bahasa seni. Melalui aktiviti ini, perkembangan bahasa murid juga berkembang. Setiap lagu yang diperdengarkan dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkataan, huruf dan suku kata . Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan ayat melalui seni kata lagu.

 

4.3 Kecerdasan Kinestatik

Menurut Hanson (2008), kecerdasan kinestatik atau fizikal berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Kemampuan untuk menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

 

 

4.3.1 Aktiviti Main Peranan

Tajuk : Tiru gaya saya

Main peranan merupakan lakonan spontan yang tidak menggunakan skrip. Guru hanya menyediakan gambar atau penerangan ringkas dan pelajar dikehendaki untuk memikirkan sendiri jalan penyelesaian. Pelakon melakukan secara spontan setelah diberi taklimat tentang apa yang dikehendaki dilakukan. Sebagai langkah permulaan pelakon diberi 5 minit hingga 10 minit untuk berfikir dan merancangkan peranan yang hendak dilakukan. Sambil sebahagian peserta mainkan peranan, beberapa orang peserta lain diminta menjadi pemerhati dan mencatat perkara-perkara yang penting untuk dijadikan bahan perbincangan dan analisis kemudian kelak.
Setelah aktiviti ini dilakukan, akan disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta bersama rakan-rakan dan guru. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru. Menurut Prof. Fordham (2010), situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya.
Persediaan yang harus dijalankan oleh seorang guru ialah menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan dan tempoh lakonan. Pelajar dikehendaki untuk melakonkan watak yang sesuai dengan suara yang jelas dengan bimbingan guru.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat. Selain itu, kemahiran bertutur murid dapat ditingkatkan. Murid juga dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik. Murid-murid juga dapat menonjolkan dan memperkembangkan bakat lakonan mereka. Main Peranan merupakan strategi yang mempunyai nilai unik yang membawa peserta ke alam yang sebenarnya melalui peranan yang dilakukan. Ini memberi peluang kepada peserta melihat nilai, perasaan, pemikiran dan tindakan orang lain. Di samping itu, strategi juga menggalakkan situasi mengatasi masalah. Ini berlaku apabila berbagai-bagai perkara yang boleh dilakukan dalam situasi yang berkonflik. Kelebihan aktiviti main peranan adalah menggalakkan kreativiti, peserta berpeluang merasai situasi yang sebenarnya. Guru juga dapat melihat sikap, pengetahuan dan kemahiran peserta disamping mempertingkatkan kemahiran bersosial murid-murid. Aktiviti main peranan juga merupakan satu sistem berkomunikasi berdasarkan aksi dan bukan sahaja secara lisan. Peserta dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara spontan kepada sesuatu situasi.

4.4 Kecerdasan Intrapersonal

Interpersonal adalah keupayaan untuk memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan sendiri. Kecerdasan intrapersonal adalah berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap emosi dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan membentuk jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikiran, proses emosi, menaakul, disiplin diri dan amalan pemusatan.

4.4.1 Menulis Karangan Tentang Diri Sendiri

            Tajuk : Cita-cita saya

Guru meminta murid untuk menyatakan cita-citanya apabila mereka dewasa dan menyatakan sebab pilihannya itu. Kemudian guru menyuruh murid membuat karangan mengenai cita-cita dan sebab pilihan mereka.

Melalui aktiviti ini, murid berkebolehan untuk mementingkan nilai murni, berpendirian, berminat dalam falsafah. Murid dapat mengenali diri mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga dapat memotivasikan diri sendiri dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui pekerjaan yang dipilih juga guru dapat memberikan peneguhan positif dengan menyatakan pencapaian yang mereka harus capai sekarang supaya cita-cita mereka tercapai. Murid juga mempunyai fokus dan hala tuju dan jalan yang jelas yang harus mereka lalui supaya cita-cita mereka menjadi kenyataan.

4.5  Verbal linguistik

Verbal linguistik merupakan kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Aktiviti yang mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah, kecerdasan pelbagai ini ialah penulis kreatif, bacaan , dan permainan perbedaharaan kata.

4.5.1 Penulisan Kreatif, Bacaan Dan Permainan Perbendaharaan Kata

            Tajuk : Saya kreatif

 

Aktiviti ini boleh dilaksanakan dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung. Pelajar diminta untuk menulis sajak, pantun, syair dan cerita pendek atau membaca pelbagai bahan sastera dan bukan satera. Setelah selesai, pelajar akan mendeklamasikan dan membaca hasil karya yang telah mereka hasilkan. Mereka juga dikehendaki untuk mencari makna-makna perkataan yang terdapat di dalam teks yang telah disediakan oleh guru. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang betul, memilih perkataan yang betul sejajar dengan situasi  dan dapat mengetahui gaya bahasa dan pengucapan yang baik dan sempurna.

Tambahan lagi, murid dapat membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera. Mereka juga dapat memberi pendapat tentang sesuatu penyataan yang sedang dibaca. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan pengajaran yang terdapat dalam pelbagai bahan bacaan.  Murid juga dapat membaca secara ekstensif. Sekiranya guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan, murid-murid boleh bekerja secara kolaboratif menggunakan Kamus Dewan bagi mencari makna perkataan-perkataan yang telah disenaraikan oleh guru dalam teks. Oleh itu, murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan boleh memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan dapat berkomunikasi dengan baik dan sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0 Kemahiran Bernilai Tambah (Belajar Cara Belajar)


                                    Rajah 2 : Elemen-Elemen Belajar Cara Belajar

Sesi persekolahan yang terhad membuatkan pelajar sukar memperoleh semua maklumat terkini. Mereka perlu mencari sendiri untuk mendapat semua maklumat tersebut. Pendek kata belajar sendiri. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (2003), belajar cara belajar bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Menurut R.M. Gagne di dalam Teori Pemprosesan Maklumat melalui buku Perkembangan Kanak-Kanak, Mok Soong Sang (2009), dalam segala aktiviti penyampaian isi pengajaran guru, bukan semua maklumat diterima oleh ingatan sensori pelajar. Sesetengah maklumat, tidak akan diproses kerana berlalu gangguan semasa penerimaan maklumat, maklumat yang kurang penting atau terlalu rumit akan hilang sebagai lupaan. Oleh itu, para pelajar seharusnya, belajar cara belajar agar semua isi pengajaran guru dapat difahami dan diingati dengan baik.

3.0 Aktiviti-Aktiviti Bagi Belajar Cara Belajar

3.1 Kemahiran Mengambil Nota

Menurut  Dr Baharin Abu (2007) , Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

3.1.1     Aktiviti Mengambil Nota

Tajuk : Cari isi penting.

Guru memberikan satu contoh karangan bertajuk  “Faktor-Faktor Berlakunya Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja” kepada setiap orang pelajar. Pelajar dikehendaki mencari isi penting yang terdapat di dalam karangan tersebut. Guru meminta pelajar untuk mempersembahkan isi penting yang telah diperolehi dalam bentuk grafik contohnya carta aliran dan peta minda. Objektif pembelajaran ini adalah untuk, membimbing pelajar mengenalpasti isi penting yang terdapat dalam sesuatu bahan bacaan. Pelajar juga dapat membuat rumusan tentang isi keseluruhan teks yang telah dibaca dengan mudah. Selain itu, guru dapat melatih murid menguasai teknik mengeluarkan kata kunci daripada bahan bacaan. Murid dapat membaca dan cuba meringkaskan bahan bacaan dengan menggunakan ayat sendiri . Guru memastikan ada ruangan di antara nota supaya murid boleh menulis maklumat tambahan atau melakukan sebarang perubahan. Guru mewajibkan pelajar untuk menulis sumber asal maklumat contohnya seperti nama penulis, tajuk, tahun terbitan dan muka surat supaya senang untuk murid merujuk maklumat tersebut buat kali kedua. Guru juga menyuruh murid membaca semula nota selepas ditulis. Pelajar yang mahir dalam mengambil nota berupaya untuk membuat nota sendiri tanpa bantuan guru.

3.2      Kemahiran Mengingat

Ab. Fatah Hasan (1994), menyatakan bahawa mengingat adalah proses yang dilakukan berulang-ulang tanpa jemu. Proses ini akan melekatkan maklumat pada sel-sel otak. Ini kerana maklumat yang diterima tidak diulang semula akan hilang dalam masa 24 jam. Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

3.2.1     Aktiviti Kemahiran Mengingat

Tajuk : Cuba Ingat Betul-Betul

Aktiviti menguji kemampuan ingatan dengan menyoal dan menjawab. Guru memberikan nota ringkas kepada pelajar selepas akhir pengajaran sesuatu bab. Dalam masa setengah jam pelajar dikehendaki untuk menghafal dan mengingati nota tersebut. Selepas 30 minit, semua pelajar diminta untuk berdiri. Guru akan bersoal jawab dengan pelajar di dalam kelas berdasarkan nota yang telah diberikan oleh guru. Pelajar akan menjawab tanpa merujuk nota tersebut. Pelajar yang berjaya menjawab soalan guru dibenarkan duduk.

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan menghafal murid-murid. Guru juga dapat melakukan ulangkaji bersama murid-murid semasa bersoal jawab. Guru juga boleh menguji kefahaman murid-murid di akhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, kemahiran belajar tidak lengkap jika murid-murid tidak melalui proses mengingat. Segala fakta hendaklah disimpan dalam ingatan jangka panjang agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan nanti. Guru juga boleh mencadangkan murid-murid beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik menginga. Antaranya ialah :

1.0 Menggunakan Kaedah akrostik

Menggunakan kepala huruf fakta membentuk ayat. Contoh: Jenis Kata:


Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
 



Kata



Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana
 


 

 

 


2.0 Menggunakan kaedah bunyi seakan


Lemak,  Vitamin, Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, Karbohidrat
Menggantikan  fakta kepada bentuk cerita.


 Contoh: Kelas Makanan


Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat
 


 

 

 


3.0 Menggunakan teknik pembahagian nombor

Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.


(654320789)
Contoh:



654…..320……789
 


 


4.0 Praktikkan penggunaan sistem irama

Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama. Pilih lagu yang paling kamu gemari. Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

 

5.0 Praktikkan penggunaan sistem gambar.

Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal. Contohnya, kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

 

6.0  Menggunakan kaedah akronim.

Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.


Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia
contoh: 



RIMBA