kkbi titas


Pengenalan

            Islam Hadhari bukanlah suatu ajaran baru di dalam Islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan relealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

            Islam hadharu member penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar dan member fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan Insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sama ada dari aspek jasmani dan rohani.

            Penjenamaan Islam Hadhari diharap dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka minda segar masyarakat non-muslim agar dapat memahami agama Islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim terhadap Islam.

            Islam Hadhari sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan kepada kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya berasaskan kepada prinsip 'Siasah Syar'iyyah' dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan kelima-lima Maqasid As-Syariah : Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal, menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian keturunan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini ialah dengan menjadikan pendekatan Islam Hadhari sebagai keutamaan (aulawiyat) di dalam pengurusan dan pembangunan negara.

 

 

            Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan pembinaan Tamadun Islam.

“ Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat”.

( Petikan ucaoan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’Seri Abdullah haji Ahmad badawi dalam perhimpunan Agong UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala umpur pada 23 September 2004)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Definisi Islam Hadhari

Kalimah Islam dan hadhari secara asasnya adalah ambilan dari perkataan bahasa Arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari Bahasa Melayu. Perkataan asalnya adalah ,al-Islam al-hadhari, atau disebut juga sebagai ‘Civilizational Islam’.

Dari segi istilah, perkataan Hadhari membawa maksud seperti berikut:

      i.        Yang bertamadun atau

    ii.        Islam yang menekankan aspek tamadun

   iii.        Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘Civilitional Islam’

   iv.        Dalam bahasa Arab dikenali sebagai ‘al-Islam al-Hadhari’

 

Manakala takrif Islam hadhari secara lengkap ialah:

Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam’.

Sebagai takrif di atas, ia bermaksud;

a)    Pendekatan islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan islam secara juzi’e (terpisah-pisah) seperti islam bersifat politik (al-Islam al- Siyasi)

b)    Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa focus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identity, jati diri serta penjajahan pemikiran.

c)    Pendekatan Islam hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (JAKIM,2005:10)

Visi dan misi

Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh,  iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri”.

            Konsepnya ialah negara mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

            Misi Islam hadhari adalah “Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang” (JAKIM,2005:11-14)

Objektif

Objektif Islam Hadhari adalah;
(a) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan­kekuatan berikut;

·          Spiritual (rohani)

·          Akhlak

·         Intelektual

·          Material

·          Mampu berdikari

·         Berdaya saing

·          Melihat ke hadapan

·          Inovatif

(b) Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai (JAKIM, 2005: 15).

 

 

 

Konsep Islam Hadhari

Di dalam menjelaskan tentang konsep Islam hadhari, konsep pertama telah menekankan aspek pembangunan yang membawa kea rah pembinaan peradaban. Peradaban bermaksud yang berasaskan acuan Malaysia bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Manakal yang berlawanan akan disesuaikan selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.

Konsep Islam Hadhari turut menekankan pembangunan modal insane sama ada melalui material dan spiritual. Penggunaan modal insane yang maksimum adalah selaras dengan tuntutan syariat yang turut diperjelaskan dalam amalan solat secara berjemaah yang menjadi pemangkin ajaran Islam dari aspek spiritual dan material.

Konsep islam Hadhari juga menekankan kepada usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-asasfundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang menjadi teras pembinaan tamadun Islam. Tafsiran ikhlas ke atas Islam Hadhari akan membantu meningkatkan kekuatan ummah dari asas-asas akidah selain menjunjung kesucian ajaran itu sendiri. Ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan terhadap tuntutan ajaran yang sebenar. Malah ia turut berperanan mengkesampingkan pemikiran dan unsure tahyul dan khurafat.

Konsep Islam Hadhari cuba menekankan usaha kerajaan melindungi kesucian ajaran Islam dan menangani gejala kegelinciran akidah (faith) semasa menghadapi cabaran dan reality semasa. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesucian agama, unsure-unsru negatif menerusi agama perlu dihindari sejak dari awal lagi. Dengan kerajaan yang kukuh dari pelbagai aspek, ia dapat membantu mengoptimumkan pengambilan peluang kea rah pintu ijtihad yang masih terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk coraj pembangunan mengikut masa dan tempat. Antaranya;

a)    Aspek pembangunan prasana dan ekonomi

b)    Pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif dan dilengkapi dengan program pembanguan rohani supaya nilai-nilai murni Islam dijadikan cara hidup (JAKIM,2004:3-7)

Menurut Prof. Datuk Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid, konsep islam hadhari merupakan sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang iaitu ‘perubahan yang menyeluruh’ (AL-ISLAM, Januari 2005; 15-16)

Perubahan menyeluruh dikaitkan dengan kegagalan umat Islam sedunia dalam mencapai kemajuan yang sepatutnya sebagaimana yang disebut menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Perubahan ini sangat penting bagi merealisasikan kehendak Islam sebenar.

Keperluan prinsip MAQASID AL-SYARIAH

            Selaras dengan konsep hidup sebagai pengabdian diri terhadap Allah (‘Abid) dan konsep kerja sebagai ibadar, manusia sebagai khlifah Allah (Khalifatullah fit Ardh) dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan.

Sehubungan itu, prinsip Maqasid al-Syariah(dalam mazhab Syafi’e disebut sebagai (al-Kulliyatul Khamis) adalah berkaitan seperti berikut; (JAKIM, 2004:11-12)

a)    Menjaga,memartabatkan dan memperkasakan agama

b)    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa

c)    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal

d)    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

e)    Menjaga, memartabatkna dan memperkasakan harta.

Segala usaha kearah ini perlu dirancang. Segala betuk pemikran yang mengelirukan dan tidak sesuai dengan ajaran Islam sebenar perlu dikikis agar jati diri umat daoat dibentuk. Perubahan sikap memerlukan umat berijtihad dan berjihad ke arahnya. Contohnya: konsep Jihad perlu ditafsir secara meluas meliputi aspek kehidupan menusia seperti menguasai ilmu, sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktivit ekonomi dan sebagainya.

            Kegagalan umat Islam memahami konsep jihad secara meluas akan mengakibatkan kegagalan kebangkitan islam seluruhnya. Kelemahan dan kelewatan pemahaman Surah al-Fiil sebagai contoh, mengakibtakan masyarakat Barat lebih terkehadapan menghasilkan peralatan atau kelengkapan ketenteraan mencakupi era kontemporari.

Pemahaman Islam hadhari

Usaha kea rah memahami isi kandung Islam Hadhari perlu menjurus kepada semua pihak menerusi pelbagai saluran. Umpamanya;

a)    Peningkatan Kualiti (Itqan) dalam semua urusan

b)    Usaha-usaha Ijtihad yang berterusan

c)    Penghayatan dan mewarisi ketamdunan global (Rahmatun Lil’alamin)

d)    Semangat Ukhwah Islamiah (Brotherhood) disemarakkan bagi menghasilkan jaringan social yang berkesan

e)    Pembudayaan nilai-nilai positif yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Contoh: pembudayaan social yang berkesan

f)     Keseimbangan antara ilmu agama dan secular. Banyak ayat al-Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi sedangkan ianya dianggap ilmu secular

Rasional Islam Hadhari Diperkenalkan

Terdapat dua aspek utama mengapa Islam Hadhari diperkenalkan iaitu dari sudut dalaman dan luaran (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM 2005;153-154)

Aspek dalaman

ü  Kefahaman ajaran Islam secara serpihan

ü  Kepelbagaian Kumpulan

ü  Kesan konspirasi politik dunia barat

Aspek luaran

ü  Cabaran globlisasi

ü  Isu terrorisme ditujukan kepada Islam

ü  Membendung tradisionalisme dan Fundamentalisme

ü  Cabaran fahaman kebendaan dan hedonisme.

Prinsip Islam Hadhari

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

 

Rajah 1: Prinsip Islam Hadhari

 

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang dikemaskini supaya pendekatannya tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak, memandangkan kompisisi rakyat yang berbilang agama dan kaun di dalam negara. Prinsip-prinsip ini boleh dijadikan garis panduan bagi negara-negara Islam yang lain yang ingin mempelajari dan memahami Islam Hadhari yang dilaksanakan di Malaysia.

Pendekatan prinsip ini bertujuan untuk memperkasa umat Islam agar berupaya menhadapi cabaran dunia semasa selain berupaya menangkis segala tomohan dan salah faham terhadap ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.

Selaras dengan prinsip islam hadhari, perubahan minda umat memerlukan satu tindakan menyeluruh, secara drastic, secara sistematik dan tidak bersifat sector atau partisan. Ia juga memerlukan satu perubahan tasawur(pandangan global/ world view) seluruh masyarakat.

 

1)    Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Ilahi (Allah/God)

Amatlah penting umat Islam memahami islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidup/ Islam The Way Of Life). Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangakn asas kejadian manusia sendiri dari dua unsure (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya.

Justeru itu, Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sama ada kehidupan duniawi (dunia0 dan persiapan ukhrawi (akhirat / judgement day). Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28), ayat 77 yang bermaksud:

“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahaladan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemikiran nikmat-Nya yang melipah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Oleh itu, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dijadikan teras oegangan dan rujukan. Gabungan beberapa unsure yang terdiri dari akidah (kepercayaan/ faith), syariah(perundangan / legislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan pembangunan insane dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf (7) ayat (96) yang bermaksud:

“ Dan (tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka usahakan.”

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu:


Rajah 2: Prinsip Penentuan

Ini ditegaskan di dalam firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Tiada ada paksaan dalam agama (Islam)”

Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“ Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Akidah yang dikehendaki adalah menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah bukan semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli dengan ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan( as-Syeikh Muhammad bin Slaih al-‘Uthaymin, 2004:21)

            Gabungan ketiga-tiga unsure di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar terutamanya dari aspek kelahiran dan kepercayaan tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa di kalangan umat Islam.

Sebagai balasan pelaksanaan menurut Islam yang hakiki, maka Allah akan member balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah Ta’ala;

                      I.        Maka barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihatnya-Nya (dalam surah amalnya)

(Surah Az-Zalalah(99):7-8)

                    II.        Dan (Tuhan berfirman lagi): kalau sekiranya penduduk negari itu beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langitnya dan bumi tetapi mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

 (Surah al-A’raf(7):96)

           

Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara islam tidak menghalang agam-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 perlembagaan negara yang member kebebasan beragama ke atas rakyat (Perlembagaan Malaysia, 200 : Bahagian Kedua Perkara 11 dan fasa 4).

 

2)    Kerajaan Adil dan Amanah

Prof.Dr Hamka menyebut, “Adil itu ialah meletakkan sesuatu kene pada tempatnya.” Ini bermakna adil adalah member hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Ini sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah an-nahl(16) ayat 90 yang bermaksud:

“ sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mangajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya.”

Pelaksanaan keadialn tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, keduduka, miskin,kaya atau perbezaan agama. Ini turut disebut menerusi beberapa kategori;

              i.        Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ma’idah(5) ayat 8 yang bermaksud:

“Dan jangan sesekali kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu keoada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiap jua) kerana sikap adil itu lebih hampir dengan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

 

            ii.        Sabda Rasulullah SAW

sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.”

           iii.        Peristiwa Saidina Umar ketika manjadi amiral Mukminin yang telah menghukum anak beliau sendiri dengan hukuman sebat 100 rotan (dan wafat) akibat melakukan zina dengan seorang perempuan yahudi.

           iv.        Peristiwa Saidina Ali ketika menjadi khlifah Islam pernah kehilangan baju besinya yang ditanggalkan dalam suatu peperangan dan ditemui oleh seorang lelaki yahudi lalu mengambil dan mendakwa baju tersebut menjadi miliknya. Dalam penghakiman yang telah dilakukan di mahkamah Islam, hakim(Zaid bin Thabit) telah member peluang kemenangan pendakwaan kepada seorang yahudi tersebut walaupun Saidina Ali adalah seorang khlifah dan sahabatnya.

Manakala amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini turut dirakamkan menerusi;

      i.        Firman Allah ta’ala dalam surah an-Nisa (4) ayat 58 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhan-Nya) itu member pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”

    ii.        Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad;

“ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah.”

            Selain itu, Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) akan melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah SWT. Ini ditegaskan dalam surah Saba’(34) ayat 15 yang bermaksud seperti berikut:

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurkaan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampong mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya: (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

 

3)    Rakyat Berjiwa Merdeka

Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek rakyat yang berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insane yang tidak member kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada Rasul-Nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari-Nya adalah dilarang terutama dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Sebuah hadis ada menyebut: Tidak ada ketaatan bagi seseorang yang melakukan? Melibatkan perkara maksiat kepada Allah. Ketaatan hanya ada dalam perkara yang makruf (baik) sahaja.

Jika merdeka mampu memberi aspirasi kepada individu untuk melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif. Manakal masyarakat yang berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta progresif. Idea-idea bernas ini mampu memartabatkan diri, keluarga,masyarakat dan negara ke mercu yang diredhai Allah. Sebaliknya, jiwa yang terjajah akan meletakkan bangsa dan negaranya di bawah tahap sebenar. Kesan yang ketara ialah mereka sentiasa berada di takuk yang lama dan tidak sanggup terdedah dengan kemajuan dan persaingan.

Masyarakat yang berjiwa merdeka akan berusaha mengembeling tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang dan etika dengan menjadikanya sebagai landasan masyarakat Islam Hadhari yang berfikiran terbuka dan memiliki sifat tasamuh (bertimbang rasa) yang penuh dengan kebijaksanaan. Masyarakat berjiwa merdeka juga tidak akan dijajag dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan semangat islam hadhari dalam erti kata sebenar.

 

 

4)    Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan satu tuntutan utama di mana galakan menuntut ilmu telah bermula sejak nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan ini diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasulullah SAW menerusi surah al-Alaq (96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memangkinkan umat Islam menakluki dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Ini telah terbukti dengan kekuatan Islam menyaingi tamadun-tamadun dunia silam dengan sekelip mata.

            Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh matap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (ilmu wahyu) sehingga mampu menjana Islam suatu masa dahulu. Mereka menjadi pencetus perkembangan tamadun ilmu di dunia barat.

            Ketinggian kedudukan masyarakat berilmu pengetahuan turut dirakamkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah al.Mujadaah (58) ayat 911) yang bermkasud:

“ Dan Allah mengangkat kedudukan orang-orang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

5)    Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

Sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama. Melalui sector ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Atas faktor ini, ekonomi adalah sebahagian dari kesempurnaan Islan. Sebuah hadis turut menekankan tentang kepentingannya menerusi sabda baginda: “ tangan di atas (member) lebih baik dari tangan yang di bawah (meminta-minta).”

(Hadis Qudsi)

            Atas dasar ini, ekonomi dalam ajaran islam bukanlah satu entiti yang bersingan dari tuntutan agama, malah ia saling berkait dengan unsure-unsur ritual Islam itu sendiri. Ia menjad punca kepada ketenagan beribadat dan beramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya.

            Usaha ini turut dibuktikan oleh rasulullah SAW ketika berhijrah ke madinah. Baginda berusaha menjadikan Madinah sebagi pusat perniagaan terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Malah seorang sahabat Muhajjirin dari Makkah bernama Abdul Rahman bin ‘Auf, apabila telah dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Saad bin al-Rabi’ al-Ansari telah menolak pemberian separuh dari harta saudaranya. Bahkan beliau meminta ditunjukkan pasar utuk beliau berniaga. Beliau telah memperolehi keuntungan yang lumayan hasil usahanya itu.

            Pembangunan ekonomi dalam Islam perlu seimbang yang mana harta adalah hak milik Allah secara mutlak. Manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya itu. Justeru itu, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT. Segala perolehan harta akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT di hari akhirat (judgement day) nanti. Atas saya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan harta yang mendatangkan keraguan. Hadis Nabi jelas menekankan persoalan ini menerusi sabda baginda: sesungguhnya sesuatu yang halal adalah jelas dan sesuatu yang haram itu adalah jelas: Di antara keduanya terdapat perkara yang syubahat (meragukan).

            Oleh itu, sikap malas, sambil lewa dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus kelemahan institusi social dan memalukan agama. Ismail al-Faruqi menyebut bahawa tindakan ekonomi merupakan luahan rasa kerohanian Islam. Kaum muslimin perlu menyakinkan diri dengan kenyataan ini, bukan seperti agama Kristian yang mengasingkan gereja dengan kerjaan. Islam menekankan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuati ummah dan kekukuhan kerajaan menjamin keutuhan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuatu ummah dan kekukuhan merupakan tunggak dalam Islam.

            Sistem ekonominya islam menolak sebaranf unsure-unsur ketidakadilan, malah Islam memerangi dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme. Al-Quran mengumpanakan pengamal riba sebagai yang dirasuk syaitan menerusi firman Allah SW;

a) “ Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan (devil) dengan terhoyang-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.”

(al-Baqarah (2): 274)

b) “ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba ( yang masih ada pada orang yang terhutang ) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kami juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu) maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya-Nya (akibatnya kamu tidak menemui selamat)”

(al-Baqarah 92): 278-279)

 

6)    Kehidupan berkualiti

Kehidupan berkualiti bermaksud  setiap aktiviti yang mencapai kerdhaan Allah ( mardhatillah). Manakala kehiduoan yang oenuh dengan kemewahan, kegembiraan, aman damai tetapi di murkai Allah, Islam mengaggapnya sebagai kehidupan yang tidak berkualiti. Sebenarnya kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia. Sehubungan itu, manusia perlu membezakan kehidupan yang berasaskan akal fikiran manusia semata-mata dengam kehidupan menurut perintah Allah (Pusat pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005:161)

            Keadaan ini daripada pemikiran manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan iklah, memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih cetek, pendidikan yang masih banyak kadangkala serta faktor persekitaran yang masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan berkualiti yang sebenar.

            Justeru itu, fahaman yang berasaskan sekularisme lebih memntingkan kehidupan dengan kemewahan material semata-mata dan kehidupan serta kelengkapan prasarana yang mewah. Bahkan, ia dijadikan ukuran kedudukan seseorang di dalam menterjemahkan paras kualiti kehidupan seseorang. Keadaan seperti ini akan menjadikan pemikiran manusia semakin jumud dan bersifat rigid dalam menentukan kualiti hidup seseorang manusia sehingga melabelkan seseorang itu dengan tafsiran berasaskan kemewahan hidup. Kesannya, wujud pelbagai kelas manusia dari setinggi kemewahan sehinggan serendah-rendah kemiskinan selain manusia terpaksa berlumba-lumba mengejar kemewahan sepertimana ditafsirkan menerusi kapitalisme.

            Terdapat juga fahaman yang menekankan kehidupan berkualiti adalah hasil pelaksanaan ritual yang keterlaluan sehinggan menganggap dunia yang abadi (syurga/ heaven) adalah bermala ibadat sahajatanpa menjejaskan tumpuan. Ini boleh mendorong seseorang menjadi malas dan tidak produktif dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan islam mengajurkan umatnya agar berusaha sedaya upaya mencari dan memperolehi kehidupan yang berkualiti. Ini bertentangan dengan nilai-nilai dan amaran yang dikemukakan oleh Allah SWT menerusi firman_Nya dalam surah al-Qasas (28) ayat 77 yang bermaksud:

“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang tekah dikurnakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bimu; sesungguhnya Allah tidak suka keada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

            Kehidupan berkualiti turut disebut di dalam firman Allah yang lain, antaranya dalam surah al-‘Asr (103) ayat 1-3 yang bermaksud:

“ Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

            Orang yang benar-benar beriman tidak akan membuat hidupnya murung dan mundur. Malah akan berusaha menjadikan diri mereka maju dan kehadapan dari segenap aspek sama ada spirituak, material dan jasmani. Tambahan lagi, kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan,bahkan mencadangakn perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat. Ia selaras dengan cadangan Allah di dalam al-Quran.

7)    Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Dalam mendokong prinsip Islam hadhari, kedudukan dan pembelaan hak ke atas golongan tetap dijungjung. Hak kemuliaan insane di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah yang telah disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam Islam tanpa diskriminasi walaupun berbeza dari segi agama.

      Jalinan hak dalam Islam hadhari turut disokong menerusi undang-undang dan perlembagaan negara. Al-Quran telah merakamkan tentang penjagaan hak di atas menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:

“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat Mengetahui lagi amat mendalam Pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

      Kesan dari ayat di atas juga menyebabkan jaminan pemerintah ke atas golongan minority termasuk wanita juga. Kedudukan wanita disanjung dan diberi hak yang sewajarnya. Perkara ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan hak asasi (Perlembagaan Persekutuan, 2000:Bahagian Kedua, perkara 8)

      Kekuatan kedudukan golongan minority juga turut disebut oleh khlifah Islam pertama; Saidina Abu Bakar as-Siddiq di Balai bani Sa’adah tatkala beliau diangkat menjadi khlifah Islam yang sedutannya adalah seperti berikut;

“ Ketahuilah sesungguhnya orang-orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan member hak kepada mereka dan orang-orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil hak dari mereka.”

Dalam satu peperangan Saidina Ali yang ketika itu menjadi khalifah islam keempat, baginda telah menanggalkan baju perangnya untuk memudahkan baginda merawat tentera Islam yang tercedera selain menimbang kesan peperangan tersebut. Malangnya, baju besi tersebut ditemui oleh seorang yahudi lalu membawanya pulang. Tatkala baginda melewati perkampungan yahudi, baginda ternampak baju besinya itu di rumah yahudi tersebut lalu mendakwa haknya tetapi dinafikan oleh Yahudi tersebut. Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan dan diadili oleh Zaid bin Tsabit. Selepas ,mendengar hujah kedua-dua pihak, maka Zaid bin Tsbait member hak kepada Yahudi tersebut dan Khalifah terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Maka, baginda mengucapkan tahniah kepada yahudi tersebut di atas kemenagan beliau. Akhirnya, yahudi tersebut memulangkan baju besi tersebut kepada Saidina Ali secara suka rela selepas melihat keadilan hak yang beliau telah terima dari pemerintahan Kerajaan Islam.

      Di dalam beberapa siri peperangan jihad umat Islam meisalnya, golongan wanita yang dilihat lemah turut memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila menyertai pasukan tentera Islam dengan member sokongan moral dan rawatan ke atas tentera yang cedera di medan pertempuran.

      Wanita dalam Islam Hadhari adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalaman dirinya dan dapat menangkis dalah faham yang mengangap bahawa mereka adalah kalangan yang memiliki sudut pandangan yang jelas tentang hubungan silang gender dan mampu bekerjasama dengan sesiapa saja secara penuh profesionalisme (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM,2005:162)

            Wanita dalam Islam Hadhari amat menggalakkan pendidkan berterusan sesuai dengan slogan ‘Pendidikan Sepanjang Hayat’. Wanita tidak diketepikan dari arus pembangunan malah dijadikan daya saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam arus perdana. Kemampuan ini menjadi mercu tanda pembangunan personaliti.

8) keutuhan budaya dan moral

            Islam Hadhari sepeti yang telah dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigm kea rah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam. Namun, is bersifat menurut acuan Malaysian agar ia lebih dinamik.

            Ini tidaklah bermaksud menerima pakai dialog peradaban secara total,bahkan ia menjadi titik tolak ke arah ketamadunan yang bersesuain dengan budaya dan akhlak rakyat Malaysia sendiri. Tambahkan pula,acuan yang dibina adalah hasil gabung-jalinantara kaum dan budaya rakyat Malaysia .

            Dalam menetapkan budaya menurut acuan tersendiri,Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembangaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya.Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan.Namun begitu ada perubahan dari sebuah kerajaan tetapi banyak didahului dengan pertukaran pemerintah,bukannya sistem dana budaya (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman,200:69-70).

            Kedatangan ajaran Islam turut memainkan peranan utam keutuhan budaya dan moral masyarakat Melayu di peringkat awal lebih terselah.Hal ini sejajar dengan Islam sebagai ‘ad-Din’.Perdewaan dan kepercayaan anismisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengalaman ajaran Islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambahkan nilai budaya persekitarandan diasimilasi secara perlahan-lahan dalam masyarakat (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman,2000 :69-71). Sebagaicontoh, semangat perkaumanberjaya diubah kepada semangat ‘Malaysia Boleh’ melalui ajaran Islam yang sebenar.

            Kedatangan Islam ke Alam Melayu memberi impak yang besar sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini dilihat sebagai ‘Melayu Baru’ melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Ia boleh diistilahkan sebagai perubahan dalaman dari kepercayaan kepada animisme, Hinddu-Buddha dan yang bersifat khayalan, kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata (Pusat PengajianIslam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 77). Maka Islam Hadhari adalah hasil manifestasi bersifat gloal menurut acuan Negara agar Islamisasi terus disemadi ke dalam iwa dan diserlahkan dengan perbuatan dan amalan yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenar.

            Dalam meneruskan agenda udaya dan moral,Islam Hadhari berusaha menekatkan semangat jati diri Malaysia untukmenepis segala amalan dan budaya Barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya.Manakala segala perkara baru yang bersesuaian dan menepati matlama budaya dan moral masyarakat Malaysia adalah diterima dengan berhati-hati.

9)Pemuliharan Alam Semulajadi

            Dalam memupuk pemuliharaan alam semulajadi,Islam menekankan peri pentingnya masyarakat memahami Huquq al-‘Alam (Hak-hak Alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak di atas adalah adalah dilarang sama sekali.

            Ini memandangkan secara fitrah , ala mini ada permulaan dan pesti akan menemui penamatnya. Ia dikira sebagai sunnatullah yang tidak boleh ditolak, samaseperti api membakar, bulan menerangai malam dan sebagainya (Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad,2001 : Unit 2).Manakala manusia sebagai pemengang amanh (khalifah fi al-Ardh) arus memelihara dan berusaha memanjangkan hayat alam kerana tanpa alam,manusia tidak mampu meneruskan kehidupan dan zuriat keturunan akan turut terhapus. Tegasnya, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

            Hasildari usaha di atas, manusia terus hidup dan mampu meneruskan peradapan selain eko-sistem termasuk flora dan fauna terjamin.Pembanggunan yang merosakkan eko-sisitem harus diminimakan serendah yang perlu, bukannya pembanggunan yang berpaksikan faktor ekonomi sehingga menjejaskan alam sekitar.Melalui pembudayaan ini, keindahan dkeindahan dan keunikan alam semulajadiboleh dinikmati dan sterusnya membuktikan keagungan dan kewujudan Tuhan Maha Pencipta (Allah/God).

            Dengan kesedaran manusia yang tinggi terhadap an

alam, secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap hubungan Allah, manusia denagn alam. Antaraya ialah:

a)    Kekuasaan adalah Hak milik Allah.

b)    Kelemahan manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan

c)    Pencipta Alam untuk manusia

d)    Keperluan penjaga Alam.

Kesedaran di kalangan manusia dapat membantu usaha-usaha pihak kerajaan,badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menangani kelemahan dan pemantauan terhadap golongan yang kurang siakp tamadunnya.Ini secara tidak langsung meringankan beban tugas yang digalas oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).Dalam menjamin kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, Malaysia telah berusaha dan menandatangani dua deklarasi yang melibat alam sekitar iaitu:

a)    Deklarasi Rio D Janeirio pada 1993

b)    Protokol Kyoto pada 1997

Selain itu juga, Malaysia melalui ASEAN telah berusaha gigih memastikan Negara-negara ASEAN bebas dari memilki dan menjalankan aktiviti senjata nuclear.Ini turut berkaitan dengan pencemaranalam sekitar dan persaingan persenjataan (ketenteraan) yang boleh merosakkan ASEAN, malah keindahan dan kehijauan kepulauan Nusantara.Tambahan lagi,Malaysia turut mengadakan Deklarasi Langkawi bagi menjaminkeutuhan dan pembangunan selaras dengan kehendak alam.

Usaha yang dijalankan ini tidak sekadar  perjanjian di atas kertas, malah Perdana Menteri turut menggariskan prinsip penjagaan alam sekitar di dalam agenda pentadbirannya menerusi Islam Hadhari.Ini adalah lambing komitment untuk meneruskan wadah penjagaan alam sehingga ke tahap maksima.

            Manakala pembanggunan berasaskan sains dan teknologi yang berteraskan agama dan nilai budaya turut digiatkan dengan konsep mesra alam bagi menjamin keperluan dan kesejahteraan rakyat tidak diabaikan,bahkan dijamin sepenuhnya. Setiap penyelidikan dipantau dan hasilnya dikongsi secara bersama berasaskan semangat menang-menang (win-win situasion) antara manusia dan alam.

10) Kekuatan Pertahanan

            Islam Hadhari melihat bahawa pertahanan bukanlahisu sehala yang hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah Islam Hadhari turut memfokuskan terhadap kekuatn diri, jati diri, fizikal dan spiritual.Ini bermakna Islam Hadhari malihat aspek pertahanan dari perspektif yang lebih luas maksudnya.

            Kekuatan persenjataan semata- mata tidak cukup bagi memepertahankan Negara,jika aspek pertahanan jati diri diabaikan.Antara sebab kejatuhan Kerajaan Uthmaniah di Turki dan Kerajaan Melaka pada 1511 Masehi sebagai contoh,adalah hasil kelemahan semangat spiritual dan diri. Allah SWT turut berfirman dalam surah al-Anfal (8)ayat 60 yang bermaksud :

            “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia ,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya ;sedangkan allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.”

            Islam Hadhari turut memfokuskan pertahanan secara konversional.Jika ditinjau kekuatan surah al-Fiil,jelas mendesak kekuatan pertahanan perlu  dititik-beratkan. Negara Barat telah melihat kekuatan tentera bergajah pimpinan Abrahah berjaya dijinakkan oleh pasukan burung  Ababil yang begitu kecil. Proses dan taktik peperangan burung  Ababil itu telah diterjemahkan dalambntuk kontemporari di mana burung tersebut diterjemahkan menjadi jet-jet pejuang yang berkuasa di udara,kaki burung yang membawa batu dari Neraka Sijil diterjemah sebagai pembawa peluru dan bomberkuasa tinggi (smart bomb)serta mata burung ababil itu diterjemahkan sebagai ketepatan teknologi canggih termasuk satelit yang mampu memfokuskan beberapa kali ganda dari mata kasar manusia .

            Perubahan persekitaran global turut menuntut umat islam agar bersedia menghadapi segala kemungkina sejak awal lagi.atas dasar ini,Islam Hadhari turut memberi perhatian utama dengan melengkapkan serta menguasai kelengkapan pertahanan ke tahap yang diperlukan .Usaha kerajaan Malaysia melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia iaitu Measat-1 dan Measat-2 adalah memenuhi sebahagian keperluan pertahanan, selain usaha jangka masa panjang negara dengan meghantar rakyat Malaysia pertama;Dr.Sheikh Muszaphar Shukor menyertai misi aeroangkasa dan berada di orbit selama 7 hari pada tahun 2007 kelak dengan kerjasama kerajaan Rusia.

                 Menurut Hassan Mohd Noor di dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Disember 2006,kejayaan pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia Ketiga iaitu Measat-3 dengan menggunakan roket Proton Breeze-M di Kazakhstan pada 12 Disember 2006 (jam 7:28:43 pagi waktu Malaysia )dan memasuki orbit sembilan jam kemudian baru-baru ini, menyerlahkan hasrat dan usaha murni negara bersaing secara sihat dalam aspek pertahanan telekomunikasi.

            Beliau menambah,Measat-3 dibina oleh Boeing Satellite Systems International Inc.Satelit ini telah direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan tranmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpontesi dari segi komersial.Dengan satelit terbaru ini capaian liputannya melebihi 100 negara mawakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia.Keseluruhan  projek Measat-3 melibatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion di mana perbelanjaan sebanyak USD 220 juta adalah untuk pembinaan satelit.

            Ia menyediakan tansponde berkuasa tinggi 24 jalur C dan 24 jalur Ku dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar dengan tempoh hayat 15 tahu .Perkhidmatan di Asia,Australia,Asia Barat,Eropah Timur dan Afrika menggunakan jalur C.Jalur Ku  Measat-3 pula menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan fleksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah (Direct to Home)seperti televisyen satelit di Malaysia,Indonesia dan Asia Selatan.Apabila Measat-3 beroperasi,ia mampu meningkatka lebih banyak aplikasi penyiaran intensif jalur lebar yang lebih canggih seperti High Definition Television (HDTV)dan video on Demand (VOD).(Hassan Mohd Noor,14 Disember 2006 :10)

            Kejayan Malaysia akan membuka mata-mata negara-negara Islam lain untuk berusaha dan berdaya maju bagi mempertahan negara dan umah Islam dari sebarang bentuk penindasan dan keganasan oleh pihak yang sentisa mahu memeras ugut dan mengaut keuntungan hasil dari titik peluh rakya negara ersabut melalui kekuatan pertahanan.

 

 

 

 

ISLAM HADHARI DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN.

Islam adalah agama yang syumul (komprehensif)yang mengambil perhatian dalam semua aspek kehidupan manusia. Pembangunan Islam meletakkan manusia sebagai paksi utma, tidak seperti pembangunan model Barat yang menjadikan ekonomi sebagai focus.

 

Paradigma Pembangunan Islam.

Islam adalah agama yang komprehensif merangkumi semua aspek kehidupan, tidak dibatasi oleh perbezaan bangsa atau kaum, kewarganegaraan atau warna kulit. Islam berasaskan kepada pengitiraf Tuahn Yang Satu dan jugakepatuhan manusia kepada iradah (Kemhuan) dan Hidayah (Petunjuk). Oleh itu, misi manusia di atas muka bumi ini ialah mengabdikan diri kepada Tuhan yang menjadi menjadi matlamat hidup ini. Oleh sebab Islam bersifat komprehensif, maka ibadah dalam Islam juga bersifat  komprehensif. Ibadah dalam Islam merangkumi aspek kerohanian dan aspek  fizikal  selagi ia selaras dengan peraturan Allah s.w.t.  Justeru, syarat utama agar usaha-usaha pembangunan diterima sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. ialah keselarasan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Alah s.w.t.  Pembangunan kerohanian dan material tidak boleh dipisahkan.

Asas Falsafah Pembangunan Islam.

Asas falsafah Islam mengandungi lia unsur-unsur  penting iaitu tawheed uluhiyyah,tawheed rububiyyah,khilafah,tazkiyyah an-nafs dan al-falah.

            1.Tawheed Uluhiyyah.

Tawheed Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya.Dalam hubungan ini, ala mini adalah ciptaan Allah s.w.t dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan(al-quran,3;191,38;27 dan 23;15).setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan  dan matlamat .Inilah yang memberi maksud dan kepentingan kewujudan di dalam maya ini,dan manusia adalah sebahagian daripada alam ini.Manusia perlu menyedari bahawa semua sumber yang ada di dalam alam semesta ini adalah hak kepunyaan Allah s.w.t .Justeru ,alam tidak boleh digunakan sewenang –wenang dan sesuka hati untuk kepentingan diri semata-mata .Manusia hanyalah pemegang  amanah sumber-sumber ini dan mereka perlu memastikan sumber-sumber ini dan mereka perlu memastikan sumber-sumber ini dimanfaatkan bersama oleh manusia.

            2.Tawheed Rububiyyah.

Tawheed Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia dan membingbing orang –orang yang beriman kepada Nya ke arah kejayaan. Dalam usaha-usaha pembangunan,manusia perlu menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan berserah (berdoa)kepada tuhan untuk mencapai matlamat pembanggunan.Sikap berserah semata-mata (Qadariyyah)merupakan sifat yang tidak baik.Manakala sifat yang sebaiknya pula,iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia(Jabbariyyah)dianggap tidak adil kepada Penciptanya.

            3.Khalifah

Manusia adalah khalifah atau duta Allah s.w.t .di atas muka bumi ini (al-Quran,2:30,6:165,35:39,38:28 dan 57:7).Manusia telah dianugerahkan oleh tuhan dengansemua cirri-ciri kerohanian dan metal,di samping  sumber-sumber material untuk membolehkan manusia untuk melaksanakan tugas dengan  berkesan.Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan,dan keupayaan berfikir dan memberi sebab ,untuk memilih antara betul dan salah ,adil atau tidak adil,dan untuk merubah keadaan hidupnya,masyarakatnya dan  juga perjalanan sejarah,sekiranya dia mahu .Manusia secara tabiinya bersifat baik dan mulia(al-Quran,15:29,30:30 dan 95:4).Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada di hadapan sekiranya menerima pendidikan serta bimbingan yang betul dan diberi galakan .Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik,manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada atau menghampiri sifat dalamnya .Manusia juga akan berasa tidak gembira dan kecewa apabila ia menyelewang daripada fitrah tersebut (Jaafar Sheikh Idris ,1977).

            Sumber yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada alam ini tidak terbatas. Tetapi ia mencukupi untuk memberi kesejahyeraan kepada ‘berkesan’dan ‘adil’ .Manusia bebas untuk memilih antara pelbagai kegunaan sumber –sumber ini. Namun oleh sebab bukan hanya seorang sahaja khalifah di atas muka bumi ini,malah terdapat jutaan khalifah lain yang merupakan saudara-saudara sesama  mereka ,maka satu daripada ujian sebenarnya ialah dalam penggunaan sumber-sumber yang telah dikurniakan oleh tuhan dengan sebaik munkin,iaitu secara ‘efisen’dan’adil’ agar kesejahteraan semua penghuni alam ini terjamin .Ini akan terlaksana hanya jika sumber-sumber kurniaan Allah s.w.t digunakan secara bertanggungjawap dan dalam batasan yang telah ditetapkan oleh Allah sw.t.

            Konsep tawheed dan khalifah secara tabiinya bertentengan dengan konsep ‘lahir berdosa ‘ atau ‘bidak-bidak catur sejarah ‘atau ‘tabula rasa ‘atau ‘dihukum dengan kebebasan;

(i)            Berbeza Daripada Konsep Manusia ‘lahir berdosa’

Mengapakah harus tuhan yang maha agung ,yang maha Mengasihani mencipta manusia sebagai seorang yang ‘dilahir berdosa ‘?Benarkah seperti  yang ditegaskan oleh Immanuel Kant, “cara yang sanat aneh untuk memahami sebab merebaknya kejahatan moral dan terus berlaku dalam dalam sejarah manusia adalah untuk membayangkan ianya berasal daripada bapa menerusi warisan” (Boutin M 1985).Idea tentang ‘dosa asal’ memberi gambaran bahawa dosa secara genetik dipindahkan dan setiap manusia dilahirkan ke dunia ini dipengaruhi oleh kegagalan atau dosa orang lain.Lebih-lebih  lagi sekiranya ‘penyelamat’ atau ‘saviour’ didatangkan untuk ‘mengkifarahkan’’dosa asal’ yang tidak dilakunya , mengapakah ia datang lewat dalam searah dan bukan pada awal ,seawal kemunculan manusia pertama dia atas muka bumi ini ?Kalaulah manusia ‘dilahirkan berdosa ‘bagaimanakah ia boleh dipertanggungjawapkan ke atas perbuatan mrminareka?

            Oleh sebab itu ,konsep ‘dosa asal ‘bertentangan secara langsung dengan tanggungjawap perseorangan untuk semua perbuatan manusia seperti yang ditegaskan oleh al-quran (6:164,17:15,35:18,39:7 dan 53:38).Konsep seperti itu,bak kata Lewis  “menyebabkan bahaya besar dengan memperlecehkan sifat kebertanggungjawap ,kerana kesalahan kolektif bukan merupakan kesalahan khusus seseorang “(Lewis ,H.D 1985).Konsep ‘dosa warisan’ juga bertentengan dengan sifat tuhan yang Maha Mengasihani,ungkapan yang paling kerap diulang –ulang oleh orang Islam sepanjang hayatnya .Konsep manusia yang terdapat dalam ajaran Islam sangat bertentangan dengan konsep –konsep Barat ,termasuk kepercayaan tentang sifat semulajadi manusia dalam pandangan Kristian .

            (ii)Berbeza Dengan Bidak-Bidak Di Papan Catur

Begitu juga dengan konsep –konsep ‘bidak-bidak di papan catur’ atau ‘tabula rasa ‘ yang diserapkan ke dalam kebanyakan teori Barat tentang sifat semula jadi manusia menjadikan manusia ini terlalu kerdil dan tidak penting dengan menafikan kewujudan ruh yang abadi ,mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mampu memandu nasib diri dengan mempengaruhi kuasa-kuasa di sekelilingnya .Semua teori ini mengatakanbahawa minda manusia ini seperti papan batu lembut ;yang masih lembut dan boleh dibentuk oleh apa jua daya- daya luar ,seterusnya akan  meniggalkan kesan ke atasnya.Manusia,menurut pandangan ini,adalah pasif dan terkapai-kapai ;mereka hidup tanpa misi perjuangan .Kehidupan mereka dipengaruhi oleh kuasa material sejarah (pendapat karl Marx ),atau dikawal oleh psikologi (Sigmund Freund),atau instink (Lorenz) dan alam sekitar (Pavlov,Watson,Skinner dan lain –lain).Ini melahirkan satu rumusan ,selaras dengan Skinner,bahawa “kebebasan individu adalah satu mitos”(Skinner ,B.F.1974).Fahaman Determinisme(penentuan )tidak selaras dengan tanggungjawap manusia (Hook,S,1958,morganbesser,S and walsh,J,1962).Fahaman Determinisme bukan sahaja merendahkan martabat manusia tetapi turut menolak tanggungjawap manusia ke atas keadaan yang ada ,dan juga untuk ketidakefisenan dan ketidak adilan pengagihan dan penyebaran sumber-sumber .

            Determinisme juga membawa maksud bahawa keadaan hidup manusia tidak boleh berubah sekiranya kuasa-kuasa fizikal ,struktur sosial dan keadaan kehidupan material berubah.Tetapi siapakah yang  akan merubah semua ini sekiranya manusia ini bersifat pasif dan kehidupan mereka ditetukan dan dikawal ?Lebih-lebih lagi ,kalaulah kehidupan manusia ini ditentukan ,maka ‘alienasi’ juga meruapakan sebahagian daripadanya dan golongan bourgeoisie mahupun proletariat tidak boleh dipertanggungjawapkan .Oleh itu ,mengapa golongan bourgeoisie harus dipersalahkan kerana menyebabkan alienasi golongan pekerja atau pun menggalakkan golongan pekerja untuk memberontak?

            (iii)Berbeza Dengan Existentialisme Jean Paul Satre 

Pandangan existentialisme Satre bertentangan dengan konsep determinisme.Oleh sebab tidak ada tuan,maka manusia ‘dihukum untuk bebas ‘maksudnya tiada had kebebasan yang diberikan kepada manusia (Satre 1957).Setiap aspek kehidupan mental manusia adalah disengajakan ,dipilih sendiri dan menjadi tanggungjawapnya sendiri.

            (iv)Perbezaan Dengan Konsep-konsep Lain

Konsep Khalifah ,berbeza dengan konsep-konsep yang telah dinyatakan .Konsep khilafah mengangkat darjat yang tinggi dalam alam semesta ini(al-quran,17;10)dan memberikan kepada manusia ,sama ada lelaki atau pun perempuan ,tujuan dan nilai hidup .

            Konsep khalifah menyebabkan beberapa implikasi .Antara implikasi tersebut ialah:


Rajah 3: Implikasi Pertama


Rajah  4: Implikasi kedua

(c)Gaya Hidup Yang Serdahana

Satu-satunya gaya hidup sihat yang sesuai untuk khalifah tuhan adalah gaya hidup sederhana. Ia seharusnya tidak menggambarkan rasa bonkak,menunjuk –nunjuk dan bermegah-megah ,atau tidak bermoral .

 

(d) Kemerdekaan Manusia .

Oleh sebab manusia adalah khalifah tuhan,maka mereka tidak boleh tuduk kepada sesiapa melainkan tuhan.pertambahn ,dalam apa jua bentuknya sama ada dalam bentuk-sosial politik atau ekonomi ,adalah sesuatu yang sangat asing dalam ajaran Islam.

 

(e)Keadilan (Adalah)

Persaudaraan ,yang merupakan sebahagian daripada konsep tawheed dan khilafah akan menjadi konsep yang lompong dan kosong sekiranya tidak disertai dengan keadilan sosio- ekonomi .

Matlamat Syariah Dalam Konteks Pembangunan


Rajah 5 : Matlamat Syariah Dalam Konteks Pembangunan

 

Konsep Islam Hadhari

 

Pendahuluan

Islam merupakan Islam adalah Ad-Deen iaitu ´suatu cara hidup yang syumul bertunjangkan agama´. Namun begitu, tidak semua umat islam menjadikan agamanya sebagai cara hidup yang komprehensif. Sejak kewujudan nabi pertama lagi, iaitu nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir. Islam diiktiraf oleh Allah s.w.t. sebagai agama addin yang perakuinya untuk dipraktikkan oleh manusia menerusi firmanNya dalam ayat 19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam”

Kedudukan perlembagaan Malaysia juga meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Menyedari hakikat ini, setiap warganegara wajar memahami Islam khususnya menerusi pendekatan semasa yang dipanggil Islam Hadhari.

Islam Berkembang Di Atas Paksi Yang Tetap

Islam telah mantap di setiap zaman namun umat Islam wajar menyedari perubahan yang memerlukan suatu pendekatan yang tersendiri sesuai untuk menghadapi cabaran semasa. Pendekatan Islam sememangnya dinamik kerana epistomolinya mantap iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Sumber ini menjelaskan tentang :

1.    Perkara-perkara yang telah berlaku sebagai teladan seperti umat-umat terdahulu yang telah dimusnahkan akibat kedegilan mereka terhadap perintah Allah s.w.t. seperti kaun Thamud, Aad dan lain-lain.

2.    Perkara-perkara yang sedang berlaku seperti fenomena alam yang boleh dijadikan sebagai penyelidikan bagi menginsafkan manusia tentang kehebatan Allah s.w.t.

3.    Perkara-perkara yang akan berlaku sebagai suatu persediaan untuk manusia agar tidak terperangkap dengan godaan syaitan yang menjadi musuh manusia sejak awal lagi untuk memusnahkan fungsi dan amanah sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini.

Oleh yang demikian manusia khususnya umat Islam jika menghayati sumber Islam ini akan melahirkan suatu sifat yang membangun atau dinamik iaitu dinamik di dalam minda dan tintakan atau dinamik di dalam aspek spiritual dan fizikal. Dinamik inilah yang menghasilkan persediaan–persediaan yang kental untuk melihat dan mengatasi cabaran sebagai khalifah Allah s.w.t.pada hari ini dan masa depan. Seterusnya, perasaan dinamik boleh melahirkan umat Islam yang mempunyai budaya kental yang mampu melihat masalah dan cabaran masa depan serta mampu mencari penawarnya pada masa sekarang dan masa depan . ini yang boleh diistilahkan sebagai hadhari yang berasaskan perkataan hadhara bererti hadir.

Perbezaan hadhari dan tamadun 

Sebahagian sarjana ketika membicarakan pengertian hadarah dan tamadun ada yang melihat ianya sama dan ada yang melihat ianya berbeza. Pada dasarnya, tidak ada perbezaan yang jelas antara keduanya membicarakan aspek rohani dan fizikal secara serentak (Mustafa, 1994). Walau bagaimanapun, setengah sarjana cuba membezakan antara masa iaitu ia melibatkan masa sekarang atau masa hadapan. Untuk itu ada pandangan yang melihat kewajaran perkataan hadharah itu diguna pakai bagi tujuan persiapan masa depan. Menurut Dr. Ahmed Sidqi al-Dajani sekalipun perkataan tamadun dan hadharah itu sama tetapi baginya perkataan hadharah lebih wajar digunakan untuk membayangkan persiapan masa hadapan(al-Dajani,2004).

Untuk itu ungkapan Islam hadhari lebih membayangkan satu konsep persiapan manusia atau warganegara khusus umat Islam untuk menghadapi cabaran masa depan dalam segenap bidang sesuai dengan Islam yang bersifat syumul. Malah bukan hanya melihat cabaran dan risiko untuk kehidupan bernegara atau berantarabangsa yang Berjaya di dunia ini tetapi juga kesinambungan kejayaan bagi kehidupan di akhirat yang disebut al-falah. Oleh itu halatuju yang awal ialah kepada Allah s.w.t. yang dilafazkan dalam kalimah syahadat oleh orang-orang Islam. Halatuju yang akhirnya juga mestilah di dalam ruang lingkup yang sama iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-An’am ayat 162 bermaksud :

“katakanlah : sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

            Inilah konsep pembangunan yang sememangnya wujud di dalam Islam itu sendiri namun ianya tidak menghasilkan makna yang sewajarnya jika hanya dilafazkan. Islam Hadhari bukan hanya menghitung kehebatan Islam pada masa lampau tanpa menggerakkan jiwa untuk untuk mengatasi masalah umat lainatau sentiasa bergantung kepada umat yang lain untuk menyelesaikan masalah. Memang sewajarnya berinteraksi itu digalakkan dalamIslam dengan tujuan untuk menambahkan idea dan bertukar-tukar pendapat bagi pembangunan insan bukannya sekadar meraih simpati umat lain misalnya kita benar-benar malu apabila orang Islam terpaksa merayu kepada orang kafir untuk mengembalikan keamanan atau untuk mengatasi kebuluran (Mahathir 2003)

Islam memperkukuhkan minda dan jasad

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan dua unsure iaitu unsure rohani dan fizikal. Untuk menjadikan manusia itu seimbang kedua-dua unsure ini sewajarnya diperkasakan dengan bekalan yang secukupnya. Untuk itu, pendekatan Islam hadhari mestilah mengambil kira ketahanan rohani dan jasmani. Kekuatan minda umat wajar untuk ditingkatkan dengan mencanagkan kepada masyarakat tentang kelebihan budaya iqra’ atau membaca, budaya ilmu, pendidikan seumur hidup, masyarakat penyantun dan penyayang, menghargai masa, menghormati orang yang lebih tua, menghormati pemimpin dan sebagainya menggantikan budaya lepak, budaya kuning dan lain-lain yang menghakis sifat-sifat kemanusiaan dan jati diri umat.

Bagi menggalakkan rakyat supaya rajin membaca buku-buku intelek, rebet cukai terhadap pembelian buku-buku khususnya yang bersifat ilmiah wajar ditingkatkan bukan sekadar RM 500 tetapi RM1000 hingga 2000 setahun.

Bagi mengukuhkan masayarakat penyayang “dana khas masayarakat penyayang” di masjid dan surau wajar diwujudkan untuk meningkatkan perasaan kemanusiaan yang tinggi bagi menolong golongan yang memerlukan seperti pesakit jantung dan lain-lain pesakit yang memerlukan. Sebagai contohnya kerajaan telah menggerakkan ahli-ahli MERCY untuk memainkan peranan mempromosikan hal ini bagi tujuan kemanusiaan dalamlah  Negara kita. Aspek rohani paling asas yang wajar dititikberatkan adalah :

                      I.        Menjelaskan salah faham terhadap Islam

Islam sebagai addin yang suci sewajarnya dibersihkan daripada sebarang kekarutan dan kesesatan serta salah faham yang menghasilakan salah laku . kekeliruan ini menghasilkan  pelbagai jenayah, rasuah dan gejala sosial walaupu taraf hidup dari segi material bertambah baik. Ada golongan yang terlalu longgar dan ada golongan yang terlalu ekstrim dan ada pula yang terlalu rigid sehingga tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat dalam perkara-perkara bersifat fleksibel (Abu Irdak, 2004).

                    II.        Menjelaskan kefahaman bagi mengelakkan salah tindakan

Hasil salah faham menimbulkan salah laku dan kesannya ialah kemunduran umat Islam. Ianya ketara menerusi masalah jenayah dan keruntuhan akhlak. Dari segi pencapaian sains, ekonomi, teknologi dan lain-lain uamat Islam masih jauh ketinggalan. Untuk itu, tahap pendidikan , tahap ekonomi, perniagaan dan korporat wajar digembling dari masa ke semasa kerana kelemahan yang agak ketara (Abu Irdak, 2004).

 

 

 

 

 

 

Kemantapan aspek fizikal


                                                Rajah 6 : Kemantapan Aspek Fizikal

Kemantapan aspek fizikal

Penggunaan teknologi sewajarnya dimanfaatkan khususnya bagi tujuan memudahkan satu-satu urusan seperti meningkatkan kecekapan sistem kaunter khususnya di institusi-institusi kewangan Islam. Perkara-perkara negative yang wujud menerusi sistem teknologi baru seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk peraduan memerlukan fatwa bagi mengelakkan penyalahgunaan. Antara perkara-perkara yang wajar dititikberatkan. Antara perkara-perkara yang wajar dititikberatkan ialah meningkatkan pertahanan dan keamanan, pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor, bidang perkhidmatan dan kemudahan untuk rakyat. (Wan Zahid, 2001)

1.    Kemantapan dan keterampiran tenaga manusia

Bagi mewujudkan kekuatan kuasa pemerintahan memerlukan tenaga kepimpinan yang berwibawa, pakar dan mempunyai integriti yang tinggi. Bagi membangunkan kekuatan ekonomi, kita memerlukan tenaga koprat, usahawab dan peniaga yang bersemangat kental, berketrampilan  dan berdaya saing. Kemakmuran dan keamanan negara pada hakikatnya ditentukan oleh manusia yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. sesungguhnya pembangunan manusia adalah teras kepada pembangunan Islam hadhari (Pahrol, 2004)

2.    Kekuatan politik yang stabil

Sultah atau kekuasaan adalah syarat yang membolehkan kerajaan sesebuah negara memimpin, mengurus dan mentadbir dengan berkesan. Dengan adanya kuasa kepimpinan yang berwibawa maka visi, misi, matlamat dan objektif yang terancang, berjangka masa dan mempunyai sasaran yang tepat seperti Wawasan 2020 dapat dibentuk dan dilaksanakan. Kuasa perundangan, eksekutif dan legislative yang mantap dan dijamin oleh perlembagaan serta mempunyai autoriti tidak akan dipertikaikan lagi. Kuasa yang ada pada kerajaan  wajar diperkukuh dengan sikap positif pada pemimpinnya. Sikap inilah kemudiannya menjadi role model kepada rakyat yang sekaligus diterjemahkan menerusi bidang kepimpinan masing-masing. (Abu Irdak, 2004)

3.    Pertahanan dan keamanan dalam negeri

Menurut al-Mawardi (1990) di dalam kutab al-Ahkam al-Sultaniyyah, antaranya perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam ialah :

“Memberi perlindungan kepada rakyat dan mempertahankan kesucian (diri, haerata benda dan agama)supaya rakyat dapat menjalankan kehidupan dan bergerak ke seluruh pelusuk Negara dengan merasa aman dari sebarang pencerobohan ke atas diri dan harta benda mereka…, mengawal sempadan Negara dengan menyediakan pasukan tentera yang kuat, yang mampu mempertahankan negara dan mengusir penceroboh.”

Kedua-dua kewajipan ini dilaksanakan melalui penubuhan pasukan polis yang cekap dan terlatih bagi mengawal keamanan dalam negeri dan angkatan tentera yang kuat dilengkapi dengan senjata-senjata moden untuk mempertahankan Negara daripada serangan dan pencerobohan musuh. Menyediakan tentera termasuk dalam tugas jihd peperangan (jihad qitali), seperti yang tersebut dalam kitab Fath Al-Muin (Aliy Asad,1988) :

Di dalam kitab Mughiniy al-Muhtaj (al-Syarbiniy, 1994) juga disebut :

“Kewajipan fardu kifayah terlaksana dengan penempatan tentera yang terlatih oleh pemerintah di sempadan-sempadan negara bagi menentang era kafir harbi (musuh negara) juga dengan memperkuatkan benteng-benteng pertahanan dan melantik pemerintah-pemerintah tentera. ”

Ini adalah tuntutan al-Quran yang paling asas ke atas sesebuah negara Islam, seperti yang tesebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ Dan sediakan untuk menghadapi mereka apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan pasukan berkuda (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggerunkan musuh Allah s.w.t. dan musuh kamu.                                                                                     (Al-Anfal: 60)

Ayat ini menuntut supaya umat Islam menyediakan pasukan tentera yang mampu menggerunkan musuh. Ini bermakna, Negara wajib mempunyai pasukan tentera yang lebih kuat daripada apa yang ada di Negara bukan Islam. Untuk memenuhi tuntutan ini, Negara wajib menjadi Negara yang termaju dalam segenap bidang, memiliki kekuatan ekonomi, kestabilan politik dan tidak berpecah belah. Oleh yang demikian, rancangan kerajaan untuk menjadikan negara ini,sebuah negara yang maju melalui ‘Wawasan 2020”  adalah merupakan matlamat yang wajib diusahakan. Ini adalah memandangkan tuntutan ini hanya dapat dilaksanakan jika Negara Islam menjadi Negara yang termaju, kerana telah terbukti bahawa Negara yang paling kuat pertahanannya seperti Amerika Syarikat adalah merupakan Negara yang maju di dunia. Kenyataan ini, adalah berdasarkan kepada suatu kaedah usul feqah yang berbunyi  :

“apa-apa perkara yang tidak sempurna suatu tuntutan yang wajib melainkan dengan adanya perkara itu, maka perkara tersebut wajib diadakan.”

4.    Pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor

Keperluan kepada harta benda dalam kehidupan muslim diberi perhatian yang berat dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah. Untuk berjihad umpamanya memerlukan harta seperti yang tersebut dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Dan hendaklah kamu berjihad dengan harta benda kamu da diri kamu pada jalan Allah s.w.t”

Malah usaha-usaha mencari rezeki termasuk dalam jihad dengan pengertiannya yang lebih luas seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Bukanlah jihad itu bahawa seseorang itu menetak dengan pedangnya dalam perjuangannya pada jalan Allah s.w.t. Sesungguhnya dinamakan jihad juga orang yang menanggung nafkah kedua-dua ibu bapanya dan nafkah anaknya, ia juga termasuk dalam jihad dan sesiapa menyara diri tanpa meminta-meminta dengan manusia lain maka ia termasuk dalam jihad”                                                          (Riwayat Ibnu Asakir)  

 

Adalah jelas berdasarkan hadith ini usaha-usaha kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat adalah merupakan satu jihat mengikut pengertian hadith Rasulullah s.a.w. semdiri.

5.    Bidang perkhidmatan dan kemudahan rakyat

Usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan kedua-dua sektor  di atas untuk kemudahan rakyat adalah bagi memenuhi tuntutan dakwah Islamiah seperti yang dapat difahami dari hadith-hadith dan perjalanan para khalifahnya seperti berikut :

“sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan ubat. Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya. Oleh itu, hendaklah kamu berubat tetapi janganlah kamu berubat dengan benda yang haram.”                                    (Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menuntut pembangunan dalam sektor perkhidmatan kesihatan :

“Punca kebahagiaan anak Adam itu ada tiga perkara  : perempuan yang baik,tempat  yang baik dan kenderaan yang baik. Dan puca kesengsaraan ank adam itu juga ada tiga perkara iaitu perempuan yang tidak baik, tempat tinggal yang tidak baik dan kenderaan yang tidak baik.”                 (Riwayat Ahmad)

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata  :

Demi Allah s.w.t. jika seekor keldai tergelincir di Iraq, aku pasti berasa takut akan disoal  oleh Allah s.w.t. mengapa aku tidak diperbetulkan jalan.”

Hadith dan kata-kata Saidina Umar r.a. di atas menuntut penyediaan kemudahan pengangkutan, sistem jalan raya yang baik dan juga kemudahan perumahan untuk kebahagiaan rakyat.

6.    Bidang kebajikan dan khidmat sosial

Usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan adalah sebahagian daripada matlamat Dakwah Islamiah seperti yang dapat diperhatikan dalam hadith berikut :

“sesungguhnya Allah s.w.t. berbuat baik kepada makhluk-Nya, maka hendaklah kamu berbuat baik kepada sesame makhluk.”                                     (Riwayat Ibnu Ada)

“kemiskinan hampir membawa kepada kekufuran”                  (Riwayat Abu Na’im)

“ berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang sakit dan berusahalah membebaskan orang tawanan.”                           (Riwayat Bukhari)

“orang yang berusaha membantu golongan janda dan orang-orang miskin adalah orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. bersembahyang tahajud  pada waktu malam dan berpuasalah pada waktu siang.”                                                            (Riwayat Ahmad)

“sedekah yang paling afdhal ialah bahawa kamu mengenyangkan makhluk bernyawa dan kelaparan.”                                                                                     (Riwayat al-Baihaqi)

Adalah nyata daripada hadith-hadith bahawa usaha-usaha bagi membantu golongan miskin dan mana-mana golongan yang memerlukan bantuan adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan Dakwah Islamiah yang penting sehingga Rasulullah s.a.w. menyamakan dengan jihad pada jalan Allah s.w.t. qiyamullail dan ibadat puasa. Sesiapa yang memperkecilkan usaha-usaha ini bermakna ia memperkecilkan Sunnah Rasulullah s.a.w.

7.    Pembangunan pendidikan dan ilmu pengetahuan

Anugerah yang paling istimewa yang dikurniakan kepada manusia adalah ilmu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa sewaktu Allah s.w.t. menjadikan manusia, Dia melengkapinya dengan ilmu. Penekanan Al-Quran tentang pembelajaran menunjukkan bahawa kemahuan manusia dalam bidang agama, ekonomi dan politik bergantung krpada ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Apabila manusia tidak mahu mengikuti perkembangan garis tindakan yang sebenarnya maka manusia akan hilang kedudukan dan jatuh ke lembah kejahilan. Seterusnya manusia membuat tafsiran yang tidak berilmiahmengenai kehidupan dan alam semesta yang bercanggah dengan ajaran al-Quran ( Afzalur Rahman,1994).

Kejahilan umat Islam tentang ilmu akan melahirkan peranan hina diri dari hasil penjajahan Barat ke atas dunia Islam buat beberapa abad. Walaupun dari beberapa segi kelihatan penjajahan ini sudah selesai , namun dari segi pemikiran dan pegangan umat Islam masih mengalami penyakit rendah diri yang sangat berat. Hasilnya ini menimbulkan perasaan terpegun terhadap kekuatan Barat sedangkan Islam mempunyai khazanah ilmu yang berharga dan memerlukan kefahaman jitu dan mendalam (Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, 1977)

Kefahaman ulama tentang luasnya bidang ilmu pengetahuan yang dianjurkan oleh Islam ini tidak terhad kepada ilmu syarak semata-mata, adalah berasaskan petunjuk daripada Rasulullah s.w.a. dalam beberapa sabdanya, antara hadithnya  berikut bermaksud :

“tuntutlah ilmu sekalipun ia sampai ke negeri China kerana menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim.”                                                                     (Riwayat al-Baihaqi)

Arahan menuntut ilmu sangat ke negeri China ini menunjukkan bahawa ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu-ilmu tentang kehidupan duniawi yang berfaedah dan diperlukan oleh masyarakat Islam. Kefahaman ini sejajar dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. bahawa orang Islam yang terbaik ialah mereka yang member perhatian kepada kedua-dua kehidupan dunia dan akhirat, seperti sabdanya :

“bukanlah sebaik kamu orang yang mengetepikan kehidupan dunia kerana akhirat dan tidak juga mengetepikan akhirat kerana kehidupan dunia, hinggalahia mengambil semua dari dua kehidupan tersebut kerana dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat dan janganlah kamu menjadi bebanan kepada orang lain.   (Riwayat Ibnu Asakir)

Oleh yang demikian, usaha kerajaan dalam memajukan sektor pendidikan dalam pelbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan adalah bagi memenuhi salah satu aspek penting bagi memenuhi salah satu  aspek bagi pembangunan Islam Hadhari. Bidang ini juga mempunyai kaitan rapat dengan tuntutan membina negara yang kuat dari segi pertahanannya. 

 Kesimpulan

Islam hadhari bukanlah agama baru tetapi pendekatan cara baru sesuai dengan arus globalisasi ini. Oleh yang demikian ianya boleh didefinisikan sebagai satu  pendekatan baru bagi  memantapkan fungsi manusia yang sebenar sebagai khalifah Allah s.w.t. sesuai dengan kehidupan alaf baru berteraskan dalil naqli (wahyu). Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin sewaktu merasmikan seminar  sains dan Islam menjelaskan bahawa Islam hadhari mengungkapkan Malaysia sebagai satu Negara Islam, penambahbaikan dasar dan penerapan nilai murni Islam, penyelesaian cabaran semasa dan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Manhajnya pula menekankan mengenai aspek ketamadunan di Malaysia. Sesuai dengan Islam yang tidak jumud , umat Islam sepatutnya berusaha keras, kreatif dan inovatif untuk sentiasa memberbaiki diri dan membangunkan negara.