kkbi pkp3108


Soalan 1 : Menjelaskan kemahiran menulis dan masalah tulisan.

1.0 Latar Belakang Kemahiran Menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.
 

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.

Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,  mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu tulisan huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu  lebih mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah dituliskan dan memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat keindividualan dalam menulis mudah dilihat.

Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan adalah keseragaman, persambungan, irama dan pergerakan yang tetap. Dalam keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan murid membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan, perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama lain. Melalui irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak. Jenis kemahiran yang terakhir ialah pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran tersebut amat penting dalam Pendidikan Disleksia.

Pendidikan Disleksia mempunyai beberapa komponen yang harus diambil kira dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah disleksia iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mengira, kemahiran lisan dan juga kemahiran ejaan (Monica McGuire, 2003). Kemahiran Menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi (Monica McGuire, 2003).

1.1  Konsep Menulis.

 

Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun demikian, terdapat  istilah yang lebih khusus digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis, penyair, penterjemah dan sebagainya.

Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti  menzahirkan  apa-apa  yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks  yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa lisan memandangkan terdapat ciri  yang tidak sama antara kedua-duanya.

Konsep  menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid  menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.


1.2  Definisi kemahiran menulis

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik  bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat  yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran  menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan  yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Menurut Don Byrne, menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.


Menurut Koh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting. Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..

Menurut Ishak Haron, beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis.

1.3  Peranan Tulisan

Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat  melahirkan idea,  fikiran serta perasaan dengan baik,  pantas dan cekap. Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk  membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta  matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa  kini.  Kelima,  untuk  menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk  puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

1.4  Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Peringkat   pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat  pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.  Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta  koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,  mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

 
Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.  Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

· Membina ayat.

· Mengarang cerita.

· Mengarang pantun, sajak, teka-teki

· Menulis surat kiriman.

· Lain-lain yang berkaitan.

 

1.5  Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

·         Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

·         Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

·         Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan

·          Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

·          Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

·         Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

·         Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

·         Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

·         Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

·         Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

·         Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

·         Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

·         Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

·         Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

·         Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

1.6  Tujuan Kemahiran Menulis

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan  fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka juga  berupaya mengembangkan daya  cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi  kemahiran menulis yang perlu dicapai ialah :

·         Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.

·         Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.

·         Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.

·         Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran  dan  perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

·         Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .

·         Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.

·         Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

·         Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri komunkasi, iaitu :

·         Ekspresif

Penulis menulis  untuk  tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan  sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

·         Pemujukan

Menulis untuk  tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.

·         Informatif

Menulis untuk tujuan informatif  merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca.

·         Kesusasteraan

Menulis untuk  tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gayabahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan.  Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca, menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.

 Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid  mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

1.7 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:  

1.    Aspek fizikal, 

2.    Aspek pembelajaran,

3.    Aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang  untuk  belajar, keadaan  tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru. 

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:

(1) Pengamatan dan masalah pendengaran

(2) Pengamatan dan masalah penglihatan

(3) Kesukaran memahami konsep

(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah utama yang berpunca daripada  pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan’d’. Masalah ini bukan disebabkan  oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain itu,  masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran adalah:

a. Pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

b. Pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi

c. Pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk

d.Pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja

e. Secretory otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaran

·         Pengamatan dan masalah penglihatan

 Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p – q, 6 – 9 ). Manakala  masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan adalah seperti:

a.Hypermetrophia atau rabun jauh

b.Myopi atau rabun dekat

c.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas

d.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan

e.Juling

·         Kesukaran memahami kosep.

Masalah yang  dihadapi  adalah seperti keliru dengan  huruf besar dan huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan tulisan  tangan.

·         Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.