kkbi pkp3101


BAHAGIAN A

1.0 PENGHARGAAN

 

Bismillahhirahmanirahim

 

Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga dilimpahkan rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal berpanjangan dan salam sejahtera. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan pembawa sinar kegemerlapan, sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa kebenaran.

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan ditujukan kepada  encik Yusof Malie selaku penyelia sekaligus pembimbing dan murabbi yang melimpahkan selautan ilmu untuk penyiapan tugasan kerja kursus pendek ini di atas didikan, bimbingan daripada beliau.

Sejuta penghargaan juga atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang mendewasakan dan mengenal diri selaku insan di bumi bertuah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Lawang. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada para pensyarah dan guru-guru yang menjadi penilai atas kesediaan berkongsi ilmu dan kepakaran.

Tidak lupa penghargaan buat keseluruhan pensyarah yang mengajar dan memberikan curahan ilmu tanpa batasan dalam semua bidang yang dicurahkan. Juga tidak lupa buat semua kakak-kakak dan abang-abang guru pelatih yang bersedia meluangkan masa dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Keseluruhan warga PISMP Pemulihan (Bahasa Melayu) Januari 2011 yang banyak memberi galakkan dan melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan pertolongan yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Akhir sekali, kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan. Salam hormat dan ribuan terima kasih

 

 

BAHAGIAN B

2.0 PENGENALAN

Program pemulihan khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 60an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Definisi program pemulihan khas iaitu satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

Definisi murid pemulihan khas iaitu murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M di sebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Buku Panduan Am KBSR (1982) mendefinisikan pemulihan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai sesuatu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Matlamat ialah memastikan murid tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M. Objektif penubuhan kelas pemulihan khas adalah  supaya pelajar dapat  mengusai kemahiran asas 3M.  para pelajar juga meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pelajaran.

Saya telah menjalankan satu kajian terhadap seorang pelajar pemulihan di Sekolah Kebangsaan Lawang, Kelantan. Pelajar ini dimasukkan ke kelas pemulihan kerana beliau gagal dalam menguasai KIA2M. Beliau telah berada di dalam kelas pemulihan selama 1 tahun 3 bulan. Hal ini kerana beliau telah dicalonkan oleh guru kelasnya iaitu Puan Hayati binti Mat iaitu guru kelas 3 Bestari sejak dari darjah 2 lagi. Nama beliau adalah Abdul Zulkarnain atau selesa dipanggil dengan gelaran Abdul.

Sekarang Abdul masih belajar di kelas pemulihan dan masih tidak tahu membaca dan mengira. Masalah beliau yang utama adalah beliau gagal menguasai kedua-dua kemahiran iaitu membaca dan mengira. Beliau boleh menulis tetapi tidak pandai membaca. Beliau seorang yang aktif di sekolah dan banyak mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan dan permainan.

2.1 DEFINISI PELAJAR PEMULIHAN


                                    Rajah 1  : Definisi Pelajar Pemulihan

2.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Pemulihan Khas

a)   Emosi dan tingkah laku

· Perasaan risau dan rendah diri

· Perasaan sedih atau hiba atau duka

· Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran

· Perasaan takut akan perkara-perkara baru

· Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan

 

b) Sosial

·  Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.

· Murid-murid lain benci kepadanya

· Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau mengigit jari

· Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan

· Berbohong dan kadang-kadang mencuri

 

 

c) Kesediaan belajar.

· Belum bersedia untuk belajar

· Perbendaharaan kata kurang

· Lemah Pemahaman

· Kurang percaya terhadap diri sendiri

 

d)   Kesihatan

 · Lemah lembut badan serta kurang zat makanan

· Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang

· Tumpuan perhatian terhad

· Lemah gerak motor kasar dan halus

· Kesihatan terganggu seperti selalu sakit terlalu lama dan teruk

 

ePengamatan

· Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan

· Lemah pendengaran bunyi

· Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah

· Lambat mengkelaskan benda/ nombor

· Kesukaran mengkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru

· Tidak dapat menyelesaikan masalah

· Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang

· Sukar buat kenyataan am

· Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif

· Lemah pergerakan dan perbuatan

· Lemah daya pemikiran

· Tidak boleh mengingati kembali

 

 

 

 

 

 

 

2.3 Laporan pemerhatian terhadap ciri-ciri Abdul

 

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapat mengelaskan kriteria-kriteria masalah yang ada pada adik Abdul berpandukan sikap dan tingkahlakunya semasa berada di kelas dan di luar kelas.Yang pertama dari aspek pengamatan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Tiga pengamatan boleh didefinisikan sebagai  kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapati dia mengalami masalah pengamatan, jenis penglihatan yang mana dia tidak boleh mengingati sesuatu mengikut susunan benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat. Buktinya, di dalam satu latihan yang diberikan, adik Abdul tidak dapat memadankan konsonan di awal perkataan dengan gambar yang sesuai.

Yang kedua, dari aspek emosi dan tingkah laku adik Abdul. Dari kaca mata saya,personaliti adik Abdul boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Menurut Murnford (1986) Introvert ialah orang mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi sosial, mereka  tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas, adik Abdul merupakan seorang yang pasif dan tidak suka berinteraksi bergaul dengan orang lain terutama denga orang yang tidak dikenalinya.Kesediaan untuk belajar bagi adik Abdul agak lewat, jika dibandingkan dengan murid lain. Dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. Kesediaan adik Abdul dikesan menerusi kurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta kefahamannya terhadap sesuatu perkara adalah amat lemah. Misalnya, adik Abdul sukar memahami arahan yang berbentuk kompleks.

Selain itu adik Abdul sering tidak datang ke sekolah. Mengikut buku daftar kehadiran murid, adik Abdul Cuma datang 2 hari ke sekolah iaitu pada 21 Mac dan 23 Mac sahaja sepanjang tempoh seminggu pemerhatian yang saya lakukan di sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat untuk  menghadirkan diri ke sekolah. Semasa waktu rehat pula, saya dapat perhatikan, adik Abdul sering melepak di belakang bangunan dan jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih gemar bersendiri.

2.4 Masalah Pelajar Pemulihan

Kanak-kanak Pemulihan Khas merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka, Jabatan Pendidikan Khas, KPM,(2003).

Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Menurut Ee Ah Meng (1990), pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :

  • Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
  • Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
  • Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
  • Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
  • Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi
  • Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad
  • Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
  • Ibu bapa yang kurang mementingkan pendidikan
  • Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang rendah, miskin, bilangan adik beradik yang ramai
  • Kemudahan asas di rumah, contohnya bilangan bilik yang kurang dan terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang lain.
  • Kurang bahan bacaan dan bahan ilmiah di rumah.

Menurut Mook Soon Sang (2009), murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

3.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Proses kognitif melibatkan urat saraf dan otak, maka perkembang kedua-dua perkara ini mempunyai hubungan yang rapat dengan proses kognitif. Menurut Atan Long (1978), kebolehan untuk menguruskan proses kognitif terletak pada darjah kecerdasan yang dipunyai oleh seseorang. Orang yang cerdas otaknya dapat menggunakan ransangan dari alam sekeliling dengan lebih berkesan dan dapat menguruskan maklumat yang diterimanya untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih cepat dan cekap jika dibandingkan dengan orang yang kurang cerdas otaknya.

Menurut Rohani Abdullah (2008), kecerdasan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang lebih cerdas lebih mudah belajar dan menguasai kemahiran dan pengetahuan. Kecerdasan boleh diukur dengan menggunakan ujian kecerdasan yang disediakan oleh ahli-ahli psikologi. Daripada ukuran yang dibuat, kecerdasan seseorang akan ditunjukkan oleh darjah kecerdasan. Antara ujian kecerdasan yang boleh digunakan untuk mengukur darjah kecerdasan adalah seperti Good Enough Test, Stanfort Binnet Intelligent Test, Wrestler Intelligent Scale For Children.

 Semasa melaksanakan PBS saya telah melakukan ujian ke atas seorang pelajar pemulihan yang bernama Abdul. Beliau merupakan pelajar darjah 3 Bestari.  Abdul diminta untuk melukis gambar manusia pada sehelai kertas. Penilaian terhadap lukisan akan ditandakan pada borang skor. Pada borang skor tersebut terdapat 49 aspek yang diberi perhatian. Analisis perkembangan kognitif kanak-kanak dikira dengan menggunakan formula seperti di bawah :

DK = UA × 100

              UH

DK= darjah kecerdasan

UA= umur kecerdasan

UH= umur hayat

Umur akal dikira berdasarkan skor yang diperolehi kanak-kanak berkenaan melukisnya. Pada borang skor tersebut tanda (V) diberi untuk aspek yang ada dalam lukisan manusia yang dilukis oleh kanak-kanak berkenaan. Bilangan (V)  yang diperolehi diselaraskan dengan julat umur akal. Setiap nilai darjah yang diperolehi mempunyai katogori masing-masing mengikut skala yang telah ditetapkan.


Rajah 2 : Sukatan Julat Bagi Jumlah Skor Yang Betul (V) Dengan Umur Akal Kanak-Kanak

 

 

 

 

Rajah 3 : Skala Darjah Kecerdasan

Keputusan yang telah saya jalankan ke atas Abdul adalah seperti di bawah  :


Rajah 4 : Gambar Yang Telah Dilukis Oleh Abdul

Pada borang skor tersebut terdapat 49 aspek yang diberi perhatian,Abdul telah mendapat 22 bilangan yang betul. Ini bermakna, mengikut sukatan julat bagi jumlah skor yang betul umur akal Abdul adalah 8 tahun. Pengiraan bagi darjah kecerdasan Abdul ialah seperti di bawah :

DK = 8 × 100  = 88.89

              9

*88.89 di dalam skala darjah kecerdasan bawah 100 dan di tahap bawah

Umur akal adik Abdul agak ketinggalan berbanding orang lain yang sama umur dengannya. Tetapi dia masih boleh didik dan diasuh dengan latih tubi untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya menguasai kemahira membaca , menulis dan mengira.


3.2 PERKEMBANGAN BAHASA

Murid pemulihan sering kali atau kerap menulis dan membaca  dengan cara terbalik, ketetapan jarak huruf yang tidak seragam, mencampur-adukkan huruf besar dengan huruf kecil dan tulisan terlalu buruk sehingga tidak boleh dibaca . Kesukaran-kesukaran pengamatan pendengaran, penglihatan, masalah keselarasan motor mata dan tangan atau gangguan emosi serta kurang mendapat pengalaman pra tulisan  boleh mempengaruhi kesukaran dalam penulisan seseorang murid. Inilah masalah yang dihadapi oleh Abdul.  


Rajah 5 : Contoh Hasil Tulisan Adik Abdul Yang Telah Dianalisis

            Menurut guru pemulihan Abdul dapat dipulihkan dengan kaedah penulisan dan pembacaan yang sistematik dan menarik .Biasanya Puan Norzilawati selaku guru pemulihan akan menggunakan kaedah permainan  agar dapat menghilangkan perasaan bosan. Dia juga cuba mewujudkan suasana pembelajaran  yang menyeronokkan bersama Abdul . 

Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan di dalam kelas biasa. Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan pengajaran secara individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti,  Puan Norzilawati mengambil kira aspek kebolehan, kesediaan dan kemampuan murid itu. Dengan itu proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan bermakna kepada murid itu. Seterusnya, Puan Norzilawati harus menyediakan aktiviti yang dapat memberi maklum balas dengan segera supaya murid dapat mengetahui sama ada mereka telah membuat kesalahan atau tidak.

Kesimpulannya setelah membuat pemerhatian terhadap perkembangan bahasa yang telah dijalankan ke atas  Abdul keseluruhan didapati murid ini ;

1.    Masih  keliru tidak dapat mengenal abjad secara turutan

2.    Tidak pasti dengan penggunaan vokal.

3.    Tidak mahir dalam membentuk perkataan.

4.    Tidak faham dan tidak boleh mengadunkan bunyi suku kata tertutup dngan betul.

5.    Masih keliru dengan huruf konsonan ng.

6.    Lemah dalam perbendaharaan kata.

7.    Kelemahan dalam ejaan dan tulisan.

 

Berikut ialah perkataan yang dibaca oleh guru supaya Abdul mengeja dan menulis di atas sehelai kertas .

Bil Perkataan

1.     Ali  - itu

2.    Cuka  - baru

3.    Kalau  - hantu

4.    Talam  - simpan

5.    Kemarau  - halau

            Perkataan tersebut berdasarkan penggunaan vokal suku kata terbuka, tertutup, kemahiran dari aras mudah ke aras sukar . Keputusannya, Abdul amat sukar mengeja dengan betul perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan–gabungan 2 atau 3 suku kata. Dia keliru menggunakan huruf ‘b’  ditulis huruf ‘d’ , huruf ‘m’ pula dituis huruf ‘n’,huruf ‘I’ kecil ditulis dengan huruf besar dan huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.Tulisannya pula kurang memuaskan iaitu boleh dibaca tetapi berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Abdul menghadapi masalah yang teruk dalam membaca dan menulis .

            Berdasarkan daripada keputusan  Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah dijalankan pada 12 Januari 2011 , Abdul telah berjaya menjawab hampir semua soalan tetapi masih tidak mahir dalam menulis. Rekod kemajuannya, dia mendapat 22 markah daripada 66 markah keseluruhan. Manakala menurut guru  pelajaran Bahasa Melayu, Puan Hayati , markah keputusan  Ujian Formatif Bahasa Melayu, Abdul adalah yang terendah di dalam kelasnya . Dari keputusan yang diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Abdul adalah lemah namun telah banyak peningkatan dalam aspek perkembangan bahasa. Namun begitu, dia masih mempunyai asas yang lemah dalam mengusai kemahiran berbahasa.

Menurut Ferdinand de Saussure (1993), kelemahan para pelajar yang lambat dalam pembelajaran adalah kerana kelemahan dan kekurangan pengajaran guru di sekolah. Selain faktor-faktor yang  telah diperkatakan terdahulu kelemahan  Abdul dalam pembelajaran Bahasa Melayu mungkin boleh diandaikan kepada kelemahan dan kekurangan  pengajaran guru di sekolah . Faktor ini sekiranya berlaku akan secara langsung melemahkan pembelajaran seseorang murid seperti Abdul. Di dalam kelas Abdul pula ditempatkan dalam kumpulan D iaitu kumpulan yang kurang berkebolehan. Kumpulan tersebut pula mengandungi 7 orang murid dan kesemuanya dimasukkan ke dalam kelas pemulihan .

            Tumpuan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu, Abdul dan kawan-kawannya kurang bermotivasi. Setiap hari semasa pelajaran Bahasa Melayu Abdul masuk ke kelas pemulihan, dia akan  terus ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diajar di dalam kelas sebenarnya. Semasa ujian penilaian yang lepas Abdul mendapat gred D di dalam matapelajaran bahasa Melayunya. Impaknya, Abdul memang diserahkan bulat-bulat kepada guru pemulihan yang cuma mengajar kemahiran asas Bahasa Melayu sahaja .Selain itu kemudahan pembelajaran bahasa agak terbatas namun mencukupi untuk digunakan di dalam kelas itu sahaja.

            Kesimpulannya dari tinjauan dan Ujian Diagnostik yang dijalankan, saya telah  telah mendapat gambaran secara am prestasi dan kemajuan pencapaian Bahasa Melayu. Berdasarkan  hasil perbincangan ringkas dengan guru kelas dan guru pemulihan saya didapati bahawa, kelemahan Abdul adalah ;

1.Keseluruhan pelajarannya adalah lemah

  

2.Pelajaran paling lemah ialah Bahasa Melayu .Selain mendapat gred D di dalam peperiksaan malah pertuturannya dan tidak menggunakan bahasa yang betul kerana dipengaruhi oleh dialek kelantan .Tulisannya agak baik, tidak terlalu buruk .

 

3.Selalu salah menyalin perkataan –perkataan dari papan hitam.

 

4. Kurang mengenali dan menggunakan tanda baca  kecuali noktah.

 

Sememangnya Abdul perlu dipulihkan segera dan mendapat perhatian dari semua pihak sekolah ,ibu bapa, penjaga dan dedikasi guru yang peka terhadap masalah yang dihadapi.

Rajah 6 : Contoh Teks Suku Kata Yang Telah Dibaca Oleh Abdul

3.3 PERKEMBANGAN SOSIAL

Oleh kerana kehidupan berkelompok penting dalam kehidupan murid seharian, adalah penting untuk mereka mempunyai kemahiran bersosial. Dari kaca mata saya, personaliti adik Abdul boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Mengikut Mok Soon Sang (2009), introvert ialah orang mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi sosial, mereka  tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas, adik Abdul merupakan seorang yang pasif dan tidak suka berinterkasi bergaul dengan orang lain terutama denga orang yang tidak dikenalinya.

Selain itu adik Abdul sering tidak datang ke sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat untuk  menghadirkan diri ke sekolah. Semasa waktu rehat pula, adik Abdul sering melepak di belakang bangunan dan jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih gemar bersendiri.

Melalui pemerhatian saya juga adik Abdul mudah marah. Dia suka memberontak dan sering melawan apa yang disuruh oleh guru. Puan Norzilawati memberitahu bahawa dia tidak akan tidak terlalu tegas dan memaksa Abdul kerana dia khuatir Abdul tidak akan menghadirkan diri ke kelas pemulihan. Di sekolah dia seorang yang aktif dalam bola sepak. Menurut PK KO, Puan Khadijah, Abdul sangat berminat dengan permainan bola sepak. Tetapi dia tidak bergaul dengan pelajar lain. Semasa bermain bola sepak bersama rakan pada waktu petang, dia tidak duduk bersama-sama rakan yang lain. Dia hanya duduk di tepi padang dan apabila guru menyuruh dia bermain, barulah dia akan bermain. Pada pandangan saya Abdul mempunyai potensi dan bakat dalam permainan bola sepak. Semasa pemerhatian saya ketika waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dia aktif dalam sukan tetapi tidak pandai bergaul dengan orang di sekeliling.

Saya juga turut bertanya dengan rakan sekelasnya mengapa dia tidak berkawan dengan Abdul. Jawapan mereka adalah, mereka sukar berkomunikasi dengan Abdul. Apabila mereka cuba bertanya, Abdul hanya menjawab sepatah dua kata sahaja. Dia tidak banyak bercakap dan pendiam. Dia juga boleh marah dengan cepat dan mereka takut untuk berkawan dengannya.

 

Semasa didalam kelas pemulihan saya perhatikan  Abdul sudah mula petah berbicara terutama dengan guru pemulihan. Dia mula bercerita tentang sesuatu. Contohnya, Puan Norzilawati menunjukkan kad untuk dibaca beramai-ramai. Setelah mengeja suku kata kvk+kv (han+tu), dia bercerita berdekatan dengan rumahnya terdapat hantu pocong. Ini membuktikan bahawa, Abdul bukanlah seorang yang tidak boleh bergaul tetapi kurang berbicara. Dia hanya bercakap dengan orang yang benar-benar memahaminya sahaja.

 

Dia juga kurang bersosial kerana perasaan malu dan tidak ada keyakinan diri. memandangkan dia merupakan golongan yang miskin dan dia selalu mendapat keputusan yang tercorot di dalam kelas. Dia berasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

 

Ujian sosial sosio-metrik yang telah dilaksanakan dalam kelas pemulihan khas

Sosio metrik ialah satu prosedur menjangka pola interaksi antara ahli kelompok dengan menggunakan beberapa soalan tentang bentuk hubungan sosial. Ujian ini bertujuan untuk  memilih, melihat ciri kepimpinan yang dipilih, penerimaan sosial dan bantuan pembelajaran.

 

 

Kelas : Pemulihan  darjah tiga

 
Siapakah rakan yang paling anda suka di dalam kelas ?
Siapakah rakan yang paling anda percaya ?
Siapakah yang paling anda tidak suka ?
Amirah binti  Ahmed
Zulkifli
Abdul
Saiful nizam
Saiful nizam bin Yahya
Fahmi
Zulkifli
Fahmi
Zulkifli bin Hasyim
Amirah
Zara Izzati
Abdul
Siti Umairah binti Che Seman.
Zara Izzati
Zulkifli
Abdul

ZULKIFLI

UMAIRAH

ABDUL 

ZARA IZZATI 

FAHMI 

SAIFUL NIZAM

AMIRAH



 

 

 

 

 

 


Rajah 7 : Keputusan Ujian Sosiometrik

Petunjuk

Paling Suka

Paling percaya
Paling tidak suka

 

Mengikut ujian sosimetrik yang telah dijalankan, di dalam kelas pemulihan darjah tiga, Zulkifli merupakan pelajar tumpuan di dalam kelas kerana pelajar ini merupakan pelajar yang paling ramai disukai dan dipercayai oleh rakan-rakannya. Daripada pemerhatian saya, Zulkifli adalah seorang pelajar yang peramah dan ketua kelas bagi kelas pemulihan darjah tiga. Mengikut guru pemulihan, Zulkifli juga merupakan pelajar yang paling tinggi prestasinya berbanding pelajar lain. Abdul pula merupakan pelajar yang tidak disukai oleh Umairah dan Zulkifli. Adik Abdul tidak disukai oleh mereka kerana dia seorang yang pendiam dan cepat marah. Walaubagaimanapun, Abdul masih mendapat kepercayaan daripada Amirah. Amirah paling percaya Abdul kerana Abdul boleh menyimpan rahsia orang lain. Kesimpulannya, mengikut pemerhatian saya, biasanya pelajar yang aktif di dalam kelas disukai oleh pelajar lain. Manakala, pelajar yang pasif di dalam kelas tidak disukai oleh pelajar lain.

Melalui ujian ini, para guru dapat merapatkan jurang sosial antara pelajar di dalam kelas tersebut. Setelah berbincang dengan guru pemulihan, menurut beliau, kedudukan Abdul di dalam kelas sepatutnya berada berdekatan dengan Zulkifli dan Umairah. Kedudukan mejanya juga haruslah berada di barisan paling hadapan supaya guru dapat memantau semua tugasannya di dalam kelas dengan mudah. Adik Abdul juga dapat bertanya kepada guru semua keraguannya tentang pelajaran dengan senang. Akhirnya, beliau akan menjadi pelajar tumpuan dan dapat mengurangkan rasa rendah diri dan menjadi seorang pelajar yang aktif di dalam kelas.

3.4 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Adik Abdul adalah seorang pelajar yang sihat. Beliau tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Dia juga seorang pelajar yang aktif dan banyak menyertai pertandingan semasa sukaneka tahunan sekolah. Beliau adalah salah seorang ahli Rumah Sukan Bendahara iaitu rumah Merah. Beliau bergiat aktif dalam permainan bola sepak di sekolah.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia ,di URL, moh.gov.my, BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dan tidak sihat. Manakala berat badan unggul akan membuat anda kelihatan segak, rasa sihat dan bertenaga, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas membuat pengiraan indeks jisim tubuh adik Abdul di dapati seorang yang sihat dan cergas. BMI beliau berada di tahap berat badan unggul.

Formula mengira berat badan ideal  adik Abdul :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)  = Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)


Indeks Jisim Tubuh (BMI) =34(kg)        

1.3x1.3(m)


= 20.12

Panduan pengiraan BMI
Kurang dari < 20  = 
 Kurang berat badan
20 hingga 25  = 
 Berat badan unggul
25 hingga 30           
 Berlebihan berat badan
Lebih dari > 30  = 
 Obesiti

Rajah  8 : Panduan Pengiraan BMI

3.5 PERKEMBANGAN EMOSI

Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Menurut Rohani Abdullah (2008), pelajar pemulihan biasanya mudah bosan, tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan suka mengganggu pelajar lain supaya mendapat perhatian yang lebih daripada para guru. Sepanjang pemerhatian saya ke atas perkembangan emosi pelajar-pelajar di kelas pemulihan berdasarkan tingkah laku mereka di dalam kelas. Saya dapati bahawa mereka memang menumpukan perhatian kepada pengajaran guru pada awalnya. Namun lama kelamaan mereka mula melihat ke luar tingkap atau bermain-main di dalam kelas. Hal ini kerana emosi pelajar pemulihan tidak stabil. Mereka mudah berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian. Mereka biasanya mengikut arahan yang diberi oleh guru namun gemar bergurau di dalam kelas.

Menurut Sigmund Freud (1856-1939) di dalam buku Mook Song Sang (2009), salah satu ciri helah diri yang termasuk di dalam teori perkembangan sisio-emosi adalah agrasi. Agrasi adalah tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman. Melalui pemerhatian saya, terdapat seorang pelajar di dalam kelas ini yang selalu mengacau ketenteraman kelas. Menurut guru pemulihan, pelajar ini adalah pelajar yang nakal dan selalunya perlu di beri perhatian. Dia mudah memberontak kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang. Ibu bapanya telah meninggal dan dia hanya tinggal denagan datuknya di sini. Beliau tinggal di kawasan pedalaman dan atuknya pula merupakan golongan yang buta huruf. Oleh itu, dia suka mengacau orang lain kerana dia mahukan perhatian daripada orang lain.

Terdapat juga pelajar yang mudah tersinggung seperti adik Abdul. Semasa guru

memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja rumah, air wajahnya kelihatan merah padam.  Dia seolah-olah mahu menangis. Menurut guru pemulihan di dalam kelas dia jarang menasihati Abdul di hadapan rakan-rakannya yang lain kerana dia khuatir  Abdul akan menangis. Adik Abdul juga selalu risau dan rendah diri.

 

          Dia juga sering bersedih.  Perasaan hiba dan duka seolah-olah sering terlakar di wajahnya.Selain itu, dia turut  cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. Menurut Mook Soon Sang (2009), dari segi aspek perkembangan emosi seorang kanak-kanak biasanya mengalami perasaan takut apabila menghadapi suasana baru dan hanya bergaul dengan saudara mara yang sama umur dan suka bermain sendiri. Melalui pemerhatian saya, adik Abdul seorang yang takut untuk mencuba dan  takut akan perkara-perkara baru. Contohnya apabila guru menyuruhnya menjawab soalan yang telah cikgu pancarkan melalui LCD  di komputer ribanya, dia kelihatan gelisah dan resah untuk menyentuh tetikus dan menjawab soalan tersebut.  Walaupun adik Abdul seorang yang agak pendiam, namun dia seorang yang sangat degil. Dia tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan cakap.

 

4.0 Perbezaan antara murid pemulihan dengan murid normal.

Murid pemulihan
Perbezaan
Murid  biasa
·         Kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan  biasa
 
·         Kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan untuk membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak
 
Definisi
Kanak-kanak berkebolehan
menerima pendidikan biasa,
berkemampuan membuat
keputusan serta boleh
menerima dan menerima
perkara-perkara yang abstrak.
·         Gelisah dan tidak selesa dengan guru atau rakan
·         Kurang berinteraksi dengan orang lain
·         Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alas an
·         Selalu menangis dan enggan masuk kelas
·         Selalu bergerak dan menganggu kawan
Sosial
Dapat berkomunikasi dengan orang lain dan memberi alasan yang sesuai apabila menghadapi masalah
·         Perasaan rendah diri
·         Cepat bosan dan mudah jemu
·         Takut dengan perkara baru
·         Degil dan tidak patuh kepada arahan
·         Pasif
·         Malas
 
 
Emosi dan tingkah laku
Berkebolehan mengawal emosi diri iaitu tidak terlalu rendah diri dan boleh menerima sesuatu yang baru, berfikir secara positif, menerima pandangan orang lain dan patuh kepada arahan
·         Lemah tubuh badan
·         Kurang zat makanan
·         Tumbesaran tubuh yang tidak seimbang
·         Masalah tumpuan perhatian atau pendengaran
·         Selalu sakit
·         Kurang menjaga kebersihan diri
Fizikal
·         Tubuh badan yang sihat
·         Tumpuan perhatian yang lebih
·         Pergerakan motor kasar dan motor halus yang normal
·         Kebersihan diri dijaga
·         Kesukaran menghubungkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang baru
·         Tidak dapat menyelesaikan masalah
·         Keliru tentang konsep
·         Tidak dapat mengenal dengan baik perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
 
 
Good Enough Test  yang telah dijalankan kepada pelajar kelas pemulihan .
Keputusannya, pelajar ini mendapat 88.89 darjah kecerdasan.
Kognitif
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
·         Boleh menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari
·         Dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang bijak
·         Dapat membezakan anrata bentuk, saiz, warna dan turutan.
 
 
 
 
Good Enough Test  yang telah dijalankan kepada pelajar aliran perdana.
Keputusannya, pelajar ini mendapat 100 darjah kecerdasan
 
 
·         Tidak boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik
·         Tulisan yang kurang cantik
·         Jarak tulisan yang tidak seimbang
·         Lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran berbahasa
Bahasa
·         Boleh menguasai kemahiran 3M dengan baik
·         Tulisan yang cantik dan boleh dibaca
·         Jarak tulisan yang seimbang
·         Mahir menguasai sesuatu kemahiran berbahasa.

 

5.0 REFLEKSI

            Setelah menjalankan kajian ini saya dapati bahawa, murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Menurut Chua Tee Tee (1992), kadangkala kanak-kanak pemulihan ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

           Saya sebagai seorang guru, perkara yang saya akan lakukan sekiranya mempunyai murid seperti ini adalah berusaha untuk membimbing pelajar dengan memberi latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu seperti yang telah dinyatakan oleh Koh Boh Boon di dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Khas Dan Pemulihan.

              Kenyataannya, saya perhatikan murid-murid pemulihan khas juga boleh berjaya seiring dengan pelajar aliran perdana. Sesungguhnya murid-murid pemulihan boleh dididik dengan sempurna sekalipun mereka telah dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka saya sedar, tanggungjawab seseorang pendidik adalah perlu bagi membantu mengatasi permasalahan murid pemulihan. Saya juga akan memberikan mereka sepenuh perhatian dan kasih sayang. Hal ini demikian kerana, kadang-kadang mereka tidak mendapat kasih sayang  dan perhatian yang cukup. Selain daripada itu, para ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengendalian proses pembelajaran supaya murid pemulihan mendapat input yang bermanfaat. Pihak sekolah juga seharusnya tidak hanya mementingkan aspek akademik pelajar kelas perdana, tetapi haruslah juga mengambil kira prestasi akademik pelajar pemulihan khas.

            Guru-guru lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri dengan aktif dalam proses membantu murid pemulihan. Menurut Chua Tee Tee (1992), guru pemulihan perlu kreatif untuk mengaplikasi bahan pengajaran agar dapat membantu murid mengatasi masalah. Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tergesa-gesa, tindakan akan menyebabkan keciciran berlaku. Seharusnya guru perlu menitikberatkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Contohnya, kemahiran  membina ayat dengan betul dan menulis dengan betul.Terdapat alasan guru yang mengatakan murid pemulihan lemah, tidak bermotivasi dan kelas yang padat menyebabkan guru tersebut mengabaikan aspek pengajaran yang berkesan. Sehubungan dengan itu,jika murid pemulihan mendapat perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya, maka masalah keciciran dalam pelajaran akan dapat diatasi.

RUJUKAN

1.    A.E Tansley Dan Gulliford (1974), Shaping The Education Of Slow Learner. London.Routledge & Kegan Paul.

2.    Atan Long (1978), Peranan Dan Tugas Gurun Pemulihan Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

3.    Chua Tee Tee (1992), Pendidikan Khas Dan Pemulihan Bacaan Asas,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4.    Daniel Goleman (1997), Diagnostic And Remedial Teaching. New York, Appleton-Century-Crofts.

5.    Ee Ah Meng (1990), Pedagogi Satu Pendekatan Berpesepadu, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

6.    Ferdinand De Saussure (1993), Pengantar Linguistik Umum, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7.    Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) Di Url www.moe.gov

8.    Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

9.    Kementerian Pendidikan (1982), Buku Panduan Am Kbsr. Kuala Lumpur

10. Kementerian Pendidikan (1984), Buku Panduan Program Pemulihan Kbsr (Untuk Tahap Satu), Kuala Lumpur.

11. Koh Boh Boon (1992), Pendidikan Khas Dan Pemulihan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

12. Kementerian Kesihatan Malaysia (2000), Di Url www.moh.gov

13. Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak, Perak, Penerbit Multimediasdn Bhd

14.  M.R. Clought (1975), Remedial Education  : Objective And Techniques.London.Ward Lock International.

15.  Murnford (1986), Corrective And Remedial Teaching. Boston : Houghton Mifflin

16. National Associationfor Remedial Education (Nare), (1977), Great Britian. Widlake Ed.

17. MELAYARI INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL: http://www.upkkl.com/index.php/pemulihan/ciri-pemulihan


19.  MELAYARI INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL ; http://skpaka2.com/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=62

20. MELAYARI INTERNET PADA 20 MARCH 2011 DI URL : http://eduworld.com.my/news.php?extend.5.4