kkbi mte3107


Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 1

 

Tarikh                            : 14 Ogos

Masa                             : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Tahun                            : 1 Cemerlang

Bilangan murid              : 25 orang

Subjek                           : Matematik

Topik                             : Nombor bulat   

Standard  kandungan         Menyatakan kuantiti secara intuitif

                                                Menama dan menentukan nilai

                                                Menulis nombor

Standard  pembelajaran    :  Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak

  sama banyak dan lebih atau kurang secara :

   c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

                                                  Menamakan nombor hingga 100 :

   b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

  Menulis nombor hingga 100 dalam :

a) angka

b) perkataan  

Objektif pelajaran  : pada akhir pelajaran :

                                                                                      I.        Murid dapat mengenalpasti 4/5 soalan pola nombor yang diberi oleh guru.menggunakan garis nombor.

                                                                                    II.        50 peratus murid dapat menamakan dan menilai nombor. 

                                                                                   III.        20 daripada 32 murid dapat membaca  dan menulis nombor.

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui tentang nombor dan bilangan objek-objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Nilai Murni                      : Sistematik, bekerjasama, disiplin dan berhati-hati

Kemahiran Berfikir         : Menghubungkait, menjana idea dan  berfikir secara kritis

Kecerdasan pelbagai     : Kinestatik, Logik Matematik dan Interpersonal.

Alat Bantu Mengajar      : Garis nombor, sampul surat merah, kotak misteri, kad gambar, kad angka dan kad perkataan

                                         dan  lembaran kerja. 

Kosa Kata                      :  Nombor , angka

 

Masa / Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan
Set induksi
5 minit
(08.00-08.05)
Pengenalan kepada nombor bulat
1.    Guru ‘surprise’ murid dengan mengeluarkan satu sampul surat yang bewarna merah.
2.    Guru bertanya kepada murid :
·         Cikgu ada bawa sampul surat. Di dalam sampul surat ini ada sesuatu yang sangat berguna kepada kita semua. Adakah kamu hendak tahu apakah yang terdapat di dalam sampul surat ini?
·          Cuba kamu teka?
 
3.    Guru memberitahu di dalam sampul surat tersebut terdapat nombor-nombor yang kita sering gunakan dalam kehidupan kita.
4.    Guru menjelaskan nombor-nombor yang terdapat dalam nombor bulat.
·         Nombor bulat terdiri daripada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10.
1.    Murid mendengar  dan memerhati sampul surat merah yang dikeluarkan oleh guru dengan  teliti.
2.    Murid menjawab sambil memegang dan merasa apa yang terdapat di dalam sampul surat tersebut :
·         Ya
·         Coklat, duit, surat dan lain-lain lagi.
 
 
3.    Murid mendengar dengan teliti.
 
 
4.    Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru tentang nombor-nombor dalam nombor bulat.
 
 Kemahiran berfikir :
Menghubung kait
 
Bahan bantu mengajar :
Sampul surat merah.
Langkah 1
15 minit
(08.05-08.20)
Melengkapkan pola nombor.
1.    Guru menyuruh murid-murid duduk di dalam lima kumpulan.
2.     Guru mengeluarkan nombor-nombor yang terdapat di dalam sampul surat merah.
3.    Guru menyebut bagi setiap nombor yang ada dalam sampul surat melalui 3 kaedah :
·         Guru sebut kesemua kad-kad nombor.
·         Guru menyebut dan murid mengikut secara ramai-ramai.
·         Guru meminta murid menyebut kad-kad nombor secara kumpulan.
·         Guru meminta lima orang murid menyebut kad-kad nombor secara individu.
 
 
 
 
 
 
4.    Guru memperkenalkan tajuk nombor bulat  menggunakan garis nombor.  
5.    Guru menampal garis nombor di papan tulis dan guru mengedarkan sampul surat merah.
6.    Guru menerangkan tentang aktiviti 1.
7.    Aktiviti 1
·         Guru memberikan setiap kumpulan satu sampul surat yang berisi nombor 1 hingga nombor  10.
·         Guru mengarahkan kumpulan keluarkan nombor daripada sampul.
·         Guru meminta menampal nombor yang terdapat dalam sampul surat  di atas garis nombor yang telah disediakan oleh guru di papan hitam.
 
 
 
 
8.    Guru menerangkan garis nombor yang telah dibina dan membetulkan kesalahan dalam garis nombor yang dihasilkan oleh murid.
1.    Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.
2.    Murid menumpukan sepenuh perhatian.
3.    Murid menyebut nombor-nombor di dalam sampul merah menggunakan 3 kaedah.
·         Murid mendengar guru memperkenalkan nombor-nombor.
·         Murid menyebut nombor-nombor mengikut guru secara ramai-ramai.
·         Murid menyebut nombor-nombor secara kumpulan.
·         Murid yang dipilih menyebut nombor-nombor secara individu.
4.    Murid mendengar penerangan guru.
5.    Murid menerima sampul surat merah.
6.    Murid mendengar penerangan guru tentang aktiviti 1 yang akan dijalankan.
 
7.    Aktiviti 1
·         Murid mengambil sampul surat daripada guru
·         Murid berbincang di dalam kumpulan tentang susunan nombor yang diberi oleh guru.
·         Setiap kumpulan menghantar seorang wakil bagi menampal nombor pada garis nombor yang telah disediakan.
8.    Murid memberi perhatian dan mmebuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dibuat.
Kemahiran Berfikir : Menghubungkait,
 
Nilai : Bekerjasama, Berhati-Hati, Sistematik.
 
Alat Bantu Mengajar : Garis Nombor, Sampul Surat Merah.
 
 
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Kinestatik dan Logik Matematik
 
Langkah 2
20 minit
(08.20-08.40)
Menama dan menentukan nilai
 
 
1.    Guru meminta murid duduk dalam kumpulan yang sama.
2.    Guru menerangkan tentang aktiviti 2.
3.    Aktiviti 2 :
·         Guru menampal gambar- gambar pada papan tulis.
·         Guru meletakkan satu kotak misteri yang mengandungi kad perkataan dan nombor di atas meja guru.
·         Guru mengarahkan murid untuk memadankan kad angka dan perkataan dengan gambar yang ditampal.
·         Murid diberi masa 10 minit.
 
4.    Guru membimbing murid membilang dan mengeja secara beramai-ramai hasil aktiviti 2.
5.    Guru memilih  seorang murid daripada setiap kumpulan  untuk membilang dan mengeja hasil aktiviti 2 tersebut.
1.    Murid duduk dalam kumpulan yang sama.
2.    Murid mendengar penerangan guru.
3.    Aktiviti 2 :
·         Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing dan mendengar arahan guru.
·         Wakil setiap kumpulan mencari padanan gambar  yang telah ditampal oleh guru dengan memilih  kad nombor dan perkataan  di atas meja guru.
6.    Murid membilang dan mengeja secara beramai-ramai hasil aktiviti 2.
4.    Murid yang dipilih guru membilang dan mengeja hasil aktiviti 2 tersebut.
 Kemahiran berfikir ; Menjana idea
 
Nilai ; bekerjasama, berdisiplin, sistematik.
 
Bahan bantu mengajar : kad angka, kad perkataan dan kotak misteri.
 
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal Dan Kinestatik Dan Logik Matematik
 
Langkah 3
(15 minit)
(08:40-08:55)
Latihan Pengukuhan
 
1.    Guru meminta murid duduk di tempat masing-masing.
2.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
3.    Guru menjelaskan arahan dan membimbing murid-murid membuat lembaran kerja.
4.    Guru mengarahkan murid-murid untuk menyiapkan lembaran kerja yang telah diberi di dalam kelas dan dikehendaki menghantarnya.
1.    Murid bergerak ke tempat duduk masing-masing.
2.    Murid-murid menerima lembaran kerja yang telah diedarkan.
3.    Murid-murid mendengar dan memahami arahan guru.
4.    Murid-murid membuat latihan di dalam lembaran kerja dan menyiapkan di dalam kelas.
 Kemahiran berfikir : menghubungkait,
Berfikir secara kritis.
 
Nilai :
sistematik, bekerjasama.
 
Alat bantu mengajar : lembaran kerja
 
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal dan Logik Matematik
Penutup
5 minit
(08:55-09:55)
Nombor bulat
Lagu : Bilangan anggota badan saya @ jika anda gembira
 
 
 
 
1.    Guru membuat  rumusan topik nombor bulat
2.     Guru meminta semua murid untuk berdiri bagi menyanyikan bilangan anggota badan saya.
3.    Guru mengaitkan nombor bulat dengan kehidupan seharian murid  dan membuat penilaian bagi megetahui sejauh mana kefahaman murid dengan bertanya lima  orang murid untuk menjawab soalan.
·          Apakan benda  yang  boleh dibilang dalam kehidupan seharian kita?
 
1.    Murid memberi perhatian dengan penerangan guru dan memahami topik nombor bulat.
2.    Murid berdiri dalam kumpulan masing-masing dan menyanyi bersama-sama.
3.    Murid mendengar dan menjawab soalan guru.
·         Bas, kereta, muka surat buku, nombor talifon, jam, umur, rumah, bilangan kelas dan lain-lain lagi.
Kerja rumah :
Bulu Aktiviti Jilid Satu Matematik Tahun Satu Sekolah Kebangsaan muka surat  5 dan 6.
 
 

 

 

 

Catatan Refleksi Guru Pelatih :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 

Komen pensyarah :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

 

Penilaian SWOT

Strength (Kekuatan)
 
 
 
 
Weakness (Kelemahan)
Oppurtunity (Peluang)
 
 
 
Threats (Ancaman)